AKULAH KERTINI SI TAUKE
POPIA
Dah lama sangat aku buat
kerja balut membalut kulit popiah ni. Kalau di tanya kat kawasan rumah aku ni,
siapa yang tak kenal dengan Norkertini Si tauke Popiah?. Kalau setakat rasa
popiah pak jenal kat hujung simpang jalan tu, senang – senang sahaja aku
jentik. Ha.... kalau korang nak tahu, aku ni siap ada peminat setia tau!.
Setiap hari dia akan berkunjung ke gerai aku semata – mata nak makan popia.
Nama dia Kemat kuntut. Dia
tu sebenarnya bukanlah nak hadap sangat dengan popiah aku tu tapi aku tahu dia
nak usya aku jer. Bayangkan setiap hari?. Tak jemu ke tekak dia menelan popiah
yang aku buat. Sampaikan ada satu hari tu aku terbubuh lebih garam pun dia kata
mabeles. Memang sah bakal calon menghidap darah tinggi. Tapi takpe... yang
penting popia aku laku malah menjadi bualan hangat kawasan perumahan aku...
ish!!! Mahu tak bangga!!!.
“Tini!” Izzati Alyaa Azman
menepuk bahu aku sedikit kuat. Nasib baik tak terjirus minyak panas kat muka
dia. Kalau tidak tak pasal – pasal muka yang cun melecun tu melecur. Kak Sj sab
yang turut ada sama awal – awal sudah merasa popiah ciptaan terbaruku. Popiah
inti kentang bersira. Nampaknya kak Sj sab suka. Ye lah.... manis kan!.
“Assalamuakaikum.....”
satu suara yang agak tenang memberi salam. Aku menoleh. Mak aih!!!!!!! Handsome
tak terkata...
“Satu berapa ye?” soalnya.
Yang aku pelik mengapa bibir ini tak mampu untuk menjawab soalan paling mudah
dan paling biasa untuk aku jawab. Aku asyik memerhatikan raut wajahnya yang
tenang dan yang paling mahal lesung pipitnya. Kak Sj Sab dan Izzati Alyaa Azman
terkebil – kebil memandangku. Lantak! Sibuk je korang...
“Free!” tiba – tiba perkataan
itu terpacul keluar.
“Tapi saya nak beli dua
puluh ni. Takkan free?” dia sedikit musykil dengan jawapan yang diberikan
olehku sebentar tadi.
“Tak... seketul 40 sen.
Dia tengah kecelaruan minda tu” Kak Sj Sab tolong menyambut yang yang
dihulurkan.
“kemas awak balut popiah
ni.... cantik! Macam....” dia tidak meneruskan kata – katanya. Sebaliknya dia
terus pergi daripada situ. Dia membuatkan hati aku mula tidak tenang selepas
itu. hari demi hari aku menanti dia situ. Walaupun popiahku sudah habis terjual
namun aku masih menunggu dia sehinggalah aku mula putus harapan.
*********************************
“kau ni kenapa?. Sejak dua
menjak ni asyik termenung sahaja?” Niera Mj, rakan karibku menyoalku telus. Dia
memang tidak suka berselindung. Itu yang akau senang dengan sikapnya. Dia yang
kebetulan pulang bercuti dikampung kerap menghabiskan masanya bersamaku.
Iyalah... kerja jauh!. Bukan senang nak jumpa. Banyak perkara yang kami nak
bualkan.
“Kau tahu kan yang Izzati
nak bertunang dengan kekasih orang putihnya Mark Adam?” soal Niera. Aku
mengangguk. Cinta yang disemai oleh Izzati itu sudah tiba masanya itu dipetik
hasilnya. Memang patut pun kahwin tapi aku......
Lelaki tu memang buat
hidup aku bercelaru. Aku balut popiah tu pun macam aku balut muka dia. Kalau
tahu nama tak apa juga tapi sampai sekarang aku masih tak tahu lagi namanya
siapa. Satu demi satu kereta yang melintas di geraiku ku perhatikan
sehinggalah....
“Awak cari saya ke?”
terlepas plastik daripada genggamanku. Wajahnya begitu hampir denganku. Niera
gelak sahaja memandang reaksiku sebentar tadi. Bukannya dia nak cover!.
“Saya nak order popiah
awak... seratus lima puluh untuk hari lahir anak buah saya”
“Ooo... bila.. nanti awak
datang ambil kat sini kan?” soalku sedikit cemas. Bukannya apa, cemas kalau –
kalau aku terkeluarkan ayat yang bukan – bukan kerana terlalu gementar.
