Wednesday, 1 January 2014

PRE -ORDER BAWANG PUTIH URBAN

ASSALAMUALAIKUM...

MUNGKIN ADA YANG MASIH INGAT PADA KARYA SAYA BAWANG PUTIH URBAN...SAYA KINI MEMBUKA PRE-ORDER UNTUK NOVEL YANG SAYA CETAK SENDIRI INI. SEPERTI YANG SAYA KATA TADI.... NOVEL INI DICETAK SENDIRI MAKA NOVEL INI TIDAK LAH SEHEBAT ATAU SE GAH NOVEL DI PASARAN.....JIKA ANDA BERMINAT BOLEHLAH HANTARKAN NAMA DAN ALAMAT KE alamat E-MAIL SAYA mdisaazizah@yahoo.com ataupun GROUP FB SAYA YANG SAYA TINGGALKAN LINKNYA DI SEBELAH KANAN.... HARGA DAN CaRA PEMBAYARAN AKAN SAYA BERITAHU KELAK.... TERIMA KASIH

DIBAWAH ANTARA SEDUTAN BAWANG PUTIH URBAN:

###Prolog

Aku bawang putih. Itu nama sebenar aku sampai kena gelak dari mula aku masuk sekolah rendah sampai lah ke sekokah menengah. Malah lepas SPM pun kalau aku jawab nama aku siapa... orang akan gelak. Pernah seorang mamat kilang yang duduk dekat kawasan rumah aku tu tanya kat aku dengan senyuman sinis....suci sangat ke kau bawang putih?. Nak aku jadi putera?.. lepas tu dia lari kenapa?. Sebab aku baling dengan selipar jepun yang dah lama aku tak pakai. Tahu kau takut ya!. Betul aku tak sebaik bawang putih dalam kisah dongeng tu. Mak tiri?.. harus ada. Mungkin mak aku tahu yang aku akan dapat mak tiri, sebab tu dia bagi nama bawang putih. Nama Putih aku tak kisah tapi bawang tu... ish... aku ni wangi tau tak?.. tapi tak mengapa, nama itu ibu aku yang beri. Yang janggalnya nama aku bawang tapi nama mak aku Puteri Chinta. Nampak tak betapa ketara buruknya nama aku. Mak aku pergi meninggalkan kami dua tahun yang lalu. Kebetulan hidup aku seperti kisah bawang putih.  Tapi..... aku tak selemah itu.... aku Bawang putih Binti Kamarul Zaman punya kombinasi kesucian dan kenakalan. Bodohlah aku kalau biar mereka buli aku macam kucing kurap. Adik tiri ada dua. Seorang Miza dan seorang lagi Maya Yang Maya ni satu kepala dengan aku dan lagipun dia ni suka keliru dan mengelirukan tapi yang kakak dia ni macam nak tercabut kepala aku melayan kerenah dia. Ayah aku sebenarnya dah tiada lagi. Tahun lepas dia sudah pun pergi meninggalkan aku. Aku bukannya suka sangat nak tengok wajah Loma, mak tiri aku ni tapi wasiat mak aku agar aku menjaga rumah ini sebaiknya membuatkan aku terpaksa tabahkan hati.



                                  ********* *********



BAB 1

“Bawang.. mari sini!” panggil  Loma.

“Ish.. tanter ni jangan panggil bawang boleh tak?. Lagipun saya ni sebelah tanter je pun. Kenapa?” soal Putih. Agak angin juga dia apabila asyik dipanggil dengan kasar seperti itu. Tidak pernah walau sekali pun Loma memanggilnya dengan lembut. Putih bukanlah kejam sangat. Kalau Loma berlembut dengannya pun dia pasti akan menyayangi Loma. Tidak perlu terjerit sana sini.

“Jangan panggil aku tanter.. panggil aku auntie” marah Loma lagi. Putih mengangkat keningnya. Nak urban sangatlah tu....

