Wednesday, 26 December 2012

DIA WANITA EDISI TERHAD - bab 15


BAB 15

Zamri menjemput mereka bertiga di stesyen bas. Tina bagai tidak percaya dapat menaiki kereta milik ZMY.ternyata ZMY yang hanya dilihat dikaca televisyen, peramah orangnya walaupun sedikit kasar. Dia membawa mereka bertiga tinggal di sebuah apartment tidak jauh daripada rumahnya.

“Semua kelengkapan ada. Jangan lupa tengok tv malam ni. Aku nak promote pereka fesyen baru yang bakal menggegar negara” ketawa Zamri. Jasmin ketawa.

“Kalau setakat pakai baju suit yang budak kampung buat, tak payah  poyo sangatlah, Zamri” jeling Jasmin. Zamri tersenyum. Memandang Tina dan Yaya yang sibuk berkemas – kemas.

“Korang ni dah makan ke belum?” soal Zamri.

“Abang ZMY nak belanja ke?” soal Tina.

“Tak” jawab Zamri seamba.

“Kedekut!” kata Yaya.

“Aku dah beli semua barang makanan dalam peti ais tu. Ha.. masaklah!. Aku nak pergi siap – siap untuk majlis glam malam ni. Korang mana tahu.. dah pergi kemas” Zamri terus keluar. Tina menghampiri Jasmin.

“Dia tu macam kurang betul” ujar Tina. Yaya dan Jasmin ketawa terkekeh – kekeh mendengarnya.

Zamri menyuruh mereka bertiga duduk di hadapan kaca televiseyen pada malam itu. Satu majlis diadakan dan majlis itu dibawakan secara langsung dari sebuah auditorium yang terletak di ibu kota. Jasmin teruja apabila melihat busana anggun yang direka dan dijahitnya itu dipakai oleh teman wanita Zamri, yang juga merupakan model terkenal. Zamri juga memakai baju yang dijahitnya. Lebih memeranjatkan apabila hasil rekaannya itu dipuji beberapa pengkritik fesyen. Mereka menumpukan perhatian.

“So.. ZMY, siapa punya rekaan baju you ni?” soal Rafika, juruacara yang sedang hangat ketika ini.

“Baju saya dan baju Milly ini direka oleh pereka fesyen baru tapi saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Sangat berpuas hati” senyum Zamri.

“Siapa ya ZMY?” soal Rafika lagi.

“Hmm... sekarang pertama kali anda mendengar nama ini dan saya pasti selepas ini, nama pereka ini akan menjadi sebutan dikalangan selebriti... dia Jay Yassiq” kata Zamri.

Terbatuk – batuk Jasmin mendengar namanya diubah sebegitu rupa.  Tina menggosok belakang badan Jasmin.

“Jay Yassiq?... macam nama arab je. Macam nama jantan pun ada” kata Yaya. Jasmin menggaru kepala. Ada – ada saja Zamri ni. Yang pasti dia tahu ‘iq’ dihujung nama itu ialah Iqram. Selepas menutup televisyen, Jasmin tidur dengan lena. Dia akui, Zamri sudah membuat dia merasakan sedikit kebahagiaan ketika ini. Cuma dia risau bagaimana dia mampu membawa nama ‘jay yassiq’ itu sebaik mungkin.

Dengan bantuan Zamri dan harta yang ditinggalkan arwah Pakcik Yasin untuk dirinya, sebuah butik sudah pun siap dan Cuma menunggu masa untuk dirasmikan pembukaannya. Jasmin terharu dengan bantuan Zamri yang tidak putus – putus. Malah dia turut menyumbang hampir lima belas ribu ringgit untuk modal butik pakaian dan butik pengantin yang digabung bersama. Yaya dan Tina menguruskan bahagian Andaman dan Jasmin menguruskan selebihnya. Beberapa orang tukang jahit digaji. Belum pun sempat butik itu dibuka dengan rasmi, beberapa orang selebriti sudah pun menjenguk – jenguk koleksi pakaian di butik Jasmin yang diberi nama Jay Yassiq & Yatina boutique collection.

Zamri juga telah mengupah seorang perunding imej untuk mereka bertiga. Jasmin kini sudah pandai bergaya. Kasut tumit setinggi empat inci bukan masalah bagi dia. Dia juga sudah pandai bersolek dan pakaiannya sentiasa cantik. Jasmin lebih gemar menyanggul rambutnya dengan pelbagai gaya.

