Sunday 2 February 2014

cerpen : BUKAN AKU

BUKAN AKU

Novel cinta diletak semula ke rak buku. Tiada rasa mahu melayan perasaan cinta pada malam itu. jendela yang masih terbuka dipandang kosong. Hari ini giliran Hani untuk melayari cinta bersama suaminya. Ya... dia dimadukan... dia sudah pun dikecewakan. Pasrah??... harus demi anak – anak. Yasmin menggagahkan dirinya untuk menerima semuanya demi anak – anak. Kamarul dan Khairil perlukan dia untuk menjadi tongkat untuk mereka  yang berusia 8 tahun itu terus berpaut. Tongkat bukannya pokok yang teguh dan kuat tetapi yasmin menguatkan kata hatinya agar dirinya menjadi tongkat yang mampu membuatkan anak – anak kembarnya itu tidak goyang walau sedikit pun.

Soalan Kamarul petang tadi sedikit menjentik sanubarinya.

“kenapa orang lain ada satu mama tapi Kamarul ada dua mama?”

Apa yang harus dia jawab. Untuk mengatakan bahawa Kamarul bertuah kerana disayangi dua wanita yang bergelar mama itu sangat mustahil. Dia tidak pasti sama ada Hani sayang pada dua permata hatinya itu atau pun tidak.

“Hidup sahaja dengan bahagia tanpa soalan sayang... teruskan kehidupan” jawapan itu sahaja yang mampu dia berikan. Khairil tidak seperti Kamarul. Dia banyak berdiam diri tetapi saat yasmin mengalirkan air mata, tangan kecil itulah yang menghulurkan tisu buatnya. Kadangkala digunakan jemari halusnya itu untuk mengesat titis jernih yang mengalir.

Telefon berdering...

“Kak Min... Abang sebelum tidur memang suka peluk kuat – kuat ya?. Saja je hani nak tanya. Kuat sangat dia peluk Hani tadi... akak buat apa sekarang ni?. sorry ganggu" soalan Hani membuatkan bara di hati Yasmin kuat nyalaannya.

“Assalamualaikum.. selamat malam ya” terus ganggang telefon diletak ke tempat asalnya. Tersandar Yasmin saat itu. air mata yang bercucuran dibiarkan bebas. Biarlah keluar dengan banyak, sebanyak sakitnya yasmin ketika itu. perlukan Hani  bercerita hal mereka berdua pada Yasmin. Dia membakar Yasmin dengan nyalaan api yang paling kecil. Suaranya lembut tetapi isinya keras hingga tidak mampu untuk ditembusi. Teringat kata  kata Zahrin dahulu...

“Cuma sayang sahaja yang abang akan peluk kuat – kuat sebelum tidur” waktu itu Yasmin gelak sendiri kerana pinggangnya dipeluk dengan kuat sekali. 

Dia membuka matanya kembali. Air matanya dikesat dengan hujung baju tidurnya. Tidurlah Yasmin ... esok Kamarul dan Khairil akan ke sekolah... tabah demi mereka. Julat hati Yasmin



                               ********************************

“Hmmm.. dah lama tak makan kari daging air tangan isteri abang ni” pipi Yasmin dicuit mesra dan satu ciuman hinggap ke pipinya yang mulai cengkung. Tiada getaran lagi....tiada istimewanya lagi kerana ternyata semuanya bukan untuk dia. Bukan aku sayang..... ciuman ini bukan ikhlas buatku  tetapi sekadar mahu mengabur kesalahanmu. Mata Yasmin terpejam sebentar. Kamarul duduk di ribaan papanya tetapi tidak Khairil. Dia duduk ditepi mamanya dan memegang tangan Yasmin yang sedang menggenggam seluarnya sendiri di bawah meja. Lagi Zahrin cuba bermesra, lagi parah hatinya.

Ikan merah goreng di letak ke dalam pinggan Zahrin.