“Ok .. auntie nak apa?” soal Putih sambil tangannya mengelap meja makan buatan Itali yang baru dibeli oleh Loma sebulan yang lepas. Perkara wajib untuk dia menjaga perabot kesayangan ibu tirinya itu walaupun rumah itu haknya.

“Pergi masak” arah Loma. Putih berhenti mengelap. Naik meluat mendengar arahan itu dan ini dari ibu tirinya yang tidak sedar diuntung. Malang benar rasanya apabila menjadi orang gaji di rumah sendiri.

“Hmm.. makanan dalam peti sejuk dah habis. Anak auntie buat kerja pembersihan dalam mulut semalam” jawab Putih selamba. Loma nak marah?. Marahlah!. Memang betul pun, Miza selalu menghabiskan makanan di dalam peti sejuk. Mulutnya asyik mengunyah tidak kira sama ada siang atau pun malam.

“Pergilah beli!!!” herdik Loma. Matanya yang terbeliak itu membuatkan tengkuk Putih sedikit meremang. Dah serupa hantu!.


“Mana ada duit?” jawab Putih. Sengaja mahu mengapur duit ibu tirinya. Duitnya sendiri disimpan dengan selamat. Dalam cerdik ada juga bodohnya Si Loma ni.Mata Loma terbeliak. Dia mengeluarkan wang RM50 dan dihulurkan ke tangan Putih.

“Tak takut saya curi duit ni ke?. Lagipun bukan auntie tahu berapa harga semua barang. Kalau saya beli RM20, RM 30 saya boleh curi ni”  kata Putih sambil matanya merenung Loma dengan senyuman nakal. Loma mula berfikir.

“Dah... biar aku pergi kedai. Kalau harap kau, lingkup aku” Loma terus keluar. Takut betul dia kalau – kalau Putih menggelapkan duitnya yang tidak seberapa itu.

“Jangan lupa beli petai. Miza sukan makan petai!!” jerit Putih sambil tersengih – sengih. Dia terus mengemop lantai. Penat yang tadi tak habis lagi, di suruh pula buat itu dan ini. Putih hanya menurut bukannya apa.. dalam buat kerja sebegitu, peluhnya akan keluar dan badannya akan langsing dan cantik seperti sekarang.

“Ingat aku buat sebab dia?... sorry sangat – sangat. Aku buat semua ni sebab ini peninggalan arwah mak aku lah. Kalau tidak,  mahu berlumut rumah mak aku ni. Lagipun, barulah badan aku ni cantik” kata Putih sendiri.  Miza turun dari tangga selepas bangun lewat seperti kebiasaannya.

“Putih, apa letak baldi dekat tangga ni?. Macam mana aku nak lalu?” marah Miza. Dia menggenyeh – genyeh matanya yang sedikit sepert.

“Ada aku kisah?????” jerit Putih dan terus ke dapur. Puas hatinya!. Biar pekak telinga Si Miza tu.

“Nanti aku jatuh!” jerit Miza kembali. Sengaja di kuatkan suaranya agar dapat dengari oleh Loma



“Padan muka!. Wei, ibu kau pergi kedai. Nak aku lepuk kau?. Senang – senang aje aku tonyoh mulut kau dengan batang mop ni. Pergi naik! Orang tengah mop sibuk nak turun” bebel Putih. Miza tidak mampu melawan kerana Loma tiada di rumah. Sebenarnya angin Putih boleh jadi puting beliung kalau kena dengan caranya. Bukannya dia tidak pernah merasa tamparan Putih dahulu.

“Aku cakap ibu aku” ugut Miza.

“Aku tak hairanlah. Pergilah beritahu, nanti aku beritahu dia yang kau ada hubungan terlarang dengan Pakcik Dolah jual air soya tu” Putih berdiri menghadap Miza yang terkulat – kulat memandangnya.

“Kau gila” kata Miza dan terus naik ke atas. Sengaja Putih ketawa dengan kuat. Masa ibu dia tak ada bolehlah aku buli dia tapi kalau ibu dia ada, mampus aku kena pelempang kat lengan.  Nak lempang muka aku?.. berani buatlah!!!

