BAB 5
Irfan mengunjungi pejabat Irsyad di Puchong. Sebaik
sahaja pintu pejabat ditutup matanya terus tertancap pada lukisan yang dilukis
oleh Ireen. Irfan senyum sambil kepalanya digelengkan beberapa kali. Kerusi
ditarik dan Irfan melabuhkan punggungnya.
“Lukisan macam ni anak makcik jual nasi lemak tu pun
tahu lukis” geli hati bukan main Irfan pada waktu itu. Irsyad senyum simpul.
“Memang anak makcik jual nasi lemak pun” matanya
kembali menatap skrin komputer. Irfan tidak mahu tahu lebih lanjut mengenai lukisan
yang baginya sangat memeningkan kepala.
“Macam mana bakal kakak ipar bekerja?” replika kereta ferrari di main – main
sebentar. Irfan masih menunggu jawapan daripada Irsyad.
“Bang... janganlah mainkan dia. Tak baiklah...”
Irsyad mengerling sekali dua wajah abangnya itu. Irfan segera berubah air
mukanya.
“kenapa tiba – tiba nak ambil tahu pasal siapa
perempuan dalam hidup aku ni?”
Irfan berdiri. Kereta Ferrari itu dillambung dua
tiga kali tanpa henti dan kemudiannya meletak semula replika itu di atas meja
Irsyad.
“Jangan sibukkan aku. Sudah, aku nak ke galeri.
Minta izin ye sebab Huda tak ada tak salah kalau aku.......” Irfan mengenyit
matanya dan terus berlalu. Irsyad memejam sebentar matanya. Nampaknya dia perlu
tinggalkan pejabat waktu itu juga. Kenal benar dia dengan Irfan. Dia benar –
benar tidak mahu galeri lukisannya itu dijadikan tempat bercumbu seperti
pasangan – pasangan Irfan yang lepas. Berpeluk sambil menghayati lukisan
konon!.
****************
Huda yang berpesan banyak kali pada Ireen agar tidak
membenarkan Irfan masuk kedalam galeri jika tiada siapa juga berasa tidak enak
hatinya. Huda terus menelefon Irsyad agar
terus ke galeri kerana dia dapat tahu Irfan bercuti pada hati itu
melalui suaminya. Irsyad yang sebenarnya sudah pun tiba di simpang jalan menuju
ke dalam galerinya cepat – cepat memberhentikan kereta di tepi jalan dan
berjalan kaki masuk ke dalam galeri.
“Tapi Kak Huda tak beri sesiapa masuk kecuali Encik
Irsyad, Encik Irfan” Ireen serba salah.
“Sayang... i ni abang dia...”
Kata – kata Irfan berjaya meyakinkan Ireen dan dia
membukanya dengan tanpa rasa ragu – ragu lagi. Irfan terus mencium dahi Ireen
tanpa Ireen sempat mengelak.
“Apa ni Encik Irfan” Ireen bersandar ke dinding. Irfan menarik tangan
Ireen masuk ke dalam galeri. Setelah memastikan Huda memang tiada di situ Irfan
lantas memeluk pinggang Ireen.
“Apa ni?” tengking Ireen dengan wajah yang berkerut.
“Ok..ok.. tak nak tak apa. Tapi kenapa jual mahal sangat ni” Irfan
cuba memujuk dari jauh. Tidak terfikir di hatinya untuk merogol Ireen. Sekadar
mahu bermesra seperti kekasih – kekasihnya yang lain.
“Tak sukalah Encik Irfan buat begini” rungut Ireen.
“Encik Irfan ni tak tahu malu ke?” makin lancang
pula mulut Ireen. Lagilah bertambah naik angin Irfan dibuatnya. Irfan berdiri menghampiri Ireen.
“Hei... jangan ingat kau tu mahal sangatlah. Kau tu
tak kenang budi. Aku tolong kau susah – susah tapi nak peluk sikit pun tak
boleh!” herdik Irfan. Ireen tidak gentar. Dia melangkah selangkah ke hadapan.
“Ada saya suruh tolong?. Kalau saya tahu Encik irfan
ni geng syaitan yang suka ambil kesempatan tak ingin saya terima”
“Kau kan...” sebaik sahaja tangan Irfan hampir
mengenai wajah Ireen tangan Irsyad terlebih dahulu menahannya daripada
belakang. Irfan tersentak. Wajahnya di gosok dengan kuat. Malunya pada Irsyad
bukan kepalang.