“Nanti papa balik ya sayang – sayang papa” Zahrin menggosok kepala Khairil tetapi tiada respon daripada anak-anaknya itu. Khairil terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sesekali dia mencuri pandang wajah Yasmin di sisi.

“Alah... nanti papa tipu. Papa tidur rumah mama Hani. Minggu lepas pun macam tu” cebik Kamarul. Sedas tembakan mengenai wajah Zahrin yang kemerahan. Yasmin memandang Kamarul yang mengenyit mata ke arahnya. Tindakan Kamarul itu membuatkan mamanya tersenyum.

Habis sahaja mereka makan tengahari, Zahrin mahu pulang ke pejabat. Dia menyentuh pipi Yasmin. Matanya berkaca. Dibelainya pipi itu agak lama. Yasmin menundukkan pandangan. Tidak perlu kau pandang aku begitu kerana kau sudah pun melemparkan kenangan yang ada pada wajahku jauh – jauh sejak pertama kali kau bawa dia ke rumah ini. kau kejam Zahrin... kau kejam kerana setelah melukai aku, kau melayan aku dengan baik. Kau mahu aku serba salah ... itu yang kau mahu sebenarnya.

“Maafkan abang, sayang” perkataan yang terkeluar itu tidak disambut dengan apa – apa jawapan. Yasmin terus masuk ke dalam rumahnya.

“bukan niat abang, sayang”

Langkah Yasmin terhenti...

“di manakah letaknya fikiran abang kerana melakukan sesuatu tanpa niat?. Jangan ungkapkan itu untuk menutup salah. Jangan risau, jika tuhan memberi Yasmin jodoh yang baik dengan meninggalkan abang suatu hari nanti... abang kena pasrah juga dengan atau tanpa niat” pintu ditutup. Tergamam Zahrin mendengar kata – kata Yasmin, meninggalkannya? Tidak... dia sangat mencintai wanita yang menjadi ibu kepada zuriatnya itu.

Zahrin pulang dengan seribu persoalan yang membebani fikirannya. Dia tidak dapat bayangkan jika Yasmin terlerai dari ikatannya. Dia tidak mahu.....

                                                   ***********************

Hani terus ke rumah yasmin. Zahrin yang sedang bermain dengan Khairil dan Kamarul sedikit terkejut dengan kehadiran hani di rumah mereka. Yasmin yang sedang membancuh minuman buat mereka sekeluarga keluar ke ruang tamu. Memang terperanjat besar dia pada waktu itu. berani benar dia.......

“Sorry kak Min... hani takut tinggal kat rumah seorang diri. Ala,.. kalau tidur kat ruang tamu pun tak mengapa. Pleaseee” sengaja digoncang tangan Yasmin. Zahrin sedikit tidak senang dengan tindakan Hani. Sewaktu Yasmin naik ke atas, Zahrin merenung Hani dengan tajam.

“Hani melampau ye”

Hani menjuihkan bibirnya. Dia terus memeluk lengan Zahrin dan menyandarkan kepalanya di bahu Zahrin. Khairil memegang tangan adiknya. Mainan blok ditinggalkan begitu sahaja.

“kita naik tidur” ringkas kata – kata Khairil tetapi cukup untuk membuatkan Zahrin gelisah. Malu benar dia pada anak – anak kecil itu. Khairil terus naik ke atas tanpa menoleh lagi, tiada pelukan selamat malam lagi buat papanya seperti selalu.

Zahrin membawa narita serta bantal dan dihamparkannya di hadapan ruang tamu. Tidak berani mahu meletakkan Hani di dalam bilik tetamu. Dia perlu menjaga hati Yasmin saat ini.  sebaik sahaja bantal diletakkan, hani mula merayu.

“Pleaseee... tidur dengan Hani” wajahnya merayu hati Zahrin agar lembut. Tidak untuk kali ini. Zahrin tidak mahu Yasmin terus menerus di sakiti. Sikap hani yang menjelekkan itu membuahkan satu rasa meluat dalam diri Zahrin. Dibiarkannya hani tidur di bawah sendirian.

