Monday, 30 December 2013

cerpen penuh : SJ OH SJ

SJ OH SJ

Siapa pula wanita cantik bernama SJ ini?. hanya dua huruf untuk merungkai segala yang tersembunyi di sebalik sebatang tubuh indah. Senyuman menawan dan gelak tawa mesra.

“Takkan tak tahu nama dia siapa?” soal Zax. Matanya memandang tepat ke anak mata Norma Yusof. Kak Nitasha hanya gelak panjang. Aryssa Najwa yang tahu segalanya mengambil keputusan untuk membisu. Hanya dia dan Weeda sahaja yang tahu siapa Sj. Bagai mahu gila Zax mencari siapa SJ sebenarnya.

“Nak tahu namaa sebenar pun susah!. Siti jenab ke seri Junaidah ke?.. korang tak baik buat aku macam ni tau” pen diselitkan di celah telinga. Weeda gelak besar. Untuk mengelak daripada terus di desak, dia, Aryssa dan Norma angkat punggung meninggalkan Zax yang hanya bertemankan kakak angkat paling sporting di dunia... kak Nitasha.

“Zax tahu diorang tau tapi tak mau bagitau walaupun tau” cebik Zax.

“Ayat dah tunggang langgang... hati apatah lagi” sengih Kak Nitasha. Dia terus mengangkat gelas di meja. Kafenya memang menjadi tumpuan mereka yang bekerja dan belajar di sekitar kawasan itu.

Termenung...... tindakan biasa buat Zax yang tergilakan SJ.

                                                  **********

“Hei.. Sj!” jerit  Zax sambil memintas langkah Sj.

“One two three... i love u” matanya dikenyit sebelah. Sj hanya tersenyum. Zax orang ke sepuluh barangkali yang meluahkan rasa cinta di tepi jalan.

“Hei.. Zax... one two three....... sesenang ini cinta dilafazkan?. Tepi jalan?. kalau lafaz cinta tu kena langgar lori..... pecepek... penyek!” Sj kenyit mata semula dan terus pergi.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...... menawan sungguh!” jerit Zax. SJ menoleh ke belakang dan hanya gelak manja.

Kenyit mata pun menawan?. Memang sah gila bayang. Norma yang memandang darijauh turut sama ketawa. Sahabat baik kekasihnya itu memang dari dulu gilakan SJ.  Siap pura – pura telefon pejabat sebab nak tahu siapa Sj. Bila ditanya kenapa...tergamam!.

Keterujaan Zax terbantut apabila melihat seorang lelaki berkereta mewah turun dari kereta dan terus menyentuh mesra tangan SJ. Dokumen yang perlu di hantar secepat mungkin terlepas dari tangan. Hatinya remuk bagai baru di rempuh kontena. Di ambil semula dokumen di atas jalan raya dan kakinya terus menapak ke motosikalnya. Dia memandang motornya dan kereta lelaki kacak tadi tadi bersilih ganti. Timbul rasa kekurangan di dalam dirinya.

Pergi cepat Zax......... pujuknya sendiri.

                                           ********

“Ala Weeda aku ni pipit. Orang tu enggang” suaranya mendatar. Seperti orang hilang semangat. Weeda yang dari tadi menyuap Maggie asam laksa terbehenti sebentar dari menikmati hidangan tengharinya.

“Burung kau pipit je ke?” Hassan meyampuk dari belakang. Muka Zax merah padam. Ada ke patut tanya soalan menjerat maruah sebegitu di depan weeda?. Tahulah weeda tu sporting tapi agak – agaklah!. Hassan gelak dan terus keluar dari pantry.

“Jadilah enggang...” itu sahaja yang keluar dari mulut Weeda.

“Siapa aku nak jadi enggang” jarinya menguis – nguis nasi campur di hadapan mata.

“Kau yang tak mahu jadi”

“Dahlah.... “ Zax muram. Nasi bungkus diletak ke tepi. Tiada selera hari itu untuk menjamah sebarang makanan.


                                          *************

SJ.... Seri jemaah?... Siti Juliana?.. Ish... pening aku!. Zax membetulkan lipatan kain pelikatnya. Mak Hajar menggeleng kepala sambil membawa secawan kopi buat anak bongsunya itu. dah macam kucing hilang anak sahaja rupanya!.

“kenapa ni Zax?” soal Mak Hajar. Zax cepat – cepat memegang kedua belah bahu mak hajar sambil menyuruh ibunya itu duduk bersamanya.

“Cuba mak teka... SJ tu untuk apa?”

