Tuesday, 25 December 2012

CINTA POPULAR D&S - bab 7

*TAJUK CINTA POPULAR DITUKAR KEPADA 'CINTA POPULAR D&S'... TQ



 BAB 7

Sutera membawa naik baju Darren ke atas. Pembikinan video muzik kali ini di adakan di dalam bilik hotel terkemuka. Tercengang – cengang Sutera apabila memasuki bilik Presidental suite yang cantik itu. Memang besar dan mewah. Darren berbincang dengan pengarah video klip itu. Encik Kay memang terkenal dengan hasil seninya yang hebat. Sudah berkali – kali dia memenangi anugerah. Darren mrmandang Sutera sekilas lalu. Dia kelihatan serius ketika bekerja. Model yang memang terkenal dengan aksi menggodanya turut sama berbincang. Melihatkan model bernama Sherly itu menepuk – nepuk paha Darren membuatkan hati Sutera juga bagai ditepuk – tepuk. Sutera lekas – lekas memegang kepalanya. Ish... apasal aku ni nak rasa begini?. Dia bukan pakwe kaulah Sutera Indah! Lantak pi dia nak tepuk ke pelangkung ke.. Sutera memujuk hatinya.  Lagu di mainkan untuk memudahkan Sherly memahami jalan cerita. Darren mendapatkan bajunya dari tangan Sutera.

“Kena dengan minah tu juga ke?” bisik Sutera. Darren mengangkat keningnya.

“Habis takkan awak tak interframe lagi kot” jeling Darren.

“Saya boleh buat lebih baik daripada perempuan gatal tu tau. Encik Darren tak nampak ke dia dok menelanjangi Encik Darren dengan pandangan mata dia” bisik Sutera lagi.

“Ish... ayat kena tapis ni. Pandai saja awak ni” marah Darren. Sutera terdiam. Sherly menghampiri Darren yang duduk di sebelah Sutera.

“I akan buat yang terbaik untuk you” ujar Sherly. Darren senyum. Sutera meletakkan dua jari telunjuk ke lehernya. Cepat – cepat Darren menepis jari Sutera yang sudah pun berada di lehernya. Darren membisik.

“Jangan nak muntah – muntah. Kalau dia merajuk, mampus saya. Awak tahu tak yang dia sensitif!”

“Ya lah..” cebik Sutera. Darren bangun untuk menyalin pakaian.

“You ni yang menari dengan dia malam tu kan?” soal Sherly sambil meniup kukunya. Macam cantik sangat je kuku tu... aku pinjam buat garu tapak kaki aku baru tahu!, jeling Sutera.

“Tolong ambilkan i air di sana” arah Sherly. Fulamak aih... berapa ribu dia bayar gaji aku.. Sutera menggetap bibir.

“PA awak mana?’ soal Sutera.

“Hei.. kalau i mengadu pada Darren, you akan kena marah tau. I pegang watak penting dalam video klip ni” ugut Sherly. Sutera bangun dan terus menuang air jus untuknya. Sutera menghampiri tetapi salah seorang krew produksi telah melanggarnya. Air jus terus tertumpah di atas baju Sherly yang di tempah khas. Jeritan Sherly membuatkan semua mata tertumpu pada Sutera. Termasuk Darren.

“You..” jerit Sherly.

“Sorry.. saya tak sengaja” Sutera mengelap baju Sherly. Darren menghampiri. Tangan Sutera ditarik ke hujung bilik selepas Darren berulang kali meminta maaf.

“Sutera.. apa ni?” soal Darren.

“Saya tak sengajalah” Sutera tunduk.

“Awak sengaja ke, Sutera?” soal Darren lagi.

“Bukan niat saya. Dia suruh ambil lepas...”

“Stop!” suara Darren agak tinggi. Sherly terus mengambil beg tangannya. Suasana jadi kecoh.

“Minta maaf pada dia” arah Darren. Encik Kay memandang Sutera. Dengan wajah terpaksa, Sutera menghampiri Sherly.