Loma pulang ke rumah sambil mulutnya mengomel kerana geram dengan jiran tetangga yang
tidak habis – habis memanggilnya ‘makcik’. Memang jadi kepantangannya digelar ‘makcik’.

“Kau pun sama!!” jeling Loma apabila Putih memandangnya.

“Apahal pula ni tanter?” Putih senyum.

Loma hampir menampar mulut Putih kerana asyik memanggilnya ‘tanter’. Cepat – cepat Putih mengelak.

“Lain kali aku tak mahu pergi kedai. Orang kat sana buta. Ada aku yang cantik bergaya ni dia panggil makcik” geram Loma.




“Siapa yang panggil ibu?” soal Miza yang sudah pun turun ke bawah. Putih mengecilkan matanya. Ooo... tahu saja ibu kau dah pulang ya!. Kalau tidak, kau duduk senyap je kat atas tadi....

“Si Nita anak Pak Dolah tu”.  Nafas Loma turun naik kerana geram yang amat sangat. Mahu sahaja di ketuk – ketuk kepala budak perempuan itu tadi.

Gulp!!... Miza menelan air liur. Putih ketawa.

“Lepas ni dia panggil nenek pula” kata Putih. Dia cepat – cepat ke belakang rumah. Mahu mengambil beberapa batang serai. Badannya dibaling dengan batu kecil.

“Wei khir... Kau nak kena pukul dengan aku ke?” marah Putih. Khir ketawa. Dia yang tinggal bersebelahan dengan rumah Putih tersengih – sengih sambil meniup jambulnya.

“Fulamak aih... jambul baru la” gelak Putih.

“Jangan cemburu ya Bawang putih. Kau kena dera lagi ke?” soal Khir.

“Ala.. setakat penderaan mental aku boleh tahanlah. Aku akan buat mereka tinggalkan rumah mak aku ni. Jangan penderaan seksual sudah, itu aku tak sanggup” jawab Putih.

“Tadaaaaa!!!!” Khir menggoyang – goyangkan coklat yang dibungkus dengan cantik. Putih ketawa. Macam sedap saja rupa coklat yang berbentuk – bentuk itu pada pandangan mata Putih.

“Mana boleh bawa masuk. Nanti tanter tu nampak” Putih menoleh ke pintu dapur. Bimbang juga dia kalau – kalau Loma sedang memerhatikannya. Sudah lah mood Loma tidak baik hari itu.

“Tak apalah, aku bukakan” Khir terus membuka bungkusan itu.


“Tangan aku kotorlah” kata Putih. Tangan yang kotor itu dilap sedikit ke kainnya.

“Nak yang mana?” soal Khir. Putih menjingkit kakinya. Dia terpandangkan coklat putih berbentuk hati di hujung kotak itu.

“Nak yang bentuk hati warna putih tu”

Khir mengambilnya dan menyuap coklat itu masuk ke dalam mulut Putih.

“Hatiku untukmu” gurau Khir . Putih mengunyah coklat itu.

“Hatimu itu sangat manis hingga menakutkan aku. Itu mungkin membuatkan aku kencing manis” kata Putih. Matanya berkerut – kerut mengunyah coklat yang terlalu manis itu.

“Walaupun kencingmu manis, aku tak kisah asalkan senyuman mu itu manis seperti selalu” tambah Khir. Putih ketawa terbahak – bahak. Memanglah kau tak kisah, kencing aku!. Bukannya kencing kau!.

“Bawang!!!!!!” jerit Loma. Kelam kabut Putih berlari mandapatkan ibu tirinya itu. Speaker Loma itu kalau dipasang di stadium, boleh didengari oleh semua penonton termasuk pak jaga di luar. Kuat dan membingitkan.

“Tu..tu dalam mulut tu kau makan apa?” soal Loma. Maya yang baru bangun tidur merenung mulut Putih.

“Sedap sangat kau mengunyah” jeling Loma.

