Thursday 13 February 2014

IKAN SEPAT VS IKAN SALMON - part 1/5

IKAN SEPAT VS IKAN SALMON (part 1)

Ikan sepat di dalam pinggan di cuit – cuit. Kemudian dia mengelap jari telunjuk dan ibu jarinya dengan tisu yang baru  di ambilnya. Tak kena!!!. Tak mungkin lelaki yang hebat seegitu mahukan ikan sepat sebagai hidangan yang dihadap pada esok hari. Paling tidak pun ikan salmon.

“Salmon lebih baik” kata Rika. Dia memandang uminya yang berdiam tanpa kata. Dia memandang pula wajah kakaknya, Lina.

“Ala... kalau salmon kat tempat dia belajar pun berlambak dik. Takkan rumah kampung macam kita ni nak hidang salmon yang digrill... kukus..panggang kot” sengih Lina. Menyenget bibir Rika mendengarnya. Kak lina tak ada taste langsung!!.

“Entah – entah dia lagi suka makan masak lemak pucuk ubi” umi menambah. Huh!.. semuanya tak faham!. Tak faham yang Rizal itu punya kedudukan yang tinggi. Tak mungkin ikan sepat sepat kena pada rasa tekaknya. Belajar di negara empat musim takkan ikan kampung seperti itu yang menjadi pilihan Rizal.

Malas Umi dan Lina mahu melayan citarasa urban Rika itu sedangkan dia sendiri pun tak pernah rasa isi ikan salmon... bukan kata isi, ekornya pun Rika tak pernah makan. Tak habis – habi mahu menjadi isteri orang kaya. Si Borhan yang punyalah baik tu ditendangnya ke tepi begitu sahaja.

                      ************************************

Paksu Haikal tiba bersama Rizal. Ya... sangat tampan dan dari riak gayanya dia bukan seorang yang meninggi diri. Cara dia melintasi Umi dengan tunduk hormat pun Lina sudah tahu pekerti Rizal. Kalaulah Rika tak tergilakan lelaki itu, sudah pasti Lina pun nak isi borang. Bukannya rugi kalau mencuba tetapi untuk mencuba lelaki kegilaan Rika.... macam menempah maut!

Haduh.... macam nak muntah kaler pastel sahaja apabila melihat tubuh Rika yang macam cacing kena simbah petrol. Bukan Lina tak tahu... gaya menggoda Rika yang ketinggalan zaman itu dan yang Lina suka sekali apabila tiada respon langsung daripada Rizal.

“sakit pinggang ke Rika?” kening Paksu Haikal bertaut. Misai tebalnya disentuh seketika. Rizal senyum dan Lina nampak betapa Rizal cuba untuk tidak meletuskan tawanya.

“Apa paksu ni?” kali ini kening Rika pun bertaut sepeti Paksu Haikal.

“Kecederaan otot yang tak serius je Pak su” Lina pula menambah. Kali ini Rizal tidak mampu menahan tawanya lagi. Walaupun tidak sekuat mana tetapi cukup untuk jelingan Rika membunuh semangat Lina.

Gulp.. air liur ditelan beberapa kali. Bukannya apa, setiap kali Rika mengamuk mesti dia tak sedarkan diri. Nanti Lina juga yang kena bawa pergi ke hospital walhal bukan sakit apa pun. Payah ada adik yang keseimbangan emosinya tak terkawal ni.

Juadah makan tengahari di hidangkan. Berkerut kening Rizal dan Paksu Haikal apabila melihat juadah yang begitu banyak sehingga tidak tahu nak pilih yang mana dahulu untuk di jamah. Pinggan makan Rika letak betul – betul di hadapan Rizal. Sempat jugalah dia menyelitkan rambutnya yang terjuntai. Ala..... konon – konon ayu.

Rizal memandang Paksu Haikal dengan senyuman yang entah apa maksudnya. Hidangan seolah – olah dibahagi kepada dua. Memang sengaja Rika meyusunnya begitu. Satu masakan barat yang dia masak tadi dan sebelah lagi masakan Lina. Rika senyum puas dengan juadah yang berhias bagai.

