BAB 6
Kak Piah mengamuk di dapur. Kalau
Kak Piah mengamuk, Tan Sri Muhzaini pun akan menikus. Bukannya takut tetapi
kalau di layan bebelan anak dara tua itu akan berpanjangan sehingga tidak larat
untuk telinga mendengarnya.
“Tahulah serkup kepala ni murah tapi janganlah campak kat tong sampah.
Kalau dah pinjam, bagi balik!” serkup kepala yang bercambur dengan lebihan lauk
semalam di dalam tong sampah dipandang kecewa oleh Kak Piah. Chinta tidak
berani ke dapur. Memang sah – sah akan jadi lauk Kak Piah.
“Chinta...” Papa mengeling dengan kedua belah tangan yang diseluk ke dalam
kocek. Chinta mencebik dan terus ke dapur. Wajah bengis Kak Piah membuatkan
hatinya dicuit rasa lucu. Setakat serkup kepala RM2.50 tu pun nak mengamuk.
Eleh... balik nanti aku boleh beli sepuluh lagi!. Chinta sengih,.
“Akak dah agak dah!!”
“Ala... sorry lah kak... terpaksa.. darurat” Chinta menggesel – gesel
tangannya ke lengan Kak Piah. Huh! Dah lah mencuri serkup aku, dibawanya pula
serkup aku tu pergi mencuri!.
“Akak tak suka tau Chinta bawa serkup solat akak tu pergi mencuri” jeling
Kak Piah. Dua tiga kali jugalah Chinta menelan air liur. Kalaulah dia tahu
serkup itu dipakai waktu Kak Piah solat, sumpah! Dia tidak akan sesekali
mencurinya.
“Dah lah pakwe orang pun dia kebas” suara Kak Piah sedikit rendah. Fikirnya
Chinta tidak mendengar biji butir kata – katanya tetapi dia silap.
“Hek eleh... siapa pula yang curi pakwe Kak Piah. Ni yang buat rasa
bersalah tadi bertukar rasa nak cari gaduh ni” Chinta mengambil sebiji epal di
dapur dan terus keluar.
Dahlah tak dapat naik motor, Kak Piah ni pula membebel macam timun!.
Timun?.. Lantaklah!!!. Kakinya terus menghampiri Tan Sri Muhzaini yang sedang
membuka pintu kereta.
‘Tumpang papa!!” terus dia memintas Tan Sri Muhzaini dan dalam beberapa
ketika dia sudah pun duduk selesa di tempat duduk Tan Sri Muhzaini.
“Kenapa tak bawa kereta?. Pejabat papa dengan Yazid kan jauh?.”
“Alah.. dengan anak sendiri pun kedekut”
“Nanti balik macam mana?. Nak papa ambil?” soal Tan Sri Muhzaini sambil
meletak beg ke sisinya. Chinta sengih. Tidak menjawab.
Pak Midin memandang Chinta dari cermin atas. Dia tersengih sambil
menggeleng kepala saat Chinta meletakkan jari telunjuk ke bibirnya yang
dicalitkan dengan lipstick bewarna berry. Pandai betul atur rancangan....gelak
Pak Midin.
*********************
Yazid masuk ke pejabat dengan kemeja T dan berseluar jeans sahaja. Chinta tercengang
– cengang di mejanya. Aik!! Tak masuk kerja ke?. Apasal pula pakai begini?. Dalam
berkira – kira itu, kakinya sampai juga melangkah menghampiri Yazid yang sedang
berbincang sesuatu dengan eksekutif akaun mereka, Hakim.
Yazid agak terkejut sewaktu berpaling apabila melihat chinta di belakangnya
tersenyum tetapi dengan wajah yang pelik. Yazid angkat kening.
“kenapa?”
“Tak kerja ke?”
“Amboi! Tanya bos macam tu.... “ senyum Yazid. Dia kemudiannya membelek –
belek telefon bimbit dan menekan beberapa butang untuk membalas mesej daripada
seseorang.
“Saya macam mana?” soal Chinta. Bibirnya digigit sedikit.
“Macam mana apa?. Hari ini saya tak masuk. Ni pun sebab nak sign cek sahaja”
Yazid masuk pula ke dalam biliknya. Chinta masih mengikut Yazid sehingga lelaki
itu tergelak sendiri.
“Ok... apa dia Cik Chinta Azelea?”
“Siapa nak hantar saya balik?” telus soalan Chinta.
“Datang tadi naik apa?” Yazdi duduk pula di kerusinya.
“Pak Midin dan papa”
“Jadi....”
“Ishhhhh....... siapa nak hantar saya balik?. Papa balik lambat. Pak
Midin.... Pak Midin..... Pak Midin pergi hmmm.....hmm..... pergi dating dengan
Kak Piah. Saya tak mahu kacau dia.”
