BAB 12
Penat menghantar Cikgu Zue dan maksu Zila semalam,
Zamri bangun tidur agak lewat. Dia akan bertolak pulang malam ini. Mahu bermanja
dengan satu – satunya ibu saudara yang paling best di dunia.. Maklong Jihan.
Iqram sudah pergi ke klinik awal – awal lagi. Yang tinggal hanya Maklong jihan
dan Zamri yang sibuk mengacau air kopi yang ditambah gula ke dalamnya.
“Maklong ni kedekut gula!”
“Iq tak kasi makan gula banyak sangat. Nanti dapat
betis!” jawab Maklong jihan.
“Diabetes lah maklong. Lagipun bukannya Zam makan.
Zam minum saja” terus menghirup dengan pebuh nikmat.
“Amboi kamu bergambar macam orang putih dekat
majalah tu ya?. Getik pula aku tengok kau tak berbaju” sindir Maklong Jihan.
“Ala.. maklong kata sajalah yang Maklong cemburu badan
Paklong Jai tu sekeping macam aluminium” sengaja mencari marah Maklong Jihan.
“Nak makan apa tengahari ni?. Maklong masak istimewa
buat kamu” sengih Maklong Jihan.
“Pajeri terung lah. Maklong saja yang pakar!” Zamri
memeluk bahu Maklong Jihan.
“Zam nak cari kebun cili Jay” ujar Zamri.
“Alah.. kamu ikut jalan keluar saja. Jumpa kebun dia
dulu sebelum klinik Iq” terang Mak Jihan. Zamri terus mengambil kunci keretanya
dan terus memandu ke kebun cili Jasmin. Zamri tersengih – sengih melihat Jasmin
yang sedang membersihkan kebun cilinya.
“La... ingat bini apek mana tadi?. Jay, patutlah
diorang kutuk kau!”
“Apa?” soal Jasmin.
“Kau kenalah vogue sikit walaupun pergi kebun. Ini dengan
baju kemeja longgar bapak kau. Dengan topi UFO kat kepala..ish!” Zamri
mengangkat topi kebun dari kepala Jasmin.
“Sibuklah... takkan saya nak melawa sakan setakat
pergi kebun ni saja” jeling Jasmin. Kak Lijah yang baru tiba tiba – tiba terpaku.
Mulutnya sedikit ternganga. Jasmin dan Zamri berpandangan sesama sendiri.
“ZMY?” soal Kak Lijah. Zamri mendekatkan bibirnya ke
telinga Jasmin.
“Ni yang aku malas ni.. semua perempuan tergilakan
aku. Tapi tak apa, demi rasa hormat pada wanita akan ku layan perempuan yang
bernama....”
“Kak Lijah!” Jawan Jasmin. Zamri terus mendapatkan
Kak Lijah. Dia memuji Kak Lijah berpakaian menarik sedangkan pakaian itu sama
seperti yang di pakai Jasmin. Belakang Zamri ditampar dengan kuat.
“Dengan saya awak kata bini apek” marah Jasmin.
Zamri ketawa.
“Nak tolong tanam pokok cili?” soal Jasmin. Zamri
mencebik.
“Tak mau aku. Bukan best pun, jom memancing?” ajak
Zamri.
“Saya tengah kerja ni”
“Jomlah.. ajaklah kawan kau yang lain Jay” pujuk
Zamri.
“Ok.. lepas saya siapkan semua ni” senyum Jasmin.
Zamri bersetuju. Kerana terlalu bosan, akhirnya dia tertidur di pondok Jasmin. Entah
bagaimana berita tentang kehadiran Zamri di kampung itu pun Jasmin tidak tahu. Tiba – tiba ramai yang datang
melihat Zamri yang sedang tidur dengan tangan di belakang.
“Kacaklah dia, Min” kata Mija, anak bendahari
kampung. Lima budak perempuan lain duduk di sisi ZMY. Mungkin terasa sedikit
panas, Zamri mula bergerak sedikit.
“Comelnya dia!!!” jerit mereka yang lain. Zamri
terus membuka matanya. Terkejut besar dia apabila melihat hampir penuh pondok
Jasmin dengan wanita – wanita muda yang tersenyum – senyum memandangnya. Itu belum
lagi yang mengambil fotonya dengan menggunakan kamera telefon bimbit.
“Ya Allah..” Zamri mengenjak ke belakang.