                ***************************************

Hari perasmian pembukaan butik mereka dihadiri beberapa orang penting dan selebriti. Semuanya kenalan Zamri. Milly juga banyak membantu Jasmin melayan tetamu yang hadir. Jasmin senyum sendiri. Dengan air di tangan, dia mula terbayangkan wajah arwah ayahnya. Iqram memang sentiasa bermain di mindanya. Menurut Zamri, Iqram sudah pulang ke Malaysia. Ya.. sudah setahun setengah Jasmin merancang semua ini. sudah tentu Iqram sudah pulang dan alangkah bagusnya jika Iqram bersama – samanya ketika ini. Jasmin sebenarnya bimbang kerana menurut Zamri, Iqram benar – benar kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Jasmin untuk meninggalkannya tanpa sebarang alasan.

Dia akui yang dia juga gementar jika bertemu dengan Iqram setelah hampir dua tahun lebih tidak berjumpa dengan lelaki yang pernah dan masih bertakhta di hatinya.

Yaya dan Tina ketawa gembira. Semua tetamu sudah pulang. Zamri juga pulang menghantar Milly ke rumahnya. Jasmin dan beberapa orang pekerja mengemas sehingga semuanya bersih dan teratur. Jasmin dan Tina yang sudah berkereta, pulang keletihan.

                                   *************************


Pelanggan pertamanya seorang datin yang memang suka mencuba rekaan pereka baru. Dia terseyum gembira melihat baju – baju kaften yang cantik di hadapannya.

“Perinciannya sangat kemas dan menarik” puji Datin Zalina.

“Terima kasih Datin” senyum Jasmin.

Sedang Datin Zalina memilih kaften di butik Jasmin, tiba – tiba tubuh gempal itu rebah. Jasmin menjadi tidak tentu hala. Yaya sudah pergi membuat promosi butik mereka di sebuah syarikat penerbitan majalah. Yang ada cuma Anita. Mereka berdua mengangkat tubuh gempal itu masuk ke dalam kereta Jasmin. Dengan pantas, Jasmin membawa Datin Zalina ke hospital pakar swasta berhampiran. Jururawat dan pembantu mereka membawa Datin Zalina ke wad kecemasan dengan segera. Jasmin duduk di kerusi dengan bimbang. Takut jika apa – apa terjadi pada Datin Zalina. Beberapa orang jururawat dan seorang doktor lelaki masuk ke dalam bilik kecemasan. Jasmin ke hulu ke hilir.

Selepas hampir 20 minit, seorang jururawat menghampiri Jasmin.

“Dia dah okay tapi dia perlu di ambil imbasan otaknya. Doktor mahu memastikan punca dia pengsan. Awak anak dia?” soal jururawat itu. Jasmin menggeleng. Jururawat itu dipanggil semula. Jasmin duduk kembali. Memandang lantai mengingati peristiwa tadi

“Cik...” jururrawat tadi memanggil Jasmin. Dengan cepat Jasmin bangun. Beg tangan yang dipegangnya terlepas dari tangan.

“Iqram...” Jasmin memegang dadanya. Iqram juga terdiam sebentar. Dia memang terkejut melihat Jasmin dihadapannya. Jasmin yang lain dari dulu. Dipandangnya Jasmin ke atas ke bawah. Dia berdehem.

“Cik, boleh pulang sekarang. Datin sudah sedar malah keluarganya sudah dipanggil. Lagipun dia pesakit saya”kata Iqram.  Jururawat itu meninggalkan mereka berdua.

“Saya pergi dulu” Iqram melangkah untuk pergi. Jasmin berlari dan memegang lengannya.

“Sayang...” panggil Jasmin. Beberapa orang yang ada berhampiran memandang Jasmin dan Iqram .