“Ok, i akan maafkan you tapi you lap kasut i sekarang” Sherly menghulurkan kakinya. Sutera sedikit terperanjat. Darren apatah lagi. Sutera menarik nafas dalam – dalam. dia memandang Darren yang dari tadi tidak bersuara.

“Saya tak mahu!” kata Sutera tegas. Sherly naik angin.

“Darren, kalau betina ni tak lap kasut i, i akan terus blah dari sini” muka Sherly merah menahan marah. Sutera memandang Darren sekali lagi. Dia menarik tangan Darren ke tepi tingkap.

“Saya akan lap untuk Encik Darren. Tapi kalau perempuan tu cari pasal lagi, saya tumbuk dia” marah Sutera. Darren tidak menjawab. Mereka berdua menghampiri Sherly yang ,masih membebel.

“So.. lap sekarang” arah Sherly. Sutera ingin tunduk untuk mengambil kasut Sherly tetapi Darren menahan badan Sutera dari mendekati kaki Sherly.

“You pergi. I tak akan saman you kerana langgar kontrak. Pergi” kata Darren. Memandang Sherly. Semua di situ terperanjat. Sutera lebih terperanjat. Dia menelan air liur.

“Sekarang awak ganti dia!” kata Darren. Dia kemudiannya terus berbincang dengan Encik kay. Sutera terduduk. Jurusolek ketawa besar.

“Ambik kau!. Tapi tak apa, kau ni sebenarnya lebih cantik dari dia” senyum Nora, jurusolek itu. Sutera buntu. Tak mungkin dia akan muncul di kaca tv untuk berbulan – bulan lamanya.

Encik Kay menghampiri Sutera. Dia senyum.

“Saya nampak bakat awak masa anugerah tu. Situasi ini lebih baik. Sherly Cuma gah pada nama sahaja. Buat yang terbaik!” Encik Kay mengenyit mata. Sutera seperti mahu pengsan. Dia terpaksa berlakon adegan romantik dengan Darren. Kemudian adegan mati.

“Saya tak nak mati!!!” Sutera menggoncang tangan Encik Kay.

“Bukan kena kafan pun” sengih Encik Kay.

“Habis tu?”

“Mati dalam keadaan paling ayu”

Sutera terduduk lagi. Manalah aku tahu mati dalam keadaan ayu. Dah lah mati, kena buat muka ayu pulak tu. Aku tengok nenek aku meninggal tak muka ayu pun!... Sutera menggeleng kepala.

Dia sudah disolek. Pengambaran akan dijalankan. Dia diminta memeluk Darren yang sedang memasak dari belakang. Jantung Sutera berdebar. Sutera memeluk Darren. Matanya dipejam seperti ketakutan.

“Cut!!!” jerit Encik Kay.

“Sutera.. itu macam kena kahwin paksa”

“Ala... manalah saya tahu” Sutera duduk di atas lantai. Darren mahu ketawa tetapi ditahankan saja.Darren menarik tangan Sutera. Dipegangnya pipi Sutera.

“Dengar, awak dan saya bercinta. Merasakan kebahagian yang sangat abadi.. hinggalah suatu ketika awak pergi meninggalkan saya buat selamanya. Cinta itu tetap  ada walaupun awak jauh dari saya kerana cinta saya itu pergi bersama awak.. faham?” Darren menerangkan jalan cerita. Sutera terpaku. Darren mendapatkan Kay. Dia mengarahkan Kay memutarkan sahaja lagu itu supaya Sutera dapat merasakan apa yang perlu dia rasakan. Mereka memulakan sekali lagi.

Sutera datang dari arah belakang. Memeluk Darren yang sedang memasak. Darren menoleh ke arahnya dengan senyuman. Tangannya ditarik ke dalam dakapan. Potongan buah strawberry disuap ke dalam mulut Darren. Sutera mula bertindak tanpa di suruh. Encik Kay sukakannya. Malah dia meneruskannya sahaja. Mereka berdua seperti berada di alam mereka sendiri. Krew yang lain memandang Encik Kay.