“Ya.... saya datang ambil
tapi bukan pergi dengan kuih sahaja. dengan awak – awak sekali. Kakak saya nak awak goreng panas – panas. Nanti
dia akan bayar lebih pada awak” terangnya,
“Bawa saya jumpa keluarga
awak?” soalanku membuatkan dia ketawa. Niera terus memijak kakiku.
“Eh... tak.. maksud
saya... ala...”
“Ya.. saya faham. Saya
Benyamin Mutarjo berasal dari seberang tapi duduk di sini mengusahakan syarikat
pengiklanan keluarga saya”
Aku angguk berkali – kali.
Lantaklah nama kau siapa yang penting kau dan aku akan bertemu lagi. Itu yang
aku mahu. Balik ni kena cari baju yang cantik untuk aku pakai nanti. Yang
penting sopan tetapi anggun. Biar dia rasa macam berjalan dengan puteri
keraton!.
*****************************
Tiba sahaja ke dalam rumah
banglo tiga tingkat itu, aku cepat – cepat mengeluarkan popiah yang masih belum
di goreng. Rakan baik tuan rumah itu, Kakton Aini datang membantu.
“Eh.. tak apa kak” aku malu
– malu. Iyalah... itu tugas aku, tak munasabah untuk tetamu rumah itu yang
membantu aku menggoreng popiah.
“Akak boring lah!!.
Lagipun asyik nak bersembang dengan orang – orang kaya tu bukannya akak suka
pun. Cerita intan permata, kereta segala. Ha... anak ikan pun ada!” gelak
Kakton Aini. Dia mengintai beberapa orang tetamu yang rancak berborak.
Benyamin datang
membantuku. Baunya..... fulamak... wangi sungguh!. Di sebelahnya ada seseorang yang kelihatan
wajahnya punya iras di bahagian mata dan hidung,
“Ini kakak saya, Zamzurisz
Eian...” aku menyambut perkenalan itu dengan senyuman yang ikhlas. Huluran
tangannya kusambut. Seorang remaja yang cantik mula menghampiri kami.
“Hmm... birthday girl dah
sampai” pipi remaja perempuan itu Benyamin tampar sedikit. Gelak tawa mula
menguasai ruang majlis itu.
“ini... Noor Azah. Anak
tunggal akak” Zamzurisz Eian mula memperkenalkannya padaku. Aku yang daripada
tadi asyik mengangguk mula membuatkan Benyamin makin suka gelakkan aku.
“Gaya burung belatuk”
bisiknya sebelum berlalu pergi bersama. Belatuk pun belatuklah benyamin oi.....
Suasana majlis itu memang
mewah. Nampaknya mereka memang daripada keluarga yang berada. Sungguhpun begitu sikap tidak meninggi diri. Aku perasan akan ekor matanya yang
sering mengiringi langkahku . aku mengggoreng popiah dengan hati yang penuh
resah. Resah kerana dia!..kerana Benyamin...
Setelah semuanya siap
digoreng, aku duduk di hujung taman. Cuma mahu memerhatikan gelagat para tetamu
yang kebanyakannya teridir daripada kalangan ViP. Kakton Aini menuangkan air jus oren ke dalam
gelas dan teru mengulurkannya padaku. Pandai Kakton! Tahu pula dia ynag aku ni
tengah dahaga.
Benyamin datang dari arah
belakang dengan sepinggan kek yang telah dipotong – potong. Kakton Aini
tersenyum dan meninggalkan kami berdua sahaja di situ. Tak sempat aku tarik
bajunya agar menemani aku di situ.
“Saya nak makan kek dengan
awak. Boleh?” Benyamin membahagi dua kek di dalam pinggannya. Aku terpana sebentar. Muka aku jangan katalah... merah padam!.
Malu!. Lebih – lebih lagi apabila Noor Azah mengenyit mata pada pamannya.
“kenapa dia kenyit mata?”
soalan bodoh yang keluar secara tiba – tiba. Lantaklah dia nak kenyit ke nak
tonggeng ke.... perlukah aku tanya kenapa?. Benyamin tidak menjawab tetapi
sebaliknya meneguk air dengan senyuman yang tidak putus – putus.
“Awak ni kenapa pula
senyum?” satu lagi soalan. Gatal betul mulut aku ni! Lambat – lambat dia
menjawab soalanku tadi. Sengaja mahu aku menunggu dengan rasa tidak sabarnya.
Dia sempat lagi membalas lambaian kenalan kakaknya dan kerana tidak sabar
akhirnya mulut ini berbunyi lagi.
“Susah nak jawab soaoan
ye?”
Dia senyum. senyum lagi!.