“Ha?” ternganga mak Hajar. Rambutnya yang beruban itu digaru – garu. Susah betul soalan. Lagi – lagi soalan subjektif begini.

“Kalau Zax tanya mak macam mana nak mengaji ke... nak buat lepat pisang ke.... tak pun kuih keria tu, mak tahu lah. Apa ke bendanya SJ tu?”

“Nama orang mak” Zax mengeluh.

“Saerah Jhonny?” teka Mak Hajar. Terkejut Zax mendengarnya.

“Biar benar, mak”
 Mata Mak Hajar mengecil. Dah ditanya, aku jawab. Bila jawab banyak pula songehnya!.

“Sudah! Malas aku nak layan. Minum saja kopi kau tu. Kalau suruh teka nama menantu aku tak apa juga” jeling Mak Hajar. Zax sengih.

Memang bakal menantu mak lah tu....

                                  **********************

Sj berjalan berdua dengan Weeda. Bungkusan nasi ayam ditangan dibawa dengan berhati – hati. Zax yang sedang membuka topi keledar berhenti geraknya. SJ melintasinya dengan sekuntum senyuman. Entah mengapa, lutut Zax terasa begitu longgar hingga tidak mampu menampung tubuhnya. Dia terjatuh waktu itu juga. SJ menoleh dan terus mendapatkannya.

Malunya aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...... jerit hati Zax.

“Tak..... saya tak nak terpijak semut tadi. Elak – elakkan semut tu yang saya terjatuh ni” Zax menyusun ayat palsu. Weeda sengih. Pandai lah kau Zax oi!.

“Sweetnya....” SJ tersenyum.

“Ye... semut memang suka sweet sweet... kan manis...” sengih Zax. Dia bangun semula dan menepuk – nepuk seluarnya.

“Tak ramai lelaki yang baik hati macam ni. Awak ok kan?” SJ mengintai – intai wajah Zax.

“Uishhh... ok” senyumnya. Walhal punggungnya betul – betul terhentak pada seketul batu sewaktu dia terjatuh tadi. Azabnya...... tuhan sahaja yang tahu.

“Kalau ok kenapa muka awak berkerut – kerut tu” SJ masih menyoal. Waktu itu pertama kali Zax berdoa agar Sj cepat – cepat berlalu. Jeritannya sudah tidak mampu ditutup lama – lama.

“saya risau nasib semut tu” tergigil – gigil suara Zax. Itu belum lagi dengan keadaannya yang bergoyang kiri dan kanan kerana mahu menahan sakit di punggung.

“Ok... saya naik dulu ya” Sj berlalu.

“ADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Zax sekuat hati. Sakit sungguh!. Macam mana nak jalan naik ke atas pejabat ni?.

                                  *****************

Mata SJ terkebil – kebil memandang Zax yang sedang menyediakan burger buat pelanggannya. Arina, sepupunya hanya memandang Zax dan SJ silih berganti.  Entah bila dia mula melangkah pun dia tidak pasti tetapi saat itu dia sudah pun berada di sebelah Zax yang sedang sibuk meletakkan burger daging ke atas tempat pembakar buat pelanggan wanitanya.

“Sombongnya abang Zax.... “ usik wanita tersebut.

“Dah... budak tak cukup umur jangan menggatal kat sini. Kang abang beritahu Makcik Semah kang” ugut zax.  Setelah menyedari ada seseorang di sebelahnya, terus bibirnya petah menyoal.

“Ye .,. nak bur....bur...bur...”

Sj gelak manja. Lagilah Si Zax gelabah. Dia memang suka melihat bibir SJ mengukir senyum, meletuskan tawa yang sangat manja pada pendengarannya.

“saya nak burger ayamlah... sedap ke?” kening SJ terjongket  dan Zax tunduk buat – buat mencari sesuatu. Sj ketawa lagi. Arina mencuit lengan SJ.

“Kau kan tak suka makan sebarang gerai” bisikan Arina tidak diendahkannya. Sengaja SJ tidak mahu menunggu jauh. Di masih di situ.

“Awak duduklah dulu.... dah siap saya hantarkan” suruh Zax.

“hmmmm.... awak buatlah dulu.. dah siap baru saya pergi” jawab SJ selamba. Zax ketawa kecil.

“Rajin cari duit” puji SJ.

Memanglah kena rajin... kan saya nak pinang awak nanti... jawab Zax di dalam hati. Kalaulah Sj dengar.... haru!.

“SJ tu apa maksudnya?” tak mahu tunggu lebih lama lagi. SJ gelak besar dan dia hanya ketawa kecil. Tanpa jawapan, Zax menjadi semakin resah.

