BAB 9
Zamri masuk semula ke ruang tamu. Sengaja mahu
membuatkan hati paklong dan maklongnya sakit. Sudah tentu mereka semua tertanya
– tanya siapa yang membawa kereta Zamri sedangkan tuan punya kereta berdiri di
hadapan mereka dengan wajah yang tersenyum sinis.
“Siapa yang bawa kertea Zamri tadi?” soal Datin
Intan.
“Tak hantu pocong, hantu raya kot!.. rasanya hantu
raya sebab muka diorang sama dengan Abang Long dan Jay..ops.. Jasmin” jawabnya
selamba. Kak Kasma mengangkat ibu jari tangan kanannya. Wajah Cikgu Zue
berubah. Hatinya sakit. Dia malu dengan mereka semua kkerana Iqram seolah –
olah llebih mengambil berat akan Jasmin berbanding dirinya. Maksu Zila
menenangkan Cikgu Zue yang terus naik ke atas. Air matanya berjujuran. Timbul
belas kasihan pada diri Puan Sri Zaleha. Dia sendiri terhimpit dengan situasi
ini apatah lagi Iqram. Tan Sri Zainal memanggil Puan Sri Zaleha dan Zamri ke
dalam bilik bacaan.
“Kenapa tak larang Iqram?” soal Tan Sri Zainal.
“Kenapa pula nak larang?. Biarlah dia dan Jay keluar.
Daripada dengar petir kat luar tu lebih baik dia bawa Jay keluar. Zam yang
bukan siapa – siapa pada Jay pun sakit hati bila Datin Intan dan Dato Hashim tu
membebel macam orang tak cukup vitamin” Zamri tidak peduli jika ayahnya
mengamuk kali ini.
“Abang bukan tak suka Jasmin tapi iya kan sajalah apa
yang abang long dan Kak Long kata tu. Kalau Iq nakkan Jasmin kenapa bawa Zue ke
mari?” soal Tan Sri Zainal. Meraup wajahnya yang agak lesu. Penat mengerjakan
tamannya petang tadi.
“Abang Long dan Kak Long dah melampau. Siapa dia nak
hina Jasmin begitu. Leha tak kisah siapa menantu Leha tapi Jasmin tidak
sepatutnya di hina begitu” jeling Puan Sri Zaleha. Tan Sri Zainal tiada apa
lagi yang harus diluahkan. Nampak gayanya semua ahli keluarga termasuk Kasma
lebih sukakan Jasmin. Belum sempat Tan Sri Zainal melepasi muka pintu, Puan Sri
Zaleha bersuara.
“Buat pertama kali dalam hidup abang, putuskanlah
sesuatu dari hati abang. Bukannya dari hati dan mulut Abang Long. Iq anak kita.
Begitu juga Zamri. Jika Leha terpaksa bertikam lidah atau bermasam muka demi
kebahagiaan anak – anak kita... Leha akan lakukannya!” tegas kata – kata Puan
Sri Zaleha. Tan Sri Zainal terus berlalu. Tidak pernah dia lihat isterinya itu
setegas ini.
Cikgu Zue mendail nombor telefon Iqram.
“Awak buat saya macam orang asing dan tiada maruah!”
geram Cikgu Zue
“Sepatutnya Jasmin yang berhak rasa marah. Saya agak
terkilan bila melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana lebarnya
senyuman awak bila Jasmin dikutuk oleh maklong saya” kata Iqram. Matanya
memandang Jasmin yang leka melihat lampu dan permandangan di Putrajaya.
“saya benci awak!” jerit Cikgu Zue sebelum
menghempas telefonnya ke katil. Dia tidak mahu keluar lagi. Lagipun keluarga
Dato Hashim sudah pun pulang. Walaupun hatinya sakit, dia sudah bertekad mahu
merebut Iqram tidak kira walau apa pun yang bakal terjadi. Dia lebih layak
unruk Iqram!!!... jerit hatinya.
Iqram mendapatkan Jasmin semula. Senyuman Jasmin
meyakinkan Iqram yang hatinya sedikit sebanyak telah terubat.
“nak makan?” soal Iqram. Jasmin mengangguk. Dia
mengikut Iqram masuk ke dalam kereta.