“Ini hospital ya.. maafkan saya. Ada beberapa pembedahan yang perlu saya lakukan” Iqram terus pergi. Jasmin terduduk di kerusi. Dia tidak peduli orang lain melihat air matanya. Perlahan – lahan dia keluar dan duduk pula di kerusi luar dari kawasan klinik.
Iqram meletak stateskopnya di meja. Pangkal hidungnya dipicit. Dia bersandar ke belakang. Tunduk . kalaulah kau tahu betapa hancurnya hati aku sewaktu kau meninggalkan aku begitu sahaja, tentu kau akan tahu mengapa aku bertindak sedemikian rupa. Kau pergi, Min! Ini bermakna kau ragu – ragu pada cinta aku. Mana mungkin aku cintakan wanita lain setelah hati aku masih pada kau. Ketika kita bertemu tadi pun, aku seperti mahu memeluk kau dan tak mahu melepaskan kau lagi walau sesaat!.. Iqram meraup wajahnya. Dia memandang siling. Beberapa orang pesakitnya telah tiba dan dia perlu melupakannya buat sementara waktu.

Iqram tidak lalu untuk makan. Dia hanya duduk di biliknya. Tidak mahu gangguan. Tepat jam 6 petang, Iqram meninggalkan biliknya. Dia beriringan keluar bersama pembantunya.

“Sayang..” panggil Jasmin. Iqram terkejut. Tidak sangka Jasmin masih di sini. Dia memerhati sekeliling. Menghampiri Jasmin. Dia rindukan wajah itu. Hampir saja dia memegang pipi Jasmin seperti dahulu. Senyuman Jasmin masih manis cuma kali ini senyumannya ditambah dengan sedikit kesedihan.

Mereka berdua duduk di dalam kereta Iqram. Jasmin masih membisu.

“Kenapa awak tinggalkan saya begitu sahaja?” soal Iqram tanpa memandang wajah Jasmin. Air mata sudah pun mengalir. Jasmin menyentuh tangan Iqram.

“Maksu Zila kata awak bertunang dengan Zue, saya pergi lihat keluarga awak membawa dulang hantaran. Saya fikir itu benar dan ibu saya pula ketika itu menghalau saya” jelas Jasmin.

“Awak boleh percaya dengan senang cinta saya serapuh itu, Jasmin?” Iqram menoleh.

“Maafkan saya Iq. Tapi percayalah tidak kurang sedikit pun cinta saya pada awak” kata Jasmin lagi. Iqram membisu. Dia memandang ke luar tingkap kereta. hatinya pedih tetapi dia tahu cinta Jasmin memang utuh buatnya. Iqram menarik nafas dalam – dalam.

“Awak cintakan saya lagi selepas hampir dua tahun kita berpisah atas kehendak awak sendiri?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.

“Buktikan” ujar Iqram. Jasmin terdiam. Buktikan?. Apa maksud Iqram. Cintanya boleh dilihat dengan jelas sekali. Jasmin mengesat air matanya.

“Awak masih cintakan saya?” soal Jasmin.

Iqram tunduk. Akulah lelaki yang malang jika menjauhkan rasa cinta itu daripada dirimu, Jasmin. Kau tak tahu betapa deritanya aku di sana. Tidak tahu apakah aku masih dicintai dirimu ataupun tidak?. Masih diingati dirimu ataupun tidak?.. biarlah aku diamkan sahaja jawapanku. Kau perlu merasakan sesuatu yang pernah aku rasa. Apabila kau tahu bagaimana rasanya cinta diabaikan, sudah tentu kau sendiri akan ketemu jawapannya, Jasmin..

“Kenapa awak diam?” soal Jasmin.

“Saya ada hal selepas ini. awak keluar ya” kata Iqram. Jasmin mengangguk. Perlahan – lahan keluar dari kereta Iqram. Jasmin memandang Iqram hingga hilang dari pandangan matanya. Jasmin masuk ke dalam keretanya. Menyembamkan wajahnya ke tangan yang sedang memegang stering kereta. dia tahu Iqram marah. Dia tahu Iqram terluka. Dia tahu tugasnya sangat berat jika mahu memiliki Iqram seperti dahulu. Dia perlu memikat hati lelaki yang pernah menyambut tali cintanya dan menyimpulkan cinta mereka dengan begitu sempurna. Ya, Iqram memelihara cinta mereka dengan baik sehinggakan Jasmin tidak pernah rasa kekurangan. Jasmin terus pulang ke butik. Air mata dikesat. Tidak mahu resahnya dilihat sesiapa.

                                            ************************

Zamri datang ke butik. Dia membelek kain yang sedang digulung Jasmin.

