BAB 8
Cikgu Zue dan Jasmin bangun serentak. Melihatkan
Iqram yang turut sama bangun untuk solat subuh membuatkan Cikgu Zue sedikit
tersentuh hatinya. Dia memang mahukan suami yang mempunyai ciri – cirri seperti
Iqram yang tidak meninggalkan solat. Jasmin mengemas dapur bersama Kak Kasma.
Walaupun ditegah oleh Kak Kasma tetapi Jasmin yang bosan itu tetap berdegil
mahu membantu Kak Kasma meringankan bebannya yang tidak seberapa itu. Iqram
turun ke dapur untuk membancuh secawan milo. Jasmin tersenyum manis. Iqram juga
membalas senyuman Jasmin sambil matanya memandang kain batik yang di pakai oleh
Jasmin. Kain batik itu senteng. Memang begitu cara Jasmin memakai kain batik.
Dia lebih selesa jika kain batiknya sedikit tinggi dari buku lalinya.
Nak saya bancuhkan air untuk awak?” soal Jasmin.
“tak mengapa. Saya bancuh sendiri. Min... minta
tolong boeh” sengaja Iqram menghampiri Jasmin. Segan dengan Kak Kasma, Jasmin
berganjak sedikit. Iqram makin mendekati.
“Nak apa?” soal Jasmin. Tangannya masih ligat
membancuh tepung untuk dibuat jemput –jemput sayur.
“Buat sambal telur pecah macam awak masak kat saya
dulu” Iqram mengenyit mata.
“Hai.. takkan balik rumah sendiri pun nak makan
sambal telur pecah” perli Jasmin. Iqram
merenungnya dengan wajah seperti memohon simpati. Terkebil – kebil matanya
memandang Jasmin. Ketawa Jasmin melihat wajah Iqram begitu.
“Ya...nanti saya buatkan ya cik doktor yang mengada
– ngada” usik Jasmin. Kak Kasma ketawa kecil. Seronok apabila melihat Iqram
bahagia sebegitu. Iqram mencubit hidung Jasmin sebelum keluar bersama secawan
milo ditangan.
Puan Sri Zaleha sudah kelihatan cantik pagi – pagi
lagi. Dia yang masuk ke dapur menepuk lembut bahu Jasmin yang sedang menggoreng
jemput – jemput sayur kegemaran Iqram.
“Hmmm.. Min tahu ya kegemaran Iqram” senyum Puan Sri
Zaleha.
“Bukan saja kegemaran lama tapi kegemaran baru pun
dia tahu” perli Kak Kasma diringi dengan tawa yang panjang. Jasmin tunduk malu.
Datin Sri Zaleha keluar semula. Dia menegur Cikgu Zue yang baru sahaja turun.
Solekan dan baju yang cantik membuatkan Cikgu Zue sentiasa tampil anggun. Maksu
Zila juga turun ke dapur. Melihatkan Jasmin yang bertungkus lumus didapur
membuatkan Maksu Zila menaruh syak wasangka. Dia merapati Jasmin dengan
muncung yang panjang.
“Tak payah bodek sangat. Aku akan pastikan si Zue tu
jadi menantu keluarga ni” kata Maksu Zila sebelum pergi meninggalkan mereka semua di dapur. Kak Kasma
mencuit pinggang Jasmin.
“Meroyan betina tu. Kalau bukan keluarga Puan Sri,
jangan harap aku nak layan” rungut Kak Kasma. Jasmin ketawa teatpi hatinya
tetap bimbang. Dia tahu siapa Maksu Zila.
Sarapan sudah terhidang di meja makan.Selain
daripada nasi goreng, jemput – jemput Jasmin menjadi pilihan utama Iqram untuk
masuk ke dalam perutnya. Cikgu Zue duduk disebelah Iqram dan menghidangkan
semuanya buat Iqram. Dia melayan Iqram bagai seorang suami. Jasmin mengintai
dari dapur. Dia tunduk. Dari jauh dia dapat lihat sendiri bagaimana
sesuainyanya Cikgu Zue buat Iqram. Kelembutan dan kecantikan wanita itu sangat
menyejukkan mata. Tentu Puan Sri Zaleha gembira punya menantu seperti itu.