“Biarkan... mereka seperti asli. Tidak berlakon” bisik Encik Kay. Sutera mula tunjuk belang. Ditariknya tangan Darren ke tepi tingkap yang jernih. Memandang ke luar sambil tangannya menindih tangan Darren di cermin tingkap. Darren mengelus lembut rambut Sutera. Mereka berdua berpegangan tangan. Merapatkan dahi mereka sambil merenung dengan senyuman. Nora menggigit kuku. Dia sudah merasakan aura cinta. Sutera kemudiannya memusingkan badannya dan belakang badannya sudah pun berada di hadapan badan Darren. Darren mendekatkan hidungnya di rambut Sutera yang biarkan lepas.

“Sangat wangi..” bisik Darren. Sutera senyum. dia memusingkan badannya dan menyentuh pipi Darren. Tangannya sudah disentuh Darren. Membiarkan tangan mereka bercantum di pipi Darren.

“Cut.. Good job!” jerit Encik Kay. Sutera dan Darren masih bertentangan mata. Masih di dunia khayalan cinta mereka. Nora mencuit bahu Encik Kay.

“Tak bergerak pun” bisik Nora.

“Jom makan di bawah dulu. Biarkan saja mereka” kata Encik Kay. Mereka semua keluar melainkan Nora yang terpaksa tinggal. Nora menongkat dagu memandang Darren yang masih merenung mata Sutera. Sutera seperti tidak mahu pergi dari Darren. Dia seperti mahu sentiasa bersama. Mata Darren yang bersinar menggoncang jiwa dan perasaannya. Nora sudah terlalu lapar. Akhirnya dia terpaksa mendekati mereka berdua.

“Aku laparah!!!!!!!!!” jerit Nora. Darren dan Sutera tersentak. Mereka seperti malu – malu. Cepat – cepat Darren turun ke bawah. Sutera terduduk di kerusi. Aku dah jatuh cinta dengan otak tersentot yang suka makan cekodok  sukun!.


Keesokan harinya, Darren perlu pergi ke sebuah hospital swasta untuk adegan di mana Sutera akan pergi meninggalkannya buat selamanya. Encik Kay memulakan semuanya lebih awal. Sutera terbaring dengan wajah disolek seperti orang yang sudah tiada lagi. Darren tersentak sedikit. Melihatkan wajah Sutera begitu, hatinya merasa sesuatu yang dia sendiri tidak dapat jelaskan. Dia cuma perlu menggenggam jari jemari Sutera dan menangis. Dengan masa yang singkat, Darren sudah pun mengalirkan air mata. Adegan itu memuaskan hati Encik Kay. Sutera bangun dan tersenyum. Darren lekas – lekas mengesat air matanya. Tidak mahu diejek Sutera.

Pesanan dari bos syarikat rakamannya agar menjauhi sebarang cinta atau pun hubungan serius dengan wanita selagi dia tidak tamat kontrak itu teriang – iang ditelinganya. Encik Borhan itu masih berfikiran sempit. Syarikat rakaman lain tidak menyekat mana – mana artis daripada kehidupan peribadi mereka. Darren bagaikan lubuk emas buat mereka. Dahulu Darren bersetuju kerana pada waktu itu dia memang tiada hubungan istimewa dengan sesiapa pun.

Di dalam kereta Darren masih ligat memikirkan persoalan itu. Dia terpaksa akui dia perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan hatinya. Dia juga manusia yang perlukan cinta. Dia lebih terseksa kerana rasa cinta itu ada pada seseorang yang sentiasa bersamanya. Darren menarik nafas dalam – dalam. dia perlu melupakan segalanya. Abang Rashid memanggil Darren berkali – kali.

“Dah sampai” senyum Abang Rashid.

“Mana Sutera?” soal Darren.

“Dah pulanglah. Darren asyik termenung dari tadi” jawab Abang Rashid yang sudah semakin mesra dengan Darren. Malahan dia tidak dibenarkan memanggilnya dengan panggilan ‘encik’ oleh Darren. Hanya anggukan lemah yang Darren berikan. Dia terus naik ke kondonya. Dia perlukan rehat. Semestinya rehat untuk otak yang semakin berserabut!.


