Monday, 23 June 2014

KISAH CINTA TERAKHIR - BAB 2

BAB 2

Arghhhh.. aduh.. aduh!!” Trisya menahan tubuhnya daripada jatuh ke bawah . Kakinya kejang tiba – tiba sewaktu memberi penerangan kepada para penuntutnya.  Hilmi yang duduk di barisan belakang berlari kehadapan dan membantu Trisya. Mereka yang lain pun sama. Trisya yang sedang kesakitan memegang pahanya. Mukanya berkerut – kerut. Hilmi memegang betis Trisya dan digerakkannya ke hadapan dan ke belakang. Tapak kaki Trisya dipusingkan sedikit untuk memastikan darah Trisya lancar.

Tidak sampai lima minit, Trisya sudah berhenti mengaduh sakit. Dia malu. Sangat malu!. Itulah, semalam bersenam tak buat regangan dahulu. Selalu jadi begini. Kelas terhenti setakat itu sahaja. Hilmi membawa buku dan beg tangan Trisya.

Sampai sahaja di keretanya, Trisya malu untuk mengangkat muka.

“Ni... abang nak minta maaf sebab pegang dan ternampak apa yang abang tak patut nampak masa nak tolong Cik Trisya tadi”

Terbeliak biji mata Trisya. Dia memegang kain baju kurung modennya. Hilmi menahan gelak. Dia menekup mulutnya dengan tangan.

Hmmm... cantik warna tu. Abang nak suruh Muslimah buat langsir warna pinklah tahun ni”

Muka Trisya merah padam.

“Kenapa pandang? Kalau tak pandang tak nampak!” menggigil suara Trisya menahan marah. Hilmi menghulurkan buku – buku Trisya ke tangan tuannya semula. Dia pergi dan sempat berpaling memandang Trisya.

“Rezeki jangan ditolak!”.

Senyuman Hilmi yang ketara gatalnya itu membuatkn tangan Trisya menggigil geram. Tak payahlah nak beritahu. Sengaja menuit rasa marah anak dara berumur 25 tahun itu. nasib bai tak diketuknya kepala Hilmi. Tak sensitif langsung!

                                                    ****************

Trisya yang baru sahaja selesai makan bersama Puan Jun, berdiri sambil tangannya memasukkan dompet ke dalam beg tangannya. Terdengar namanya disebut seseorang yang sangat dikenali suaranya. Trisya menyorok di sebalik dinding.

“Tahi lalt dekat dada... comel!”

“Iyalah tak elok” respon Hilmi atas komen Jebat tadi. Trisya menyentuh dadanya. Ya... tahu lalatnya juga ada di dada seperti apa yang mereka sedang bualkan.

“Seksi apa” gelak Bahrin pula. Pelajar jurusan perakaunan itu ketawa kecil. Imran nampak sugul. Mungkin tidak suka dengan perbualan mengenai dirinya, fikir Trisya. Dia yakin Hilmi membicarakan tahi lalat di dada kirinya. Mungkin Hilmi mengintai sewaktu dia di rumah atau pun di tandas kolej. Dada Trisya berombak geram.

‘Tak apa... sekejap lagi kelas aku. siap kau!” jeling trisya dan terus beredar. Panas hatinya dibawa bersama sebagai senjata untuk bertikam lidah dengan Hilmi.

Hilmi perasan akan renungan Trisya pada dirinya. kali ini Hilmi pula jadi resah. Setiap gerak gerinya diperhatikan. Itu belum termasuk pakej jelingan tajam lagi tu!. Jebat mencuit pinggang Hilmi.

“Abang Hill bomohkan Cik Trisya ke?. Nampak tu, tak henti – henti pandang abang” bisik jebat. Hilmi menyengih,

“Dia baru sedar akan kekacakan aku tu” keningnya terjongket dua tiga kali. Senyuman Hilmi mula kelihatan miang. Cepat – cepat Trisya menutup dadanya.

Habis sahaja kuliah, Trisya meminta agar Hilmi membantunya membawa barangnya ke kereta. dah macam budak sekolah pula. Hilmi akur. Bukan susah sangat pun. Sampai sahaja di kereta, buku di tangan Hilmi diambil. Trisya tarik nafas dalam – dalam.

Dada Hilmi ditumbuk sedikit kuat hingga tergenjak sedikit kaki Hilmi yang terpaku sedari tadi. Wajah trisya hanya direnung tanpa sepatah bicara pun.

“Awak ingat saya tak tahu awak cerita pasal tahi lalat pada dada saya?. Saya tahulah, Hilmi!. Tak sangka awak segatal ini. cakap... awak intai di mana?. Kalau tidak saya report polis” kesemua buku yang dipegangnya tadi diletakkan di atas bumbung kereta. Hilmi bingung.

‘Apa benda lah yang minah ni meroyankan sangat?’

Berkali – kali Hilmi menggosok tengkuknya.

“Awak tak malu ke?. Dah intai saya, cerita pada semua kawan awak tadi?. Saya dengar masa di kafe pagi tadi”

Hilmi merenung muka Trisya agak lama sebelum tersenyum lucu.

“Ooo... Cik Trisya ada tahi lalat kat situ ke?. Mesti seksi kan?. Kami semua cakap pasal tahi lalat anak buah Imran, namanya Trisya juga cuma ejaannya sahaja lain. Tahi lalat Trisya tu ada sebelah kiri dada. Tahi lalat hidup. Kakak dia nak buat pembedahan sebab bimbang ada ketumbuhan sebab semakin membesar” Hilmi menggeleng kepala.

Rasa macam mahu guling masuk bawah kereta sahaja apabila mendengar penerangan Hilmi.

