KASIH LELAKI ITU
Seguni beras diletak perlahan
– lahan di atas lantai simen . Peluh yang memercik keluar membuatkan tangannya
spontan mengambil tuala kecil yang berada di dalam poket seluarnya. Peluh di
kesat dengan senyuman tatkala melihat Jihan berlari mendapatkannya.
“Ayah ada beli tak buku yang
Jihan minta tu?’ soal Jihan. Wajahnya menghidangkan satu harapan yang tidak
mampu untuk Karim jamah.
“Ayah beli beras ni dulu. Buku
tu mahal sangatlah sayang. Ayah kumpulkan duit, nanti ayah belikan ya?” kepala
Jihan digosok perlahan. Hanya senyuman yang Jihan berikan sebagai jawapan. Dia
kemudiannya berpatah balik untuk menaiki anak tangga rumah papan yang sedikit
uzur itu.
“Jihan marah ayah?” soalan
itu terpacul keluar daripada mulut Karim. Bukannya dia tidak mahu tetapi beras
itu lebih penting buat mereka sekeluarga. Dia berjanji akan membelikannya juga
nanti.
“Tak ayah. Jihan tak marah.
Tak apa, Jihan tahu kita susah” senyuman Jihan nampak ikhlas. Karim mengangguk.
“Abang ada janji dengan dia
ke?” soal Intan. Segelas air sejuk dihulurkan ke tangan suaminya.
“Ya.. tapi abang terpaksa
simpan duit tu untuk pembedahan sayang nanti” pipi Intan dielus lembut oleh
tangan kasar suaminya. Mata Intan tertunduk menyembah lantai simen yang sudah
pun retak di sana ini.
“Janganlah abang harapkan
sesuatu yang kemungkinannya tidak pasti. Kanser ni dah terlewat untuk dibuang”
“Tapi kita masih belum tanya
dengan doktor tentang itu. Dia kata semakin merebak tapi tak kata tak boleh
dibuang” Karim menggenggam jari jemari Intan yang sedikit sejuk.
“Dah... dia katakan pada
Intan” Intan memandang mata Karim. Biar Karim fikir apa yang dikatakannya itu
bukan tempahan untuk memalsukan hakikat yang sebenarnya.
Terduduk Karim saat itu. Terus
dia menangkap tangan Intan agar jatuh ke dalam pelukannya.
“Maafkan abang sebab tak
sedar lebih awal, sayang” esakan Karim semakin kuat hingga mampu mencuit
pendengaran Jihan yang sedang menyusun buku – bukunya waktu itu. kaki anak
perempuan berusia 17 tahun melangkah mendapatkan ayahnya yang sudah seakan
longlai.
Jihan tahu semuanya, Intan
lebih awal memberitahunya sebelum Karim. Sebab itu banyak yang diajarnya pada
Jihan. Masakan kegemaran ayahnya diajar oleh Intan sehingga budak perempuan itu
mahir memasak sepertinya.
Jihan memeluk ayahnya.
“Kita bahagiakan mak selagi
dia masih ada, ayah” bisik Jihan.
Karim mengangguk dan mengucup
berkali – kali wajah Intan yang sentiasa pucat.
******************
Basikal rosak lagi!. Jihan
terpaksa berjalan kaki pergi dan pulang dari sekolah. Amy, sepupunya sengaja
berhenti di sebelahnya sengan senyuman sinis.
“nak tumpang?” soal Amy. Jihan
mengangguk dan terus mengangkat bajunya untuk naik ke atas tempat duduk tetapi
dengan cepat Amy pergi begitu sahaja. Beberapa teman yang lain hanya menggeleng
kepala melihat perangai Amy yang tak habis – habis menyakat sepupunya itu.
Allah Maha Pemurah...
Entah bagaimna doktor yang
merawat Intan bertembung dengan Karim di tepi jalan. Keretanya rosak dan dia
perlukan bantuan.
“Kak Intan ok tak bang?.
Pujuklah dia agar buat pembedahan tu” Doktor Kila memandang sayu wajah Karim.
“Apa?. Dia kata dah
terlambat” Karim benar – benar terkejut. Doktor Kila menggeleng kepala. Kereta
yang sudah pun siap dibaiki oleh Karim di tutup kembali. Dia masih berdiri
menghadapaa Karim yang kelihatan sedikit kecewa.
“Dia tak mahu duit beribu tu
habis untuknya.... tetapi biarlah habis untuk masa depan Jihan” jawab Doktor
Kila.