                                                   ******************


Sutera duduk di atas sofa bersama – sama adiknya Zetty dan kedua orang tuanya. Kuih pulut seri muka diambil dan dihidunya.

“Sedapnya mak. Lama tak makan” sengih Sutera. Dia kemudiannya memandang kaca televisyen. Rancangan hiburan itu agak lama tidak ditontonnya. Pak Kudus menghirup teh panas. Dia terpaksa melayan selera anak – anaknya pula. Sebelah malam dia akan memanggil pula kawan – kawan rapatnya untuk menonton perlawanan bola sepak. Tiba – tiba Zetty mencengkam perlahan tangan Sutera. Dia menuding jarinya ke kaca televisyen. Sutera yang baru sahaja ingin minum memandang kaca televisyen. Mukanya pucat. Dia memandang wajah Pak Kudus yang agak menakutkan dengan mata yang terbeliak. Makcik Milah pula menelan air liur sambil memandang reaksi Pak Kudus yang agak tidak menyenangkan.

“Video klip tu tipu ayah!. Dia guna muka Sutera sahaja. Badan, tangan orang lain” dalih Sutera

“Tahi lalat di leher Sutera tu ayah kenal tau. Siapa yang ada tahi lalat bertindih begitu?” marah Pak Kudus. Sutera menggigit jari.

. Pak Kudus terbatuk pula apabila melihat aksi Darren memeluk pinggang Sutera dari belakang..

“Bertuah punya budak!!!!” Pak Kudus mengejar Sutera yang sudah pun lari dahulu. Zetty suka.

“Romantik gila Kakak!” jerit Zetty. Mak Milah ketawa.dan hanya menggeleng kepala. Satu rumah Pak Kudus mengejar Sutera.

“Ok... ayah.. next time tak ada lagi” Sutera memegang kedua belah tangan ayahnya. Dia pasti telinganya akan ditarik dengan kuat.

“Panggil Si Darun tu datang” arah Pak Kudus.

“Bukan Darun ayah, Darren” Zetty menyampuk.

“Diam. Biar aku suntut kepala budak Darun tu” ngomel Pak Kudus.

“Kalau Sutera tak panggil dia, ayah akan paksa Sutera duduk rumah. Basuh kain dan masak!” ugut Pak Kudus. Cepat – cepat Sutera mengambil telefon bimbitnya. Darren dipanggil ke rumah.

Tepat jam lima petang, Darren datang ke rumah Sutera. Tersenyum Darren apabila melihat Sutera yang hanya berkain batik dan t-shirt ketat. Dia menghampiri Sutera.

“Macam tak kenal pula tadi” sengih Darren. Sutera mengangkat kening.

“Suruh dia masuk” panggil Pak Kudus dari dalam rumah. Selepas bersalaman dengan semua, Darren duduk di sebelah Pak Kudus.

“Aku tak nak bagi bunga – bunga. Aku nak cakap terus terang” kata Pak Kudus dengan serius. Darren tidak mengerti.

“Kau tengok video kau tengahari tadi Darun?” soal Pak Kudus.

“Darun?” soal Darren.

“Ayah saya tak lepas panggil nama awak” bisik Sutera.

“Hei.. jangan bisik – bisik. Ni.. siapa suruh kau pegang – pegang anak dara aku?. Siap peluk pula tu” suara Pak Kudus meninggi. Darren cuak. Dia meramas jari – jemarinya. Dipandangnya Sutera yang berada di sebelahnya.

“Kalau aku tahu kau nak menggatal dengan dia, aku tak bagi dia kerja dengan kau tau, Darun!”

Darren hanya tunduk. Dia ingat kembali apa yang berlaku antara dia dan Sutera. Tiba – tiba suara Pak Kudus menjadi makin perlahan bagi Darren. Pada pandangan Darren, Pak Kudus hanya mengumat – ngamitkan bibirnya sahaja. Dia teringat akan haruman rambut Sutera. Angin yang meniup rambut Sutera dan mengenai wajahnya. Dia ingat kembali bagaimana sebelah tangan Sutera menindih tangannya di cermin bilik hotel sambil tunduk malu. Darren tersenyum – senyum. dia tunduk dan masih tersenyum. Sutera pelik. Ayahnya membebel bukan main panjang tapi Darren pula tunduk dan tersengih – sengih seperti sangat bahagia.