“Awak memang suka jalan jauh – jauh begini ke?” soal
Jasmin. Matanya melilau memerhatikan suasana sekeliling. Kali ini Iqram membawa
Jasmin ke kotaraya Kuala Lumpur. Melihat bangunan KLCC yang tersergam indah
membuatkan Jasmin tidak sabar – sabar mahu keluar. Iqram memimpin tangan Jasmin
melintas jalan.
“Saya tak nak makan yang mahal – mahal. Aiskrim tu
pun cukuplah. Siap ada meja dan kerusi kan?. Makan aiskrim pun dah macam makan
kat restoran” tawa Jasmin. Iqram senyum. Jasmin memesan mangkuk besar aiskrim
dengan pelbagai perisa. Niatnya mahu berkongsi dengan Iqram tetapi dia tidak
tau yang Iqram tidak gemarkan aiskrim. Terbeliak matanya melihat aiskrim yang
dihias cantik dalam mangkuk yang kelihatan menarik.
“Wah... kalau Alan tengok ni mesti dia nak” kata
Jasmin. Iqram menyedut air jus dengan
wajah yang masih mengukir senyum. apa yang kelakarnya pun Jasmin tidak tahu.
Dia mahu menyuap Iqram tetapi ditolak.
“Kenapa?. Saya pesan banyak sebab nak kongsi dengan
awak” rengek Jasmin.
“Habiskan semua. Kalau tak habis, jangan haraap saya
nak hantar awak balik. Saya seorang saja yang balik” ugut Iqram.
“Sedaplah” Jasmin terus menyuap aiskrim itu ke dalam
mulut. Selesai makan, Iqram meminta bil. Setelah melihat keratan bil, Iqram
terus membayar RM45 kepada pekerja restoran itu. Jasmin menelan air liur.
“Mahalnya!!!” Jasmin terkulat – kulat memandang
Iqram.
“Apa?’ soal Iqram
“Kalau kat kampung, aiskrim 20 sen saja” cebik
Jasmin. Kali ini Iqram ketawa.
“Sayang... awak makan di tempat mahal jadi bayar
mahallah. Jadi bila nak bayar balik duit saya” Iqram bergurau. Jasmin terdiam. Dia
meraba – raba poket seluarnya. Jasmin tersengih mempamerkan barisan gigi yang
cantik.
“Balik nanti saya bayar”
“Saya tak nak awak bayar duit tapi saya nak awak masak
untuk saya. Nasi ayam!” Iqram menganggkat – angkat kening berulang kali.
“Awak ni doktor yang kuat makan” gurau Jasmin. Iqram
bangun dan menghulur tangannya. Jasmin senyum. menoleh kiri dan kanan. Malu!!. Dia
kemudiannya memaut erat jari jemari Iqram.
“Saya malu” ucapnya dengan nada berbisik. Iqram
menahan senyum. berpura – pura tidak mendengarnya.
“Apa dia?” Iqram mendekatkan telinganya. Jasmin mahu
mengatur langkah lebih laju tetapi ditari oleh Iqram. Dia betul – betul menghadap
wajah Iqram yang cukup tenang.
“Saya sayangkan awak” kata Iqram.
“Cinta?” soal Jasmin pula.
“Masih sayang belum di tahap cinta” jawab Iqram.
Jasmin tunduk. Sedikit hampa.
“Tapi semakin hampir dengan cinta” sambung Iqram
pula. Dagu Jasmin diangkat sedikit.
“jika kita ditakdirkan bercinta dan seterusnya akan berkahwin..
tiada istilah jika sudah jodoh saya menerimanya tetapi saya memang sangat
menerima jodoh itu” Iqram merenung wajah Jasmin. Lampu jalan tempat di mana
mereka berdua berdiri menjadi saksi akan ungkapan ‘sayang’ pertama yang lahir
dari mulut Iqram.
“Zue...?” soal Jasmin. Iqram senyum dan terus
memimpin tangan Jasmin masuk ke dalam kereta. Jasmin masih memandang Iqram. Mahukan
jawapan. Tidak mahu menjadi pemisah jika ada rasa cinta itu di antara mereka
berdua.
“jangan fikir orang lain” Iqram mengenyit mata.
Jasmin mengeluh. Tidak seharusnya dia mendesak Iqram berulang kali. Lagipun dia
baru sahaja mengenali Iqram selama 7 bulan. Tempoh sesingkat itu belum mampu
membuktikan apa – apa tetapi nagi dirinya, cinta itu pasti!.