“Ada perkahwinan dalam keluarga aku dalam masa terdekat ni. Jadi mereka yang terlibat dengan perkahwinan itu akan datang tempah baju di sini” kata Zamri. Jasmin sedikit terkejut. Perkahwinan?. Kali ini dia memang meneka Iqramlah orangnya. Dia tunduk. Zamri mula bersuara.

“Lepaskan apa yang terjadi.. kau akan bahagia nanti Jay” Zamri menepuk bahu jasmin. Selepas Zamri pulang, Jasmin menunggu kedatangan orang yang dimaksudkan. Sedang dia melipat baju contoh di mejanya, pintu yang terbuka membuatkan kepalanya pantas berpaling. Ya... Iqram dan seorang wanita. Jasmin terduduk di kerusi. Yaya memegang tangan Jasmin.

“abang Iq yang kahwin?” soal Yaya. Jasmin Cuma mengangguk.

“Abang.. cantiklah, sayang suka!” teruja wanita yang baru tiba bersama Iqram. Hanya senyuman yang dilemparkan buta wanita itu. Kaki Jasmin sudah longlai. Digagahkannya semula.

“Tempah baju apa ya?” soal Jasmin.

“Of course baju pengantin. Abang Iq nak warna coklat kan?’ soal wanita bernama Rania itu. Iqram mengangguk. Jasmin mengambil pita pengukur.

“Untuk apa abang Iq nak buat baju melayu ni?” soal Yaya. Dia bersalaman dengan Iqram. Yaya juga merindui Iqram yang agak rapat dengannya sebelum ini.

“Persandingan” kata Iqram.

“Abang Iq, sayang nak yang ini cantik tak?. Untuk nikah yang warna purple tu” Rania menarik tangan Iqram.

“Nak yang mana Abang?” soal Rania.

“Terpulang pada sayang” jawab Iqram. Dia duduk di kerusi.

“Abang kena ukur dulu” wajah Yaya muram. Sesekali mengintai wajah Jasmin yang kelihatan sugul. Yaya tidak salahkan Iqram atas apa yang terjadi. Jasmin berdiri berhadapan dengan Iqram. Dia menhaan bibir yang semakin bergetar. Kelopak matanya digenangi air jernih yang hampir mengalir. Jasmin berpaling. Berpura – pura mengambil pen di meja sedangkan pen ada di buku sebelahnya. Dia memegang tali pengukur dan menyentuh bahu Iqram untuk mengukur. Iqram tunduk.

“Sayang ukur dulu.. abang di luar saja” kata Iqram.

“Ok, abang” Rania tersenyum. Dia memang peramah. Jasmin dilayan dengan baik sekali. Iqram berdiri di luar. Jasmin memerhatikannya dari dinding kaca butiknya.

“kak... takdir itu memang tak dapat kita duga” kata Yaya. Jasmin senyum tawar.

“Bila nak kami siapkan ni?.” Soal Jasmin.

“Wedding i tiga minggu lagi. ZMY kata you boleh siapkan cepat khusus untuk dia” senyum Rania. Jasmin mengangguk.

“You Cuma buat persalinan saja yang lain kami dah aturkan. ZMY suruh i ambil dari you dan i tengok koleksi you memang cantik” puji Rania. Jasmin mengangguk. Tiga minggu lagi Iqram akan jadi milik Rania.... aku?.. Jasmin masuk ke tandas. Mengambil masa lama hinggalah Iqram dan Rania pulang.
                                        ************************

Lagi empat hari perkahwinan Rania. Zamri cuma datang dua hari lepas untuk mengambil baju melayunya yang berwarna ungu muda. Sedondon katanya. Dia tidak berkata banyak. Ambil baju dan terus keluar. Jasmin tahu Zamri mengelak dari sebarang soalan darinya.  Yaya memanggil Iqram. Menurutnya Rania dan Iqram sudah datang untuk mencuba baju sebelum hari pernikahan. Yaya mahu menguruskan Iqram tetapi Jasmin melarangnya.

