Wednesday 5 February 2014

CERPEN : PERMATA

PERMATA

Bila puteriku menangis akan kupanggil gajah
Supaya puteriku bisa naik dan ketawa di atasnya..
Bila  puteriku murung akan ku panggil sang monyet
Agar puteriku bisa tertawa dengan telatahnya
Bila puteriku lena akan ku halang semuanya datang
Supaya senyap...... untuk puteriku selesa beradu..

Dia anak yang aku belai dari kecil tapak kakinya. Aku manjakan dia dengan belaian kasih seorang ibu tanpa ada tara bezanya. Aku mengalah rasa bahagia deminya.. aku mengundur jejak demi laluannya. Dia anak yang diangkat menjadi permata hatiku...dialah jiwaku namun

Pecah kaca hatiku sewaktu melihat kenyataan yang terpampang di ruang mata. Menangis itu pasti tetapi ianya terlalu perit hingga air yang mengalir itu ibarat cuka yang mengalir di setiap lekuk nanah dan lukaku. Terbayang semua kemungkinan dan untuk membencinya... oh Tuhan!!!!... mampukah aku.


“Ya Suria.. dia anak aku” wajah yang merah memendam rasa kesal itu ingin sahaja aku singkirkan dari mataku. Kyla yang sedang disentuhnya ingin aku rentap. Anak itu milikku.... milikku Sophia!!!. Yusry hanya tunduk. Itu sahaja yang dia mampu lakukan. Pengkhianatan dan penipuan... serentak di letakkan di atas kepalaku.... dia menjadikan amanahnya sebagai amanahku. Dia juga menjadikn tanggungjawab itu terbeban di bahuku.  Tidak ku hairan mengapa ramai yang mengatakan wajah Kyla seiras wajah Yusy. Manakan tidak... itu papa kandungnya!. Hati yang masih mengalir rasa marah dan kecewa tidak mampu ku usik. Ku biarkan dahulu . andai boleh aku jerit sekuat hati, akan aku jerit rasa kesal dan kecewaku ke telinga yusry dan jeritan itu menjalar masuk ke dalam saraf otaknya agar dia bisa berfikir bagaimana caranya mahu mencintai dan mengasihani aku. Biar juga dia tahu betapa bencinya aku mendengar semua itu.

“Maaf...”  itu kata – kata lelaki dayus yang tidak kuat akar pegangannya. Menjelakkan aku mendengar suaranya. Tiba – tiba dendam itu muncul biarpun aku bukanlah seorang yang pedendam. Kyla merenungku. Ya Allah.. aku tahu renungan itu. dia perlukan dakapanku. Dia juga keliru seperti aku malah aku lebih lagi... lebih lagi!!!!.

“Ibu...” Kyla memeluk tubuhku. Tangan yang statik di bawah ku angkat sedikit demi sedikit. Dia tidak salah Suria.... dia hanya zuriat kecil yang dihantar untuk kau jaga dan belai.... dia anugerah Allah!. Aku cuba menetapkan semua itu di dalam akalku biarpun perasaan tidak seiring dengannya. Yusry masih menundukkan wajahnya.

“Suria tak pernah percaya ada wanita yang kejam pada zuriatnya sendiri tetapi hari ini  abang sudah membawa contoh terbaik buat Suria membuang segala apa yang Suria fikirkan selama ini” jelinganku mungkin tajam mengenai sasaran hatinya.

“Kyla tahu ini mama Kyla” jawapan yang telus daripada gadis berusia 19 tahun itu meranapkan terus hatiku yang masih terbina. Musnah dan hancur. Dia juga seperti ayah dan ibunya. Dia juga mengkhianati aku!!. Kyla melutut memohon ampun daripada aku yang bukan sesiapa. Haikal duduk di sebelahku dan matanya juga mempamerkan rasa marah.





“Memang padan pun kau jadi anak mama kau” kata – kata Haikal membuatkan Yusry terbangkit dari tunduk kesalnya.

“Haikal!” suara Yusry sedikit tinggi. Haikal menggeleng kepala.

“Padanlah selama ini kalau papa nak keluar berdua dengan Kyla, Haikal tak boleh ikut?”

Tangan Haikal sudah seram sejuk. Aku tahu itu. dia pasti akan begitu apabila berdepan dengan situasi begini. Dia juga tahu apa yang aku runsingkan selama ini. Sungguh!. Aku juga beberapa kali tertanya sendiri mengapa Yusry lebih banyak meluangkan banyak  masa dengan Kyla berbanding dengan Haikal sedangkan Haikal itu anak kandungnya sendiri. Kyla menggenggam tanganku. Tadi, rasa kasihan itu masih ada buatnya tetapi setelah mendengar pengakuannya tadi.. aku hanya rasa kesal. Mengapa dia sanggup menipu aku! dia juga sama....