Mereka berdua pulang ke rumah. Semua sudah tidur
kecuali Puan Sri Zaleha yang hanya menyambut mereka berdua dengan senyuman
sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya.
*****************************
“Menyampah betul akak, malas masak sendiri agaknya!”
bebel Kak Kasmah. Periuk bekas lauk
ditonyohnya dengan kuat. Jasmin menghampiri Kak Kasmah. Zamri turut berada di
dapur. Dia memang suka mengusik Kak Kasma. Selepas solat subuh berjemaah, mata
Zamri tidak mahu lelap lagi.
“Jay.. abang long aku bawa kau ke mana semalam?. Karaoke?”
soal Zamri.
“Tak ZMY..dia bawa ke putrajaya lepas tu makan
aiskrim mahal tu dekat dengan KLCC” jawab Jasmin.
“Ni.. nanti abang Iq kena bawa jelly tu ke kenduri
kahwin “ kata Zamri.
“Awak ni sekejap panggil Abang Long, sekejap panggil
Abang Iq.. mana yang betul ni?” soal Jasmin. Nescafe panas di letak dihadapan
Zamri.
“Suka hatilah Jay..” jawabnya ringkas. Jasmin
ketawa.
“Jadi aku kena bawa kau jumpa adik kau tu. Tapi kejap
saja tau. Pukul 3 aku ada photoshoot” beritahu Zamri. Jasmin mengangguk.
“KK nak ikut sekali tak?” soal Zamri. Kak Kasma
menjeling.
“Tempat duduk ada dua nak ajak aku” marah Kak Kasma.
“KK duduk atas bumbung. Pakai kain batik, mahu
pengsan semua yang tengok!” zamri ketawa besar. Jasmin juga begitu. Dengan percuma
pinggang Zamri dicubit dengan kuat oleh Kak Kasma.
“Kau kalau tak bawa aku tak apa, tapi jangan kutuk
aku” bebelnya lagi. Zamri ketawa.
“Kak Kasma, Iqram suruh saya masak nasi ayam hari
ni. Kak Kasma rehat saja ya. Kalau tak nak nampak sangat, akak duduk sajalah
berbual dengan saya” kata Jasmin. Kak Kasma senyum lebar. Dia dan Zamri terus
ke pasar bersama dengan Jasmin dengan menaiki kereta Iswara Tan Sri Zainal.
Cikgu Zue duduk berbual dengan Maksu Zila dan Tan
Sri Zainal diruang tamu. Melihat saja kelibat Jasmin dan Kak Kasma hati Cikgu
Zue mula resah. Dia tahu Jasmin ingin menarik perhatian Iqram dengan
masakannya. Sedang Jasmin sibuk membasuh daun salad dan timun, Cikgu Zue
menghampiri Jasmin di dapur.
“Sudah, biar aku masak” kata Cikgu Zue. Jasmin hanya
memandang wajah Cikgu Zue yang kelihatan serius itu. Kak Kasma menghampiri
mereka berdua.
“Tapi Iq suruh Jasmin yang masak bukannya awak” kata
Kak Kasma. Cikgu Zue mengecilkan matanya.
“Akak sendiri dengar apa yang Paklong kata semalam. Walau
apa yang terjadi, saya akan jadi menantu keluarga ni. Ingat kak!.. bila saya
jadi menantu keluarga ni nati, jangan harap saya nak bagi muka kat akak” Cikgu
Zue memberi amaran. Terkejut mereka berdua dengan kata – kata Cikgu Zue. Jasmin
buat tidak tahu. Dia terus mengeluarkan ayam dari bungkusan. Kak Kasma ingin
berlalu masuk ke dalam biliknya kerana geram. Kehadiran Puan Sri Zaleha
membatalkan niatnya. Cepat – cepat Kak Kasma menarik tangan Puan Sri Zaleha
supaya berselindung dari pandangan mereka berdua. Kak Kasma meletakkan jari
telunjuknya ke bibir. Puan Sri Zaleha mengangguk tanda faham. Dia terus
mengintai dan mencuri dengar perbualan antara Cikgu Zue dan Jasmin.