Memanglah aku suka tengok dia senyum tapi taklah asyik menyengih sampai tak nak
jawab soalan mudah aku tu.
“sesiapa pun akan
tersenyum bahagia apabila bersama awak, Tini”
Nah! Ambik aku!. terdiam
mendengar jawapan menggoda daripadanya. Iyalah tu sangat!. Aku memerhati sekeliling rumah Kak Zamzurisz
Eian. Tiba – tiba rasa betapa jauhnya jurang aku dengan Benyamin. Aku ni cuma pengusaha
atau lebih mantop dipanggil tauke popiah sedangkan mereka pula orang – orang kaya
yang entah makan ke tidak popiah yang aku buat tadi tu. Dalam pada itu rasa
sedih juga hadir. Sememangnya aku sudah jatuh hati!. Jatuh yang teruk sampai
lebam punggung tak boleh bangun!!!!.
“Norkertini tak nak besarkan perniagaan?’
Aku terdiam. Nak besarkan
apanya?. Setakat popiah goreng tu, nak kembangkan ke mana?. Nak export ke
Indonesia kot maksud dia tu?
“Awak tak kenal abang ipar
saya tu ke?’ soal dia lagi. Amboi.... makin banyak pula soalan. Penat aku
menjawabnya ni!. Aku merenung wajah seorang lelaki pertengahan usia yang segak
bergaya. Macam pernah lihat tapi yang pasti bukan kat gerai popiahku.
“Dia pemilik stesyen radio”
“ooooooo” aku panjangkan
sikit ‘o’ aku tu biar masa lebih cepat berlalu.
Dia diam.
Selepas majlis selesai,
aku dihantar pulang oleh Benyamin. Pulangku seolah – olah hanya tubuh sahaja
yang memasuki rumahku. Hatiku telah dibawa benyamin sebentar tadi. Bawalah Benyamin....
nanti Norkertini datang ye.... hehehehe
******************************
Izzati Alyaa Azman
membungkus popiahnya sendiri. Amboi.... macam ada share saham jer dia buat. Tapi
takpe... dia antara kawan terbaik yang aku ada. Kak Sj sab nampaknya sudah
bertolak ke Brunei untuk bertemu dnegan rakan baiknya Elvi At dan Nitasha Ari.
Petang itu seperti ada
yang tidak kena. Ramai pula orang yang datang ke gerai aku. selalunya pada
pukul 4 petang barulah semua popiahku habis tetapi hari ini tak sampai pukul
tiga semuanya sudah licin. Yang aku hairannya siap ada yang kata... “betullah
macam kata iklan tu... sedap!”
Iklan?... bila masa pula
aku dok iklankan popiah aku tu?. Lantaklah! Yang penting popiah aku laku. Hari itu
memang hati ni kembang tak kuncup – kuncup dah bila ada yang kata sos aku tu
sedap.
Aku pulang ke rumah dengan
otak yang penat. Bukan penat apa.. penat fikir apa yang pembeli – pembeli popiah
aku katakan tentang iklan. Belum sampai suku aku berfikir, teks pesanan ringkas
daripada Niera Mj masuk . aku membacanya,
Buka NBSD fm.... kau dengar
Aku membuka radio di atas
peti ais. Hanya lagu dendangan daripada Anuar Zain yang kedengaran. Aku menunggu
lagi. Tiba – tiba terdengar satu iklan yang membuatkan mulutku terlopong.
MARI DAPATKAN POPIAH
TERBAIK DI GERAI NORKERTINI..... ANDA TAHU DI MANA?.. ANDA TAHU JALAN KELADI
2?... DI SITULAH TERLETAKNYA GERAI POPIAH TERLAZAT YANG PERNAH SAYA RASA......
SAYA MAHU ANDA JUGA MENCUBANYA!!!!
Terus aku terbayangkan wajah Benyamin dan abang iparnya. Memang sah! Dia...dia.... dia..... dia... oh
heroku!!!!!!!!!!!... kalaulah dia ada di situ, memang aku ucapkan setinggi dan
sebanyak – banyak terima kasih buatnya. Dia membantu aku tanpa memberitahu
budinya. Aku tahu dia ikhlas.
Hari demi hari, popiahku semakin
laku tetapi hatiku tidak begitu gembira. Iklan di radio masih berterusan tetapi
sejak daripada hari terakhir dia menghantarku pulang, tiada lagi wajah benyamin
yang dapat aku tatap. Dia seolah – olah pergi begitu sahaja. Izzati Alyaa
Azman dapat meneka resah di hatiku.
“kau masih tak jumpa dia
lagi?”
