Ratuku... Azlynn
Mr Roy terkebil – kebil
memandang Azlynn yang sedang sibuk mengutip helaian kertas yang jatuh dari meja
makannya. Wanita yang cantik itu menjadi santapan indah di pagi harinya. Bukan
sekali dia bertemu dengan wanita yang bernama Azlynn itu tetapi lebih daripada
sepuluh kali. Mulut sahaja tidak terbuka untuk memperkenalkan diri masing –
masing. Dengan gaya Mr Roy yang tampak kemas dan segak itu membuatkan Azlynn
berfikir dua tiga kali untuk memulakan perkenalan.
Tangannya masih ligat
mengutip tiga helai lagi kertas A4 yang bercetak depan dan belakang itu. tangan
seorang lelaki yang turut menyentuh kertas yang sama membuatkan Azlynn terpaksa
mengawal ritma deguan jantungnya.
“terima kasih” Azlynn
cepat – cepat berdiri. Tidak mampu untuk dia menentang mata indah Mr Roy.
“Saya Roy” senyum mr Roy
“Mr Roy?” senyum Azlynn
pula.
“hahahhaa... tak payahlah
guna mr kat depan tu” senyuman yang sedikit menyenget itu turut sama mengubah
posisi jantung yang sedang berdegup dengan hebat tadi.
“Ni kerja kat mana?”
“Saya kerja di Nurr Bayu
Gunting gunting sdn bhd” senyum Azlynn. Senyum.... itu sahaja yang dia mampu
lakukan. Dia terpandang pula wajah rakan
sekerjanya Norkertini kembali dihujung simpang yang sedang membeli majalah
keluaran Lavender purple bersama – sama Amelliaa Farhana dan Nurul Sahida.
“Malulah pula kalau
diorang nampak” bisiknya sendiri. Mr Roy terpandangkan Lavender Purple yang
baru sahaja menghampirinya. Azlynn terpana sebentar. Siapa yang tak kenalkan
pemilik syarikat penerbitan Lavender Purple. Bagai mahu terlepas semua kertas
di tangan.
“Hi... kekasih ke Roy?”
usik Lavender Purple.
“You rasa dia sudi tak?”
sengaja memandang Azlynn melalui ekor matanya. Kalau malu – malu kucing itu
dirujukkan pada perasaan sangat malu tetapi dalam situasi Azlynn ini, dia lebih
malu.... sangat – sangat malu tetapi................... suka!.
********************
Puan Sri Hajah Wan Tijah
Wan Mahmud memandang pelik senyuman Azlynn yang tak lekang – lekang daripada
tadi. Kelakar sangatkah berita tentang pengunjung di baham harimau tu sampai
dia boleh tersengih – sengih begitu?. Zakiah Rani, satu – satunya kakak Azlynn cuma
menggeleng kepala. Angau dah mula mengusai adiknya. Tidak ubah sepertinya
sewaktu mula – mula berkenalan dengan tunangnya, Mikail.
“Daripada dok tersengih –
sengih baik pergi tidur. Esok nak kerja. Norkertini datang awal esok” suruh
Puan Sri Hajah Wan Tijah Wan Mahmud. Azlynn masih lagi di situ.tidak berganjak –
ganjak malah senyumannya masih tidak mengendur.
“Lynn!!!” jerit Zakiah
Rani ke telinga adiknya.
“Oh mak Royy!!!!!” Azlynn
lantas mengurut – ngurut dadanya.
“Kenapa mama?. Kakak!! Terkejut
tau” marah Azlynn. Pecah belon angan – angannya bersama Mr Roy.
“Roy?” serentak Zakiah
Rani dan Puan Seri Hajah Wan Tijah Wan Mahmud menyoal.
Daripada didesak waktu itu
juga, Azlynn terus melarikan dirinya masuk ke dalam bilik. Nahas! Memang jadi
bahanlah esok di meja makan waktu sarapan esok hari. Nasib baik papa tak ada di
rumah , kalau tidak lagilah kena soal macam pesalah pencopet duit tabung
sekolah!.
**********************
Sebulan kemudian...
Mr Roy kerap berkunjung ke
restoran milik Inna nina. Walaupun jauh daripada tempat kerjanya namun untuk
melihat kelibat seseorang yang mula menambat rasa cinta di hatinya, dia
sanggup!. Biar pun masa terbuang di lebuh raya semata – mata demi Azlynn.
Jam di tangan dikerling. Tepat
jam 5.30 petang. Pintu lif yang terbuka membuatkan mata Mr Roy segar kembali
walaupun tidak cukup tidur.