“Puan Sri ajak kau makan sekali” kata Kak Kasma.
“Tak apalah kak, kita makan sama di dapur ya” senyum
Jasmin. Kak Kasma mengangguk setuju. Bukannya Puan Sri Zaleha dan Tan Sri
Zainal tidak membenarkannya makan bersama tetapi dia yang tidak mahu. Lebih
selesa makan di dapur.
Cikgu Zue duduk berbual bersama Puan Sri Zaleha dan
Maksu Zila. Iqram ke dapur. Memandang Jasmin dan Kak Kasma yang baru hendak
makan. Dia cepat – cepat duduk di sebelah Jasmin. Mencedok nasi ke dalam
pinggan dan meletakkan ayam goreng rempah di atas pinggan yang sama.
“Tak kenyang lagi ke kau?” soal Kak Kasma.
Jasmin mengambil pinggan tetapi ditahan oleh Iqram.
“Saya suap awak” senyum Iqram. Jasmin terkedu. Dia
menggeleng kepala. Malu dengan Kak Kasma yang tersengih – sengih memandang
mereka berdua. Iqram menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut Jasmin. Wajah Jasmin
berubah. Menjadi merah kerana menahan malu. Puan Sri Zaleha ke dapur. Sepantas
kilat Jasmin merampas pinggan dari tangan Iqram.
“Kenapa Min tak makan dengan makcik sekali tadi.
Sedap masakan Min” puji Puan Sri Zaleha. Maksu Zila yang turut sama berada di
situ mencebik.
“Ala Kak Ngah, Zue tu lagi pandai masak. Cakap apa
saja Iqram mahu dia tahulah nak masak” puji Maksu Zila. Cikgu Zue tunduk malu.
Kak Kasma dan Iqram berpandangan sesama sendiri.
Tidak banyak yang boleh dibuat di rumah besar itu.
Jasmin keluar dari dapur ke halaman rumah. Dia terpandangkan Tan Sri Zainal
yang sedang menonggeng untuk mengangkat pasu bunganya. Jasmin cepat – cepat
menegah. Tan Sri Zainal berdiri semula.
“Pakcik jangan angkat begitu nanti sakit. Biar saya
angkatkan” kata Jasmin dan terus mengalihkan pasu bunga kesayangan Tan Sri Zainal ke hujung taman bunganya.
Taman bunga yang tidak sebesar mana itu menjadi tempat Tan Sri Zainal
melepaskan rasa bosan.
“Kadangkala bosan juga tanam bunga banyak – banyk ni
tapi kalau tanam sayuran tak cantik pula” kata Tan Sri Zainal. Jasmin duduk
disebelah Tan Sri Zainal.
“Siapa kata tak cantik. Begini, pakcik tanam ulam –
ulaman dan sayur – sayuran berbuah. Buat gaya landskap yang cantik. Di hujung
tu kelilingnya pakcik tanam pokok kaduk. Ditengah – tengahnya pokok cili,
terung, bendi dan macam – macam lagi. Untuk tutup bahagian batang pokok berbuah
tu, pakcik boleh letak tumbuhan manjalar lain macam pegaga ke atau apa – apalah. Akhir sekali di hujung kiri
kanan pakcik letak tumbuhan berbunga yang terang warnanya.”terang Jasmin
panjang lebar. Tan Sri Zainal ketawa besar. Dia gembira dengan cadangan Jasmin.
“Pergi siap. Pakcik nak Min ikut pakcik beli semua apa yang patut. Benih ulam dan
tumbuhan berbuah tu. Mari” ajak Tan Sri
Zainal. Jasmin masuk ke bilik untuk menyalin pakaian. Puan Sri Zaleha dan
mereka yang lain termasuk Iqram terpinga – pinga melihat mereka berdua yang
sudah bersiap – siap seperti mahu keluar.
“Nak ikut ayah!” kata Iqram.
“Ah.. jangan kacau urusan orang koporat macam kami
berdua ni. Mari Jasmin. Hari Ahad kamu dah nak pulang.. kita siapkan hari ni
juga” sengih Tan Sri Zainal. Selepas bersalaman dengan semua orang Jasmin terus keluar. Iqram
menahannya.