Aku hanya menggeleng
mendengar soalan daripada Izzati Alyaa Azman.
“kau tahukan rumah kakak
dia?. Jomlah kita pergi” Izzati Alyaa Azman mengajakku pergi ke rumah kakak
Benyamin.
“Teman aku ke sana. Dah lebih
sebulan aku terhutang budi dengannya. Nombor telefon aku tak tahu” aku
menggoncang lengan Izzati Alyaa Azman. Akhirnya dia bersetuju. Terima kasih
Izzati ...
*******************
Noor Azah tersenyum tawar
memandangku dari dalam rumah. Dia membuka pintu pagar dan kemudiannya
bersalaman dengan aku da n Izzati Alyaa Azman.
“Kak... paman.....” dia
seperti serba salah. Aku lihat dengan jelas wajah resahnya. Izzati memegang
tanganku. Seperti tahu aku juga sedikit takut. Kerana apa.... aku masih tidak
pasti.
Kak Zamzurisz dan Kakton
Aini yang aku kenali sebulan yang lepas turut bersalaman denganku. Pipiku disentuh
oleh kak Zamzurisz Eian.
“Hmmm... benyamin dah tak
tinggal sini” kata kak Zamzurisz tetapi
mengapa dia tidak mahu menentang wajahku. Noor Azah sedikit tidak berpuas hati.
Seperti mahu mamanya bercakap dengan benar.
“Mama...”
“Azah.... diam” kendur
nada suara Kak Zamzurisz.
“mana kita tahu kak Tini
akan tinggalkan paman?. Mama pasti”
Ok.. kali ini aku memang
tak sedap hati. Aku pasti ianya sesuatu yang serius. Kami berlima masih berdiri
di antara pagar. Izzati Alyaa Azman mnyentuh belakang badanku.
“Cakap sahaja pada kami
apa yang sebenarnya terjadi.” Izzati Alyaa Azman mula bersuara. Seseorang keluar
daripada rumah itu kemudiannya diikuti seorang yang lain.
Ramai pula tetamu kak
Zamzurisz pada hari itu. aku di perkenalkan dengan Inna Nina dan kak Wan Tijah
Wan Mahmud. Mereka orang Malaysia sepeti juga aku.
“Biarlah dia tahu. Kalau pun
bukan sebagai orang yang menyayangi Benyamin, dia akan tahu sebagai teman
kenalannya” kata – kata Inna Nina itu membuatkan aku seperti mahu memeluknya. Terima
kasih.. ada juga orang yang bertegas untuk menyelesaikan teka teki di hatinya.
Aku di bawa masuk ke dalam
sebuah bilik di tingkat bawah. Sebaik sahaja pintu dibuka aku seperti mahu
longlai. Mujurlah Inna Nina dan Izzati Alyaa Azman sempat memegang tubuhku. Dengan
wajahnya yang pucat, dia terbaring tanpa suara..tanpa mata yang selalunya
bercahaya dan yang pastinya tanpa senyuman. Jururawat di situ keluar membari
ruang pada kami untuk menatap wajah benyamin yang terbaring di atas katil.
“Selepas dua hari majlis
harijadi Noor Azah, Benyamin terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia koma...tetapi
masa dia buat iklan untuk Kak Norkertini, dia ada pesan pada papa yang biarkan
iklan popiah itu berterusan kalau papa nak lihat dia bahagia. Walaupun masa dia
kata tu dia seolah – olah bergurau tetai daripada matanya papa tahu siapa akak
di hatinya.” Noor Azah mengesat air matanya.
“Inna Nina ni siapa?’
soalku.
“Saya teman baik dia. Dia memang
banyak cakap pasal awak Norkertini. Saya dah langgar janji saya pada dia. Dia
cintakan awak tetapi katanya takut jika cintanya bertepuk sebelah tangan
kerana katanya awak wanita yang hebat. Dia pernah berpesan jika ada apa – apa terjadi
padanya, jangan dilihatkan keadaannya seperti itu di hadapan Norkertini. Dia
macam tahu – tahu sahaja sebab selepas itu saya dapat panggilan yang dia
kemalangan jalan raya.. “
Aku duduk di tepi
Benyamin. Kau tidak bertepuk sebelah tangan sayang.... aku sudah menanti
sebelah dari tanganmu untuk menyambut sebelah daripada tanganku ini. aku tidak
hebat sayang..... jika kau melihat kehebatan itu, sebenarnya aku hanya cermin
yang memantulkan semula kehebatan milikmu. Kehebatanmu dalam ikhlas
membantuku...