“Kalau saya perlu menyerahkan
nyawa saya sekali pun, saya sanggup doktor ini kan pula berhempas pulas untuk
dia yang sentiasa menyayangi saya” air mata Karim tumpah. Tergamam Doktor kila
waktu itu. Karim lelaki yang tak punya kemewahan harta seperti suaminya tetapi
mempunyai cinta yang mewah hingga melimpah ruah.
“Jangan tanya pada dia. Kalau
Abang Karim nak selamatkan dia buat secara senyap dulu. Saya juga akan turut
membantu” nampak begitu bersungguh – sungguh Doktor Kila sambil membetulkan tudung berona
merah yang dipakainya,
***************
“Abang balik lambat lagi?.
Jihan pun sama juga. Kenapa semua orang balik lambat ni?” Intan menyedok nasi
ke dalam pinggan. Jihan yang kepenatan terus menyuap nasi lauk pindang ikan
tongkol itu ke dalam mulutnya. Tidak mahu menjawab soalan yang diutarakan oleh
ibunya sebentar tadi. Setelah siap makan, Jihan terus menunaikan solat Isyak
dan masuk tidur kemudiannya.
“Ada yang kalian rahsiakan
daripada pengetahuan Intan?’ soal Intan yang sudah pun baring selesa di paha
Karim. Hanya gelengan diberikan. Seperti biasa, Karim aka membelai rambut Intan
seingga permaisuri hatinya itu terlena. Kepala Intan diangkat perlahan – lahan
dan diletakkan ke atas bantal. Karim menyelak lengan bajunya.
“aduh.......pedihnya” dia
terus ke ruang tamu untuk menyapu minyak gamat ke sikunya yang bergesel dengan
pokok kayu sewaktu mengangkat timbunan kayu yang jatuh di kebun getah Wak Ali.
Mujur Jihan ada di situ untuk menariknya dari terus jatuh terduduk. Hanya sikunya
sahaja yang bergesel dengan batang pokok yang strukturnya sedikit kasar.
Tangannya disentuh lembut.
“Biar Jihan sapukan. “ Jihan
mengambil botol minyak gamat dan disapu minyaknya ke siku ayahnya yang
kelihatan melecet teruk.
“Ayah tak payahlah pergi
esok. Wak Ali beri ayah upah RM10 sahaja sedangkan ayah buat kerja dengan teruk”
air mata Jihan bergenang. Sedih melihat kepayahan ayahnya mencari wang untuk
pembedahan Kanser rahim ibunya.
“Tak apa... sekurang –
kurangnya bertambah juga duit kita”
Jawapan yang keluar dari
mulut Karim menutup mulut Jihan daripada terus berkata – kata. Benar, setiap
sen kini sangat bernilai buat keluarga mereka.
***************
“Lagi lima ribu sahaja yang
diperlukan , Abang Zam. Bila dapat duit, Karim bayar balik” rayu Karim pada
satu – satunya keluarga yang ada. Abangnya itu tauke kedai runcit dan setakat
wang RM5000 itu sebenarnya tidak menjadi hal pun.
“Ala... anak aku nak sekolah.
Perlu pakai duit juga. Aku tak punya wang” Abang Zam bermain – main dengan rokok di
tangannya.
“Karim merayu bang....” Karim
duduk melutut di hadapan abangnya. Masih seperti tadi. Jihan yang melihat
betapa kejamnya Pak long Zam memperlakukan ayahnya sebegitu bingkas bangun. Seraya dengan itu anak bongsu
Zamri, Amy pulang ke rumah bersama – sama motorsikal barunya.
Jihan memegang lengan ayahnya
agar bangun dari melutut di hadapan manusia hina seperti Zamri.
“Allah beri Paklong
rezeki.... ingat! Sebahagiannya untuk manusia – manusia miskin seperti kami. Dengan
mengatakan paklong tak punya wang adalah pembohongan paling hina pernah Jihan
dengar!”
Zamri membulatkan matanya. Berani
benar budak yang belum pun habis sekolah berbicara sebegitu dengannya.
“Allah berikan nikmat rezeki
dengan wang yang banyak untuk Paklong tetapi Paklong dustakannya. Cukup kalau
paklong kata aku tak mahu tolong kau!. Itu lebih baik daripada memfitnah Allah
sebegitu. Kami tak perlukan wang daripada manusia tak tahu bersyukur seperti
paklong!’