Aku bangun dari sofa. Aku mahu lari dari situ. Sakit mata dan hatiku memandang  ibu kandung Kyla..... Sophia. Tidak pernah seusia perkahwinan kami aku menghentak pintu bilik sekuat itu. bagiku... itu lebih baik daripada aku menghentak kepala Sophia yang tak punya rasa itu. aku baring dengan air mata yang mengalir. Perlukan mereka berterus terang saat aku........ Ya Allah... aku perlukan kekuatan yang menjadi hakmu.. aku perlukan kesabaran yang kau tuntutkan selama ini bantu aku... bantu aku Ya Allah. Mataku terpejam dan aku mengimbau kembali
 18 tahun yang lepas.....

Yusry memohon simpatiku untuk mengambil seorang bayi berusia 1 tahun yang comel dan montel itu untuk dijadikan anak angkat. Aku gusar. Untuk apa anak angkat? Haikal sudah cukup membahagiakan  aku. Alasan Yusry yang inginkan  anak perempuan membuatkn aku sedikit beralah. Saat kali pertama aku menyentuh kulit halusnya itu satu panahan cinta terlekat dalam sanubarinya. Saat tubuhnya menggeliut apabila disentuh, tawanya mula meletus. Dia sangat comel biarpun ada iras wajah teman lamaku, Sophia. Teman yang sama – sama mengejar cinta Yusry.

“macam mana sayang?” kening Yusry terjongket. Senyumanku membuatkan dia tertawa. Hmm.. nampaknya dia tahu apa maksudku.

Setiap hari hidupku ceria dengan gelak tawa dua orang permata yang sering menggeletek jiwa. Kenakalan  Kyla mengusik abangnya Haikal membuatkan Yusry dan aku ketawa bahagia. Tiada lagi rasa sedih yang berani bertandang. Hubunganku dengan Sophia terputus kerana beberapa kali dia cuba mencuri hati Yusry daripada hatiku yang sudah mengikatnya dengan tali cinta yang kuat. Dia pergi juga . Ya.. aku sedih juga kerana kehilangan seorang teman biarpun bukannya sahabat.

Setiap hujung minggu pasti Yusry akan membawa Kyla keluar berjogging dan Haikal yang ingin turut serta ditegah. Banyak kali juga Haikl berkecil hati.

Setelah dia membesar dan menginjak ke usia 15 tahun,  sikapnya mulai berubah.kadangkala dia akan pertikaikan cara aku menegurnya. Pernah suatu ketika dia terlepas kata..

“Ibu tak sayang Kyla... kalau begini biar Kyla keluar dan pergi ....”

“Kyla!!!” jerkahan Yusry membuatkan bibir Kyla digam waktu itu juga. Anak gadisku itu berlari naik ke atas. Terduduk aku waktu itu....

                                 **********************

Aku turun ke bawah. Yusry memandangku dan cuba menyentuh tanganku. Kyla juga bangun dan menyentuh tanganku.daripada cahaya di matanya, aku tahu dia kesal. Perlukah kau rasa semua itu pada ketika ini sayang.... ibu bukan ibu kandungmu. Kau telah temui dia... dia yang melahirkanmu dan dia yang telah merampas suamiku!.

Aku mahu keluar. Barang dapur banyak yang sudah habis. Haikal sudah pun bersiap – siap mahu menemaniku ke pasar.

“Abang buat begini sebab mahu Suria terima Sophia..”

Wah!!!! .. mudah sungguh dia keluarkan kata – kata itu. terima Sophia?????.... kalau aku buat begitu, adakah dia masih mahu menerima aku?. tidak akan! Tidak akan,..... dia terima aku. kau pencipta rasa khianat. Kau pencipta satu suntuikan yang boleh melumpuhkan semua organ cinta di tubuhku. Tanganku menggigil geram. Saat dia memberi kejutan kejam seperti semalam, dia masih mampu memberi kejutan yang lebih hebat melalui kata – katanya. Aku diperalatkan.... aku benci.... sangat benci!.

Satu lagi kejutan yang menjerut rasa hati... Sophia datang ke rumahku lagi. Untuk apa?????.

Yursy menarik tanganku untuk duduk berbincang. Kali ini hati yang sedia patah ini hanya mendengar sahaja. aku sudah tidak kebal lagi itu bermakna aku sudah lali dengan kesakitan itu. bicaralah dengan penuh rasa gembira kerana menyakitiku....

“Abang nak keluarga kita bersatu”

“Papa!” Haikal berdiri. Dia tidak sanggup lagi. Mata mamanya yang terpejam rapat bagai menyiat – nyiat hatinya. Itu ibu kau Kyla dan ini ibu aku!. Haikal merenung Kyla.