“Dah.. dah ambil gambar kan, ZMY dah nak balik”
Jasmin cuba menyelamatkan Zamri.
“Tak sangka Doktor Iq tu abang ZMY” kata salah
seorang dari mereka.
“Saya pun tak sangka Abang Iq tu abang ZMY” jawab
Zamri selamba. Mereka yang lain ketawa. Alan mendekati kebun cili Jasmin.
“Ini macam abang seksi tu la. Alan ada tengok kat
TV. Kakak ada gambar abang” kata Alan tersengih – sengih. Zamri seperti
kebingungan. Selepas perempuan – perempuan itu pergi, seorang budak lelaki yang
kelihatan tidak berapa normal pula memegang wajahnya berkali – kali.
“Ini Alan.. kawan saya” senyum Jasmin.
“Kawan?. Dengan budak ni?” Zamri sedikit terkejut.
Jasmin memberi isyarat mata agar Zamri
menjaga pertuturannya. Bimbang Alan akan terasa.
“Alan ada bawa pancing dan umpan?” soal Jasmin. Alan
mengangguk. Mereka bertiga berjalan kaki ke sungai. Zamri memegang cacing untuk
dijadikan umpan. Dia terus mencucuk mata kali ke cacing yang masih menggeletik
itu.
“Abang!. Abang kena bacakan Al – fatihah dulu. Kena minta
maaf sebab abang bunuh dia lepas tu abang kena puji dia” marah Alan. Zamri
terkejut. Berani betul budak ni marah aku.... bisik hati kecil Zamri.
“Macam mana?” soal Zamri.
“Pegang cacing. Renung lama – lama. Lepas tu cakap
begini” kata Alan.
“Macam mana?” soal Zamri pula.
“Assalamualaikum cacing, baca fatihah. Cacing, saya
minta maaf. Saya nak cari rezeki halal. Saya kena bunuh awak. Awak sangat
cantik. Dapatkan ikan untuk saya” beritahu Alan. Berkerut dahi Zamri.
“Tipulah!” cebik Zamri dan terus membaling tali
pancing ke dalam sungai. Alan mencebik. Marah dengan Zamri. Tidak sampai 10
minit, Alan sudah dapat lebih daripada lima ekor ikan. Zamri bengang apabila
melihat Alan mencebik memandangnya. Seolah – olah memerlinya. Jasmin yang hanya
duduk di pangkin hanya ketawa kecil.
“Mbeeekkk...”
Jasmin terkejut. Iqram tersenyum memandangnya.
Jasmin membersihkan kawasan pangkin di sebelahnya. Iqram duduk disisi Jasmin. Sangat
hampir.
“Kena ejek dengan Alan” beritahu Jasmin apabila
melihat Iqram sedikit terkejut apabila Zamri memijak – mijak umpannya di tanah.
Alan ketawa besar.
“Tak rindu saya?” bisik Iqram. Jasmin senyum. tanpa
memandang Iqram.
“Tak” Jawab Jasmin.
“Saya rindu awak, sayang” bisik Iqram lagi. Jasmin
menutup mukanya. Malu!.
“Eleh.. macam cerita dulu – dulu pula” usik Iqram.
“Tak baik tau. Mestilah. Bila nampak cili rosak,
saya ingat awak” usik Jasmin. Iqram ketawa.
Rambut Jasmin ditiup angin. Iqram menyelitkan rambut
Jasmin disebalik telinganya. Iqram menoleh ke sisi. Mengintai Jasmin yang
senakim malu.
“Dara pingitanlah tu”
“Memanglah dara” jawab Jasmin.
“Ye ke?”
“apa yang ye ke?” soal Jasmin.
“Dara” jawab Iqram.
“Tak percaya test lah.. eh.. jangan test!! Jangan test!
Astaghfirullah.. saya tersilap cakap” jasmin menekup mulutnya. Pipinya merah. Perkataan
yang keluar itu bukanlah maksudnya yang sebenar. Iqram senyum. memandang tanah
yang sedikit kering.
“Kalau awak suruh sekarang pun saya tak nak test...
saya nak tahu bila awak jadi sesuatu yang halal buat saya. Pada waktu tu, awak
tak suruh pun saya buat” kata Iqram dan terus memandang wajah Jasmin.
“Gatalnya!!!!” Jasmin mencubit paha Iqram.