“Apa kena Si Darun ni Sutera?. Ayah marah dia senyum – senyum?” soal Pak Kudus. Sutera mengangkat bahunya. Memandang Darren lagi.

Sentuhan Sutera pada malam anugerah dengan liuk lentuk tubuhnya memang menggetarkan jiwa Darren. Sewaktu Sutera mengelilinginya pada malam itu Darren dapat merasakan yang dia berada di dalam lingkungan yang penuh asyik dan penuh damai. Dia dapat rasakan...

“Hei!!!!” paha Darren ditepuk kuat oleh Pak Kudus. Terkejut Darren waktu itu. Dia cepat – cepat memperbetulkan duduknya. Di raupnya wajah dengan tangan kanannya.

“Dah.. makan malam sahaja di sini. Lepas maghrib baru pulang sekali dengan Sutera. Dia nak balik sendiri tapi aku tak yakin sangat. Nanti kena kacau pula. Kamu hantarkan ya, Darun?> tapi jangan sentuh – sentuh dia lagi” tegas Pak Kudus. Darren mengangguk..

Selepas solat maghrib berjemaah dengan Darren menjadi imamnya, mereka semua duduk di meja makan. Sutera menghulurkan air basuh tangan untuk Darren. Tangan kanan dihulurkan dan Sutera terus menuangkan air basuh tangan untuk Darren. Zetty sangat suka akan apa yang dilihatnya itu.

“”Sedap makcik masak” puji Darren.

“Sutera yang masak” senyum Zetty. Darren memandang Sutera yang menjeling adiknya.

“Masak air dengan ikan goreng” sambung Zetty. Darren memandang meja makan. Tiada ikan goreng pun yang kelihatan. Zetty yang memahaminya terus bersuara.

“Dah hangus bang.... dah kena kebumi kat tong sampah.. mangsa kebakaran!!” sengih Zetty. Darren ketawa besar. Pak Kudus juga begitu.

Setelah siap makan malam, Sutera dan Darren berangkat untuk pulang. Pak Kudus memberikan peringatan berulang kali kepada Darren agar tidak memeluk atau menyentuh Sutera lagi. Darren hanya mengangguk.

Di dalam kereta mereka hanya berdiam diri. Mujurlah rumah Sutera hanya di Klang. Tidak terlalu jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sutera memandang Darren.

“Saya nak cakap sesuatu. Penting tapi saya malu tapi penting tapi..”

“Cakap saja”

Lampu isyarat yang berubah ke warna merah membuatkan Darren berhenti dan boleh memandang Sutera untuk mendengar sesuatu yang penting seperti yang dikatakan.

“Saya ni dah macam suka pada Encik Darren tapi saya tahu Encik Darren tak suka saya. Saya macam dah ada rasa sesuatu yang tak pernah saya rasa. Ish.. macam tak malu pula” Sutera tunduk. Darren memandang ke hadapan. Haruskah dia berterus terang atau pun masanya belum tiba. Dia bimbang jika Sutera akan dipisahkan oleh pihak syarikat rakaman yang tidak mahu sebarang hubungan cinta terjalin dalam masa sekarang.

“Saya tak cintakan awak” jawab Darren. Sutera mengangguk. Dia membisu semula. Darren mula rasa bersalah.
Dia meneruskan perjalanan dengan hanya bertemankan bunyi radio. Sutera mula diselubungi rasa malu. Fikirnya, Darren ada menyimpan sedikit perasaan terhadapnya memandangkan reaksi dan sikap Darren kebelakangan ini. Sutera akui kejujuran Darren itu melebur hatinya.
Mereka sudah tiba di bawah apartment yang disewa oleh Sutera dan Zie. Sebelum keluar, Sutera bersuara..