“Ni kunyah serai ni” jawab Putih. Kalau percaya, memang kurang cerdiklah!.

“Sedap ya kak?” soal Maya. Putih menggaru – garu kepalanya. Sudah!!!!!.... jangan dia pun nak kunyah serai ni sudah. Budak ni selalu blur. Main percaya cakap orang. Memang benar tekaan Putih. Maya membasuh serai itu dan terus mengunyahnya. Putih menelan air liur.

“Sedaplah kak. Rasa macam panadol soluble” senyum Maya. Loma menggeleng kepala dan Putih hanya mampu tersenyum tawar. Walauupun bukan adik betul tapi agak menyedihkan apabila mempunyai adik tiri yang tersangat lurus.. lurus bendul. 

                                      *****************

Loma memandang Putih dari atas ke bawah. Baju yang dipakai Putih sangat cantik. Walaupun bukan dari fabrik yang mahal namun jahitan Putih yang kemas itu membuatkan baju itu nampak mahal.

“Miza nak baju begitu, mama” rengek Miza.

“Itu kan baju Kak Putih. Janganlah ambil” kata Maya pula. Miza menjeling tajam. Mahu saja disepaknya mulut Maya yang seringkali masuk campur. Dia seringkali memenangkan Putih berbanding kakak kandungnya sendiri.

“Kau buka baju tu, bagi pada Miza” arah Loma. Bibir Putih bergerak – gerak menahan marah. Dia masuk ke dalam bilik dengan perasaan geram dan menyampah. Semuanya nak di ambil!.  Setelah menukar pakaian, dia terus memberinya pada Miza. Dengan gembira, Miza terus menyalinnya di dalam bilik. Putih yang sudah pun keluar untuk membeli barangan peribadinya sendiri itu tersengih – sengih dan menoleh beberapa ketika ke rumahnya.

“Cantik tak?” soal Miza sambil berpusing – pusing menggayakan dress labuh bewarna ungu muda itu. Maya ketawa terbahak – bahak.

“Kau kenapa?” tengking Miza.



“Kak tak pakai seluar dalam ya?” soal Maya. Loma bangun dan memusingkan badan Miza. Matanya membulat apabila terpandangkan kedua – dua belah punggung anak sulungnya itu terdedah kerana digunting bentuk hati oleh Putih. Bentuk hati yang besar!.

“Bawang!!!!!!!!!” jerit Loma dengan geram dan Miza masuk ke dalam bilik dengan hati yang panas.

Putih memang begitu. Ya, Miza akan dapat apa sahaja yang dia mahukan tetapi sebaik sahaja barang itu tiba di tangannya, semua akan tidak sesempurna sebelum itu. Ini bukan kali pertama Putih mengenakannya seperti itu.

Jangan salahkan Putih, dia sendiri yang memulakannya dahulu. Kalau dipinjam secara baik, Putih akan memberikannya dengan ikhlas. Puas hati Putih. Jangan fikir apa sahaja miliknya boleh dikongsi dan di ambil. Loma pun hanya mampu menjerit geram. Putih bukannya lemah seperti yang orang lain anggap. Putih versi ini memang tak makan saman!.


                                            ********** **********

#####Bonda tersenyum melihat anak dan menantunya tiba dengan senyuman lebar. Tangannya dicium dengan penuh rasa hormat oleh Putih. Beberapa orang gajinya diarahkan agar menyiapkan makan malam buat Putih dan anaknya. Tengku Khairudin memberi isyarat mata agar Bonda mengikutnya ke dapur.

“Kenapa dengan anak bonda ni?’ soal Bonda.

“Bonda ajaklah Putih tidur sini malam ni” arah Tengku Khairudin sambil membelek – belek jari Bonda.

“Laa... ini kan rumah Khai, takkan bonda nak ajak pula. Tidur sajalah!” pelik benar Bonda mendengarnya.

“Kalau Bonda ajak lagi best” sengih Tengku Khairudin. Bonda menggeleng kepala. Dia tidak tahu apa sebabnya tapi bagus juga, dia boleh berbual lebih lama dengan Putih.