“Macam mana sambal telur saya?” soal Iqram. Soalan
Iqram itu didengari oleh mereka semua. Cikgu Zue sedikit benci melihat cara
Iqram melayan Jasmin.
“Nanti balik saya masakkan” kata Jasmin dan terus
pergi. Iqram duduk di sebelah mamanya.
“Ala.. setakat sambal telur tu, Zue pun tahu buat”
kata Cikgu Zue.
“Ha.. buat saja Zue. Untung – untung sedap” kata
Maksu Zila. Iqram termenung. Dia memang teringin benar makan sambal telur air
tangan Jasmin.
Jam di tangan sudah pun pukul 1.30 petang. Jasmin
tahu sudah pasti Iqram kecewa dengannya. Bukan salahnya. Tan Sri Zainal macam
orang tak sedar diri membeli semua tumbuhan dan benih sayuran itu. Sampai –
sampai sahaja hampir semua hidangan sudah terhidang di atas meja. Jasmin duduk
di sebelah Kak Kasma. Cikgu Zue yang masak ke semuanya.
“Ini sambal telur untuk awak” kata Cikgu Zue sambil
meletak semangkuk sambal telur rebus dihadapan Iqram. Jasmin menggigit
bibirnya. Itu bukan sambal telur yang Iqram mahukan. Telur yang Cikgu Zue
gunakan sudah direbus terlebih dahulu. Sedangkan sambal telurnya pula,
dipecahkan ke dalam sambal yang sedang pecah minyak. Iqram tidak mahu memandang
Jasmin. Dia hanya menjamah sedikit sahaja
nasi. Dia lebih banyak meratah sup yang direneh oleh Kak Kasma. Cikgu
Zue sedikit terkilan.
Puan Sri Zaleha mengajak Maksu Zila dan Cikgu Zue untuk untuk memebeli belah
bersamanya. Da mahu memberi sedikit ruang untuk Jasmin dan Iqram. Dia mula
dapat meneka isi hati Iqram. Iqram sendiri tidak menyedari yang dia kini sudah
semakin rapat dengan Jasmin.
Iqram merajuk!!!. Itulah yang boleh Jasmin
simpulkan. Dia ke dapur seorang diri. Memasak sambal telur buat Iqram. Walaupun
penat melayan kerenah ayah Iqram, hatinya tetap mahu menyediakan sambal telur
permintaan Iqram. Dia memasukkan sambal telur pecah ke dalam pinggan yang
berisi separuh pinggan nasi. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas kepada
Iqram. Meminta agar Iqram keluar dari biliknya dan makan sambal telur yang baru
dimasaknya. Hampir setengah jam dia menunggu, Iqram masih belum turun. Entah
mengapa hatinya menjadi sebak. Jasmin menangis. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Takkan pasal sambal telur tak semenggah ini pun aku nak menangis!!!.. gerutu
hatinya. Jasmin mengesat air mata yang jatuh. Dia bangun tetapi kehadiran Iqram
di dapur membuatkan dia duduk semla. Iqram yang duduk di sebelahnya.masih
merajuk. Hanya mengerling sambal telur yang menyelerakannya.
“Makan ya” pujuk Jasmin. Iqram masih membisu. Jasmin
mendekatkan sudu yang berisi nasi dan telur hampr dengan bibirnya. Iqram
memandang Jasmin yang masih mengalirkan air mata.
“Kenapa awak menangis”
“Saya kesal tak masakkan untuk awak. Bukan saya
sengaja. Awak tak makan sangat pun tadi” kata Jasmin. Tangan Jasmin masih
menjalankan tugasnya menyuap Iqram hingga habis sepinggan. Iqram mengambil
mangkuk yang masih berisi dan dia terus meratahnya. Jasmin ketawa. Digosoknya
kepala Iqram dan terus membasuh pinggan.
“Lain kali saya tak nak tegur awak kalau awak buat
begitu” kata Iqram. Jasmin ketawa. Senang hatinya melihat Iqram bermanja
dengannya.