“Hari pertama kita” senyum
Mr Roy.
Ya.... itu janji Azlynn. Setelah
sebulan berkenalan barulah dia memberi peluang untuk mereka berdua menyelami
isi hati masing – masing.
“Saya pakai baju pejabat
sahaja ni” Azlynn minta pandangan. Bimbang juga dia jika tempat yanbg bakal
mereka berdua tuju itu tidak sesuai dengan pakaiannya. Mr Roy gelak.
“Awak tetap cantik kalau
pakai apapun” puji Mr Roy. Azlynn mengecilkan matanya. Itu kata – kata manis
yang biasanya keluar daripada bibir seorang lelaki. Ikhlas atau tidak, Azlynn
tidak punya hak menentukannya jika tiada kepastian. Belum sempat mereka berdua
melangkah masuk ke dalam kereta milik Mr Roy, seorang wanita yang kelihatannya
seperti selalu dilihat mula menutup kembali pintu kereta yang baru sahaja
dibuka oleh Mr Roy.
Gina?. Model terkenal yang
mencipta nama di dalam dan luar negara itu memandang Azlynn dengan pandangan
yang tajam. Dari atas hingga ke bawah di menilik Azlynn. Entah apa yang terbuku
dihatinya pun mereka tidak tahu. Azlynn memandang Mr Roy.
“Gina...” Mr roy mengerutkan
keningnya.
“So.. inilah perempuan
yang terpaksa you cari untuk puaskan hati mama you?. Lepas ni kita dah boleh
kahwin kan?. Hei.. i tak tahulah nama you siapa tapi masih di hati dia” jari
telunjuknya lurus mengenai hidung Azlynn. Elvi At, rakan baik Gina menarik
lengan Gina agar menjauhi Azlynn.
“Maafkan aku Roy. Aku tak
tahu dia ke sini” Elvi At memandang Azlynn dan mengangguk tanda maaf. Setelah memimpin
Gina masuk ke dalam keretanya, Evi At terus memandu pulang. Arif benar dia dengan angin puting beliung
Gina. Dia tahu roy dalam dilema. Harapannya agar Roy dapat membuat keputusan
yang terbaik untuk semua pihak. Benar, Puan Jamilah bencikan gina dan dia mahu
Roy mencari wanita lain untu dijadikan isteri. Tidak berkenan benar dia dengan
cara pakaian dan cara hidup Gina.
Azlynn menundukkan
wajahnya. Ada rasa pilu di hatinya. Jika benar apa yang diujarkan oleh Gina
sebentar tadi, nampaknya dia hanya pengganti untuk memuaskan hati ibu Mr Roy.
Bukanlah sukar untuk membaca isi hati Azlynn.
“Apa yang awak fikir tak
benar sama sekali” telus Mr Roy
“Saya ikhlas. Lagipun,
saya bukanlah kejam nak mempermainkan perasaan awak”
Walau apa pun yang Mr Roy katakan,
hati yang melonjak – lonjak tadi terus terjatuh dan diam kaku di situ. Hilang rasa
seperti mana tadi.
“Saya cuma minta awak
hantar saya pulang” permintaan yang keluar daripada bibir Azlynn dijawab dengan
anggukan. Sepanjang perjalanan, mereka berdua cuma membisu. Cuma lagu – lagu daripada
corong radio yang kedengaran memenuhi ruang kereta Mr Roy. Sampai sahaja di hadapan rumah, Azlynn keluar
dan mengucapkan terima kasih sebelum pergi meninggalkan Mr Roy tanpa menoleh
lagi.
Pintu rumah di buka. Puan
Seri Hajah Wan Tijah Wan Mahmud memandang sayu wajah Azlynn yang melintasinya.
“Nak ma...”
“Tak apalah mama... dah
kenyang”kata – kata mamanya dipintas
tanpa menoleh seperti selalu.
Zakiah Rani sedar akan
rasa kecewa adiknya melalui reaksi wajah yang tidak seceria selalu. Dia lihat
dari tingkat atas adiknya itu dihantar pulang oleh Mr Roy. Walau apapun, dia
mesti masuk campur. Azlynn begitu rapuh semangatnya..
*******************
“Sudahlah Gina... tak perlu
ganggu hidup dia lagi” Elvi At mengelap pinggan yang baru di basuh. Gina
menggeleng tidak puas hati.
“Kau tak tahu betapa
sukarnya aku nak dapatkan Roy!”