“Putih tidur di sini malam ni” kata Bonda. Putih menelan air liur. Sudah pastinya dia akan tidur sebilik dengan Tengku Khairudin.

“Ish.. tak apalah bonda. Khai nak balik saja” Tengku Khairudin mula berpolitik. Bonda mengerutkan keningnya. Tadi bukan main lagi suruh ajak tidur tapi sekarang dia pula mengelak sedangkan Putih tidak berkata apa pun.

“Boleh ya sayang” pujuk Bonda. Dengan spontan Tengku Khairudin memeluk bahu Putih. Darah Putih seperti mahu terpancut keluar kerana terlalu marah dengan tindakan Tengku Khairudin yang seperti mahu mengambil kesempatan.

Putih dan Tengku Khairudin masuk ke dalam bilik bersama – sama. Putih menjeling Tengku Khairudin yang seolah olah turut sama terpaksa tidur sebilik dengannya. Putih mengambil bantal dan serta mert Tengku Khairudin mengambil bantal dari tangan Putih.


“Ini bantal aku” kata Tengku Khairudin. Putih menariknya kembali.

“Suka hati akulah. Dalam bilik ni banyak lagi bantal tau!”

“Tapi itu aku punya. Kalau macam tu kau ambil saja bantal lain” tegas Tengku Khairudin dan terus baring sambil memegang hujung bantalnya. Putih mahu menariknya tetapi tidak mampu. Dia naik ke atas katil dan cuba merebutnya kembali. Berlaku pula perebutan bantal di atas katil.  Kekuatan Tengku Khairudin itu tidak mampu membuatkan Putih dapat merebut bantal itu semula. Putih terus menggeletek tapak kaki Tengku Khairudin.

“Ambil kau!!!” jerit Putih. Tengku Khairudin bangkit semula. Dengan sengaja dia memeluk belakang badan Putih dan pastinya isterinya itu meronta – ronta minta dilepaskan. Rontaan yang kuat itu membuatkan mereka berdua terjatuh dari katil. Tengku Khairudin tertiarap di atas badan Putih. Pintu bilik yang tidak berkunci itu dibuka oleh Bonda.

“Ya Allah.. Khai!. Tak senonoh betul sampai atas lantai. Apa anak bonda ni??” marah bonda. Putih menolak badan tengku Kharudin. Dia bangun sambil membetulkan pakaiannya.

“Bukan bonda. Putih terjatuh tadi. Khai cuba nak angkat Putih” cuba memberi alasan.

“Itu bukan angkat tapi .. ish!!! Budak sekarang ni tak faham betullah! Ada katil tapi..Khai, senonoh sikit perangai tu! ” Bonda menggeleng kepala dan terus menutup pintu bilik mereka. Putih geram benar dengan perangai Tengku Khairudin. Dia menggenggam penumbuk. Hampir saja satu penumbuk hinggap ke muka Tengku Khairudin. Mata Tengku Khairudin memandang tepat ke genggaman tangan Putih yang betul – betul berada di hadapan matanya.

“Berdosa woooo.. tumbuk suami” kata Tengku Khairudin.

Nafas Putih turun naik.

“Sebab kau suamilah aku tak tumbuk. Kalau kau ni bukan suami aku memang pecah muka kau” kata Putih yang masih memandang tajam mata Tengku Khairudin. Pintu dibuka sekali lagi,  dengan pantas, Putih terus memeluk Tengku Khairudin.

“Laaa... tak sudah – sudah lagi ke?. Ni ha, selimut tebal. Ana baru basuh siang tadi. Nanti sejuk pula menantu bonda ni.. panas.. panas..” Bonda terus menutup pintu. Dia menggeleng kepala lagi. Tengku Khairudin masih memeluk erat tubuh Putih.

“Lepaslah!!!”

“Tak nak” kata Tengku Khairudin sambil tersenyum nakal.