Yazid gelak. Dia berdiri.
“Awak nak saya yang hantar awak balik ye?” intonasi suara Yazid melenggok
manja di akhirnya. Seperti satu kejutan elektrik sewaktu mata Yazid memandang
senget wajahnya.
Chinta termalu sendiri. Terus kakinya berpatah balik duduk di tempat duduk
nya. Memandang skrin komputer yang gelap kerana masih belum dipasang plugnya.
Kecewa?... itulah yang menyelubungi hatinya waktu itu. dia tidak hairan dengan
lelaki lain lebih – lebih lagi lelaki seperti Hamka tetapi apabila bersama
Yazid, dia seolah – olah menjadi perayu cinta.
“Chinta.. encik Yazid tunggu awak kat bawah” bahunya di gerakkan Lina.
“Apa dia?” masih menyoal .
“Encik Yazid love love awak tu.. tunggu puterinya turun dari sini ke bawah”
usik Lina. Dicubitnya pipi Chinta. Tanpa mengucapkan terima kasih Chinta terus
keluar dari situ. Lina menggeleng kepala. Aku dulu pun mabuk cinta tapi taklah
seteruk budak ni....
*********************
“amboi... berserinya muka” usik yazid sewaktu Chinta sudah pun masuk ke
dalam keretanya.
“Nak pergi mana?” soal Chinta.
“tadi kata nak balik. Saya hantar balik sajalah” Yazid memandang wajah
Chinta yang ketara sekali rasa kecewanya.
“Awak tak nak saya ikut?”
“Awak takkan suka” jawapan Yazid sedikit meragukan tetapi hatinya tetap
mahu ikut ke mana sahaja arah Yazid tuju.
“Tak apa.....” yakin Chinta. Yazdi berdiam agak lama sebelum menghidupkan
enjin kereta untuk pergi.
Gembiranya Chinta waktu itu tidak dapat digambarkan melalui kata – kata. Haruman
Yazid membuatkan dia hampir terlena dalam angannya sendiri sedangkan Yazid
berada di dalam sedikit kebimbangan. Dia tahu dan sedar akan perasaan Chinta
terhadapnya.
Sampai sahaja di sebuah kampung, Yazid memberhentikan keretanya di hadapan
sebuah tanah perkuburan. Chinta mengikutnya dari belakang, sejak kakinya
memijak tanah perkuburan tersebut, Yazid mula hilang bicaranya. Yang kedengaran
hanya bacaan Yaasin yang pilu pada halwa pendengaran Chinta.
SITI AISYAH BINTI JOHARI
Nama itu yang terukir pada batu nesan yang sedang disentuh oleh Yazid. Mengikut
tarikh kelahiran dan tarikh kematian, wanita itu meninggal dunia waktu umurnya
21 tahun. Siapa dia?. Teka – teka itu cuba dijawab sendiri walaupun tanpa
keyakinan. Yazid tunduk agak lama. Chinta tahu Yazid perlukan masa sendirian. Perlahan
– lahan kakinya menjauhi Yazid yang masih seperti tadi. Tunduk dalam kesedihan.
Hampir setengah jam menunggu akhirnya Yazid mendapatkannya di kereta. Senyumannya
hilang entah ke mana. Tidak seperti selalu.
“Saya tak patut bawa awak ke sini” luahan pertama Yazid.
“Allahyarham ni siapa?” soal Chinta. Senyap. Yazid tidak mahu menjawabnya. Dia
terus masuk ke dalam kereta dan membawa Chinta jauh dari situ. Tiba sahaja di
hadapan sebuah tasik yang tidak jauh dari kampung tersebut, Yazid keluar. Dia memandang
Chinta dan terus duduk di bawah gazebo yang terukir indah.
Chinta duduk. Dia tidak bersuara kerana dia tahu ini bukan masanya untuk
dia bergurau senda seperti selalu.
“Awak tak gembira kan?. Sebab itu saya berat hati nak bawa awak ke sini. Saya
mahukan jawapan dan ianya terjawab cuma silapnya
awak ada di sini bersama”
Keliru?... sudah semestinya. Jawapan apa dan mengapa dia tidak sepatutnya berada
di situ bersama Yazid?
“Dia sepatutnya menjadi isteri saya lagi dua hari sebelum dia pergi
meninggalkan saya”
Kali ini Chinta benar – benar terkejut. Yazid memandang sejenak wajahnya
yang masih berubah seperti tadi.
“Dia pernah kata....”
Yazid diam lagi. Dia menyeksa Chinta waktu itu. dengan berdiam diri, dia
membuatkan chinta lebih tertanya – tanya.