“kenapa nak tahu sangat ni?” soal SJ. Sesekali dia mengibas asap yang menghampirinya.

“Tak adalah.. saja nak tahu” jawab Zax.

“tak perlulah kot” SJ masih bermain tarik tali. Kadangkala dia seperti mahu berterus terang dan adakalanya dia seperti masih mahu merahsiakannya. Dia sendiri keliru. Untuk apa dia rahsiakan semua ini?.

“Nah... ambil sajalah”

“Tak boleh... nah duit awak” wang sebanyak RM 5 dihulurkan.  Sedang Zax berpaling untuk mencari duit baki, SJ sudah pun masuk ke dalam keretanya.

“Terima kasih Zax” jeritnya dari dalam kereta dan terus berlalu. Wang miliknya direnung Zax dalam – dalam.

                                          

Selesai sahaja menutup gerai burgernya, Zax terus pulang ke rumah. Wang RM5 milik Sj dilekatkan  menggunakan magnet di atas papan putih di biliknya. Itu adalah satu – satunya milik Sj yang pernah tiba ke tangannya.

                                         ****************

“Mak... mak..” Zax memanggil  Mak hajar yang sedang sibuk menyapu laman.

“Apa yang kau memekak ni, Zax. Pergi saja sarapan dan lepas tu pergi kerja” bebel Mak Hajar.

“Mak nampak duit special kat papan putih Zax tak?’ soal Zax. Dia memandang mata Mak Hajar dan berharap apa yang difikirkannya pada waktu  itu tidak berlaku.

“Oh.. mak pergi beli roti kat bai tadi” selamba sahaja mak Hajar memberikan jawapan tanpa memandang wajah Zax terlebih dahulu.

“Mak... tu duit SJ mak”

“Hish..... tak habis – habis dengan Sj tu... kamu ni kenapa Zax?” jeling Mak hajar.

“meh sini aku nak jumpa budak SJ tu!. Buat mental anak aku ni tunggang terbalik!” makin panjang pula bebelan Mak Hajar. Terdiam Zax saat itu. kalau nak kena lesing sampai pengsan, menjawablah!. Tak berani punya Si Zax nak menjawab banyak – banyak akan bebelan Mak Hajar. Elok – elok bebelannya lima minit, nanti akakn bertukar ke lima jam. Telinga siapa yang kena hadap semua ini?... telinga dia juga.

Zax terus menghidupkan enjin motornya dan sempat lagi dia memandang wajah Mak Hajar dengan pandangan sayu.

Huh! Nak bagi aku rasa bersalahlah tu......

Mak Hajar terus masuk ke dalam rumah.


                                            ***************

Lelaki dengan kereta mewah itu lagi!. Zax tertunduk sambil tangannya ligat menyusun dokumen. Sesekali dia mencuri pandang wajah SJ yang kelihatan sugul. Kelihatan seperti lelaki itu sedang menengking Sj dan keadaan itu membuatkan hati Zax sakit. Dia sudah tidak peduli, dia terus meluru mendapatkan SJ dan lelaki itu setelah pertengkaran mereka berdua hampir bertukar menjadi lebih teruk.

“Ni apa nak gaduh – gaduh kat bawah ni?” tegur Zax. Sj  menggenggam penumbuk. Kali ini kalau Danial melebihi had dalam mengatur tutur bicara, penumbuk itu akan hinggap terus ke pipi dan SJ pasti penumbuk itu akan menjadi sesuatu yang tidak akan Danila lupa.

“Wah.. padanlah dah tak mahukan aku. jantan miskin  dah jerat rupanya” mulut Danial senget – senget mencebik Zax.

“Kau tahu tak, yang aku ni dah bosan nak jadi patung cantik yang perlu dengar kata kau 24 jam!. Nak makan perlu ke hotel besar. Hei.. aku lebih suka makan burger dia ni daripada makan makanan hebat kau di hotel tu. Aku dah muak, penat dengan semua ini” suara Sj sedikit lantang berbanding tadi.

“betul tu! Burger aku sedap” sengih Zax. 

“Kau diam boleh tak!!!” jerkah Danial.

“ jangan nak marah dia!” tengking SJ pula. Wah!!!!..... macam kena bela dengan puteri raja sahaja rasanya. Tersengih – sengih Zax.

“Ini mesti budak burger yang Arina ceritakan tu. Tolonglah Sabrina...... jangan buat benda bangang” tengking Danial.