“Biarlah kak Min yang uruskan baju hari bahagia Abang Iq. Baju pengantinnya juga Kak Min yang jahitkan. Sekurang – kurangnya hari gembira Abang Iq masih punya sentuhan kak Min walaupun hanya sedikit” air mata Jasmin bergenang. Cepat – cepat dia mengesatnya. Yaya membiarkannya sahaja. Iqram sudah keluar dengan sampin yang masih belum di pakai. Memang tugas Jasmin mengemaskan pakaian pelanggannya. Jasmin membetulkan baju melayu yang disarung Iqram. Mulutnya terkunci. Dengan bantuan Tina, Jasmin melurut sampin ke pinggang Iqram. Jiwanya sudah bergelodak. Saat dia memakaikan songkok di atas kepala Iqram, Jasmin tewas. Kepalanya jatuh perlahan di bahu Iqram. Air matanya sudah mengenai baju melayu Iqram. Yaya dan Iqram memandang antara satu sama lain.  Iqram menarik nafas. Dia memegang bahu Jasmin dan menolak perlahan badan Jasmin. Iqram tunduk. Dia sendiri tidak mampu menentang wajah Jasmin. Dengan segera Jasmin berlalu dari situ. Dia tidak mahu Iqram melihat dia tersungkur dari kawalan emosinya.Iqram memejam matanya.

Rania yang sudah siap menyarung baju nikah berwarna krim dan perincian berwarna coklat itu terus mendapatkan Iqram.

“Cantik tak?” soalnya.

“Cantik, sayang”  jawab Iqram.

Selepas berpuas hati, mereka berdua pulang untuk menguruskan perkara lain pula. Yaya mendapatkan kakaknya dan dipeluk Jasmin dengan kuat.Tangisannya boleh didengari. Tina dan Yaya turut menangis bersama.

“Kak Min tak perlu pergi” kata Tina.

“Tapi Zamri paksa akak pergi” kata Jasmin.

“Itu permintaan abang ZMY. Lagipun dia banyak menolong kita selama ini” kata Yaya pula. Jasmin berbelah bahagi. Tidak pasti sama ada dia sanggup melihat majlis perkahwinan Iqram ataupun tidak.

Majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah hotel itu kelihatan sangat meriah. Semua yang hadir berpakaian cantik. Jasmin duduk di meja yang disediakan khas untuknya. Meja VIP. Yaya masih berada di bilik hotel kerana membantu menyiapkan Rania yang kehilangan jurusoleknya pada saat – saat akhir. Jurusoleknya terlibat dengan kemalangan. Yaya menyoleknya dengan begitu cantik sekali. Rania amat berpuas hati. Hati Jasmin berdebar – debar. Dia mengintai ke luar. Kelihatan kumpulan kompang sudah bersedia. Jasmin menolak kerusi. Dia pasti tidak sanggup melihat Iqram di atas pelamin. Jasmin terus melangkah keluar menuju ke pintu utama. Langkahnya terhenti.  Kedua – dua mempelai, pengapit dan pengiring berdiri tegak di hadapannya. Menunggu masa untuk berjalan  ke pelamin. Jasmin terpaku. Zamri tersengih – sengih menggenggam tangan Rania.

Baju yang dipakai Zamri itu telah ditempah awal sewaktu berjumpa dengannya di negeri Sembilan lagi. Kata Zamri, baju itu untuk sessi fotografi .  Jasmin terpinga – pinga.

“Apa Jay... tak kasi aku bersanding ke?. Aku tak sabar nak naik pelamin ni!. Kau ingat senang ke aku nak kahwin ni?” marah Zamri. Jasmin memegang dahinya. Masih keliru.

“Orang yang Kak Jay cari tu di sana” Rania meluruskan jari telunjuknya ke sisi kanannya. Jasmin menoleh. Kelihatan Iqram berdiri segak dengan berpakaian baju melayu yang di jahit Jasmin. Jasmin memandang Zamri semula.

“Ya Allah kau ni jay.... aku yang kahwinlah. Bukan Abang Iq!. Dah lah... aku nak kahwin ni. Kompang....... start sekarang!!!” Zamri memberi arahan. Dia kemudiannya masuk ke dalam untuk bersanding. Jasmin menghampiri Iqram. Dia seperti mahu memeluk Iqram tetapi cepat – cepat Iqram menahan bahu Jasmin.

“Banyak press sayang.. nanti Zam marah, kita lagi glamour” bisik Iqram. Jasmin senyum.

“Awak jahat!” marah Jasmin.

“Ya sayang... saya jahat!” akui Iqram.

“Doktor yang mengada – ngada” kata Jasmin lagi.