“Jangan buat lagi benda – benda tu kat sini. Dah...
keluar. Jangan kacau pekerja aku lagi” amaran Irsyad membuatkan Irfan terus
meluru keluar. Ireen menjeling Irsyad yang turut sama memandangnya.
“Tahan macam tu saja?. Kenapa tak belasah?” marah
Ireen.
“Amboi mak aih.... itu abang saya tau. Awak tu lain
kali dengar kata orang. Huda kata jangan buka pintu untuk dia kan? Awak pun
sama... gatal sangat!”
Ireen membulatkan matanya. Geram pula dengan Irsyad
yang sesedap rasa menuduhnya begitu. Siapa yang gatal? Abang dia yang gatal
bukannya aku!!!.
“Ini dah lebih.... baru je nak rasa terharu Encik Irsyad
dah tolong saya, ni dah buat saya naik angin pula dah. Siapa gatal?. Encik
Irsyad pun samakan?. Mesti Encik Irsyad intai saya. Kalau tidak macam mana
Encik Irsyad tahu semua ni?” pinggang dicekak sambil bibir digetap dengan kuat.
“Pulak dah?.... ish... kau ni ...telur setengah
masak”
“Saya tak ada telur!!!!! Encik Irsyad je ada.....”
Ireen cepat – cepat menekup mulutnya dan berlari terus ke pantry.
Erk!. Irsyad terus terdiam.Berani betul mulut
perempuan ni!. Selamba badak je cakap macam tu depan lelaki. Dia ingat aku ni
Danial?. Boleh dia cakap sesuka hati. Sejak dia ada ni, aku pun dah naik biul..
aku pun dah tak macam aku dah. Baik aku pergi, nanti entah apa – apa lagilah
yang keluar daripada mulut dia tu. Muka comel tapi mulut nuklear!
Irfan tak jadi pulang ke pejabat sebaliknya hanya
duduk di bilik melukisnya sahaja. Ireen masuk ke dalam bilik itu dengan kain
buruk di tangan.
“Encik Irsyad ni suka saya ke?” soalan telus
daripada Ireen.
Erk.... Irsyad menelan air liur. Dia menggeleng laju
– laju. Tak kuasa nak terangkannya melalui kata – kata.
“Kenapa nak selamatkan saya kalau Encik Irsyad tak
sukakan saya?” Ireen menonyoh – nonyoh kain buruk ke meja yang sedikit
berhabuk. Irsyad tidak mengendahkan langsung pertanyaan Ireen. Matanya masih
tertancap pada kanvas yang masih kosong tanpa sebarang calitan warna.
“Encik Irsyad suka berdiam diri begini. Ha... kalau
tidak, kenapa kekasih – kekasih Encik Irfan dulu Encik Irsyad tak selamatkan
pun macam Encik Irsyad selamatkan saya” masih lagi membebel. Irsyad menggaru –
garu telinganya dan jawapan masih lagi tergantung.
Kain lap yang sedia kotor itu terus di campak
kedalam bakul sampah berhampiran Irsyad. Terperanjat Irsyad dibuatnya dan dia
memandang Ireen dengan kening yang bertaut.
“Orang dah selamatkan ucap terima kasih sudah jangan
membebel – bebel macam orang tua” Irsyad berpaling semula.
“Dah cakap tadi kan” Ireen menarik kerusi di hadapan
Irsyad sambil mempamerkan wajah yang mencuka. Irsyad merenung wajah Ireen dan
serentak tangannya melakar struktur wajah Ireen yang bujur sireh itu. Irsyad
cepat – cepat menutup lukisannya apabila Ireen cuba mengintai. Keluhan Ireen
hanya di dengar tanpa respon.
“Dah..keluar. jangan kacau saya, Princess!” jeling
Irsyad. Senyuman mula terukir pada wajah Ireen.
“Sebut lagi sekali?” pinta Ireen. Jari telunjuknya
mula merayap di atas permukaan meja.
“Princess... jangan perasanlah. Sebenarnya saya
macam nak muntah sebut Ireen... Ireen..Ireen..” penjelasan yang sangat
menyakitkan hatinya. Ireen terus keluar dari bilik melukis Irsyad. Kain hitam
yang menutupi kanvas dengan lakaran wajah Ireen tadi dibuka semula. Sebaik
sahaja pensil itu mula diletakkan ke atas lakaran wajah Ireen, Irsyad menarik
kembali tangannya.