“Kami perah berjanji tidak akan berkahwin kalau salah seorang dari kami
pergi dahulu tetapi sebelum dia pergi dia nyatakan sesuatu yang buat saya
terhukum waktu ini”
Yazid melemparkan pandangan jauh ke hadapan hingga tidak mampu untuk Chinta
tariknya kembali.
“kahwinlah dengan wanita yang mampu menghilangkan rasa duka di hati abang
sewaktu abang menziarahi pusara Aishah. Kahwinilah wanita yang mampu
menenggelamkan memori kita sewaktu duduk di bawah gazebo yang kita bina bersama.......
tetapi sehingga saat ini saya masih tidak mampu!Tak mampu untuk menghilangka
duka itu”
Chinta berdiri dan memalingkan wajahnya. Dia berjalan menjauhi Yazid agar
air matanya yang sedang jatuh itu tidak menjadi duri tajam yang lebih menyakiti
hati Yazid. Ya.... dia sendiri lihat betapa berdukanya Yazid sebaik sahaja
memijak tanah perkuburan itu, melihat gazebo yang dia singgahi tadi. Yazid rasa
bersalah. Sangat – sangat bersalah pada Chinta. Setiap 12 Mei, Yazid akan
menziarahi pusara Siti Aisyah. Hari kelahiran wanita pertama yang terus melekat
di hatinya sehingga kini.
Setelah yakin dia mampu berpura – pura tersenyum, barulah Chinta
mendapatkan Yazid. Nafas di tarik sekuat mungkin . tangannya digenggam dan dia
melorek senyum.
“Jom... saya lapar. Hmm,... hari ni saya belanja” terus Chinta mendapatkan kereta Yazid di
hujung sana. Yazid bangun dan menuruti kehendak Chinta. Tidak sampai separuh
perjalanan, Pak Midin sudah pun menunggu Chinta di hujung simpang. Terkejut juga
Yazid pada waktu itu. chinta membuka tali pinggang keledarnya.
“Maafkan saya Yazid sebab menambah kesakitan di hati awak. Dia betul –
betul hebat hingga mencampak buang debu – debu kasih yang baru sahaja saya
gugurkan dalam sekelip mata. Semyuman saya tak dapat awak sambut ketika di
tanah perkuburan tadi. Nama saya sahaja Chinta tetapi saya tidak dapat memegang
cinta awak walaupun hanya di hujung jari. Ya.... saya mengaku yang saya tak
suka. Bertuahnya dia kerana masih mencengkam awak meskipun dia sudah jauh dari dunia
yang telah pun dia tinggalkan” Chinta membuka pintu kereta. Dia terus menuju ke
kereta milik Tan Sri Muhzaini tanpa menoleh ke belakang lagi. Yazid tunduk dan
perlahan – lahan dahinya mencecah stering kereta.
Maafkan aku Chinta......
********************
Pintu rumah dibuka dan Kak Piah yang sedang menyusun majalah menegur Chinta
yang masuk tanpa menegurnya.
“Amboi.... pergi dating sampai sombong macam ni!”
“Diamlah Kak Piah!!!!” jeling Chinta dan berlari terus naik ke atas. Tubuhnya
dihempaskan ke tilam dan kali ini dia menangis sepuas – puasnya. Perlukah seteguh
itu cinta Yazid buat dia?. Kenapa Yazid tak fikirkan tentang hidupnya sendiri?.
Relakah dia hidup sendirian sehingga tua?... makin kuat tangis Chinta sehingga
akhirnya dia terlena sendiri di katilnya dengan air mata yang masih berbaki.
Yazid termenung panjang di rumahnya. Rasa kesal kerana mengecewakan hati
Chinta bertimpa – tipa sehingga dia tidak sanggup mengingati wajah kecewa
Chinta siang tadi.kalaulah bisa dirawat hati Chinta, pasti itulah yang dia akan
lakukan demi rasa cinta yang semakin dekat menghampirinya.
******************
Yazid masuk ke dalam pejabat dan
kakinya berhenti melangkah saat melihat
Chinta duduk menghadap komputer. Tiada lagi jelingan manja seperti selalu. Chinta
seolah – olah patah hatinya. Memang dia kecewa, untuk melupakan seseorang yang
amat bermakna dan pergi meninggalkan kita akibat maut memang sangat sukar.
Sebaik sahaja Yazid berlalu masuk ke dalam biliknya, Chinta terus memegang
dadanya. Sakit sekali!. Untuk jauh dengan seseorang yang hampir juga adalah
sesuatu yang begitu sukar buatnya. Dia cintakan Yazid tetapi cinta Siti Aishah
itu masih ada di dalam jiwa Yazid.
Tiada selera untuk Chinta turun makan bersama – sama teman sekerja yang
lain. Lina menggosok belakang badan Chinta.