“Susah atau tidak.... kamu
berdua sudah tak punya hubungan lagi. Bersyukurlah Roy tak kata yang hubungan
korang berdua dah putus depan perempuan tu tadi. Sekurang – kurangnya dia masih
menjaga air muka kau” Elvi At mencampak kain lap dan terus memegang bahu Gina.
“Salah kau juga. Roy dah
minta kau berubah tetapi kau masih macam dulu. Jangan kata dia, aku pun tak
pasti mana satu kekasih kau dengan gaya hidup kau begini. Semua lelaki boleh
cium pipi kau. Hollywoodlah sangat” Elvi At mula mencurah minyak ke dalam api
perasaan Gina.
“Itu cara hidup aku.
jangan kau pertikaikan” jerit Gina. Tangan Elvi At ditepis dengan kuat.
“kau tahu pula.... jadi
jauhi Roy. Dia punya cara hidup yang dia inginkan bersama wanita lain”
bersungguh – sungguh Elvi At cuba menyedarkan Gina.
Hampa. Itu sahaja ynag
boleh dihuraikan. Gina tetap mahukan Roy. Lagipun masih belum ada kata benci
yang keluar daripada mulut lelaki pujaannya itu. Temannya , Lavender Purple
juga tak pernah bererita mengenai Azlynn. Sebenarnya Lavender Purple sendiri sudah bosan mahu melayan kerenah Gina yang tak sudah – sudah.
Gina yang tadi masuk ke
dalam bilik keluar semula dengan pakaian yang menjolok mata. Terbeliak mata
Elvi At memandangnya. Skrit itu lebih singkat dari yang sebelumnya.
“Aku nak keluar”
Kasut tinggi empat inci
disarung ke kaki.
“Kau nak pergi dengan
siapa?” soal Elvi At. Berkejar dia mendapatkan Gina.
“Ryan Dato Ahmad”
Sebaik sahaja pintu
ditutup Elvi At termenung memandang luar jendela.
Semoga kau dapat sesuatu
yang kau boleh pelajari suatu hari nanti Gina. Aku dah berusaha sedaya upaya
menyedarkan kau sebagai seorang sahabat.. Elvi At mengeluh kesal.
********************
Norkertini tersenyum girang apabila mendapat panggilan
daripada Zakiah Rani. Dia terus menoleh memandang Azlynn yang sedang berbincang
sesuatu dengan majikannya Puan Nurr Bayu. Keputusan yang agak drastik tetapi
tidaklah tersasar dari logika akal. Puan Seri Hajah Wan Tijah Wan Mahmud tahu apa
yang terbaik buat anaknya.
Sebaik sahaja Azlynn
kembali ke tempat duduknya, Norkertini dan Amellia Farhana mengelilingi Azlynn dengan senyuman yang lebar.
“Dah lama tak jumpa Mr
Roy?” soal Amellia Farhana dan Nurul Sahida yang baru tiba itu juga berminat mahu
mendengar luahan rasa Azlynn.
“Tak jumpa langsung” cebik
Azlynn.
“Tak rindu?” soal Nurul
Sahida pula.
“Nak buat apa rindu... hak
orang lain”
Amellia Farhana dan
Norkertini ketawa sambil menekup mulut mereka. Azlynn memandang pelik. Tak buat
lawak pun!.
“Hak yang kau kata tu dah
kena tangkap basah dengan Ryan anak tauke kosmetik tu! Dan Mr R kau tu pula dah
masuk meminang dan dan dan... “ Norkertini sengaja melambatkan bicaranya,
“Apa?” Azlynn sedikit
menjerit. Terus Amellia Farhana menekup mulut Azlynn dengan tangan.
“Aku tak tahu apa dia
pakai sampai Puan Seri Hajah Wan Tijah Wan Mahmud .... fuh! Panjang aku sebut
hihihi.... leh berkenan dan terima lamarannya. Cik zakiah rani yang telefon
tadi. Katanya, adik dia Si Azlynn tak pandai buat keputusan jadi mereka yang
putuskan segalanya” terang Norkertini.
Azlynn menangis. Gembiranya
tidak terkata.
“Dan..... Mr R kau tunggu
kat bawah” bisik Amellia Farhana pula. Tidak
sampai seminit, Azlynn berlari terus keluardari pejabat. Sebaik sahaja pintu
pejabat dibuka, kakinya terpaku kuat di situ. Mr Roy yang sedang menunggunya di
tepi kereta cuma tersenyum.