Pintu bilik dibuka. Zahrin perasan tubuh Yasmin bergerak berpaling ke arah lain. Dia tahu Yasmin mahu dia fikir yang dia sudah pun melelapkan matanya. Yasmin tidak tidur seawal ini dan dia tidak akan tidur selagi tidak minta dikucup Zahrin seperti selalu.

Pinggangnya dirangkul kemas dan kuat seperti selalu. Yasmin tidak mampu mengawal sebak. Air matanya menitis lagi. Kucupan Zahrin ke pipinya dari belakang semakin menghakis rasa kuat jiwanya. Perlahan – lahan tubuh Yasmin dipusingkan. Zahrin mengesat air mata Yasmin dengan jari jemarinya. Kali ini kening Yasmin dikucup agak lama.

“Abang cintakan Min” bisiknya.

Yasmin tidak mampu mengawal tangannya daripada terus mendakap Zahrin. Tubuh suaminya itu didakap dengan esakan.

“jangan menangis sayang... tolong... abang tak,....” Zahrin tidak dapat meneruskan ayatnya. Melihat Yasmin dalam keadaan begitu membuatkan hatinya luluh.

“Abang!!! Abang!!!” jerit Hani dari bawah. Yasmin mahu melepaskan rangkulannya tetapi dihalang oleh Zahrin. Ditariknya semula  tangan Yasmin dan dia memeluk Yasmin dengan kuat. Saat itu Yasmin masih merasa cinta Zahrin untuknya. Ya.. dia masih cintakan aku.. dan pastinya aku juga.

“Abang....turunlah!!!!” jerit Hani. Kahiril dan Kamarul terjaga dan turun ke bawah.

“Panggil papa!!” arah Hani. Kamarul buat – buat menguap dan terus masuk ke dalam biliknya semula.

“Adik tak suka dia, abang” kata kamarul dan Khairil senyum lebar. Siapalah yang sukakan perempuan macam ni.

                                         ********************

Yasmin biarkan sahaja Hani yang masih tidur terkangkang di ruang tamu. Zahrin memeluk Yasmin dari belakang sewaktu isterinya itu membancuh milo buat mereka. Pelik juga dia kerana sejak Zahrin berkahwin dengan hani, dia tidak nampak lagi pelukan atau kucupan mesra buat madunya itu.

“kejutlah dia, sayang” kata Yasmin. Zahrin gelak.

“Kalau tak pukul 11 tak bangun... biar lantak dia”

Yasmin terkejut mendengarnya. Kepalanya digeleng beberapa kali. Tak faham dengan cara hidup hani .  Zahrin sibuk mahu menolong Yasmin membasuh pinggan. Sewaktu Yasmin mahu mengutip pinggan yang lain, sengaja tangan isterinya itu digenggam dan tidak mahu dilepaskannya. Zahrin tarik dengan kuat sehinggakan Yasmin rapat ke dalam pelukannya. Pipi Yasmin dikucup. Yasmin gelak.

“Abang!!!!” jerit Hani. Mereka berdua terkejut.

“betul kata bomoh tu yang akak dah kunci nafsu abang pada saya. Oooo... patutlah selama ini abang tak pernah tidur dengan saya. Dia buat saya ni macam tak wujud sahaja. akak ni melampau. Saya isteri dia juga. Saya pun ada hak dimanja begitu. Sampai hati abang!!!” Hani terus keluar dengan tangisan.

Yasmin tergamam. Benarkah apa yang didengarinya tadi.

“Abang...” Yasmin menggenggam jemari Zahrin dengan kuat. Tangannya menggeletar.

“Ya... dia masih anak dara”

“Kenapa?” yasmin duduk di kerusi makan. Zahrin menggeleng. Dia mengambil masa agak lama untuk bererita mengnai perkara yang sebenar.

“Min tahu abang kena tangkap basah dengan dia bukan?’

Yasmin angguk.