“Tak mustahil Chinta.. kerana sejak kau hadir, aku nampak sekali
senyumannya berbeza”
Chinta terkejut. Lina seolah – olah mengerti apa yang berlaku antara dia
dan Yazid.
“kau tahu?”
“Semalam memang hari ulangtahun kelahiran arwah Aisyah. Setiap tahun Yazdi
tidak akan masuk pejabat”
Chinta memandang pintu bilik Yazid yang masih tertutup.
“kau cintakan dia?” soal Lina. Chinta mengangguk. Tangan Chinta digenggam
dan mata Lina seolah – olah memberi harapaan buatnya.
“Pergi,.... selamatkan cinta korang dari terbiar begitu sahaja. Dia masih
baru untuk mengenali cinta yang lain. Kau yang patut pimpin tangan dia keluar
dari memori silam yang tidak sepatutnya dia kenangkan hingga menyeksa dirinya
sebegitu rupa. Untuk menarik dia keluar, kau yang perlu kuat dan tabah. Buktikan
yang cinta kau lebih hebat dari arwah Siti Aisyah”
Kata – kata Lina membuatkan jantungnya berdegup kencang. Ada suntikan
semangat di situ. Lina yang mengesat air matanya mengangguk dan memberi isyarat
mata agar masuk ke dalam bilik Yazid.
Chinta berdiri dan menuju ke pintu bilik Yazid. Tangannya digenggan dan
angkat. Dua kali ketukan sudah membuatkan Yazid menyahut dari dalam. Chinta
memandang Lina yang mengangguk – angguk lagi. Dengan penuh rasa debar Chinta
mahu membuka pintu tetapi pintu itu terbuka terlebih dahulu. Matanya dan Yazid
tertancap antara satu sama lain. Lina cepat – cepat duduk mencangkung. Biar Yazid
tidak tahu ada orang lain di situ.
“Chinta..” Yazid bersuara. Chinta menumbuk dada Yazid.
“Saya tak kira!!!! Awak kena bagi saya peluang untuk masuk dalan hati awak
tu!” jari telunjuknya menekan – nekan pula dada Yazid.
“Awak tahu tak betapa pedihnya bila tahu yang kita mengalah sebelum
bertarung. Awak baru kenal saya. tak bagi waktu untuk saya membelai awak dengan
cinta saya dan awak... awak....awak...” Chinta menangis tersedu sedan di
hadapan Yazid yang memejamkan matanya buat seketika.
Chinta menampar pula dada Yazid dan kali ini tangannya terus digenggam
Yazid. Perlahan – lahan tangan kirinya dilepaskan dan mengambil peluang untuk
mengesat air mata yang sudah pun keluar tanpa henti – henti melalui kelopak
mata Chinta.
“Awak tak suka saya” Suara Chinta tersekat – sekat.
“Saya suka.. Chinta malah nama awak selari dengan perasaan saya”
Kedua belah pipi Yazid dipegang.
“Saya Chinta Azalea, anak pakcik Muhzaini, anak makcik laila.....jangan
gelak!!” Chinta memarahi Yazid yang mula tersenyum mendengar luahannya.
“Saya Chinta Azelea, anak pakcik Muhzaini, anak makcik laila yang tak
berapa suka dengan gedik kak Piah,....... nak awak tahu yang saya sangat..”
“Saya sangat cintakan awak , Chinta!!”
Terdiam Chinta saat kata – katanya tadi dipotong oleh Yazid.
Lina merangkak keluar dari situ dengan senyuman.. semoga Yazid berbahagia
di samping Chinta..
best nya kak suka sangat
ReplyDeleteterima kasih banyak ye weeda....... akak lagi suka bila weeda suka. tq muahhhhhhh <3
Deletetsd : sy penggemar karya awak...idea yg hebat....saya suke,awak memang berbakat...semoga berjaya
ReplyDeleteterima kasih banyak tsd. ni buat sayang nih hheheheheh tq muahhh <3 .. terima kasih untuk doa awak. sangat2 saya hargainya...
DeleteBestnya jijah...spt biasa akak suka tulisan awak
ReplyDelete-sj sab-
kak SJ ... terima kasih tau sbb masih sudi baca karya izah ..... lebiuuuuuuu muah <3
Deleteda abes ke?
ReplyDeletenk lg....
kak na.....
Deletebelum abes lagi.. banyak bab lagi.hihihi
bulehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. nanti izah masukkan n3 baru ye . tenkiu.. lebiuuuu lah <3
first time baca....best....tapi terus terjah bab 6...jgn marah...hehehe..keep it up....
ReplyDeletekehehkehehke... takper... terus terjah pun saya dah berterima kasih sesangat sbb sudi gak baca.
Deleteterima kasih sekali lagi tau tau tau.. lebiuuuu <3