Friday, 20 June 2014

KISAH CINTA TERAKHIR - BAB 1

BAB 1

Hilmi memerhatikan kawasan sekeliling kolej yang bakal mengubah masa depannya. Muslimah mahukan dia menjadi seorang yang berjaya. Sebagai seorang abang, tidak pernah terlintas buatnya untuk menagih kembali segala pengorbanannya terhadap Muslimah. Dia gembira Muslimah bahagia dan berjaya sebagai seorang arkitek. Masuk kolej di usia 26 tahun bermakna dia akan berkawan dengan kesemua pelajar yang berpangkat adik. Kalau ada pun cuma seorang dua yang sebaya atau lebih tua daripadanya. Begnya digalas dan kaki cuba melangkah selaju mungkin.

Kelas pertamanya adalah kelas pengajian perniagaan.

Trisya? Cik Trisya?. Hmmm... habis – habis pun macam makcik jual nasi lemak. Pintu kelas dibuka. Matanya terpaku sebaik sahaja kakinya dua langkah ke hadapan. Tangan yang terlpas daripada menahan pintu menyebabkan pintu itu tertutup kembali tetapi sayangnya Hilmi yang berada di tengah – tengah itu menjadi mangsa hentaman pintu yang dibukanya sendiri.

Auuuuuuuuuuuuuu!!!!” pelajar lain pula yang berasa sakitnya. Hilmi menggosok – gosok dahinya dan membuka sekali pintu kelasnya.

“Nasib baik cikgu tak sampai lagi!. Ish... buat apa kat depan ni?. Jom duduk. Nanti cikgu nasi lemak sampai.. dah kena marah” selamba sahaja Hilmi menuturkan katanya.

“Siapa cikgu?. Siapa jual nasi lemak?”

“Ala... Puan Trisya” sengih Hilmi sambil mengintai – ngintai ke belakang.

“Pertama... saya bukan puan tapi masih cik!. Kedua... saya bukan jual nasi lemak dan yang penting saya ni pensyarah awak, bukannya pelajar”

Wow!!!!” mulut Hilmi terlopong.

Trisya mengerutkan dahinya.

“Cantik gila!. Kalau macam ni hari – hari belajar pun tak apa” sengih Hilmi dan terus duduk di tempatnya. Trisya menjeling tajam. Bukan main lagi Hilmi memerhatikan Trisya yang sedang memberi penerangan hingga naik rimas Trisya dibuatnya.

“Hilmi!” panggil Trisya.

Nope... bukan Hilmi tapi Abang Hill” Meon menggeleng kepalanya sambil matanya memandang tepat wajah Trisya.

“Tumpukan perhatian..bukit! Hill konon”

La... dah tumpulah ni’

“Awak merenung bukannya tumpu. Awak renung saya ni macam nak makan” Trisya meletak bukunya di atas meja. Hilmi mengeluh. Pandang muka pun salah. Entah apa – apa lah pensayarah muda ni.

Ok... saya tengok kaki” Hilmi duduk dan terus memandang kaki Trisya. Mereka yang lain tergelak. Sungguh Trisya tidak selesa punya penuntut seperti itu.

Habis sahaja kelas, Hilmi menghampiri Trisya.

“Terima kasih cikgu.” senyumnya.

Malas mahu melayan, Trisya terus keluar. Hilmi gelak sendiri. Comel sunggulah cikgu aku ni!. Jebat, teman sebiliknya terus memaut leher Hilmi. Dia ketawa besar.

“Abang Hill ... mengurat Cik Trisya!!”

“Aku bukan mengurat saja – saja. Aku nak mengurat jadikan isteri. Baka baik tu. Boleh dapat ramai anak” ujar Hilmi dan terus berlalu. Jebat terlopong. Baka baik? Ingat Cik Trisya tu anak itik?. Dia yang ketinggalan di belakang akhirnya mengejar Hilmi yang mahu makan di kafe.

                              ****************

Trisya dijemput oleh Persatuan bola sepak kolej untuk hadir di hari perlawanan persahabatan antara tenaga pengajar dan penuntut kolej. Trisya hanya berdiri di tepi padang sambil mengipas – ngipas lehernya dengan suratkhabar. Matanya terarah pada Hilmi yang sedang mengikat tali kasut.

‘Ada pula dia ni kat sini... pandai ke main?’ Trisya mencebik. Masuk sahaja ke dalam padang, nama Hilmi diteriak oleh penuntut perempuan yang lain.

“Abang Hill!!!!! Abang Hill!!!”

Hilmi sengih dan melambai – lambai ke arah mereka. Hek eleh... macamlah diri tu Zidan!. Siap flying kiss segala. Trisya menggeleng kepala. Terlepas suratkhabar daripada tangannya sebaik sahaja mata Hilmi memandangnya dengan renungan penuh menggoda. Lagi – lagi dia dengan beraninya mengenyit mata ke arah Trisya.

“Doa kan abang ya, baby!!!” jerit Hilmi. Semua memandang Trisya yang terpaku di situ. Terpaksa jadi patung kerana tak mampu membalas pandangan mereka yang lain. Hati Trisya panas berasap. Mahu sahaja dibalingnya kepala Hilmi itu dengan kerusi.

Perlawanan bermula. Trisya kagum!. Memang Hilmi handal bermain bola sepak. Digeleceknya bola itu bagai pemain bolasepak Brazil tetapi yang menyampahnya, apabila gol sahaja, matanya terus mencari wajah Trisya. Sekali lagi mereka yang lain memandang Trisya.

“Abang gol baby!!” gelak Hilmi. Terus Trisya angkat kaki.

‘Menyampah!. Bila masa pula aku jadi baby kau?. Perasan tak sudah. Kalaulah kolej ni aku punya, aku dah tendang kau awal – awal. Nasib baiklah kau ni abang kepada bakal menantu Datuk Rosli. Balik lagi baik!’  gumam Trisya.

                                      **********************

Hari Jumaat...

Trisya yang ingin ke pejabat terhenti langkah kakinya sewaktu melihat Hilmi yang kemas berbaju melayu dan bersongkok. Trisya bersandar dan tersenyum manis. Hmm... kacak!..tapi poyo!.  Trisya menggeleng kepala . Buku di tangan terjatuh ke lantai. Dia mengutipnya kembali dan mahu berlalu .  Dia berpaling dan sekali lagi... buku itu terjatuh!.

Baby... kalau nampak abang kacak pun janganlah sampai menggelupur macam ni. Abang tahu abang handsome. Abang  tunggu baby kat kelas ye”  Hilmi kenyit mata lagi. Trisya mahu kata apa lagi?. Lebih baik dia membisukan diri. Bukannya Hilmi faham pun!.

“Siapkan assignment.. jangan asyik menggatal”

Hilmi senyum tanpa bicara. Trisya memandangnya. Senyuman itu masih kekal di wajah Hilmi. Trisya meneliti setiap inci raut wajah Hilmi.

“Dah puas renung wajah abang?”

“Apa abang – abang?” Trisya terus pergi.

Eleh... berlagak konon! Esok – esok kau juga yang merayu sungguh aku rela dipanggil abang. Tengoklah...’

“Kan semut?” kata Hilmi sewaktu memandang dinding yang dilalui beberapa ekor semut. Hilmi menggeleng kepala. Dalam garang – garang Trisya nampak akan manis wajahnya. Apabila Trisya marah, pipinya akan menjadi kemerah – merahan. Hilmi rasa macam nak cubit saja!.


No comments:

Post a Comment