“Kenapa kalau Paksu datang seorang korang tak masak macam ni ha?. Tak adil ... tak adil” komen Paksu Haikal. Umi senyum. banyak songeh betul adik aku ni.. dah dia yang minta nak makan laksalah, nasi lemaklah....

Lina dan Rika seperti peserta masterchef yang menunggu juri memilih mana satu pemenangnya. Tangan Rizal mereka renung sama ada mahu ke hidangan Lina ataupun Rika. Rizal perasan akannya. Sengaja tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan dan kemudiannya dia menarik balik tangan kanannya.  Rika mengeluh dan jelas kedengaran keluhannya. Paksu Haikal gelak.

Rizal mengambil sudu  di pinggan ikan salmon grill di hadapannya. Rika senyum lebar manakala Lina pula hanya senyum dan bangkit untuk menambah air sudah pun hampir kehabisan di dalam jug kaca. Belum pun sampai Lina ke dapur, Rizal bersuara.

“Saya rasa salmon ni sikit je lah ye. Saya nak makan ikan sepat tu dengan masak lemak pucuk ubi. Dah lama tak rasa yang home made punya. Kat kedai lain. Sebenarnya saya suka ikan sepat. Dulu masa di kampung arwah atok kami selalu menangguk ikan ni. Rindu pula. Terima kasih makcik masakkan ini untuk saya.”

Lina menoleh seketika dan tersenyum manis. Rika menjeling. Buat penat sahaja dia mencari resepi sehari suntuk untuk Rizal. Hancur harapannya.

Lina duduk kembali dan mendekatkan piring yang mengandungi enam ekor  ikan sepat goreng di hujung pinggan Rizal. Mereka berbalas senyuman.

“Sedap makcik” puji Rizal

“Oh.. bukan makcik yang masak tapi Lina. Makcik rasa makcik berhak juga terima pujian tu sebab resepi makcik” sengih Umi. Mereka semua gelak kecuali Rika.

“Ha... kau makanlah Rika oi... Paksu pun nak makan masakan kampung. Bosan dah asyik mengadap ikan mahal tu.” Paksu Haikal terus mencolek rebus pucuk betik ke sambal belacan air tangan kakaknya.

“Rika... ni apasal pula ni?” Paksu Haikal menegur lagi. Air sirap selasih diteguk perlahan. Rizal tahu perasaan Rika. Dia yang sebenarnya mahu sekali menambah sedikit nasi dan menikmati masak lemak pucuk ubi itu terpaksa membatalkan keinginannya demi menjaga hati Rika.

“Tapi tadi saya dah rasa ikan salmon ni sedap. Saya makan lagi boleh Rika?” soalan Rizal membuatkan wajah Rika kembali ceria. Puas hatinya apabila melihat sedikit demi sedikit isi ikan salmon itu masuk ke dalam mulut lelaki dambaannya.

Selesai sahaja makan tengahari, mereka berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ke rumah ibubapa isteri Paksu Haikal. Maksu Mahanom Kasmani sudah pun habis pantang. Tak sabar rasanya Paksu Haikal membawa pulang anak ketiganya ke rumah mereka.

Rizal bersalaman dan mengucapkan terima kasih pada Umi dan mereka berdua. Lina menghulurkan satu bungkusan juadah yang dimasaknya tadi. Rizal senyum gembira.

“Banyaknya masak lemak ni” Rizal menentang mata Lina.

“Hmm... ambillah...” Lina membetulkan lipatan tudungnya dan tunduk malu. Rika yang yang melihatnya terus menumbuk telapak tangannya sendiri. Ceh! .,. macam mana aku boleh tak terfikir nak bekalkan dia ikan salmon tadi.

“Ikan sepat goreng ada?” bisik Rizal ke telinga Lina.

Entah mengapa jantungnya berdebar dan ada satu rasa yang lain pada dirinya tatkala Rizal mendekatinya tadi. Merah rona wajahnya.

“Lina... ada tak?” soal Rizal.

Umi senyum dan berpura – pura meihat jauh ke hadapan. Tahu benar dia yang anak sulungnya itu rasa malu. Dia bukannya seperti Rika yang sedikit memberontak. Lina memang dara pingitan. Duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan uminya sahaja apabila tidak bekerja.