Apa aku buat ni?....... dia milik Irfan. Alangkah
bagusnya kalau Irfan hanya mengambil Ireen sebagai kekasih dan seterusnya
isterinya. Mengapa dia masih tidak boleh meninggalkan sikap buaya darat yang
tak pernah surut – surut sejak dulu lagi. Wanita polos situ memang tidak pantas
dipermainkan...
**********
Hari itu Irsyad masuk sedikit lewat berbanding
biasa. Kerja – kerja dipejabatnya menuntut waktu yang lebih daripadanya. Irsyad
ingin ke bilik air sebentar untuk membasuh muka tetapi kakinya tergelincir dan
jatuh terduduk di atas lantai
GEDEBUK!!!!
“Adoi!!!!.. Ireennnnnnnnn!!!!!!!!!” jerit Irsyad
dari dalam bilik air. Ireen yang sedang mencari berus penonyoh lantai cepat –
cepat mendapatkan Irsyad yang terduduk dan mengerang kesakitan. Punggungnya disentuh
dan muka Irsyad berkerut seribu. Ireen dapat agak mengapa Irsyad jatuh. Dia terlupa
mahu membersihkan air sabun yang baru sahaja ditabur ke atas lantai sebentar
tadi. Untuk menutup kesalahannya Ireen cuba berbuat baik pada Irsyad yang masih
lagi kesakitan. Punggung yang terhentak dengan kuat siapa yang tahan?.
“Meh sini saya dukung Encik Irsyad” Ireen memegang
lengan Irsyad yang masih terduduk dilantai bilik air.
“Tak payah” Irsyad menepis tangan Ireen dengan
lembut.
“Eleh...berlagak!”
“Awak tu yang berlagak ada hati nak dukung saya. Tak
padan dengan kecik!. Ni! Saya dah kata jangan pandai – pandai basuh bilik air
guna sabun serbuk!. Licin. Ingat tak sakit?” marah Irsyad.
“Yang tak guna mata tu kenapa?. Nampak kan masih
bersabun?”
“Yang awak tak guna otak kenapa?” balas Irsyad.
Terhencot – hencot dia berjalan sambil memegang punggungnya. Ireen tidak jadi
marah. Dia ketawa lucu apabila melihat Irsyad dalam keadaan begitu.
“Mesti mandul lepas ni” dia sangka perlahan sahaja
nada suaranya tetapi sebenarnya cukup jelas untuk didengari oleh Irsyad. Serta
merta Irsyad menoleh ke belakang.
“Nak test?”
Ireen gelak besar. Mulutnya ditutup dengan telapak
tangan sambil kepalanya menggeleng laju. Irsyad berpatah balik menghampirinya
dengan wajah yang sangat serius. Ireen berundur dua tiga langkah ke belakang.
“Orang tak nak test dahlah....”
“Yang perasan tak sudah tu kenapa?” Irsyad mengambil
lipas besar yang sebenarnya duduk di atas kepala Ireen sejak tadi. Pandai pula
lipas tu dok duduk diam – diam di situ. Sesungut lipas dipegang dan lipas itu
mulai terbuai - buai di hadapan mata Ireen. Irsyad senyum nakal.
“apa punya lelakilah.... pegang sesungut je. Meh sini
saya buang” Ireen terus menggenggam lipas itu dan dicampaknya keluar daripada
tingkap. Benar – benar Irsyad tidak sangka!. Sangkanya Ireen akan menjerit
terloong – lolong jadi puaslah dia ketawakan nanti sebagai cara untuk membalas
dendam tetapi malangnya dia dikutuk sekali lagi oleh Ireen.
Irsyad hanya mampu berlalu dengan punggung yang
masih sakit. Lantak kaulah Ireen!
*****************
Huda tidak dapat datang ke galeri kerana tubuhnya
sangat lemah dan kehilangan banyak air. Tinggallah Ireen dan Irsyad berdua di
dalam galeri itu. Entah mengapa apabila bersama Irsyad, Ireen berasa selamat. Sewaktu
melintasi bilik melukis Irsyad, Ireen akan berhenti seketika dan merenung
Irsyad daripada belakang. Sepanjang hari, itulah yang dia lakukan. Asyik skodeng
Irsyad sembunyi – sembunyi.
