BAB 14
Sudah dua hari mereka pulang dari percutian. Zana
masih belum pulang ke Kuala Lumpur. Apabila ditanya Makcik Khadija, Zana hanya
membisu. Jasmin malas mahu melayan kerenah Zana yang mahukan itu dan ini. Yaya
yang sudah pun lepas menduduki peperiksaan SPM sudah pun keluar bekerja di
kilang yang terletak di pekan. Mahu membantu Jasmin katanya. Cerita kisah cinta
Jasmin sudah merebak ke seluruh kampung. Ada yang suka dan ada juga yang tidak
dapat menerimanya kerana bagi mereka Jasmin masih tidak layak untuk Doktor
kesayangan mereka. Lebih merumitkan lagi, apabila Maksu Zila dan Makcik Habsah,
ibu kepada cikgu Zue tidak habis – habis menjaja nama Jasmin. Kononnya Jasmin
yang tergila – gilakan Iqram sedangkan Iqram sebaliknya. Kata Maksu Zlia, Iqram
lebih sukakan Cikgu Zue berbanding Jasmin. Ada yang percaya dan ada juga yang
tidak.
Iqram membawa Jasmin ke pekan untuk menyimpan
sedikit wang hasil jualan cilinya. Iqram yang akan berhenti berkhidmat di
klinik desa itu mengambil beberapa minggu untuk menghabiskan waktu bersama
Jasmin sebelum bertolak ke luar negara untuk menyambung pelajarannya bagi mendapatkan
kerjaya impiannya sebagai seorang doktor pakar di hospital. Memang Jamin agak
sedih tetapi dengan teknologi yang ada, Iqram mampu membuatkan Jasmin kembali
tersenyum.
Iqram singgah dahulu di kedai Abang Abu untuk
membeli barang dapur yang dipesan oleh Maklong Jihan. Jasmin juga keluar. Iqram
masih di kereta kerana berbual – bual dengan salah seorang penduduk di sana.
Jasmin masuk dan membelek majalah hiburan. Untuk Yaya!. Jasmin terdengar
bagaimana namanya dibicarakan. Jasmin membatu di situ. Iqram menghampirinya.
“Nak beli apa?. Ambil saja. Biar abang Iqram yang
gagah perkasa bayarkan. Tapi tak lebih dari 20 sen” gurau Iqram. Wajah Jasmin
tidak mengukir sebarang reaksi. Iqram senyap. Akhirnya dia turut sama mendengar
namanya dan Jasmin di sebut – sebut.
“Ala... Habsah kata Jasmin tu yang paksa doktor
Iqram tu. Kalau ikut doktor tu, dia lebih sukakan Zue. Ya lah.... kita tengok
pun tahu” kata salah seorang dari mereka.
Makcik Som menggeleng kepala. Dia tidak suka
mendengarnya.
“Ala peah, kau jangan sibuklah. Apa yang kurang pada
Min tu. Orangnya juga cantik dan berdikari. Entah – entah Habsah tu saja reka
cerita. Malu sebab anak kena reject” sengih Makcik Som.
“Apapun aku yakin, doktor tu kasihankan Jasmin saja.
Entah – entah kata – kata sayang pun tak pernah cakap” senget – senget mulut
Makcik Peah berbicara. Abang Abu menggaru – garu kepalanya. Iqram menyentuh
pipi Jasmin yang memandangnya sayu. Iqram mengenyit mata. Dia terus mendapatkan
mereka semua.
“Ha.. Iq!. Dari mana kau?” soal Abang Abu. Iqram
tunduk sedikit tanda hormat pada Makcik Som dan Makcik Peah.
“Nak ke pekan sekejap lagi dengan Min” senyum Iqram.
Makcik Peah mengerutkan dahinya.
“Sayang... dah ke belum?. Tadi kata lapar?. Saya tak
suka awak sakit nanti. Mari sayang” sengaja dilenggokkan suaranya. Sedikit
kuat. Jasmin keluar. Terbeliak mata pakcik Peah melihat Jasmin menghampiri Iqram.