“Oooo... Arina?. Sekurang – kurangnya dia ni lebih baik daripada kau tau” SJ mula naik angin.

“Apa yang baiknya?”

“Dia ni nak pijak semut pun tak sanggup apatahlagi nak hancurkan hati saya”

Gulp!.... aku memang tak pijak kalau aku perasan tapi aku spray gak semut – semut kat rumah aku tu.... Zax hanya senyum kambing. Lepas ni nampaknya dia kena jadii pecinta semutlah gayanya....

Danial terus masuk ke dalam kereta mewahnya. Jelas kelihatan tiada riak sedih pada mata SJ. Dia seolah – olah puas melempiaskan segala apa yang terbuku di hatinya waktu itu.

Mereka berdua  berdiri di situ memandang antara satu sama lain.

“Saya suka kat awak sebenarnya tapi saya tak punya kereta mewah macam tu. Saya Cuma ada motor sahaja. sekarang ni saya tengah kumpul duit untuk beli rumah tapi bukanlah rumah mewah. Saya dah ambil lesen kereta untuk bawa awak bersiar – siar. Saya nak jadi yang terbaik buat Sabrina.....SJ di hadapan mata saya ni tapi tak mungkin awak sukakan saya. Siapalah saya” senyuman Zax mula mengendur.

“Haip!” SJ membeliakkan matanya.

“senyum balik!” arah SJ.

“Saya pun suka kat awak. Saya suka bila awak menggelabah nampak saya. Awak ingat saya tak tahu yang punggung awak sakit hari tu?. Hmm... saya tak kisah kita sama – sama jual burger pada malam hari asalkan kita enjoy bersama. Saya tak mahu ke restoran mewah, berpakaian cantik tapi hanya sebagai patung. Semata – mata jadi peneman seorang lelaki yang bangga punya pasangan yang cantik. Saya suka awak pandang saya... awak pandang saya dengan cara yang berbeza” luah SJ pula.

“Awak cakap macam awak tahu perasaan saya pada awak” Zax malu – malu. SJ mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannya. Wang RM5 yang tertulis ZSJ di hujung kertas punya nilai itu membuatkan Zax terpaksa mengiyakan. Tiada lagi alasan.

“Bukankah bagus kalau awak lebih berani dulu.....”

Zax memandang Sj dan kali ini dia senyum lebih lebar.

“Masih belum terlambat bukan?... saya masih berpeluang untuk memikat hati SJ di hadapan saya ini..... masih boleh kan?”

Terik mentari yang sedikit panas tidak membuatkan Zax mengeluh sebaliknya kepanasan itu seakan – akan menghangatka  kembali harapannya yang seakan sudah hilang saat melihat Danial dan SJ pada satu ketika dulu.

“Tak perlu susah – susah menarik hati yang sudah sedia tertarik” SSJ kenyit mata.

“Hadoiiiiiiiiiiiiiiii.... kenyitan awak tu!” Zax menumbuk telapak tangannya sendiri. Sj ketawa manja. Weeda dan kak Nitasha yang mencuri dengar tersenyum sambil memandang wajah masing – masing.

“Weeda rasa  nama anak diorang nanti apa?”

Soala Kak Nitasha itu meletuskan tawa.

“Mestilah huruf gak... hahhahaha” Weeda gelak besar.

                                         *****************

Setahun kemudian...

Mak hajar tersengih – sengih melihat kesibukan Zax dan SJ yang menguruskan retoran makanan barat mereka berdua. Kini, Zax sudah pun mampu membelikan sebuah rumah teres dua tingkat buat SJ.

Kehidupannya bersama Zax sentiasa manis walaupun kadangkala ada rajuknya.

“sayang.... merajuk sikit!” lengan SJ di cuit sedikit.

“Sayang nak Sab merajuk ke?. Nanti payah nak pujuk” gelak SJ.

“Merajuk seminit sajalah... lebih seminit tak boleh, abang tak mampu nak tanggung rindu lama – lama”

Berderai tawa SJ mendengarnya..

Tawamu masih cantik seperti dulu, kaulah semangatku. Kaulah segalanya buatku. Terima kasih sayang menjadikan namamu teka teki dalam mindaku hinggakan sewaktu aku tercari – cari akan makna pada dua huruf itu, aku terjumpa sesuatu yang paling indah.... cintamu sayang. SJ oh SJ...... kaulah permaisuri dalam setiap istana anganku.









1 comment:

  1. oik...sampai kesudah ku tak tahu apa nama penuh si SJ tu...selain Sabrina...ko saja kan jijah...

    ReplyDelete