“Kau sedar tak, Min?. Kau cuma jadi alat saja dalam
rumah ni. Buat apa kau nak bersusah payah memasak dan ambil hati semua di sini
kalau mereka pun tak sukakan kau” kata Cikgu Zue. Jasmin hanya membisu. Meneruskan
kerjanya dengan membersihkan dua ekor ayam di dalam singki.;
“Kau ni memang bodoh!. Macam bapa kau juga!” geram
Cikgu Zue apabila tiada respon yang diterimanya dari Jasmin. Tangan Jasmin
berhenti dari membersihkan ayam. Papi ditutup. Dia memandang tepat ke anak mata
Cikgu Zue.
“Dengar sini, kau boleh cerca aku, boleh hina aku
malah kau juga boleh bunuh aku tapi jangan sesekali kau bangkitkan soal ayah
aku. Ya.. dia memang tidak bernasib baik kerana ada isteri yang curang. Tak bernasib
baik kerana dipilih hanya kerana hartanya tapi kau tiada hak untuk berkata
begitu. Kau tahu, jika kau punya ayah yang lebih teruk atau lebih hina.. demi
tuhan tidak sesekali aku akan berkata buruk mengenainya. Kau mahukan Iqram.. tu
hak kau. Aku cuma seorang sahabat yang suka melihat Iqram tersenyum. Aku bahagia
bila Iqram minta aku masak untuknya tetapi tidak sedetik pun dihati aku untuk
merampas dia jika dia sememangnya hak nilik kau, Zue” masih merenung anak mata
Cikgu Zue.
“Sekarang kau ambil semua ini. Masak untuk Iqram
seperti apa yang dia mahu. Seperti mana yang dia mahu rasa.... jangan sesekali
kau letak cuka di sambalnya kerana Iqram tidak boleh makan cuka. Aku beritahu
bukan untuk kau tapi aku tak mahu iqram sakit atau disakiti hanya kerana sifat
kau yang mementingkan diri. Jika kau yakin yang Iqram milik kau, buat apa kau
gentar dengan aku yang hanya seorang pekebun cili ni!” Jasmin membasuh
tangannya dan terus keluar melalui pintu belakang. Puan Sri Zaleha memegang
dadanya. Matanya mula merah. Digenangi air mata kerana terharu dengan bukti
rasa cinta seorang wanita terhadap anaknya. Dia terus memeluk Kak Kasma.
“jika saya pergi dulu sebelum Iqram berkahwin,
pastikan Jasmin menjadi wanita edisi terhadnya” kata Puan Sri Zaleha dan
kembali ke dalam biliknya.
Jasmin mengesat air matanya. Duduk sendirian di
buaian besi menghadap taman mini Tan Sri Zainal. Zamri datang menghampiri.
“Jay...aku dah bawa kau pergi pasar dah. Takkan nak
sedih lagi” pujuk Zamri. Jasmin mengintai jam di tangan kanan Zamri. Sudah pukul
9.45 pagi.
“Bawa saya jumpa adik saya di Bangsar ya. Nanti saya
beri alamatnya” pinta Jasmin. Zamri mengangguk dan sudah tentu bersetuju. Kak
Kasma tidak mahu membantu Cikgu Zue di dapur. Dia terus masuk ke dalam bilik
untuk tidur. Kelam kabut Cikgu Zue menyiapkan semuanya seorang diri.
Zamri
berhenti di sebuah rumah teres dua tingkat. Zamri dan Jasmin mengintai dari
dalam kereta. Jasmin kemudiannya tersenyum.
Dia terus keluar meinggalkan Zamri didalam kereta mewahnya.
“Zana!!” panggil Jasmin dan terus memeluk adiknya. Tiga
orang kawan Zana yang baru pulang dari bersarapan bersama menghulurkan salam
kepada Jasmin.
“Cantik kakak kau, Zana” puji salah seorang dari
mereka. Zana memerhatikan kereta mewah yang membawa kakaknya itu. Cermin yang
telah digelapkan menyukarkan Zana dari melihat Zamri di dalam. Zamri membuka
sedikit cermmin keretanya. Mahu mendengar butir – butir perkataan yang keluar dari
mulut dua beradik itu.
“Kau dah jadi perempuan simpanan ke?” soal Zana.