“Ha.. nampak. Dia yang nak test saya” usik Iqram
tidak henti – henti.
“Mana ada!” Jasmin marah. Iqram ketawa lagi. Zamri
sudah naik angin. Seekor ikan pun tidak dapat dipancingnya. Dia menoleh ke
belakang apabila melihat Iqram dan Jasmin tersenyum – senyum.
“Ha... padanlah tak dapat. Bukan salah aku!. Ikan nak
datang dah kat pancing aku tapi bila nampak aje adegan sumbang ni terus dia
balik rumah nak muntah kat tandas” kata Zamri. Iqram dan Jasmin ketawa. Alan
menggeleng kepala.
“Bukanlah... abang yang tak pandai pancing. Dah lah
tu.. muka ganas bukan main. Takutlah ikan tu. Kalau muka macam tu jangan kata
ikan, awek pun lari” kata Alan selamba.
“Wahh... berbisanya mulut kau wahai budak!. Kau nak
aku tangkap kau dan humban dalam sungai ni” marah Zamri.
“Zam...” tegur Iqram.
“Kau tengok mulut dia bang. Melampau. Meh sini aku
angkat kau” Zamri menghampiri Alan. Jasmin dan Iqram bangun dari pangkin. Belum
sempat dia dapat memegang Alan, badannya sudah pun ditolak Alan dengan kuat sehingga masuk ke dalam sungai. Alan
terus berlari dengan baldi yang penuh dengan ikan.
“Aku dapat kau.. memang aku sunatkan kau” jerit
Zamri. Iqram dan Jasmin membantu Zamri
naik ke atas.
“Yang kau layan dia kenapa?” Iqram menegur. Zamri menggigil
– gigil dan terus pulang ke rumah Maklong Jihan. Iqram duduk di pangkin bersama
– sama Jasmin. Kak Lijah cepat – cepat bangun dan duduk di tempat lain.
“Saya nak ajak awak buang masa hujung minggu ni”
kata Iqram.
“Pergi mana?’ soal Jasmin.
“Pergi rumah tok kadi” jawab Iqram.
“Mengada” jeling Jasmin.
“Ye la.. nak cepatkan. Ada orang tu tak sabar di ‘test’”
sengih Iqram. Jasmin mencubit pipi Iqram dengan kuat.
“Auw... ah... sedapnya!!! Cubit lagi sayang!” ketawa
Iqram. Jasmine akhirnya ketawa besar. Kak Lijah yang mendengarnya juga turut
ketawa bersama.
Memang perasaan itu indah sekali. Setiap masa Iqram
akan merindui Jasmin. Begitu juga sebaliknya. Iqram bertekad mahu menjaga
Jasmin sebaik mungkin. bukan sahaja Jasmin tetapi juga seluruh keluarganya. Gelak
tawa Jasmin sudah cukup untuk menceriakan hidupnya. Dia berkira – kira mahu
mengajak keluarga Jasmin dan Maklong Jihan meluangkan masa bersama. Dia pasti
akan merancang hari itu agar menjadi sempurna buat mereka berdua.
*sorry.. tengah sakit mata ni. x leh buat panjang2. lepas 3 hari nanti saya ganti dengan bab yang panjang macam kacang panjang
Kacang panjang x best rr iza, x cukup panjang. Apa kata iza buat bab yang panjang macam roti pita, pita kan panjang hehehehe...best rr citer awak. Saya dah xde idea.
ReplyDeleteterima kasih kalam ;)
Deletekacang panjang x best yek...
k, nanti buat cam roti pita.. macam yang kalam nak (ye ye jer saya ni.. nanti kontot gak hihiih)
ala sambung jer novel kalam tu... mula2 dah best dah ;)
Puashati, harap-harap Cikgu Zue dan Maksu Zila tak buat fitnahlah kat Jasmin.
ReplyDeleteterima kasih Seri Ayu.. :)
Deletekt kampung dia payah nak fitnah sebab takut ngan bini ketua kampung (maklong Jihan yang perangai macam ZMY) heheheh
x apa biar sihat dulu saya tunggu ya tq.
ReplyDeleteso sweet...
Deleteni buat sayang ni..
mata ni dah makin ok..
mungkin esok dah masuk n3 baru...
* x nak bagi babay mio dan yang lain tunggu lama hihihihi (pandai bodek kan)