Sewaktu berselisih dengan Amy
pun Jihan tidak mahu memandangnya. Ayah dan anak sama sahaja. Riak dengan
kemewahan dunia sehingga tidak mahu menyimpan sedikit pahala untuk kesenangan
di akhirat.
Di atas motor, Karim mengesat
air matanya. Dia tidak mahu kehilangan Intan. Dia mahu Intan bersamanya melihat
Jihan dinikahkan seperti ibu bapa yang lain.
“Ayah sayangkan mak....” kata
Karim perlahan. Jihan terus memeluk belakang tubuh Karim sekuat hatinya. Air matanya
jatuh entah berapa banyak pun dia tidak tahu.
“Ya... kita sayangkan
mak...... Jihan juga sayangkan ayah. Tabah ayah!!!!” jerit Jihan. Kali ini air
mata Karim lebih laju mengalir. Aku perlu kuat demi dua perempuan
kesayanganku!!!!.
*****************
Intan memegang perutnya. Ada rasa
sakit di situ. Karim yang baru sahaja selesai solat Isyak terus menyambut tubuh
Intan yang hampir rebah. Jihan yang sedang menelaah pelajaran turut masuk ke
dalam bilik ibubapanya.
“Intan.... kita pergi
hospital” desak Karim tetapi Intan berdegil.
“kenapa Intan?” kita pergi ya
sayang?” pujuk Karim.
“Tak payah... Intan salah
makan agaknya. Mungkin masuk angin” jawapan yang diberi sedikit mengecewakan
Karim. Nampak benar Intan masih mahu berahsia dengannya.
Selepas di beri makan ubat,
Intan tidur di sisinya. Jihan mengucup dahi ibunya sebelum keluar dari bilik. Hanya
RM5000 ... tak mustahil untuk mereka dapatkannya!.
*****************
Jihan yang sudah pun menukar
pakaian terus berjumpa dengan tauke restoran di pekan. Dia rasa mereka berdua
perlu berasingan mencari wang untuk mendapatkan wang yang lebih banyak.
“Muda sangat nak jadi pelayan
ni. Cuci pinggan boleh?”soal Encik Halil, pengusaha restoran mewah yang
terkenal dengan perniagaan francaisnya.
“Boleh encik!.. Encik, kalau
ada over time atau kerja lain, saya boleh buat juga asalkan dapat bayaran yang
lebih”
Encik Halil tergamam. Nampak akan
kesusahan dari mata remaja di hadapannya itu. hanya anggukan yang diberi
Restoran yang sentiasa
dikunjungi ramai pelanggan itu membuatkan Jihan tidak menang tangan. Dia menekan
– nekan perutnya yang masih belum diisi makanan sejak tengahari tadi.
“kenapa?” soal Encik Halil yang
kebetulan masuk ke dapur untuk mengarahkan sesuatu kepada chef restorannya.
Jihan menggeleng.
“Dah makan?” soal Encik Hali.
Jihan hanya berdiam diri dan dengan cara Jihan itu, Encik halil dapat meneka
jawapannya.
“Pergi makan dulu” arah Encik
Halil dengan senyuman.
“Tapi saya di sini untuk
bekerja. Kalau saya makan, gaji saya akan dipotong, tak mengapa Encik Halil,
balik nanti saya makan” senyuman Jihan nampak suram.
Encik Halil tergamam
mendengar jawapan daripada Jihan itu.
“Apa sahaja yang kamu makan di
sini takkan saya potong dari gaji kamu” senyum Encik Halil. Jihan ke hadapan
dan mengambil telur dadar dan nasi kosong. Dia menjamah makanan itu dengan
berselera sekali. Tumpah air mata Encik Halil saat itu. dia mmegang dinding dan
memejam matanya. Ya Allah... kau utuskan siapa untukku hari ini......
Encik Halil mengikut Jihan
dari belakang. Sekali lagi dia melihat betapa gigihnya Jihan meletak beg
sekolah di tepi kebun pisang dan membantu ayahnya menebas semak samun di situ. Sesekali
Jihan mengelap peluh dengan tudungnya.
Karim yang kasihankan Jihan
beberapa kali menyuruh anaknya itu duduk di situ tanpa berbuat apa – apa tetapi
Jihan tidak mahu dengar. Dia tahu Karim sakit pinggang sejak kebelakangan ini
dan dengan bantuannya dapat membantu Karim menghabiskan kerjanya dengan cepat. Setelah
selesai, dua beranak itu duduk di bawah pohon beringin sambil meneguk air
kosong dari botol mineral.