“Nak saya telefon Imran ke?. Suruh dia ceritakan hal sebenar?”

“Tak payah” Trisya menolak sedikit tubuh Hilmi. Ingin cepat – cepat masuk ke dalam keretanya. Nak menjerit dengan kuat sebagai penebus rasa malu yang amat sangat.

“Cik Trisya...” panggil Hilmi dan Trisya menoleh seketika.

“Mesti comel tahi lalat kat... tak ada apalah!. Saya simpan ye rahsia tahi lalat Cik Trisya tu” sengih Hilmi. Trisya terus menutup pintu keretanya dengan kuat. Hilmi pula masuih tercegat di situ sehinggalah Trisya meninggalkannya dengan perasaan malu yang amat sangat.

                                         **********

Trisya masuk ke dalam banglo Datuk Rosli dengan langkah yang teratur. Jamuan makan malam di rumah pemilik kolej tempatnya bekerja perlu dia hadiri demi menjaga hati Datuk Rosli. Masuk sahaja ke dalam rumah, kakinya seolah – olah hilang daya untuk bergerak. Hilmi tersenyum sambil menjongketkan kening berkali – kali.

‘Ada pula mamat ni di sini!’ Trisya menarik nafas dalam – dalam. Iyalah, itukan rumah bakal mertua adiknya, Muslimah. Tak hairanlah dia juga turut ada bersama.

Anak sulung Datuk Rosli , Adnan yang baru sahaja turun, ramah menegur mereka yang lain. Adnan tersenyum manis tatkala memandang Trisya yang duduk sopan di sofa. Tanpa mempedulikan Hilmi, Adnan terus melangkah kaki Hilmi untuk mendapatkan Trisya. Iqbal, tunang Muslimah mengeluh. Adnan memang suka memandang rendah akan mereka yang tidak berkedudukan. Berbeza sekali dengan adiknya, Iqbal.

Hilmi senyum. Dia tidak mahu Iqbal rasa bersalah.  Muslimah bangun dan terus duduk di sebelah abangnya.

“Abang nak balik?. Kalau tak selesa dengan Abang Adnan tu kita balik ya?” Muslimah menyoal perlahan. Hanya gelengan yang diberikan sebagai jawapan.

“Alah... tak apalah. Abang ok. Janji adik abang gembira” pipi Muslimah disentuh seketika. Datuk Rosli duduk disebelah Hilmi. Dengan tawa yang menjadi permulaan bicara, Datul Rosli memulakan perbualan.

“Macam mana?. Ok tak belajar di kolej pakcik?” soal Datuk Rosli. Belum pun sempat Hilmi menjawab, Adnan menyampuk dengan wajah selamba.

“Belajar percuma, mestilah ok” perli Adnan. Dia duduk sambil kakinya disilangkan. Buat seketika, dia gelak penuh angkuh tanpa sebab. Hilmi senyum tawar.

“Saya bayar setiap sepertimana pelajar Datuk yang lain juga. Tak pernah satu gunakan satu sen  pun wang dan ehsan Datuk Rosli. Ikutkan saya nak kerjakan sawah kebun dikampung sahaja tapi Muslimah yang paksa saya belajar”

“Along... memang dia tak gunakan belas ehsan kita pun. Papa memang ada tawarkan belajar tanpa bayar sebarang yuran tapi Hilmi tak mahu”

Terdiam!.

Hilmi menepuk paha datuk Rosli dan menghulurkan salam.

“Nak ke mana Hilmi?” soal Datin Rugayah yang baru sahaja tiba untuk memanggil para tetamunya makan malam.

‘Terima kasih Datuk dan Datin jemput saya. Tak apalah, saya pulang dulu ya?” Hilmi beredar. Muslimah serba salah. Dia yang membawa abangnya datang sebentar tadi. Dengan isyarat mata Muslimah faham yang abangnya tidak mahu Muslimah mendapatkannya. Dia lelaki. Setakat jalan kaki tak jadi hal pun!.

Dia memang tidak kaya tetapi dia tidak miskin dengan maruah dan harga diri. Hilmi berjalan untuk keluar ke jalan besar. Perlu tahan teksi untuk ke rumah sewanya. Baru sahaja dia melabuhkan punggung di atas bangku bus stop, namanya dipanggil.

“Budak berlagak... jom saya hantar awak” Trisya keluar dari keretanya dengan senyuman. Dia melambai – lambai Hilmi agar cepat masuk ke dalam keretanya. Hilmi gelak.

‘Suka – suka hati dia saja panggil aku budak!’

Hilmi menadah tangannya.

“Biar saya pandu”

“Tak mahulah. Saya yang pandu” Trisya menggeleng kepala.

Hilmi menjongketkan bahunya dan terus masuk ke dalam kereta.  Trisya gelak kecil dan menggeleng kepala sebaik sahaja memandang Hilmi di sebelahnya.

“Apa senyum – senyum?” soal Hilmi. Keningnya bertaut.

“Jantan tua bangka pun touching” cebik Trisya.

‘Ok... sekarang dia panggil aku jantan tua bangka pula. Walhal beza aku dengan dia berapa tahun je. Melampau betul ayat minah ni’ Hilmi mengecilkan matanya.

“Kenapa tak makan dengan diorang tu?” soal Hilmi dan Trisya cuma tersenyum manis. Tak punya rasa untuk makan bersama Adnan yang bongkak itu. Bukankah bagus kalau Adnan seperti Iqbal dan kedua orang tuanya yang langsung tidak memandang rendah mereka yang lain. Trisya tak pernah memandang rendah pada Hilmi cuma kadangkala sikap poyo Hilmi yang buat Trisya sakit hati.  Meluat pun ada!.




No comments:

Post a Comment