“Alah.. mengada – ngadanya. Aku cepuk pula kau ni
karang.dah tak sedap ke sambal akak ni?. 15 tahun tau akak masak untuk kau dan
jantan perasan macho tu” kata Kak Kasma yang tiba – tiba muncul. Jasmin ketawa.
Iqram terdiam. Dia tidak mahu melayan Kak Kasma lagi, sudah tentu leterannya akan
berjela – jela panjangnya.
“Malam nanti keluarga Paklong kau nak datang” kata
Kak Kasma sambil matanya dikecilkan. Iqram menepuk dahi. Jasmin duduk
bertentangan dengan Kak Kasma.
“Kenapa Iqram tepuk dahi begitu?” soal Jasmin.
“Paklong dia tu suka masuk campur hal Iqram. Tan Sri
pula tak berani nak bantah. Ini semua Kak Zila meroyan tu lah. Dia baik dengan
Datin Intan, isteri Dato Hashim. Paklong kepada Iqram. Anak – anak dia ada dua
orang. Dua – dua perempuan. Semua belajar di luar negara. Iqram tu kira baik
sebab tak melawan. Cuba dengan Zamri, pening kepala diorang nak kawal!. Dia
jadi model terkenal sekarang ni. Ala... ZMY!” cerita Kak Kasma selepas Iqram
keluar dari dapur.
“ZMY yang selalu masuk majalah tu adik Iqram?” soal
Jasmin. Dia teringatkan poster ZMY yang banyak ditampal dalam bilik Zana.
Lelaki pujaan Zana!. Kak Kasma termenung sebentar. Kemudian tersenyum semula.
“Kau tak mengaku tapi akak tahu.. kau dan Iqram
mungkin ada hubungan. Dengar sini, Puan Sri pernah ceritakan pada akak betapa
geramnya dia pada Si Zila tu sebab bersengkokol dengan keluarga iparnya. Berani
betul Kak Zila tu nak masuk campur urusan kahwin Iqram. Tak tahulah kenapa
mereka nak sangat masuk campur. Macam yang dipilihnya itu bagus sangat. Kalau
kena hentam mental kau tu, kuatkan saja. Masuk telinga kiri, keluar ikut
bontot!” kata Kak Kasma. Jasmin ketawa.
“Hello ladies!!!!”
Kak Kasma dan Jasmin memandang sesusuk tubuh di
pintu dapur.
“Ala... meluat betul aku tengok kau jalan macam tu..
konon macho sangatlah tu!” cebik Kak Kasma. Zamri membuka kacamata hhitamnya
dan merenung Jasmin dengan senyuman nakal.
“Wow... not bad abang punya pilihan!. Cantik tapi
tak seseksi awek – awek lama dia. Tapi still merangsang matak i” sengih Zamri.
Dia terus duduk di sebelah Kak Kasma.
“Cikgu Zue cuti ya?. Tak pergi rombongan ke muzium
ke?” ketawa Zamri. Jasmin memandang Kak Kasma.
“Saya bukan Cikgu Zue tapi Jasmin” senyum Jasmin.
Kak Kasma ketawa berdekah – dekah. Zamri menjeling Kak Kasma yang memang
sengaja mentertawakannya.
“Cayalah abang long i tu.. sampai dua orang nak
kahwin” sengih Zamri.
“Saya kawan dia saja” beritahu Jasmin.
“Ok... jadi Jay, i masuk bilik dulu. Nak smack down
abang i tu’
“Saya bukan Jay tapi Jasmin” kata Jasmin lagi. Zamri
ketawa.
“Jay lagi sedap tau. Jasmine macam nama beras!”
kutuk Zamri. Jasmin menggigit bibir. Berani dia kata nama aku macam nama
beras!!!
“Ok lah ZMY.. you model seluar dalam kan?” sengaja
Jasmin mengusik. Dia mahu Zamri berasa marah sepertinya. Sangkaannya meleset.
Zamri ketawa bangga.
“Hebatkan otot – otot i. Kalau u nak tahu jay, bukan
semua orang boleh jadi model pakaian dalam. Cuma badan sasa saja tau. Jadi
berbanggalah you jumpa dengan ZMY” senyum Zamri. Jasmin akhirnya ketawa. Benar
kata Iqram, Zamri memang selalu membanggakan dirinya sendiri. Selepas Zamri
pergi Kak Kasma dan Jasmin ketawa sepuas hati.