“Abang tak tahu kenapa abang boleh ikut sahaja kata dia untuk bernikah dengan dia walaupun abang tak punya hati. Abang tak tahu.... keluarganya minta abang menikahi dia sedangkan waktu perkara tu terjadi dia yang masuk dalam pejabat abang. Sebagai setiausaha abang tak fikir apa – apa selain kerja. Sungguh!. Abang cuba mahu jelaskan pada Min tapi Min tak mahu dengar. Min ... abang masih ingat akan janji abang pada Min.... hanya tubuh Min yang abang akan peluk kuat – kuat sebelum tidur. Hanya Min”

Yasmin terkedu.

“tapi dia telefon Min...”

“Dia hanya menipu. Min tahu tak dalam rumah abang dengan dia tu punya banyak bungkusan kuning. Abang tahu dia pergi bomoh. Air minuman abang diasingkan....setiap kali abang mengaji mesti dia keluar rumah”

“min.... Min tahukan setiap kali sebelum tidur, abang akan membaca sekurang – kurangnya dua helai muka surat Al-Quran?”

Yasmin angguk lagi.

“Bila abang pandang dia... tak ada rasa untuk abang ‘bersama’ dengan dia. Abang tetap ingiatkan Min. Hanya Min!. Dia banyak alasan tak beri abang pulang ke sini. Katanya sakitlah, pitamlah.... dah sampai masanya untuk abang lepaskan dia, sayang.  Dah dua tahun abang fikirkan benda ini. sayang,”

Yasmin tidak mampu berkata apa – apa lagi. Terus dipeluknya tubuh Zahrin dengan tangisan. Kamarul dan Khairil senyum. kamarul berbisik ke telinga abangnya.

“Betul kata abang, kalau kita doa pada Allah hari – hari, Allah akan tunaikan”

Khairil senyum. guru mereka selalu berpesan begitu pada mereka dan Khairil akan berdoa setiap malam sebelum tidur supaya ibunya kembali gembira.

                                                   ***********************

Selepas kes penceraian selesai, yasmin buat pertama kalinya mendapatkan Hani di luar mahkamah. Wajah Hani merah menahan marah. Niat untuk menjadi isteri majikannya hanya bertahan 2 tahun setengah sahaja.

“Hani.... kau boleh buat orang lain terus menderita tetapi BUKAN AKU”


Dengan senyuman yang puas, Yasmin meninggalkan mahkamah dengan pinggangnya dirangkul kemas oleh Zahrin. Dia suamiku...sentiasa menjadi milikku. Terima kasih tuhanku..kau maha mendengar!.

7 comments:

  1. Hd :
    Memula sy nak komen...mengapa suke wat cerpen berkisah madu nie...rasanya cerpen2 awak sbelum nie ada kisah bermadu nie tapi setelah saya selesai membacanya...saya suka cerpen nie...kerana endingnya baru sy dpt membuat rumusan cerpen ini berkisah ketabahan seorang isteri yang dilanda badai...mengadu pada-NYA dan bersabar apa jua ujian adalah satu yg hebat...sabar mudah diungkap tapi sakit utk merealisasikan makna sabar itu...hadiahnya sebuah kenikmatan yang maha indah...kalau tak di dunia..In Sha Allah di akhirat kelak.... Tahniah penulis..

    ReplyDelete
  2. (Y) idea ami x pernah menghampakan...thanksss

    ReplyDelete
  3. Terbaikla cerpen ni..dln cerpen2 kelakar campur mengarut nama2 watak(tapi best) tiba2 baca yg emosi.. memang best.... goodluck writer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehhehekhke.. terima kasih Joijoi80... mengarut tu ibarat nestum bagi den,,, idaklah..den gurau jer. terima kasih ye sudi jengah blog say :)

      Delete
  4. Baru jumpa...memang terasa sakitnya hati min tapi Allah itu maha adil. Doa org yg sabar dan teraniaya sentiasa dimakbul. Thumbs up untuk awak...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak ye ida.....
      kannnnn.... lagi2 madu yang gedik melekit serta perasan tuuuu.haishhhh... nyampah kekkek .. <3 :)

      Delete