Makcik Som senyum puas.
“Makcik pun ada?” senyum Jasmin sambil bersalaman
dengan kedua – duanya.
“Nak pergi dating ya?” usik Abang Abu.
“Kenalah dating dulu barulah kahwin. Tak lama lagi
dia akan jadi isteri saya, abang Abu. Kenalah kenal lebih rapat” senyum Iqram. Makcik Peah
terlopong mendengarnya. Makcik Som ketawa dan terus pulang.
“Hmm... makcik nanti kalau saya kahwin jemput datang
ya. Tak sangaka di kampung ni ada wanita sehebat Jasmin.” Senyum Iqram dan
terus memimpin tangan Jasmin ke kereta.
“Nak kena mengata ke buat begitu?” soal Jasmin.
Iqram tidak menjawab sebaliknya hanya senyum sebagai jawapan buat Jasmin.
Mereka terus ke pekan. Iqram memimpin tangan Jasmin
sepanjang jalan. Seperti tidak mahu melepaskannya. Jasmin ketawa. Iqram menoleh.
Hairan mengapa Jasmin tertawa begitu.
“Awak pegang tangan saya macam lepas ni kita tak
jumpa lagi saja” ujar Jasmin.
“Ini sebab saya sayangkan awak. Nanti kalau awak
jatuh, saya juga kena dukung” usik Iqram. Jasmin mencubit lengan Iqram. Langkah
mereka berdua terhenti. Cikgu Zue yang betul – betul berada di hadapan mereka
menjeling tajam. Wajahnya berubah. Cepat – cepat Jasmin mahu melepaskan
tangannya dari genggaman Iqram tetapi kekuatan Iqram menggenggam tangannya
tidak mampu untuk dilawan. Iqram menoleh ke arah Jasmin. Keningnya dikerutkan.
Mahu Jasmin lebih berani. Iqram memimpin Jasmin menghampiri Cikgu Zue.
“Puas hati awak sakitkan hati saya ni?” soal Cikgu
Zue.
“Tiada sebab untuk saya berpuas hati atas apa yang
saya tidak inginkan. Zue, lepaskan semua perasaan itu. Saya akan melamar jasmin
selepas ini” kata Iqram. Air mata Cikgu Zue sudah menitis. Iqram bukannya tidak
kasihan tetapi Cikgu Zue memang tidak boleh diberi muka. Cikgu Zue merapati
Jasmin.
“Jangan harap kau bahagia dan aku takkan pernah
mendoakan kebahagiaan kau. Dia bukan lagi suami kau dan takdir tidak nampak
dihadapan mata untuk kau terlalu yakin” bisik Cikgu Zue. Jasmin diam. Memandang
Iqram. Selepas Cikgu Zue beredar, Jasmin kelihatan agak risau.
“Kenapa?” soal Iqram.
“Saya takut kehilangan awak” ujar Jasmin. Iqram
menggosok lembut kepala Jasmin. Menenangkan jiwa Jasmin yang semakin resah.
Pertemuan dengan Cikgu Zue membuatkan Jasmin dan Iqram mahu terus pulang ke
rumah. Hati Jasmin tidak sedap. Telefon bimbitnya berbunyi. Yaya menyuruhnya
pulang segera kerana ayahnya sesak nafas walaupun tidak seteruk mana. Iqram
terus ke rumah Jasmin dan memberi rawatan sementara buat Pakcik Yasin sebelum
menghantarnya ke hospital.
Pakcik Yasin ditempatkan ke dalam wad. Jasmin dan
Yaya menemaninya sepanjang masa. Zana dan Makcik Khadija hanya melawat sebentar
dan pulang semula ke rumah. Waktu malam sudah tiba. Jasmin menyelimuti tubuh
Pakcik Yasin supaya ayahnya itu tidak sejuk memandangkan musim hujan yang
semakin kerap kebelakangan ini. Pakcik Yasin memanggil Jamin yang tinggal
keseorangan. Yaya sudah pulang ke rumah bersama Iqram. Pakcik Yassin memegang
tangan Jasmin dengan lembut. Senyuman yang penuh rasa kasih terpancar di
wajahnya.