“Demi Kyla ibu..... tolonglah berbaik dengan mama” rayu Kyla. Dia melutut sambil menangis memegang kain baju kurungku.

“Demi kau?. Tak malu ke kau tanya begitu?. Apa yang ibu tak buat untuk kau? Apa???” suar Haikl yang meninggi itu ku biarkan sahaja. kalau Kyla boleh membela mamanya, ankku juga punya hak untuk buat begitu. Dialah yang akan mendoakan aku saat aku sendirian di alam sana nanti.... hanya doanya!.

“Haikal duduk” arah Yusry. Sophia hanya membisu.

“Haikal dah 21 tahun papa!. Kalau papa tak mahu jaga ibu.. Haikal boleh jaga”

Begitu bongkak Haikal pada waktu itu. dia bongkak demi aku. maruahnya tercalar apabila aku dipersendakan di hadapan wanita yang merampas papanya daripada aku.  sekurang – kurangnya aku masih punya insan yang mahu aku bahagia. Kyla.... kulihat rasa kesal pada matanya tetapi dia tetap anak Sophia. Saat itu baru aku teringat akan kad hari ibu yang dibuat sebanyak dua keping. Apabila aku tanya untuk siapa lagi satu, dia hanya tersenyum. Hari ini semuanya terjawab.

Aku menggagahkan bibirku aku bergerak untuk berbicara.  Aku buka mataku seluas mungkin. Jika Haikal mampu berdiri mempertahankan aku.... mengapa tidak aku?.

“Baiklah Kyla..... demi kebahagiaan Kyla.... ibu akan pergi jauh dari sini. Biarlah Kyla, papa dan mama Kyla hidup bahagia. Memang itu doa ibu selama ini. ibu juga tidak mahu hidup dengan orang yang mempergunakan kasih sayang ibu selama 18 tahun”

Kata – kataku membuatkan Kyla tergamam. Begitu juga dengan Yusry. Aku bangun dan pergi dari situ dengan diiringi kekuatanku... Muhammad haikal!.

                                     ************************

“Abang tak mahu berpisah dengan sayang” Yusry melutut memohon agar dia dimaafkan. Tak guna.. tak guna semua itu lagi. Hati ini sudah hancur. Dia tidak mampu meninggalkan Sophia dihujung cintanya... maknanya dia tidak sanggup mengiringi aku dengan kemas di setiap langkah cintanya. Tangannya terpaksa menggapai dua cinta dan aku tak mahu punya cinta yang sebegitu.

“Suria tekad. Biarlah setakat ini sahaja perjalanan kisah kita. Kalau kita meneruskan hubungan ini, setiap apa yang saya lakukan pada Kyla akan menjadi budi buat abang dan Sophia. Haikal juga sudah besar. Dia mampu menjaga saya dengan baik. Sudah 18 tahun saya tertipu jadi kalau abang kasihankan saya... lepaskan saya daripada terus berdosa dengan abang. Kebencian saya melarang keihklasan saya daripada melayani abang. Semua ini menghalang saya membuat segalanya dengan ikhlas. Saya tak mungkin akan ikhlas..... tak mungkin!”

Peneranganku membuatkan Yusry terduduk. Kyla yang mendengar segalanya di hadapan pintu terus memelukku dan meraung.

“Ibu... Kyla sayang ibu...... tolonglah jangan pergi daripada Kyla” rayunya.

Pipinya aku sentuh dengan senyuman. Ya Allah... aku ikhlaskan segala pengorbanku buatnya.  Kali ini,.... aku tidak mampu berkorban lagi kerana pengorbanan ini melibatkan sesuatu yang dinamakan pengkhianatan dan penipuan. Jujur... aku tidak sanggup memandang wajah Yusry lagi

Dahinya aku kucup agak lama. Haikal menahan sebak. Dia juga sayangkan keluarganya seperti aku. kalau ada kebencian dan dendam, sesebuah keluarga itu tidak akan tenteram dan harmoni. Keluarga ini perlu pecah ke dua bahagian dimana aku dan haikal akan bahagia bersama tanpa mereka yang pastinya akan bahagia tanpa aku di sisi. Hanya doa yang mampu aku panjatkan buat Kyla tetapi tidak untuk Yusry dan Sophia.

Dahulu.. Sophia terpaksa berkongsi kasih denganku tetapi tidak lagi sekarang..... aku tidak mahu berkongsi kasih biarpun ianya sudah lama berlaku tanpa pengetahuanku. Sakit sayang....sangat sakit!