“Encik Irsyad nak makan? Saya nak masak ni”
Irsyad berhenti menoleh. Dia mengangkat kening
memandang Ireen yang masih menantikan jawapannya.
“Mana ada dapur yang awak nak masak?”
“Maggie je lah!”
Irsyad berlalu ke bilik air dan membersihkan
tangannya. Dia mengambil kunci kereta dan kunci galeri. Lampu terus di
tutupnya. Ireen terpinga – pinga.
“Encik Irsyad kenapa tutup lampu?. Kan saya kat sini”
Ireen berlari mendapatkan Irsyad.
“Jom.. saya masak untuk awak” pelawa Irsyad. Berdekah
– dekah Ireen ketawa. Sambil ditekan – tekannya perut agar Irsyad tahu kata –
katanya itu memang lawak. Irsyad masak?. Lipas pun berani pegang sesungut je!.
Irsyad malas mahu bertengkar pasal teori Ireen yang
tak sudah – sudah mengenakannya. Ireen masuk ke dalam kereta dan terus memasang
radio. Irsyad mengerling. Suka hati dia saja...
“Hmmm.... saya nak makan sedap – sedap tau Encik
irsyad...”
“Tak payah ” jawab Irsyad selamba. Kereta mereka
sudah pun melepasti simpang empat jalan. Ireen memegang perutnya yang sedikit
berbunyi. Irsyad senyum simpul. Padanlah dia terus buka radio bila masuk kereta
tadi. Tak nak orang dengar perut dia yang berbunyilah tu. Irsyad mengerling
perut Ireen yang masih berbunyi.
“Tak sangka perut awak pandai main instrumental. Tak
nak masuk pertandingan perut paling berbakat kat dunia ke?” tanpa memandang
Ireen, Irsyad terus tersenyum. Cepat – cepat Ireen berpura – pura memeriksa
kedutan di bajunya. Irsyad menahan gelak. Ada lagi akal dia tu!.
Sampai sahaja di hadapan rumah banglo berkembar
milik irsyad, Ireen tidak mahu masuk. Mana nak masuk!. Kalau kena tangkap basah
macam mana?. Kalau Irsyad sayangkan dia tak mengapa ini asyik kena marah
sahaja. Marah betul – betul pula tu.
Seorang wanita pertengahan umur dengan kepala yang ditutup
dengan tudung biru itu mendapatkan mereka berdua. Mak Lin yang sudah lama
bekerja dengan Irsyad memeluk tubuh
Ireen dengan penuh mesra. Ireen rasa seolah – olah sudah lama mengenali Mak
Lin.
“Hmm... bawa bakal isteri jumpa dengan Mak Lin ke?”
usik Mak Lin. Irsyad menggeleng. Dia memandang Ireen dan menggeleng kepala.
“Tak teringin pun mak” jawab Irsyad selamba. Terlopong
mulut Ireen mendengar hentaman kata – kata yang sengaja menyakitkan hatinya. Mak
Lin ketawa besar. Memang kepala tak larat Irsyad nak layan ni... teka Mak Lin.
“Mak , Ir masak hari ni. Mak sembang dengan budak
perasan ni” Irsyad terus ke dapur. Pembantu rumah yang sudah dianggap seperti
ibunya sendiri itu tertawa lagi.
“Mak... saya pergi tengok dia masak boleh?” pinta
Ireen dengan senyuman paling manis. Tidak semena – mena Irsyad menjengah dari
arah dapur.
“Jangan nak suka – suka panggil mak saya tu mak ok?”
“Mak saya juga” bantah Ireen dan terus duduk kerusi
meja memasak. Dia mengintai – ngintai segala bahan yang sudah pun Irsyad
sediakan. Ireen menghidu bau Iryad sebaik sahaja dia melintasi Ireen.
“Bau seorang chef perasan” terkekeh kekeh Ireen gelak. Irsyad buat tidak
tahu. Tidak sampai setengah jam paprik daging campur makanan laut sudah pun
terhidang di hadapan mata Ireen. Ayam goreng rempah dan nasi yang sudah sipa
masak dihidangkan dengan sempurna. Jus tembikai juga dihidang sekali.
“Perghhhhhhhhhhhhh” Ireen sengih. Irsyad menjeling.
“makan basuh tangan dulu. Tadi pegang lipas tak
basuh” arah Irsyad dan sesudah membaca doa makan mereka bertiga mula menjamah
makanan. Mak Lin terbatuk – batuk dan cuba berdehem beberapa kali apabila
merasa ayam paprik Irsyad.