Aku tunduk. Air mataku
menitis jatuh. Perlahan - lahan mereka
semua beransur keluar daripada kamar. Meninggalkan aku berdua dengan Benyamin
yang hanya terbujur kaku. Matanya yang terpejam itu kutenung. Teringat pula
akan kenakalan matanya mempermainkan keinginan hatiku. Bibirnya statik sahaja.
tidak seperti selalu yang banyak melorekkan senyuman buatku.
“saya rindukan senyuman
ini untuk menjadi hadiah buat saya, sayang. saya rindukan mata ini untuk
menatap wajah saya yang terhias indah buat awak, saya rindukan tawa awak yang menjadi
muzik rancak untuk jiwa saya terus menari... saya rindukan semuanya. Biarpun tiada
kata cinta yang pernah lahir tetapi saya tahu hati kita satu.”
“Saya tunggu awak bangun
untuk melamar saya menjadi suri hidup awak.. Saya tunggu awak bangun untuk menggenggam tangan
jurunikah untuk menyatukan kita menjadi kekasih yang halal, saya tunggu awak
bangun untuk berlari bersama saya merempuh kesakitan dunia dan saya tunggu awak untuk menjadi suami
saya.... suami Norkertini Si Tauke Popiah.
Awak kejam jika membiarkan saya terus menunggu awak.... satu saat
bagaikan satu kelaran yang panjang di hati saya, Benyamin. Bangun...... bangun
dan hadiahkan senyuman indah awak seperti selalu”. Aku mengesat air mata yang
mengalir..
Aku bangun dan keluar dari
situ untuk mengambil wuduk. Setelah sudah,
aku mencapai surah Yasin yang terletak elok di tepi mejanya. Dengan sedu sedan
aku membacakannya untuk lelaki yang pertama kali menyentuh hatiku... aku
inginkan dia juga lelaki terakhir untuk itu. dalam esakan aku mengahbiskan
bacaan surah Yasin, ku melihat wajahnya sebentar.
Aku menutup surah Yasin
dengan mata yang masih terpejam. Kubiarkan air mataku bebas menaglir di pipiku.
“seorang isteri yang baik ..... akan sentiasa
mendekatkan cintanya dengan Allah. Bacaan surah Yaasin untuk saya lebih
berharga daripada segala harta di dunia ini”
Aku membuka mataku.
Benyamin tersenyum lagi. Terkebil –kebil matanya memandangku. Kali ini memang
aku meraung sekuat hati.
“Awak jahat!!!!!!”
Benyamin turun daripada
katil dan cuba menenangkanku.
“Awak suruh saya
bangunkan....” Benyamin ketawa.
“Kalau betul – betul koma....
ini awak tipu!!!!”
“Nak saya koma ke?...”
soalan Benyamin membuatkan aku terdiam.
“tak nak...” jawabku
perlahan setelah agak lama membisu.
Benyamin menarik wayar –
wayar yang tak berfungsi lansung itu dari tangannya.
Aku terus keluar daripada
bilik Benyamin. AKu lihat dengan jelas Izzati Alyaa Azman dengan Inna Nina siap ketawa terkekeh – kekeh tanpa perasankan aku di belakang mereka. Noor Azah dan
kak Wan Tijah Wan Mahmud menelan air liur.
“Duit dua ratus ni aku nak
beli baju. Lain kali kalau Benyamin nak buat apa – apa boleh ler panggil aku
yek” Izzati Alyaa Azman senyum lebar . duit di tangannya aku rampas.
“Erkk.... cepatnya
Benyamin dah sedar.. ops!!” Izzati Alyaa Azman menekup mulutnya.
Benyamin menyusul daripada
belakang dengan tawa yang tak sudah. Kak Zamzurisz Eian menekan bahuku untuk
duduk di sofa. Mereka semua tersenyum. Niera Mj yang baru sahaja keluar
daripada dapur terhenti langkahnya apabila memandangku.
“Cepatnya Benyamin dah
sedar!!!..ops!!”
Aku menjeling Niera Mj. Benyamin
duduk disebelahku dan sempat berbisik.
“Tak payah tunggu saya
sayang..... esok juga saya hantar rombongan meminang Norkertini Si Tauke
Popiah. Tahun depan saya dan boleh pimpin tangan awak yang tengah sarat
mengandung anak kita”
Merah padam muka aku waktu
itu. memang aku jadi mangsa gelak
sepanjang hari itu. Takpe, keluarga benyamin aku maafkan tetapi dua orang kawan
aku tu memang nak kena dengan aku.... siaplah korang!!!!!!.
search pasal popia x pasal2 baca novel cinta ni
ReplyDelete