“Dengar sini... jika ada sesuatu terjadi pada ayah,
Min tinggalkan kampung tu buat selama – lamanya. Jangan kembali lagi ke situ.
Min perlu bahagia seperti orang lain. Janji pada ayah, sayang. Bawa Yaya sekali
jika dia mahu ikut Min. Kalau min masih di sini, Min takkan ke mana” ujar
Pakcik Yasin. Jamsin sedikit terkejut.
“Kenapa ayah cakap begini?. Habis bagaimana dengan
ayah dan kebun cili, Min?” soal Jasmin. Pakcik Yassin batuk. Jasmin mengurut
dadanya.
“Itu bukan milik Min. Tanah kebun itu telah
dinamakan dengan nama ibu. Jika ayah tiada, dia sudah cakap mahu menjualnya.
Dia bencikan Min. Tahu kan?” soal Pakcik Yasin.
“Min jangan risau, Min tahu kan dimana ayah simpan
barang lama yang ibu bebelkan itu?”. Jamsin mengangguk. Makcik Khadija selalu
saja memarahi Pakcik Yasin kerana menyimpan kotak yang mengandungi buku – buku
dan kitab lama di dalam almari yang berkunci.
“Ambil kunci itu dari bawah tikar di bawah katil Min.
Ambil buku bank milik Min dan terus pergi. Janji pada ayah... penuhi impian Min
untuk menjadi pereka fesyen ternama. Ambil semula SPM dan terus belajar. Wang
peninggalan arwah mak dan sedikit dari harta ayah ada buat Min tapi rahsiakan
perkara ini. setelah ayah pergi nanti, semua tanah dan milik kita selama ini
menjadi hak ibu dan adik – adik Min. Itu silap ayah kerana mahukan cinta dari
seorang yang jijik, ayah serahkan sebahagian besar harta ayah buat ibu . Min
janji jangan ceritakan perkara ini kepada orang lain” Pakcik Yasin mengurut
dadanya. Jasmin keliru.
“Duit ratusan ribu itu milik mak Min hasil penjualan
tanahnya yang banyak. Ayah buat begitu demi Min. Ayah tahu ibu tidak akan jadi
ibu yang baik buat Min. Jangan Min risau tentang ayah..... pergi saja sayang.
Demi masa depan Min!” kata Pakcik Yasin. Jasmin menangis.
“Janji sayang...” pinta Pakcik Yasin. Jasmin
mengangguk dan terus memeluk ayahnya. Selepas beberapa ketika Pakcik Yassin
sudah pun tidur . Jasmin terlelap sebentar hinggalah pakcik Yasin diserang
sesak nafas yang kronik. Doktor dan jururawat bertugas sedaya upaya
menyelamatkan Pakcik Yasin tetapi Allah lebih menyayangi dirinya. Jasmin rebah.
***************************
Sudah seminggu arwah Pakcik Yasin pergi. Memang
benar kata ayahnya, semua harta dan tanah menjadi milik ibunya. Jasmin menangis
kerana teringatkan bagaimana berusahanya Pakcik Yasin untuk membela nasibnya
selepas ketiadaan ayahnya. Yaya menemani Jasmin sepanjang masa. Pagi – pagi
lagi Makcik Kahdija sudah memberitahu Jasmin yang kebun cilinya itu sudah pun
dijual. Luluh hati jasmin mendengarnya. Jasmin tersentak. Namanya dipanggil
kasar. Dia terus mendapatkan ibunya yang duduk disebelah Zana. Yaya memandang
Jasmin dengan wajah penuh hiba.