“Hmmmm... kuat betul kuasa Ireen ye sampai Irsyad
yang memang pakar memasak ni pun boleh tak dapat bezakan masakannya dah letak
garam ke belum”
Mata Irsyad membulat. Dia ingin mencapai kuah paprik
tetapi Ireen lebih awal mengangkat mangkuk tersebut. Ireen mahu merasanya
dahulu sebelum Irsyad memasaknya kembali.
“meh sini...” minta Irsyad.
“Nak rasa dulu” Ireen bangun dari tempatnya duduk
apabila Irsyad menghampiri mangkuk itu terlepas. Mujur irsyad sempat menarik
dengan cepat pinggang Ireen daripada kaki wanita itu terkena pinggan yang berat
dan kuah yang masih panas itu. kuah yang panas itu terpercik mengenai kaki
Irsyad. Ireen tergamam. Cepat – cepat dia
melutut dan menyentuh kaki Irsyad yang sakit terpercik dek kuah yang panas.
“Encik Irfan...saya”
“Sebab tu jaga sikit perangai!. Awak perempuan
Ireen. Makan dengan sopan. Ini kali pertama awak jumpa dengan mak, kali pertama
awak datang ke rumah saya dan kali pertama saya memasak untuk seorang
perempuan. Susah sangat ke bila saya minta mangkuk tu tadi. Saya nak tambah
garam. Nak beri masakan yang terbaik untuk awak tapi awak banyak perolokkan
saya”
Ireen terdiam. Dia bangun ke dapur dan mengambil
kain lap dan besen . air matanya menitis. Entah kenapa dia menangis pun dia
tidak pasti. Sebab kena marah? Sebelum ni pun dia kena marah juga tapi tak
berlinang pun air matanya. Mak Lin membantu Ireen membersihkan lantai yang
kotor itu.
Irsyad terus ke ruang tamu. Terduduk di sofa dan
menutup wajahnya dengan telapak tangan.
Kenapa aku marah dia!.
Ireen mengambil beg tangannya dan terus mencium
tangan Mak Lin. Dia tidak memandang irsyad langsung. Pipi Mak Lin dikucup
dengan senyuman tawar.
“Terima kasih Mak Lin... buatkan air tadi. Katakan pada
Encik Irsyad saya minta maaf” ujar Ireen biarpun Irsyad betul – betul berada
tidak sampai lima tapak jauh daripadanya. Irsyad tunduk. Ireen keluar dari
rumah itu dan terdengar pintu pagar dibuka. Irsyad pasti Ireen sudah pergi.
“Ir tak niat mak” luah Irsyad. Mak Lin senyum
simpul.
“Tak apa.. nanti dalam kereta minta maaf baik – baik
dengan dia”
“nak minta maaf apanya... dia dah pergi” Irsyad
berdiri untuk ke dapur semula tetapi suara Ireen mematikan langkahnya.
“Encik Irsyad.. saya tak bawa duit. Nak naik teksi
tak ada duit. Pinjam RM10” kata Ireen dengan bibir yang terjuih.Irsyad
berpaling dan memandang Ireen di hadapan muka pintu.
“Awak seksa saya , Ireen” luah Irsyad. Kening Ireen
berkerut.
“Pinjam RM10 je pun. Dapat gaji saya bayarlah”
Irsyad menggaru – garu kepalanya dengan kuat. Dia menghampiri
Ireen dan jari telunjuknya memukul bibir Ireen yang terjuih itu. Irsyad
akhirnya ketawa. Begitu juga dengan Mak Lin.
“Dah masuk... saya masak lain. Kita makan dulu ya”pujuk
Irsyad.
Ireen senyum panjang. Nasib baik bukan suami, kalau
tidak memang dah dipeluknya kuat – kuat. Sayang Encik Irsyad opppsssssssssssssssssss..
Uiks...gatal ireen ni...sambung lg kak ami...
ReplyDeletesuka citer ni...suka watak Ireen...selamba!
ReplyDeleteSempoi budak Ireen nih...suka hati dia aja eh...hehehe
ReplyDeletehihikk comel la si ireen ni..suka karakter Irsyad yang garang tapi caring gitu
ReplyDeletesweet sangat irsyad nihhh..
ReplyDeleteWahhhh....apsal sikit sgt. Nak lagi ami
ReplyDelete