“Lepas aku kata. Kalau tidak nahas kau” marah Putih. Tengku Khairudin melepaskan pelukannya.

“Eleh.. macam aku nak peluk sangat kau Jendul!. Kau yang peluk aku tadi kan? Dia yang gatal cakap aku pula” cebik Tengku Khairudin. Putih menjeling. Dia mengambil bantal dan terus baring di sofa.

“Hei.. kau tak nak tidur dengan aku atas katil?” soal Tengku Khairudin.

“Tak naklah. Aku lebih rela tidur di tandas daripada tidur dengan kau” kata Putih. Dia berpura – pura tidur hinggalah matanya itu tidak terbuka lagi kerana terlalu lena.

Putih tersedar tepat pukul 3 pagi. Dia menggenyeh – genyeh matanya beberapa kali. Badannya dirasakan sejuk. Dia membuka luas – luas matanya. Dia memerhati sekelilingnya dan matanya terus terpandangkan shampoo rambut, sabun mandi dan ubat gigi milik Tengku Khairudin. Dia menggigil geram.



“Berani kau letak aku dalam bilik air... selipar!!!!!!!” jerit Putih. Dia keluar dari bilik air.Wajah Tengku Kahirudin yang sedang tidur lena itu ditenungnya dengan perasaan marah.
 Kali ini Putih hilang sabar. Dia menggoncang – goncang badan Tengku Khairudin dengan kuat sekali.

“Woi.. gila ke apa?”

Putih tidak peduli. Dia menarik tubuh Tengku Khairudin sekuat hati hingga terjatuh ke bawah. Dia terus menggenggam kedua belah bahu Tengku Khairudin dengan mata yang sangat menakutkan.

“Kau ni memang tak boleh buat..”

Krekkkk..!! Pintu terbuka dan Tengku Khairudin terus menarik Putih ke dalam dakapannya.

“Ya Allah... tak habis – habis lagi?” Bonda memegang dadanya. Macam nak pengsan sahaja rupanya.

“Dah nak subuh ni.... korang ni.. entahlah.. macam nak pengsan aku rasa. Bonda tengah sembahyang tahjud tadi. Dengar bunyi bising tak sangka pula... ish... tak.. entahlah. Budak – budak sekarang ni , tak tahu nak cakap apa!!!” Bonda menutup pintu bilik Tengku Khairudin kembali. Putih  terus menggigit teinga Tengku Khairudin hinggakan dia terjerit – jerit.

Bonda yang baru sahaja melipat sejadah terkejut dan beristighfar beberapa kali.
 Selepas sembahyang subuh bersama, Putih dan Tengku Khairudin di panggil oleh Bonda                                   
Untuk sarapan pagi bersamanya. Bonda memandang mereka berdua bersilih ganti. Ana menuang air ke dalam cawan Putih.




“Ana. Nanti bila ada masa kemaskan bilik di sebelah bilik Khai tu ya” kata Bonda.

“Kenapa Tengku Puteri?” soal Ana.

“Nampak gayanya saya nak jadi nenda tak laman lagi. Ada seorang Tengku kecil yang akan singgah di sini nanti” perli Bonda tanpa memandang wajah mereka berdua. Putih tunduk sambil  mententeramkan hatinya dari memijak kaki Tengku Khairudin yang sangat hampir dengan kakinya. Siap kau selipar!!!!! ... Putih menjeling tajam.




   

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sikit sangat nih...tak paham lah...cer tambah sikit lagi...baru senang nak paham...ngeeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apo yang ekau delete tu hah Fisa????? ekau ngumpat den yo???? hihiiih

      Delete
    2. ter post 2 kali tuh...kalau nak ngumpat kita cakap depan2...tak de nya nak sembunyi2...hehehe

      Delete
    3. kahkahkahhahkaaa.. cubit nak????

      Delete
    4. cubit??tak nakkkkk....free gift nakkkk...hehehe

      Delete
  3. Assalam..
    Sis, masih boleh order ke?
    Nice story..

    ReplyDelete