****************************
Semua di dalam rumah keluar mendapatkan keluarga
Dato Hashim yang baru sahaja sampai di rumah Tan Sri Zainal. Badan Iqram
dipeluk dengan kuat. Zamri Cuma melagakan bahunya sahaja. Dato Hashim terkejut
dengan cara Zamri menyambutnya. Kak
Kasma dan Jasmin masih didapur menyiapkan makan malam buat mereka semua.
Maksu Zila menarik Cikgu Zue duduk di sebelah Datin
Intan.
“Wah.. ini rupanya Zue. Auntie suka gaya Zue. Untung
Iq dapat bakal isteri begini” kata Datin Intan. Iris anak sulung Dato Hashim
yang kini bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat terkemuka di ibu
negara itu tersenyum manis memandang Cikgu Zue yang kelihatan sangat sopan.
Iqram memandang mamanya. Berkerut dahi Iqram. Puan Sri Zaleha mengangguk
sedikit tanda faham. Dia tahu Iqram tidak sukakan situasi ini.
“Pandai kau pilih untuk Iq, Zila. Tak lama lagi kita
makan nasi minyaklah” usik Datin Intan. Muka Cikgu Zue sudah merah padam tetapi
dia suakakannya.
“Izreen, dah habis belajar ke?” soal Iqram. Sengaja
mahu menukar topik. Izreen yang memang baik dengan Iqram terus menjawab dan
memanjangkan perbualan. Dia tahu Iqram mahu diselamatkan.
“Hei.. apa cerita pasal Reen pula ni!. Kita nak
tanya pasal jodoh abang Iq” kata Dato Hashim pula. Izreen terdiam. Tidak mampu
untuk melawan kata papanya yang sememangnya tegas itu. Zamri mencuit lengan
Iqram. Dia mendekatkan bibirnya.
“Kau sukakan yang mana?. Nak aku tolong kasi diam
semua di sini tak?. Kalau kau suka kuih jelly yang lembik semacam ni, aku
diamkan saja Abang long” kata Zamri merujuk kepada Cikgu Zue
“Aku tak pasti tapi aku tak sukakan suasana ini”
balas Iqram. Zamri menarik nafas dalam – dalam sebelum bersuara.
“Paklong, dengar cerita Paklong pergi bercuti dengan
setiausaha Paklong ke Bali minggu lepas?” soalan Zamri itu bagaikan petir bagi
Dato Hashim dan Datin Intan. Terbeliak mata Tan Sri Zainal mendengarnya. Izreen
menekup mulutnya menahan senyum.
“Apa yang kau mengarut ni?” suara Dato Hashim
sedikit tinggi. Zamri ketawa besar.
“Sebab tu aku tak suka bila kau ada di sini bila ada
perbincangan” kata – kata Datin Intan itu membuatkan Zari terdiam. Iqram
memegang bahu Zamri. Dari dulu dia memang dibenci oleh keluarga Dato Hashim
kecuali Izreen.
“Kerja kau yang hina tu tak layak nak tegur aku tau”
kata Dato Hashim.
“”Kerja paklong memang tak hina tapi kalau tinggal
berdua dalam bilik hotel dengan perempuan lain
tu lebih hina dari saya ni” selamba sahaja Zamri menjawab. Datin Intan
tahu semuanya tetapi kerana menjaga status dan nama baik keluarga, didiamkan
sahaja perkara ini. Lagipun dia sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab
batinnya lagi. Dia bebaskan Dato Hashim tetapi melarang suaminya itu daripada
berkahwin.
“Zam... sudah” tegah Tan Sri Zainal. Zamri kecewa
dan terus masuk ke dapur. Jasmin yang mendengar segala – galanya beredar dengan
cepat . dia tidak mahu Zamri tahu dia nampak semuanya. Jasmin masuk ke dalam
tandas dan berpura – pura keluar.
“ZMY nak makan ke nak minum biar Jay buatkan” usik
Jasmin. Muka Zamri ketat.
“Hmm.. model pun tahu masam macam pelam ke?. Nak Jay
letak gula biar manis sikit tak?” kata Jasmin. Zamri menjeling. Hatinya panas.