“Sayang nak buang abang begitu sahaja?” soalan Yusry menjadi penyebab aku ketawa. Siapa yang buang siapa sebenarnya?. Itu adalah antara sebab mengapa aku yang perlu berundur. Jika masih bersama, makin banyak penipuan dan penafian yang akan timbul. Aku tetap dengan keputusanku.

                                           *****************************


Dua tahun berlalu...

Aku merindui Kyla....

Pintu rumah di ketuk. Aku yang sedang mengesat air mata – mata cepat – cepat mencapai tudung dan menutup kepalaku. Pintu ku buka sedikit perlahan. Wajah itu!!!!... sudh dua tahun wajah itu tidak menjengah pandanganku...

Kyla terus memluk tubuhku dengan esak tangis yang tak mungkin segera terhenti. Haikal yang membawanya pulang mendapatkan aku. Haikal dan bakal isterinya Reen tersenyum di belakang Kyla.

“Demi Allah... tiada ibu lain yang menetap terus di hati Kyla selain daripada ibu. Jenuh Kyla cari ibu ke mana sahaja. Kyla berdoa setiap hari agar Kyla bertemu dengan ibu....”

Aku mengalirkan air mata. Tak sangka namaku masih belum terpadam ...

Aku memandang ke sisi.. suamiku, Ustaz Hamidi senyum dan mengangguk beberapa kali. Ya Allah.... suamiku ini memang anugerah buatku. Dia yang mencari Kyla setelah mereka sekeluarga berpindah ke luar negara. Yusry tidak mahu memorinya bersamaku terus terbayang di ruang matanya. Haikal dan suamiku yang berusaha mencari Kyla dan begitu juga sebaliknya.

“Papa?” soalku. Sengaja mahu mengambil tahu.

“Selepas setahun kami berpindah ke luar negara, mama dan papa berpisah. Mama sekarang dah kahwin dengan orang kulit putih dan papa masih sendiri. Dia rindukan ibu tapi....” Kyla memandang suamiku.

“Ibu sudah kahwin rupanya” senyuman terukir.

Dia memelukku sekali lagi. Segala rindu pada waktu itu berbunga – bunga menjengah hatiku. Dia masih Kyla ku.... dia Kyla anakku. Setelah makan tengahari bersama, Kyla meminta diri untuk pulang dan akan datang kembali pada esok hari. Aku memandang suamiku dan tersenyum bahagia.

“macam mana boleh jumpa dia?” soalku. Haikal membuka komputer ribaku dan membuka satu akaun facebook. Ya.... milik Kyla. Satu sajak yang di pin di satu kumpulan yang bernama MENCARI IBU ... kubaca.

Ibu...
Hanya ibu.... bukan mama buatku
Hati ini hanya punya satu ruang buat ibu yang bernama Suria
Ya...
Suria itu mentari..
Dia mentari hidupku. Setiap tangisku di kesat dengan tuala yang di sulam senyuman
Hanya satu ibu.... hanya satu.... hanya Satu
Hanya satu sahaja yang menyanyikan lagu cinta di telinga anaknya
Agar aku mengenali cinta yang sempurna.....
Lagu yang dikarang sendiri tanpa not dan gitar..
Namun tetap merdu....
Aku merindui pelukan ibuku... Suria... ibuku.... ibu..ibu...
Dengarlah ibu,.... Kyla rindukan ibu.... Kyla masih ingat lagu ibu....

Bila puteriku menangis akan kupanggil gajah
Supaya puteriku bisa naik dan ketawa di atasnya..
Bila puteriku murung akan ku panggil sang monyet
Agar puteriku bisa tertawa dengan telatahnya
Bila puteriku lena akan ku halang semuanya datang
Supaya senyap...... untuk puteriku selesa beradu..

Haikal memelukku. Satu kucupan singgah ke pipiku. Hari ini aku dapat semula permataku yang sudah lama hilang...... permataku Kyla.




7 comments:

  1. Blh tau x siapa aku tu.pening baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee.... aku tu 'suria'... sorry ye memeningkan kepala awak :)

      Delete
  2. Senang je nak faham citer ni...bila baca tu daj faham pun siapa aku dan kisah ni secara keseluruhan...sedih tapi best sbb pengakhirannya gembira...dpt semula permata yg dirindu...

    ReplyDelete
  3. Kasihan suria...mujurla bahagia masih miliknya

    ReplyDelete
  4. hmmm....xnk la..mcti mnagis klau bce..hmm..btol2 mmbuat cynta menjiwai setiap watak...ini la blog prtama yg cynta pernah komen...di sbbkn blog inilah cynta buat blog bia boleh komen kt sni....tahniah sis...ianya seolah2 mnarik kmbali minat utk bersastera.

    ReplyDelete