“Jadi tiada sebab untuk saya buat baik pada Encik Darren. Saya sebagai pekerja dan kalau saya seperti mahu menghampiri Encik Darren, elakkan”

Darren membisu. Pintu kereta ditutup perlahan. Darren terus pergi dan berhenti setelah beberapa kilometer perjalanan. Stering kereta di tumbuk kuat. Dia tidak menjanjikan apa – apa pada Sutera malah rasa cintanya itu baru sahaja hadir. Tidak pasti hanya kerana suka dibelai seperti itu ataupun rasa bahagia kerana mula mencintai Sutera. Akhirnya Darren mengambil keputusan membiarkan segalanya berlaku dengan sendirinya. Dia mahu seperti dulu.

Mungkin kerana selalu bersama membuatkan dia rindu pada Sutera sewaktu ketiadaannya. Darren memejam matanya. Dia kemudiannya menghidupkan enjin kereta dan terus pulang ke rumah.


           ********************************************************


Sherly buat hal. Kekecohan berlaku apabila dia mendakwa Sutera penyebab dia disingkir dari membintangi video klip Darren. Pada mulanya Darren hanya membiarkannya sahaja tetapi apabila pihak pengurusan Syarikat rakaman masuk campur, Darren dipanggil untuk mesyuarat. Dia diberi amaran agar mengawal Sutera daripada berkelakuan tidak wajar dengan artis yang bakal bergandingan dengannya. Setelah mesyurat selesai, Darren pulang ke pajabatnya. Sutera pula dipanggil masuk.

“Kenapa Encik Darren?” soal Sutera. Menarik kerusi dan kemudiannya duduk.

“Tak nak cakap banyak, last warning.. kalau awak ganggu kerja saya, awak akan dipecat” ujar Darren dengan tegas. Muka Sutera berkerut.

“Sebab Sherly?” soal Sutera.

“Apa – apa sahaja” jawab Darren yang sedang berang kerana dimarahi diatas sesuatu yang bukan kesalahannya.

“Encik Darren tahu saya tak bersalah!”

“Tapi semua tu jadi sebab awak masuk campur!” tegas Darren

“Memang tugas saya masuk campur. Encik Darren jangan nak bela dia pula”

“Saya tak bela tapi saya akui yang awak kadangkala keterlaluan.. bukan kes Sherly sahaja. Ingat lagi tak peristiwa dua orang artis perempuan yang awak tolak sebab bertelagah hanya kerana tempat duduk?”

“Dah memang tempat duduk saya, yang mereka nak arah saya bangun kenapa?. Diva sangat?” bantah Sutera. Darren menggeleng kepala.

“Ok... awak bercakap seolah – olah awak benar semuanya. Awak juga ada salahnya. Awak pernah menolak beberapa undangan nyanyian.. saya baru tahu tadi. Kalau pihak syarikat rakaman tak beritahu soal ni, saya tak tahu.”

Sutera bengang. Dia menjeling.

“Itu benar, Sutera. Zie takkan beritahu. Dia kawan awak tapi dia pekerja saya. Walau macam mana sekali pun, dia akan  mengaku juga akhirnya!” Darren berdiri.

“Jangan pernah awak fikir untuk musnahkan kerjaya saya” kata Darren. Itu memang melukakan hati Sutera. Dia berdiri. Menentang mata Darren.

“Saya tak pernah mahu memusnahkan karier Encik Darren. Ya.. saya tolak beberapa undangan walaupun itu sepatutnya tugas  Zie. Memang saya merayu pada dia. Jangan salahkan dia tapi pernah Encik Darren fikir kenapa perempuan bodoh ni buat begitu?. Kenapa perempuan bodoh yang sanggup berpenat lelah melayan kerenah Encik Darren, memberi makan dan membawa kucing Encik Darren ke sana sini, sentiasa dilayan dengan teruk oleh rakan artis wanita yang tergila – gilakan Encik Darren, yang menjadi bodoh di hadapan Encik Darren ni buat begitu?... mereka mahu Encik Darren menyanyi di kelab malam yang bertaraf lima bintang di mana segala arak dan makanan syaitan bersepah sana sini. Itu amanah Hajah Nora agar saya menjaga Encik Darren. Menjauhkan Encik Darren dengan semua itu. Saya hanya menjalankan amanah seorang ibu kepada lelaki yang tidak pernah menghargai saya. Lupakan apa yang saya cakap malam tadi. Itu kata – kata perempuan bodoh yang memang tak tahu apa – apa. Tapi untuk memusnahkan karier Encik Darren.. itu tuduhan yang paling menyakitkan saya. Lebih sakit dari di tusuk pisau terus ke jantung!”