Kak Kasma senyum melihat Jasmin yang sibuk memujuk Zamri.
“Jay nyanyi untuk ZMY ya?” kata Jasmin lagi. Zamri
meneguk air kosong.
“Ram ram tebu...kuali sawa” Jasmin menyanyi dengan
suara yang diteran. tersembur air kosong yang masih berada di dalam mulut
Zamri. Tidak sempat turun ke perut, terkeluar sendiri dan terus terkena pada
muka Jasmin. Jasmin tergamam sambil mengesat mukanya. Zamri senyum dan terus
ketawa terbahak – bahak.
“Suara kau buruk betul Jay, jangan nyanyi lagilah!”
kata Zamri. Jasmin hanya tersenyum. Gembira apabila melihat Zamri kembali
ceria. Kak Kasma dan Jasmin membawa dulang yang berisi seteko kopi dan beberapa
jenis kuih muih yang lain. Mata mereka yang lain terpaku melihat Jasmin di
sebelah Kak Kasma.
“Hmm.. ada maid baru tapi tak beritahu pun” kata
Datin Intan. Jasmin terkaku sebentar. Dia memandang Kak Kasma yang menahan rasa
marahnya pada keluarga Dato Hashim.
“Dia kawan baik saya” Iqram mencelah. Cikgu Zue dan
Maksu Zila tersenyum puas. Biar dia tahu sekarang bagaimana pandangan orang terhadap
dirinya.... bisik hati kecil CikguZue. Puan Sri Zaleha memandang Iqram dan
Jasmin. Timbul rasa kasihan di hatinya apabila melihat Jasmin yang hanya
tersenyum manis apabila mendengar kata – kata Datin Intan sebentar tadi. Jasmin
terus mahu ke dapur tetapi belum sempat dia sampai, kata – kata Datin Intan
sekali lagii mematahkan jiwanya.
“Hmm.. kalau perempuan tu baik tak payahlah Iq. Dah
ada Zue ni sudah. Bagai langit dan bumi. Ambil yang terbaik. Perempuan tu tak
sesuai langsung. Jadi orang gaji bolehlah. Atau .. Iq memang nak jadikan dia
orang gaji” Datin Intan dan Dato Hashim ketawa sinis. Puan Sri Zaleha menjeling
tajam. Iqram terpandangkan Jasmin yang kelihatan agak sedih. Iqram memandang
Jasmin agak lama sebelum wanita istimewa bagi dirinya itu berlalu pergi. Belum
sempat sampai ke dapur air mata Jasmin sudah pun jatuh. Kak Kasma dan Zamri
memandang Jasmin yang berdiri menghadap sinki dan membelakangi mereka berdua.
Kain buruk ditangannya digenggam kuat. Menahan rasa pedih yang tidak terluah.
Dia tahu dia tidak layak buat Iqram tetapi dia juga manusia yang perlu
dihormati.
Bahunya dipegang kemas. Jasmin tidak mahu menoleh.
Dia tahu itu Iqram dari haruman yang dipakainya. Iqram memusingkan badan
Jasmin. Mereka bertentangan. Air mata yang masih mengalir itu dikesat. Pipi
Jasmin disentuh lembut. Jasmin melentokkan sedikit kepalanya tetapi air matanya
masih belum mahu kering.
“Saya sayangkan awak” bisik Iqram. Zamri senyum
melihat adegan di hadapannya itu. Pertama kali dia melihat Iqram dihadapannya itu
begitu menyayangi wanita selain ibu mereka sendiri.
“Saya ni buruk sangat ke?” soal Jasmin. Iqram
menyentuh pula rambut Jasmin.
“Kalau orang kata rambut Cinderella itu cantik, saya
tak percaya. Tahu kenapa?” soal Iqram yang masih merenung mata Jasmin.
“Kerana rambut awak lebih lebut darinya. Lebih halus
dan lebih harum hingga membuatkan saya masih terhidu harumannya sebelum tidur”
Iqram menyentuh bibir Jasmin pula.
“Kalau orang kata bibir ikan duyung itu cantik..
saya juga tak percaya. Tahu kenapa?” Jasmin hanya memandang mata Iqram yang
masih memandangnya.