Jasmin terdiam. Kawan – kawan Zana yang lain menggeleng kepala. Kurang senang
dengan cara Zana melayan kakaknya sendiri.
“Ada juga orang nak dengan tukang kebun macam kau ni
kak. Siapalah lelaki bodoh tu” kata Zana. Zamri geram. Dia membuka pintu
keretanya. Dengan jalan yang penuh gaya dia menghampiri wanita – wanita di
hadapannya. Zamri membuka cermin mata hitamnya dan menyentuh rambutnya yang
bergaya. Serba serbi mempesonakan. Kawan – kawan Zana sudah pun berteriak. Siapa
yang tidak kenalkan ZMY?. Seorang model popular dan tak lama lagi akan menjadi
seorang pelakon filem.
“ZMY!!! ZMY!!!” meraka bagai tidak percaya.
Zana?..... terlopong mulutnya.
“Hi ladies...” tegur Zamri. Jasmin menggeleng
kepala. Zamri menyentuh dagu Zana.
“tutup sikit... buruk sangatlah” kata Zamri. Zana
tunduk malu. Kemudian dia memandang Zamri semula. Kawan – kawan Zana sudah pun
mengambil gambar Zamri dengan menggunakan telefon bimbit.
“Actually... Jay is my lover. So, i tak nak you
cakap apa – apa yang tak elok pada sayang i ni. Lagipun jay ni kakak you kan..
jadi respect dia bukan kutuk – kutuk dia” tegas Zamri. JAsmin menggaru kepala. Mampus
aku kalau Zana beritahu ibu!... fikir Jasmin.
“Ni lagi satu, next time you jangan pakai skinny
jeans ni dengan baju singkat begini kalau you tak ada badan secantik Jay ni.
See... tersembul sana sini. Kami lelaki sebenarnya tak suka juga tengok free. Yang kena bayar tiket lagi best...no no
no...maksud tiket pada i is nikah. Kalau nikah tengok isteri pakai macam ni
maybe i suka kot tapi kalau macam ni gatal hidung i.. rasa macam kena resdung
pula” Zamri terus memakai semula kacamata hitamnya. Dirangkulnya pinggang
Jasmin. Dibawanya Jasmin pergi ke keretanya.
“Baju ni belum bagi lagi” bisik Jasmin. Zamri terus
mangambil dua bungkusan dari tangan Jasmin. Satu mengandungi baju dan satu lagi
mengandungi serunding daging kegemaran Zana. Zamri menghulurkannya ke tangan
Zana.
“Apapun, kakak you lagi cantiklah daripada you. Dia pun
lagi cantik dari you” Zamri menuding jari ke arah rakan Zana yang sentiasa
dibuli kerana tiada rupa. Mahu pengsan kawan Zana itu mendengarnya.
Jasmin ketawa besar. Zamri juga begitu.
“You are great ZMY!” jerit Jasmin dalam kereta.
Zamri juga ketawa besar.
“Give me ten!” Jasmin mengangkat kedua belah
tangannya. Zamri menjeling.
“Give me five aje lah... kalau ten, esok kita masuk
kubur sama – sama” kata Zamri dan terus menampar sebelah tangan Jasmin. Mereka berdua
pulang dengan sama – sama menyanyi mengikut lagu dari cd yang dipasang di dalam kereta.
Salam, Jasmine mempunyai hati yang sangat tulus sanggup berkorban demi semua orang disisinya. Maknanya Zana dan Jasmine adik beradik lain emaklah ke atau lain ayah? Zamri plak romantik gaklah walaupun nampak kerek tapi dia jenis straight to the point tak jaga hati punya. Biarlah tembelang Cikgu Zue tu pecah awal. Tapi risau gak kalau dia masukkan jarum pada emak si Jasmine ni pasti Jasmine tersiksa dan Zana pasti mengadu pada emaknya juga...huhuhu janganlah apa-apa yang buruk berlaku pada Jasmine.
ReplyDeleteseri ayu,
Deletezana dan jasmin lain mak. ada sesuatu tapi itu yang akan mengubah Jasmin jadi 'seseorang' di mata masyarakat :)
jangan lupa baca ya Seri Ayu :)
wahh makin pedas dan panas....hot and spicy waahahaha
ReplyDeletekalam cinta...
Deletepanas dan pedas???
nak coca cola tak? hihih