Sutera keluar dan pintu bilik Darren dihempas dengan kuat. Air matanya sudah mengalir laju. Zie bangun. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku. Sutera terus keluar dari pejabat tanpa sepatah kata. Zie terduduk. Dia tahu pengakuannya tadi sedikit sebanyak melukakan hati Sutera.

Darren duduk. Memicit – micit kepalanya. Dia kemudiannya keluar mendapatkan Zie.

“Tawaran tu dari kelab malam lima bintang?” soalnya.

Zie mengangguk.

“Walaupun saya yang uruskan jadual Encik Darren tapi dia yang banyak buat kerja. Dia selang selikan undangan nyanyian kerana tidak mahu Encik Darren penat. Sessi fotografi pula dia elakkan dari buat di kawasan terbuka kerana Encik Darren tak tahan panas malah kalau Encik Darren nak tahu,  dia yang bersusah payah pergi ke dapur hotel untuk menerangkan apa yang Encik Darren boleh makan atau tidak, tu..bilik Encik Darren juga dia yang kemas kerana dia tahu Ecik Darren tak sukakan habuk. Dia tak benarkan cleaner kita masuk ke dalam bilik tu kerana bimbang cleaner tu ada niat tak baik dengan Encik Darren.

“saya tiada program hari ni?” soal Darren. Zie menggeleng. Darren terus keluar. Dia perlu mencari wanita yang baru sahaja dia lukai dengan kata – katanya yang keterlaluan. Sutera tiada di kawasan berhampiran. Darren meneruskan perjalanan. Dia tahu Sutera tidak jauh. Hati Sutera yang sudah pun hancur itu perlu dipulihkan segera....

6 comments:

  1. X sukalah sutera buat macam tu lembik sangat cuba keras sikit jangan lembut sangat dgn darren tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. baby mio tunggu bab 8 yek...
      meraung Darren dikerjakan Sutera..
      thanks baca ya :)

      Delete
  2. Owhh siss sedihnye bce n3 nie sian sutera hwaaaaa tulah darren bkn nk selidik dulu nie main terjah je...siyess x sabo tggu bab 8 hehehehe...

    owhh x lupe gak DWET nk bab seterusnye tertnye-tnye nie ape terjadi bile jasmin ikot ZMY nk bkk butikkn huhuhuhu dpt ke x ye jasmin jumpe iqram??? TERKEZUTT bace DWET bab 14 sebab btol ke cikgu zue tu da jadik maklong ZMY & iqram??? Hahaha kalw la betul gulig2 da lya gelak hahahaha...

    Teruskn menulis sis lya always sokong sis hope sume cite sis akn dibukukn yeahhhh
    ~LYA~

    #soorrryyy ssis pnjg lak komen kali nih lalalalala#

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper... akak suka baca komen lya..
      nanti zmy ceritakan macam mana si cikgu zue tu leh jadi maklong nombor dua dia... semua sebab hasutan dia hahhaha
      terima kasih lya sbb selalu menyokong akak :)

      Delete
  3. good the poin is nawaitu..jika kita ikhlas, kelak keikhlasan itu pasti berbayar....sanjung tinggi dengan sutera....ikhlas dalam membuat apa saja...go sutera..go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kalam..
      betul tu...
      darren ni jer yang suka salah sangka. mentang2 ler si sutera macam tak betul sikit hihiihi.
      terima kasih banyak2 ya kalam :)

      Delete