Wednesday, 26 December 2012

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 1


BAB  1

Seri tercengang – cengang sendirian. Beg tangan dipegang kemas. Takut diragut. Kali pertama menjejakkan kaki di kotaraya Kuala Lumpur. Keluarga di Sibu sentiasa di ingati. Rindu pada ayah dan ibu membuatkan Seri lebih bersemangat untuk mencari rezeki. Dia sebenarnya lupa membawa dompet yang diletaknya di atas meja rumah sewa dia dan Meena, rakan serumahnya. Mahu teleon Meena, malu pula. Lagipun dia sibuk bekerja pada waktu ini. mahu atau tidak Seri terpaksa memberanikan diri untuk meminjam duit daripada seseorang yang berada berhampiran dengannya.

Ish... makcik ni macam sombong saja, yang budak perempuan tu pula macam tak ada duit saja, telah Seri. Kalaulah aku di Sibu, senang saja minta tolong. Orang di sana peramah dan kebanyakkannya kenal dengan aku, Seri menggaru kepala dan  matanya tertumpu pada sesusuk tubuh di  bawah lampu jalan. Hmmm... lelaki tu macam baik saja, sengih Seri. Dia merapati perlahan – lahan lelaki yang seperti merasakan Seri punya niat jahat terhadapnya. Belum sempat Seri membuka mulut, lelaki tadi awal – awal bersuara.

“Tak payah nak minta duit, saya tiada duit. Baru kena rompak. Ni nak balik pun tak tahu macam mana ni” kata lelaki itu. Seri menjeling. Kedekut betul!.

“Tak apalah, baru ingat nak sedekah. Tak jadilah” kata Seri. Lelaki tadi ketawa.

“Ingat saya tak nampak awak cari dompet awak tadi.?. habis satu beg awak selongkar” sengih lelaki tadi. Dia mengeluarkan dompetnya dan memberi Seri RM20. Seri tersenyum.

“Adik ni nama siapa?” soal Seri.

“Adik?... panggil saja saya Abang Jo” dia mencuit hidungnya sendiri. Kononnya bergaya. Seri tersenyum.

“yang kau senyum kenapa?”

“Macam mana saya nak bayar balik ni bang?” soal Seri. Dia yang sememangnya sentiasa baik dengan semua orang menanti jawapan dari Jo. Macam Jo jambul je rupanya!.. gelak Seri.

“Bagi alamat kau, nanti aku pergi ambil duit aku”

“Abang nak datang rumah saya buat apa?. Nanti kawan saya marah tau. Dia tak suka lelaki macam abang ni” Seri berterus terang. Jo terpana sebentar.

“Tak apa, aku halalkan akhirat. Dunia belum lagi. Kalau kau jumpa aku, bayar” kata Jo dan terus pergi. Seri tersenyum. Dengan duit RM20 tadi, dia boleh pergi temuduga ke Syarikat yang telah Meena cadangkan.

Dengan dada yang berdebar – debar, Seri masuk ke dalam pejabat. Blazernya dibetulkan. Dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda pengajian perniagaan, bukanlah terlalu susah untuk dia mendapatkan jawatan sebagai penolong akaun di syarikat itu. Belum pun dia dipanggil satu kekecohan berlaku. Seorang lelaki keluar dari pejabat pengarah urusan dan menendang pintu itu dengan kuat.

 Seri sudah terketar – ketar, namanya dipanggil. Seri masuk. Matanya terpaku. Dia yang sememangnya pembaca tegar novel – novel cinta terpaku apabila melihat lelaki yang kacak begitu. Senyumannya meleret ke telinga.

“Seri Murni.. sila duduk” arah Encik Fuad. Seri duduk dengan cara yang paling ayu. Rambutnya di sentuh sedikit. Fuad hanya memandang.

“Boleh terima teguran?”

“Boleh tuan” jawab Seri .

“Ok, esok mula kerja”

“Apa?. Senang macam tu je?” soal Seri.

“Ya sayang..” kata Fuad. Memerli Seri tetapi bagi Seri panggilan sayang itu seperti alunan irama yang paling merdu yang pernah didengarinya. Tiba – tiba dia teringat pesanan ayahnya, Haji Daud.

“Seri, pergi KL jangan gatal dengan lelaki. Jaga maruah. Maruah itu penting” Seri  mengangguk angguk. Fuad hairan.

“Apa yang terangguk – angguk?” soal Fuad. Seri buat – buat batuk.

“Tak apa,  esok saya akan datang kerja ya, Encik Fuad” senyum Seri. Dia yang lemah lembut tetapi periang itu seperti ada daya tarikan tersendiri pada pandangan Fuad. Akhirnya Fuad juga tersenyum. Seri keluar dan terus menelefon Haji Daud dengan baki wang yang tinggal. Dia berjanji akan mencari Jo dan memulangkan semula wang yang dipinjamnya tadi...

No comments:

Post a Comment