“Assalamualaikum..”
Terkejut besar Jihan apabila
di sapa Encik Halil. Setelah diperkenalkan, Encik halil menyoal semua yang
bermain – main di mindanya.
Hari yang semakin gelap
menghambat mereka untuk pulang ke rumah masing – masing.
***********************
“Sudahlah Kak Intan. Janganlah
lemah begini. Akak tak tahu betapa susahnya Abang Karim dan Jihan berusaha
mencari duit untuk akak. Janganlah asyik kata akan mati..akan mati... begini”
Yana, jiran mereka memaksa Intan menaiki keretanya
untuk melihat pengorbanan suami dan anaknya untuk melihat dia terus bernafas. Sampai
sahaja di tempat pembuangan sampah, mata Intan tidak mampu beralih pandang lagi
dari terus memandang karim yang sedang sibuk mengasingkan sampah yang boleh
dijual.
“Kak... semua kerja dia buat
demi akak. Tolonglah jangan sia – siakan usaha Abang Karim tu”
Intan mengesat air matanya. Kalau
diikutkan mahu sahaja dia peluk tubuh suaminya pada waktu itu. kali ini Yana
membawa Intan ke restoran milik Encik Halil pula. Dengan keizinan Encik halil,
Intan dibenarkan masuk ke dalam dapur. Melihat Jihan berpeluh – peluh mencuci
pinggan yang bertingkat membuatkan Intan tidak mampu menahan resah hatinya. Dia
terus meluru mendapatkan Jihan. Tubuh yang semakin susut itu dipeluk.
“Ya Allah... mak!” Jihan
benar – benar terkejut. Dia turut sama menangis
dan memeluk tubuh Intan. Yana memandang Encik Halil yang mengangguk dan
tersenyum.
*****************
Dengan bantuan Encik Halil
yang kini menjadikan Jihan anak angkatnya, pembedahan berjaya dilakukan. Rahim
Intan terpaksa dibuang keluar.
“Saya berjanji akan bayar
balik duit Encik halil” janji Karim
“Kita berdua ayah pada anak
hebat bernama Jihan. Saya bertanggungjawab
untuk menyelamatkan nyawa ibu anak angkat saya tu. Dia sebenarnya Halil versi
perempuan. Itulah saya yang dahulu. Buat apa saja yang termampu untuk
menyelamatkan nyawa ibu saya tetapi nasib saya tidak sebaik Jihan. Cukup sahaja
wang yang saya kumpulkan, ibu saya meninggal dunia di pangkuan saya tetapi
waktu itu saya tidak kesal kerana saya telah melakukan segalanya buat ibu. Duit
yang saya beri pada Abang Karim itu adalah sebahagian daripada duit pembedahan
ibu saya. sebahagian lagi saya akan masukkan ke dalam akaun bank Jihan. Saya
juga akan belikannya motor agar dia boleh berulang alik dengan cepat ke sekolah”
Karim hilang kata – kata. Dia
terus memeluk utusan yang Allah utuskan buat mereka sekeluarga. Isteri Encik
Halil , Mariam dan anaknya, Yassin yang seusia umurnya dengan Jihan memandang
puas Intan yang kelihatan lebih sihat berbanding sebelumnya.
“Apa yang awak rasa masa pembedahan tu?. Sakit
tak?” soal Mariam. Tangan Intan diusap – usap.
“saya hanya dapat rasakan
KASIH LELAKI ITU” sambil matanya memandang Karim yang turut sama memandangnya
dengan senyuman.
********
PIN PIN PIN.....
Amy terkejut. Jihan yang
sedang menunggang motornya ke sekolah tersenyum sinis memandangnya.
“tayar meletup ye cik
akak!!!!” jerit Jihan sambil tangannya melambai Amy yang menendang
motorsikalnya. Sejak Zamri kehilangan kedai runcit akibat kerugian, Amy tidak mewah
seperti dulu malah motornya yang baru dulu pun sudah ditukar kepada motor
terpakai yang dibeli murah daripada akan
Zamri.
Sedih sangat crita ni. Tahniah buat penulis..
ReplyDeletetolong follow blog saya... cerpen anda sangat best.. boleh try buat novel lak...
ReplyDeletehttp://cahayaliya.blogspot.com/
kerna kasihmu,aku masih tegar disisimu..
ReplyDeletecinta sejati dan kasihsayang keluarga wlu miskin harta...
andai nti dijadikan nvl lg bagus