“Kerana suara yang keluar dari bibir ini sering
membuatkan saya terbuai hingga tertidur” Jasmin menangis lagi. Iqram menyentuh
pula mata Jasmin.
“Jika dikatakan mata Puteri itu cantik, saya lagi
tak percaya. Tahu kenapa?” soal Iqram lagi. Jasmin tunduk. Air matanya makin
laju. Puan Sri Zaleha yang baru sampai di dapur terhenti langkahnya apabila
melihat bagaimana Iqram memujuk Jasmin yang sedang terluka. Kak Kasma mendapatkan Puan Sri Zaleha memegang tangan
majikannya itu dengan senyuman dan mata yang berkaca. Puan Sri Zaleha sebak.
“Mata ini memanah hati saya lebih tepat dan tajam
dari mata pedang. Renungan mata awak ni boleh membunuh saya jika tiada rasa
cinta yang terpancar menerusinya” Iqram senyum. kali ini Jasmin mula tersenyum.
“Perghhhh.. abang Longkuuuuuu..... sadis!. Nah ambik
kunci kereta aku ni. Bawa bakal kakak iparku ini si Jay.... pergi jauh dari
pembesar dan raja istana yang kejam itu” Zamri melambung kunci keretanya. Iqram
menyambutnya.
“Saya pakai seluar track je ni” Jasmin memegang
seluarnya.
“Pergi sajalah Kak Jay... nanti termuntah pula saya
dengar puisi dasyat abang saya ni” usik
Zamri. Iqram memandang Puan Sri Zaleha. Senyuman dan anggukan Puan Sri Zaleha
itu membuatkan Iqram terus menarik tangan Jasmin keluar dari rumah itu. Datin
Intan berdiri memandang kereta Zamri yang baru saja keluar dari perkarangan
rumah itu. Fikirnya Zamri sudah pergi kerana merajuk besar dengannya sebentar
tadi.
Woww siss siyess meleh air mata kat part JAY kene kutuk siyess sedehhhh ishhh terbaik jugak ZMY tuye hehehe agak2 mne ikram bawk jay pegi ye??? Hahaha go...go siss x sabr nk tggu next n3 ishhh geram btul gn cikgu zue tu eiii klw dpt bagi penmpr skly bestt woo hehehee...
ReplyDelete-lya-
thanks bebanyak ya Lya...
Deletenak tau dia bawa ke mana?
jangan risau, next n3 Lya akan tahu
cayang lya :)
wahhh sadis and terharu....golongan atasan mmg begitu lumrahnya. sering lupa bahawa ada tgn yang menolong mereka sewaktu mereka mengemis dulu. pernah terluka dengan orang sebegini...Aduhai hati janganlah kau berdendam kerana hari semalam......sob..sob..sob..
ReplyDeletesabar kalam... sabar...
Deletejangan berdendam tapi kalau dah sakit sangat mana boleh
hilangkan sakit tu sekelip mata kan...
awak memang bertuah banyak dugaan sbb orang yang banyak dugaan Allah sayang.. dan Allah pandang :)
Amboi romantiknya Iqram, power mengayat...dapat keluarga yang sangat sporting...
ReplyDeletehi seri ayu :)
Deletemengayat sebab Jasmin..
bodek ler katakan!!!
family dia semua sporting kecuali
belah ayah dia tu jer..
ala bila next n3 nie??hheeh
ReplyDeletehi nasylla (sedap nama :) boleh wat nama heroin)
Deletepaling lewat esok saya masukka next n3 ye.
terima kasih baca DWET :)
Adeh romantik rupanya encik doktor tu ek.. mau fengsan kalau i jd jasmin.. i like la ZMY.. ms bc td ingatkan nnt ZMY lak yg jatuh hati ngan jay..pastu iq jeles tgk adik nk ngurat.. rupanya sporting giler hihii
ReplyDeleteheheh
Deleteterima kasih ya Hartini :)
ZMY ni sungguh pun poyo tapi dia baik..
tak sampai hati nak ngurat awek abang sendiri.
kalau awek kawan dia, mungkin dia ngurat kot!
tq :)