“Ya sayang... doktor mengada – ngada” Iqram menyentuh pipi Jasmin dengan lembut. Kepala Jasmin terlentok.

Iqram merapati bibirnya ke telinga Jasmin

“Hmmm... saya rindukan liuk lentuk awak, sayang”


Jasmin menangis. Kali ini dia betul – betul menangis. Iqram mengesat air matanya.

“Kenapa menangis lagi?. Awak nak saya kahwin dengan orang lain ke?”

“Tak nak!”


“Habis tu nak kahwin dengan siapa, sayang?” soal Iqram dengan lembut sambil tersenyum.

“Dengan saya, Jasmin!” jawab Jasmin.

“Hmmmm.. awak makin tak malu dan gatallah!” Kata Iqram dan terus memimpin tangan Jasmin masuk ke dalam.  melihatkan Zamri di atas pelamin membuuatkan Jasmin bagai tidak percaya. Milly yang rapat dengannya itu rupanya hanya teman biasa. Banyak betul pembohongan Zamri terhadap Jasmin. Malah Rania itu sebenarnya teman mereka masa kecil. Seluruh keluarga mereka memanggil Rania dengan panggilan sayang. Ianya panggilan manja buat Rania yang sememangnya sangat manja. Zamri sahaja yang memanggil nama Rania timun air kerana Rania suka menangis apabila diusik Zamri yang sememangnya nakal itu. Iqram merenung Jasmin dengan senyuman. Jasmin mengangkat kening.

“Lepas ni kita kahwin pula ya sayang” kata Iqram.

“Tak mahulah!” jeling Jasmin.

“Kenapa pula ni?”

“Awak dah buat saya banyak menangis sejak dua menjak ni. Pedih mata tau” kata Jasmin. Iqram ketawa. Iqram memandang Zamri yang tak habis – habis memberikan pose terbaik pada para wartawan. Tak habis – habis!!!.

11 comments:

  1. Alamak! Airmata saya jatuh lah T.T Jahatlah Iq.. kasihan Jasmin. ZMY pun satu. Oppss.. emosi pula saya. XD Terima kasih ya kak! Tak sabar nak tunggu next entry pula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. cian Izzatul.. meh ambik tisu meh..
      ni..akak ada buat seri cinta dari sarawak dan akan masukkan nama izzatul dalam tu boleh?...
      penghargaan buat pembaca blog ni... nak tanya kalam, seri ayu, diela baby mio shorieo sherly dlll...

      Delete
    2. Wah! Betul ke? Boleh, tak apa. hehehe. Rasa terharu pula. Later saya singgah baca ya kak. Pasti best cerita tu.. :D

      Delete
  2. salam...akak sy ske bce stiap novel yg akk tlis cz ckup smua perasa..good job akk..truskan berkarya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 adik kerana menyokong akak. beri nama adik boleh?. akak nak masukkan dalam npvel yang menghargai semua pembaca akak.. SERI CINTA DARI SARAWAK... please.. (jgn risau, semua diberi watak baik punya) hihi

      Delete
  3. nme sy zalina kak..xyah la msukkn,nme x glamour pn...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish... sedap ler tu..
      Zalina akan jadi adik Fuad k :)
      watak zalina akan dimasukkan next n3 tau
      hhihihhh...tq beritahu :)

      Delete
    2. sama2 Zalina.
      tak ada apa pun berbanding masa yang adik luangkan untuk baca novel akak.
      itu lebih bermakna :)

      Delete
  4. saspen btol bab 15 nih.. huhuuu.. tapi jasmin tak sempat la nk membuktikan cinta dia masih ada utk iq kan? sbb iq pulak yang berlakon nak menguji jasmin..(dlm kepala sy, terpikir jasmin akan cuba halang giler2 bila dia rasa iq yg akan kawin tu.. br la iq tahu jasmin masih syg dia.. ) anyway, lain dr kebiasaan novel seblm ni.. tu yg i like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Hartini..
      uitt.. dah bab ni dah?
      hmmm baguih! ni yang sayang ni hihi.
      jap lagi ada n3 untuk Seri cinta dari sarawak.
      nama awak juga dimasukkan untuk karakter penting...sama cam pembaca saya yang lain..
      just penghargaan buat anda semua...
      (jgn risau, awak pegang watak baik gitu!!!!) heheh

      Delete