“Ambi kain baju dan pergi” arah makcik Khadija. Yaya
sudah menangis. Mana mungkin dia dapat hidup tanpa kakak kesayangan yang telah
berkorban segalanya. Jasmin diam. Dia tidak menangis kerana itu adalah
permintaan ayahnya juga. Jasmin juga sudah tidak kuasa mahu bertelagah dengan
ibunya. Jasmin melangkah. Mahu keluar dari rumah itu tetapi suara Yaya
mematahkan langkahnya.
“Yaya mahu ikut Kak Min” kata Yaya. Zana dan Makcik
Khadija terperanjat. Zana bingkas bangun.
“Kau tu adik aku. Bukan adik dia pun. Kau jangan nak
cari pasal Yaya. Nanti aku suruh ibu buang nama kau untuk pembahagian harta
nanti” ugut Zana. Yaya memandang Zana dengan pandangan tajam.
“Selama 17 tahun yaya hidup , hanya seorang kakak
sahaja yang membuatkan yaya rasa seperti seorang adik yang dimanjakan. Dialah
kakak yang mencurahkan kasih sayang pada Yaya bukan kak Zana. Kak Min yang
menyuapkan Yaya bubur nasi bila Yaya sakit... bukan Kak Zana. Kak Min yang sama
– sama menangis bersama ketika dugaan melanda Yaya.. bukan Kak Zana. Yaya jadi
seorang anak yang baik bukan kerana asuhan seorang ibu tetapi asuhan seorang kakak...
yang pasti bukan Kak Zana. Jika selama ini dia bersama Yaya di saat Yaya sakit
dan serita, biarlah kali ini Yaya pula bersamanya ketika dia menangis dan
derita. Sekurang – kurangnya dengan cara itu, Allah ampunkan segala kekejaman
yang telah kak Zana dan ibu lakukan terhadap Kak Min. Ibu... walaupun Yaya ikut
kak Min, tapi ibu tetap ada di hati Yaya. Bila ada masa, Yaya akan pulang
menjenguk ibu. Jika Yaya bekerja, Yaya akan
kirim duit pada ibu setiap bulan. Yaya juga akan doakan ibu setiap kali
sesudah solat kerana itulah asuhan kak
Min yang mengajar Yaya menjadi seorang yang baik.” Yaya memegang tangan ibunya.
Makcik Kahdija terdiam. Memang dia sendiri akui Yaya
memang sangat rapat dengan Jasmin berbanding dirinya sendiri. Hatinya sedikit
lega apabila Yaya berjanji tidak akan melupainya. Walaupun dia benci akan
Jasmin tetapi dia akui, dengan adanya Jasmin bersama Yaya, anaknya itu akan
selamat dan sentiasa menjadi anak yang berguna.
Yaya masuk ke dalam bilik. Memeluk Jasmin yang sudah
pun merah wajahnya. Saat ini dia perlukan Iqram yang sudah pun terbang ke luar
negara untuk menyambung pelajaran di University of southamptom, United
Kingdom bagi membolehkan dia menjadi
seorang doktor pakar. Memang impian Iqram untuk menjadi seorang doktor pakar.
Jasmin bersalaman dengan Makcik Khadija sebelum
beredar bersama yaya. Dia mahu ke rumah Maklong Jihan dahulu agar menyampaikan
salamnya buat Iqram. Rumah Maklong Jihan sunyi. Nampak gayanya Maklong Jihan
tiada di rumah. Jasmin dan Yaya ingin berlalu pergi tetapi kehadiran Maksu Zila
bersama anaknya membuatkan langkah Jasmin dan Yaya terhenti.
“Buat apa disini?’ soal Maksu Zila.
“Nak jumpa Maklong Jihan” jawab Yaya. Maksu zila
memandang beg pakaian yang dibawa mereka.
“Dia dirumah aku. Tengah siap – sipa untuk majlis
merisik Cikgu Zue untuk Iqram” kata Maksu Zila. Jantung Jasmin bagai dipanah
petir.