“Ya .. ada” angguk Lina.

Rizal bersalaman dengan Umi dan menghulurkan sejumlah wang melalui salam yang dihulurkan tadi. Terkejut juga umi pada waktu itu.

“Eh.. Rizal... banyak ni. Tak payahlah nak... buat susah – susah sahaja”

Rizal cuma senyum dan sempat memandang kedua anak dara umi yang masih berada di situ. Rizal memberi salam dan terus masuk ke dalam keretanya. Belum pun kereta  bergerak, Paksu Haikal membuka cermin tingkap kereta.

“Lina... Rizal kata kalaulah boleh makan masakan lina hari – hari” senyum Paksu Haikal. Senyum malu Lina pada waktu itu. tak tahu mahu berlari masuk ke bilik seperti filem Hindustan ataupun tersipu – sipu malu di tepi uminya. Rika menghentak kaki dan terus masuk ke dalam rumah. Umi mengerti maksud Rizal.

“Haikal... kata pada Rizal, kena buat cara betul. Sementara masih kosong baik isi birang nanati kalau kemasukan dah penuh akak terpaksa reject walaupun  akak suka dia jadi menantu akak” usik umi pula . Pintu kereta Rizal terbuka. Jantung Lina bagai mahu gugur saat Rizal menghampirinya.

“masih kosong?” soal Rizal. Sengaja mahu mendengar daripada mulut Lina sendiri.

“Ramai minta tapi seorang pun dia tak nak” Umi mula menyampuk. Lina terus mencubit nakal lengan uminya.

“awak tunggu saya agaknya..ya” senyuman Rizal menambahkan lagi rasa malu Lina. Ish.. ada pula kata begitu... malulah aku!.

"Mana awak tahu saya tunggu awak?" balas Lina dan mencuri padang wajah Rizal sekali sekala.

"saya tahulah...." Rizal gelak dan masuk semula ke dalam keretanya. Selepas Rizal beredar Lina memandang uminya.

“Lina... dah sampai masanya pun. Takkan Lina nak manja – manja ngan umi lagi kot. Dah 24 tahun dah. Umi suka dengan Rizal. Terima ya sayang...” dahi Lina di kucup. Ya.... Lina terima umi... dengan hati terbuka.

                                         *************************


Rika mengamuk apabila mendengar Rizal akan berkahwin dengan kakaknya. Hampir sahaja dia mengalah demi adiknya tetapi dimarahi uminya yang turut sama memandang tajam Rika di hadapan mereka berdua.

“Kang umi tempeleng Rika kang” suara Umi meninggi. Umii yang sentiasa tenang itu sudah naik rimas dengan sikap tak sedar diri Rika. Tak habis – habis berangan nak lelaki kacak dan kaya.

“Umi tak adil... umi lebihkan kakak!. Kenapa umi tak suruh sahaja Rizal kahwin dengan Rika sedangkan umi tahu Rika yang beriya – iya mahukan Rizal” bentaknya. Majalah diletak ketepi dengan kasar. Lina menggeleng kepala.

“Banyaklah kau punya kahwin! Pergi buat kerja sekolah kau tu!. Baru tingkatan tiga dah nak kahwin segala. Umi diamkan sahaja sebelum ni sebab ingan Rika main – main rupanya Rika betul – betul ya?. Gatal sungguh. Rika punya pakaian yang dalam tu pun umi dan Kak Lina yang basuhkan lagi tau. Tu... kasut sekolah kat luar tu, kalau bukan Kak Lina tolong basuh, mahu hitam berkaratlah!.” Umi membebel panjang.


Muncung Rika panjang dan jelingannya tajam. Lina sengih dan terus masuk ke dalam biliknya. Masalah betul adik aku ni,......

2 comments:

  1. Ceh...ingatkan umur 20an ke apa rupa2nya baru 15...pehal pun citer ni best...sambung.....

    ReplyDelete
  2. lorhhh...baru 15 tahun...patutlah perangai tak matang langsung...hehehe gedikss aih budak Rika nih...
    Ni yang..awat byk sgt typo tuh...heee... ;-)

    ReplyDelete