“Tak nak melangkah dekat
dengan saya ke?” soal Mr Roy. Air mata yang masih menitis itu dibiarkan begitu
sahaja. Azlynn menapak menghampiri Mr Roy. Sebaik sahaja sampai betul – betul di
hadapan bakal suaminya itu, kepalanya
terus tertunduk memandang tanah.
“Dongaklah... saya nak
lihat puas – puas mata bakal isteri saya yang cantik ni” pujuk Mr Roy.
Azlynn mendongak. Menyatukan
pandangan mata mereka agar sebati melalui cinta yang bakal disemai dengan cara
yang halal.
“Awak mematikan jiwa dan
cinta saya bila awak pergi tanpa menoleh lagi. Sewaktu awak masuk ke dalam
rumah awak, saya masih di situ, berharap agar awak mengintai saya melalui
jendela tetapi hampa. Itulah perasaan paling tidak enak dalam hidup saya. Setelah
itu awak menyepi tetapi tidak hati ini. kesepian tanpa awak membuatkan hati
memberontak mahu melangkah dengan apa cara sekali pun mendapatkan awak.
Azlynn.... saya berjanji dengan hidup dan mati saya yang saya akan menjadikan
awak ratu dalam hidup saya. Menjaga cinta kita seteguh dan sekuat mungkin.”
Azlynn mengangguk dan
kemudiannya menghadiahkan senyuman paling indah buat Mr Roy..
senyuman itu juga adalah senyuman terindah buat seseorang yang bergelar lelaki.
Kau Mr Roy..... mr Roy milikku, lelakiku, suamiku dan bakal ayah pada anakku....
senyuman itu juga adalah senyuman terindah buat seseorang yang bergelar lelaki.
Kau Mr Roy..... mr Roy milikku, lelakiku, suamiku dan bakal ayah pada anakku....
******************
16 tahun kemudian....
Kek seberat 1kg dengan warna merah hati
dicucuk dengan lilin. Mr Roy kemudiannya menyalakan lilin itu. Anak mereka,
Ameera awal – awal lagi sudah ketawa manja. Tidak sabar mahu menyerahkan hadiah
yang dibelinya sendiri pada ratu hidupnya.
Selepas Azlynn meniup lilin,
Ameera terus memeluk dan mengucup pipi mamanya,
“Mama.. biarpun cuma kita
bertiga sahaja yang mengisi rumah kita ini tetapi Meera tak pernah rasa kurang.
Tak pernah dambakan seorang kakak kerana mama telah menjadi seorang kakak yang
paling hebat dalam mendengar rintihan Meera. Mama juga sudah pun menjadi
sahabat paling sempurna dengan berkongsi rasa suka dan bahagia sepanjang hidup
Meera. Mama telah pun menjadi seorang
guru yang sentiasa mahu Meera diterangi cahaya ilmu. Mama berusaha segalanya
demi Meera. Rambut meera masih dijaga rapi walaupun umur ini semakin matang.
Semuanya kerana kasih sayang mama..... papa juga begitu kan?” soal Ameera pada
papanya.
Mr Roy mengelus pipi
Azlynn seraya memandang tepat ke dalam bola mata ratu hidupnya.
“Ya sayang.... abang tak
perlukan wanita lain untuk memenuhi cinta dan kehendak abang. Azlynn sudah
menjadi sesempurna yang abang inginkan. Abang mahu sayang tahu bahawa setiap
satu inci dari senyuman sayang ini sentiasa abang lipat kemas dalam memori
abang agar abang tidak merana akibat kerinduan ketika bekerja sayang... betu!.
Masa bekerja pun abang rindukan sayang tau” pipi Azlynn dicubit mesra.
Azlynn tersenyum bahagia. Dia
memandang mamanya , Puan Seri Hajah Wan Tijah Wan Mahmud dengan air mata. Perlahan
– lahan tangan mamanya itu dikucup.
“Ma... terima kasih kerana
menghadiahkan Azlynn dengan doa restu mama. Dia lelaki terbaik yang pernah
hadir dalam hidup Lynn..... lelaki pilihan mama”
Puan Seri Hajah Wan Tijah
Wan Mahmud mengucup dahi Azlynn. Mr Roy memeluk bahu Azlynn dan kucupan bertalu
– talu singgah ke kepala dan dahinya. Ameera yang melihatnya terus memeluk mama
dan papanya.
Sayang.... kau ratu dalam
hidupku.. tak pernah jatuh kerajan cintamu untukku dan tak pernah lerai
kesetiaanku buatmu...ratuku Azlynn
kihkihkih... senyum lebar je den..
ReplyDeleteI love itttttttttttt....love u olls muahhhhhhhhh
ReplyDelete