“Biar betul Maksu Zila?” soal Yaya pula. Maksu Zila
naik ke atas dan turun bersama dulang pahar untuk hantaran. Kali ini Jasmin
seperti mahu mendapatkan kepastian. Memandangkan rumah Cikgu Zue tidak jauh
mana, Jamsin dan yaya meminjam motor Jenah untuk mendapatkan jawapan sebenar. Yaya
memberhentikan motornya di hadapan rumah Cikgu Zue. Tiada apa yang berlaku.
Yaya menghela nafas lega.
“Memang benar, dik” kata Jasmin. Yaya hairan. Dia
kemudiannya memandang ke jalan besar di mana kereta Iqram, Zamri dan Maksu Zila
menuju ke rumah Cikgu Zue. Jasmin memegang dadanya. Harapannya musnah. Tergamak
Iqram melukakan hatinya. Tambah parah apabila melihat Zamri keluar bersama Puan
Sri Zaleha membawa beberapa dulang
sebagai hantaran. Jasmin menarik tangan Yaya agar mereka beredar dari situ.
Di dalam bas,
mereka berdua hanya membisu. Air mata Jasmin tidak henti – henti mengalir. Yaya
memeluk lengan Jasmin.
“Abang Iq tipu akak” ujar Jasmin. Yaya hanya
membisu. Tiada apa yang perlu dia katakan.
“Kita putuskan sahaja segalanya mengenai sejarah
silam kita kak. Kita mulakan yang baru.” Yaya terus mencampakkan telefon
bimbitnya ke luar tingkap bas. Jasmin
terkejut.
“Kita tidak akan maju kalau sentiasa ingatkan
mereka. Buang sahaja kak. Yaya pun ada duit untuk belikan akak telefon yang
baru” Yaya mengambil telefon bimbit Jasmin dan dibuangnya juga ke luar.
“Kita cari rumah dahulu. Kemudian kita fikirkan apa
yang perlu kita buat” tenang Yaya. Jasmin mengangguk. Matanya dipejam rapat.
Wajah Iqram semakin jelas di ruang ingatannya. Kenapa harus begini sayang?.....
************************************
Mujurlah Yaya ada kenalan di Negeri Sembilan. Dia
menumpang sehari dua sebelum berpindah
ke rumah sewa baru yang kebetulan ada yang kosong berhampiran rumah Tina.
Jasmin bersyukur kerana segalanya dipermudahkan Allah. Tina yang memang rapat
bersama Yaya ketika sama – sama mengikuti Kursus PLKN, sedia membantu mereka berdua. Dia yang
tinggal bersama ibu dan abang tunggalnya melayani mereka berdua dengan baik
sekali. Abang Tina, Idrus memang berani. Awal – awal lagi sudah berani bermain
mata dengan Jasmin.
“Abang kurus tu gatal betullah” bisik Yaya. Jasmin
ketawa.
Tina yang juga akan menyambung pelajarannya di
sebuah kolej, mengajak Yaya dan Jasmin untuk bersama – samanya.
“Tapi akak tiada SPM” kata Jasmin.
“PMR teruk sangat ke?” soal Tina. Gadis berambut
kerinting itu memang baik hati.
“ok. Kakak aku dapat 6A tau” sengih Yaya. Tina
mengangguk.
“Alah... tak perlu semua tu. Ada kolej yang dibiayai
kerajaan menawarkan kursus untuk mereka yang tiada kelulusan. Siap gaji lagi.
Dah.. esok abang bawa ya” Idrus mengenyit mata. Jasmin mula geli geleman. Mak
Miah ketawa.
“Anak aku ni gatal. Pantang nampak perempuan cantik!”
jeling mak Miah. Sikap Mak Miah yang bersahaja tetapi penuh jenaka itu mengubat
hati Jasmin.
“Dah... esok Tina pun nak pergi ke sana. Kamu ikut
dia. Soal rumah biar aku uruskan” kata Mak Miah. Idrus senyum meleret. Berkenan
sungguh dia pada Jasmin
Jasmin tidur di atas katil bersama – sama Yaya. Air
matanya mula mengalir. Satu persatu kenangannya bersama Iqram berputar kembali.
Dia rindukan Iqram...Dia cintakan Iqram. Akhirnya Jasmin terlena dengan air
mata yang masih basah di pipinya.
Jasmin pulang dengan senyuman. Segalanya sudah
diuruskan. Dia kini sudah menjadi salah seorang pelajar jurusan rekaan fesyen.
Walaupun tidak mampu menggenggam ijazah, sekurang – kurangnya dia sudah nampak
cahaya yang diharapkan ayahnya selama ini. duit sewa rumah dibayar menggunakan
duit hasil dari jualan cilinya dahulu. Jasmin memang pandai mengambil hati.
Setiap kali memasak, pasti ada semangkuk hidangan buat keluarga Tina. Idrus
adalah orang sentiasa menantikan air tangan Jasmin. Setelah mendapat tahu
daripada Tina yang Idrus sebaya dengannya, Jasmin tersenyum lebar. Malah dia
tahu Idrus muda sebulan daripadanya.
Idrus mengetuk pintu. Menghantar kain ela yang
dibeli oleh mak Miah tempoh hari. Jasmin keluar. Senyuman Idrus yang agak gatal
itu membuatkan Jasmin ketawa sendiri.
“Min, ni mak abang suruh Min jahit baju dia. Baju
contoh di dalam” ujar Idrus. Cuba berdiri dengan gaya macho dengan sebelah
tangannya diletakkan di belakang kepala.
“Terima kasih. Beritahu Mak Miah, kalau dah siap
nanti Kak Min hantar ya dik” senyum Jasmin. Muka Idrus berubah. Tangannya
diseluk ke dalam kocek seluar.
“Apa ni... panggil abang ni ‘adik’” marah Idrus.
“Saya lahir sebulan lebih awal tau” kata Jasmin.
Yaya yang baru keluar ketawa.
“Eleh.. setakat sebulan pun nak panggil abang ni adik”
jeling Idrus.
“Jadi mulai sekarang, jangan bahasakan diri tu abang
tau.. lebih sedap dengan panggilan saya atau adik” usik Jasmin lagi.
“Oklah... saya boleh tapi adik sorry naik bas
persiaran!” Idrus terus menghidupkan enjin motornya.
“Terima kasih adik!!!!” jerit Jasmin. Idrus bengang
dan langsung tidak memandang Jasmin lagi. Jasmin dan Yaya ketawa besar. Kelakar
betul apabila melihat muka Idrus yang kelat seperti buah putat.
**************************************
Sudah dua bulan dia menggenggam sijil kemahiran. Dia
yang sememangnya mahir menjahit dan menyulam sentiasa mendapat pujian dati
tenaga pengajar. Yaya dan Tina pula sama – sama mengambul jurusan solekan. Suka
benar Yaya dengan keadaan mereka sekarang yang tiada tegangan dan himpitan perasaan
dari ibunya. Setiap hujung minggu, Yaya akan menelefon ibunya tetapi masih
belum memberitahu di mana tempat tunggal mereka sekarang. Zana masih belum
bekerja. Dia sudah pun menukar kereta baru. Yaya tidak peduli semua itu. Lagi
beberapa bulan lagu mereka bertiga akan menggenggam sijil mereka dan boleh
belajar untuk menjadi seseorang yang berkerjaya walaupun dengan azam yang kuat.
Jasmin menggoreng ayam yang diperap dengan kicap.
Yaya mahu makan nasi ayam hari ini. Jasmin menangis lagi. Dia masih ingta
bagaimana berseleranya Iqram apabila menikmati nasi ayamnya. Dia masih ingat
bagaimana senyuman Iqram selepas menghabiskan nasi ayam dipinggannya. Cubitan
di pipi masih terasa sebagai tanda terima kasih kerana masak untuknya. Jasmin
memegang pipinya. Sudip dilepaskan. Jasmin terduduk di kerusi meja makan sambil
menangis teresak – esak. Dia tidak sanggup melupakan Iqram. Dia masih tidak
mampu membuang semua memorinya selama ini. apa yang dia tahu... walaupun hanya
kenangan tetapi itu sudah cukup membahagiakan dirinya walaupun dalam tangisan.
Yaya merapati Jasmin.
“Lepas ni Yaya tak akan suruh akan masak nasi ayam
lagi” ujar Yaya. Jasmin mengesat air matanya.
“Tak apa – apa. Biasalah.. lama – lama mungkin akak
akan lupakan Abang Iq” senyum Jasmin. Yaya memeluk Jasmin. Dia tahu hati wanta
itu terluka.... malah lebih dalam dari sebelumnya. Rumah teres kos sederhana di
hadapan rumah teres kos rendah mereka sudah pun diduduki beberapa keluarga dari
pelbagai kaum. Sedang Jasmin sibuk menyiram bunga, tiba – tiba sebuah kereta
yang melintas di hadapan rumahnya secara
tiba – tiba berhenti dengan mengejut. Jasmin terkejut. Darah Jasmin mula
berderau. Itu kereta Zamri!.
“Jay!!!” jerit Zamri. Jasmin terkejut. Penyapu
ditangannya terlepas. Selang beberapa ketika Idrus datang dengan motor
vespanya.
“Ni siapa yang sibuk datang rumah anak dara ni?”
soal Idrus. Dia mendekati Zamri. Memandang Zamri dari atas ke bawah.
“Alamak aluminium bergerak ni.... yang kau datang
rumah Jay ni boleh pula?” soal Zamri
pula.
“Kau ingat badan kau ni cantik sangat?. Kalau kau
jadi model barulah boleh berlagak” cebik Idrus.
“Model mana?” soal Zamri.
“Eh.. kalau kau tu macam model pujaan aku si ZMY tu,
bolehlah aku respect. Ini alahai... macam budak kurang kalsium je aku tengok”
berlagak betul Idrus. Zamri ketawa.
“Kalau ZMY ada depan kau, kau sangguplah jalan macam
itik?” duga Zamri.
“Jangan kata itik, aku siap lompat katak samapi
hujung tu. Kalau kau, nak buat apa. Hingus aku tak nak dekat” cebik Idrus. Zamri ketawa. Dia membuka topi
dan cermin mata hitamnya. Terbeliak mata Idrus. Mulutnya terlopong.
“dah.. dah.. pergi balik!. Sebelum aku suruh aku
jalan macam itik lepas tu lompat macam katak” kata Zamri. Idrus terus berlalu.
“Zoing....zoing....zoing..” sengaja Zamri membuat
sound effect sewaktu Idrus keluar dari pagar rumah Jasmin. Idrus terus pergi
dari situ.
“Jay... macam nak gila abang Iq cari kau” kata Zamri. Dia duduk di tembok bersebelahan
dengan Jasmin.
“Buat apa nak cari saya?” soal Jasmin.
“Ya la.. hari tu kitorang semua balik kampung sebab
hari nikah Jelly tu. Abang Iq cari kau ke rumah. Mak tiri kau kata tak tahu.
Maklong Jihan pula menangis – nagis rindukan kau. Abang Iq sampai berhari –
hari cari kau” terang Zamri.
“Buat apa cari saya pada hari perkahwinan dia?”
“Aik.. bila masa pula abang Iq kahwin?” soal Zamri.
“Dengan Cikgu Zue” jawab Jasmin. Zamri ketawa
terkekeh – kekeh. Jasmin hairan.
“Si Jelly tu sekarang jadi maklong nombor dua
kitoranglah. Dia kahwin dengan paklong, Dato Hashim tuuuuuu” terang Zamri. Jasmin
benar – benar terkejut. Rupanya dia tersalah sangka terhadap Iqram.
“Kau buat abang aku tu jadi sedih tak tentu hala” gumam Zamri. Jasmin menangis.
“Saya nak jumpa Iqram” Jasmin menggoncang – gincang
tangan Zamri.
“Dia kat oversea lah. Lagi setahun dia balik tapi
aku tak tahu bila sebab aku bukan tinggal dengan parents aku” kata Zamri.
Jasmin menangis teresak – esak.
“Dahlah... aku nak pergi rumah hujung tu. Ayah aku
suruh aku minta duit dari dia. Dia pinjam duit ayah aku setahun lepas tapi tak
bayr – bayar. Sekarang kahwin seorang lagi. Kau kenal Pak Jamal?” soal Zamri.
Jasmin mengangguk.
“Kau buat apa sekarang ni?” soal Zamri.
“Saya baru lepas habis belajar rekaan fesyen. Tak
tahu nak mula dari mana. Tengah jahit baju orang – orang di sini. Niat nak buka
butik tapi macam tak yakin lagi” senyum Jasmin. Zamri termenung seketika.
“Yaya pun dah habis belajar?” soal Zamri lagi.
Jasmin mengangguk.
“Pindah KL, aku akan tolong kau di sana. Dengan
bantuan ZMY, bakal pemenang pelakon lelaki terbaik tahun ini akan mempromosikan
kau di arena yang penuh glam” sengih Zamri. Jasmin ketawa.
“Hmm. Sebelum tu kau tolong buat satu busana anggun
buat wanita. Nanti aku hantar orangnya. Kau pandai buat baju lelaki?. Suit atau
tuksedo?” soal Zamri lagi.
“Tahu tapi taklah pandai sangat”
“Tak apa. Practise makes perfect!” sengih Zamri.
Setelah meminta diri untuk pergi, Zamri berkali – kali menyuruh Jasmin bersedia
untuk pindah ke Kuala Lumpur. Membina kerjaya di sana dengan bantuannya.
Jasmin termenung seketika. Yaya yang baru pulang
dari pekan bersama Tina disambunt oleh Jasmin dengan jeritan gembira. Setelah
mendengar segalanya, Tina, Yaya dan Jasmin terjerit – jerit di dalam rumah
hinggakan jiran sebelah rumah mereka mengintai dari luar.
Setelah berbincang dengan Mak Miah, Tina dilepaskan
atas jagaan Jasmin. Gembira benar mereka bertiga melainkan Idrus yang kelihatan
sedih kerana sedar tidak akan dapat berjumpa dengan Jasmin lebih kerap seperti
sebelum ini.
TERBAIK......
ReplyDeletethanks baby mio..
Deleteawak juga terbaik pada saya :)
nak lagi.. nak lagi :D
ReplyDeletealalalalaa..... comelnya!
ReplyDeleteIzzatul Sabli.. boleh.. boleh.. boleh.
untuk Izzatul, esok petang buka blog ni
next n3 untuk Izzatul ok...
terima kasih bca ya :)
bestlah akak ni.. hehe. ok, saya tunggu :D terima kasih kembali ya kak <3
Deletesesama <3 .. akak yang patut ucapkan terima kasih pada izzatul sbb menggembirakan akak dengan baca blog akak... :)
DeleteBest..mantop...meletopss..hehehe bak lagi yerrr
ReplyDeletekalam...
Deleteboleh.. janganlah malu - malu hihiihihi..
malam kang check ye... iza akan masukkan n3 baru
terima kasih banyak kalam ya :)
Salam dan Selamat Tahun Baru, wah puashati entri ni. Mak Su Zilla ni over ya tak? Dalam masa Si Jelly tu tengah nikah orang lain sanggup lagi tabur fitnah apa punya emak sedara dah.
ReplyDeleteSebenarnya apa yang berlaku banyak hikmahnya. Kalau nak Jasmin dan Yaya tak berjaya tamatkan pelajaran dengan usaha sendiri ya tak.
terima kasih banyak seri ayu :)
Deleteselamat tahun baru juga untuk awak...
betul.. semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya..
jasmin kena keluar dari kepompong hidup dia kalau dia nak berjaya kan!