Sunday, 30 December 2012

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 5


BAB 5
 
Fuad tiba dengan seorang wanita cantik di sebelahnya. Dia memperkenalkan kepada semua pekerjanya dengan wanita itu. Hartini Abdul Halim namanya. Semua bersalaman dengan Hartini yang murah dengan senyuman. Seri juga begitu.

“Ini siapa?” soal Seri. Ingin tahu.

“La... kan dia dah cakap tadi, Hartini!” kata Fuad.

“Ye lah.. tapi siapa?”

“Siapa apa?” dia tahu apa maksud Seri. Sengaja mahu mengusik.

“Siapa dia dengan Encik Fuad” soal Seri lagi. Fuad senyum meleret.

“Aik... bunyi macam cemburu je ni” kata Fuad. Muka Seri berubah.

“Bukanlah!!!” sangkal Seri cept – cepat. Hartini ketawa. Dia menghampiri Seri.

“Jangan risau, saya dah bertunang. Fuad ni sepupu saya. Saya akan bekerja di sini sebagai sales executive di sini. Jangan risau, Fuad awak selamat!” senyum Hartini. Seri mengerling ke arah Fuad.

“Saya tak cemburulah!. Encik Fuad ni mengada – ngada!” jeling Seri. Fuad ketawa besar.

“Janganlah ketawa!!” marah Seri. Fuad terdiam. Terkejut!. Yatie, Zarra dan Izzatul pula mentertawakan Fuad. Baby Mio menepuk belakang Fuad.

“bangau pun tak angau macam bos ni!” kata Baby Mio. Semua yang ada di situ ketawa termasuk Seri. Fuad diam. Dia menyeluk kocek seluarnya.dia berkira – kira. Teringat akan kata Zalina.

“Abang kalau nak mengurat, kena beli benda – benda comel bagi pada kakak tu. Zalina rasa kak Seri tu mesti suka... Dahlah!!! Zalina nak tidur ni abang.. esok nak kuliah!!!” jerit Zalina.

Fuad tersedar dari lamunanya. Dia terus mengeluarkan bungkusan cantik yang mengandungi klip rambut bewarna merah jambu dan putih. Dia membelek – beleknya.

“Saya baru ingat nak beri pada awak tapi awak marah saya, jadi.... Haniff!!!” panggil Fuad. Haniff berlari mendapatkan Fuad.

“Kau bagi sajalah kat awek yang kau ngurat tu. Awek Sarawak ni marah aku” kata Fuad. Hartini ketawa besar. Haniff suka dan terus mengambilnya. Seri memandang Haniff yang duduk di mejanya. Tersengih – sengih gembira.

“Itu saya punya kan?. Encik Fuad nak beri pada saya tadi” soal Seri dengan lembut.

“Tadi marah!.. Huh!” jeling Fuad dan terus menarik lengan Hartini masuk ke dalam pejabatnya. Fuad duduk bersandar.

“Ad.. kau ni, nak mengurat ke nak mendera perasaan budak tu?” soal Hartini.

“Aku suka bila dia jeling. Mengancam nyawa betul!” sengih Fuad.

“Esok saja aku mula kerja ya?. Aku nak kemas rumah sewa dulu ni. Lagipun esok mak dan ayah aku nak datang tengok rumah baru tu” terang Hartini.

“Kirim salam pada Paklong” pesan Fuad. Hartini mengangguk. Hartini pulang. Esok dia akan mula bekerja bersama – sama seri dan mereka yang lain.

“Izzatul!!!” panggil Seri. Izzatul menghampiri. Dokumen di tangan masih dipegang.

“Saya nak klip rambut tu” adu Seri. Izzatul senyum.

“Haniff!!!!!!” jerit Izzatul. Haniff datang.

“Bak balik klip tu!” Izzatul menghulurkan telapak tangannya. Haniff menjeling.

“Bos bagi akulah!” jawab Haniff. Zarra menghampri. Yatie hanya tersenyum. Dia terlalu sibuk untuk masuk campur. Baby Mio hanya memerhati.

“Bak lah!” minta Izzatul dengan suara yang lembut. Muka Haniff monyok.

“Saya beli dari awak ya?” Seri mula memujuk.

“Berapa awak nak?” soal Seri lagi.

“RM20!” kata Haniff. Baby Mio melepuk lengan Haniff dengan pembaris di tangannya.

“Mahalnya!!!!” jerit mereka bertiga.

“Nak ambil, tak nak sudah!” Haniff igin berlalu tetapi tangannya ditarik Seri. Wang RM20 dihulurkan. Izzatul menghampiri Baby Mio. Dia berbisik.

“Wah... pandai juga bos kita ayat seri ni ya?. Tak apa, tak lama lagi kita dapat pergi Sarawak free. Naik belon!” sengih Izzatul. Baby Mio tergelak.

Mereka semua keluar makan di restoran berhampiran syarikat mereka. Fuad yang baru pulang dari mesyuarat di Bangsar menghampiri mereka semua.

“Mana awek Sarawak?” soal Fuad. Memerhati sekeliling.

“Dia kata dia tak lapar tapi rasanya dia dah tak ada duit sebab bos lah!” kata Yatie.

“Apa pula sebab saya?” Fuad terkejut.

“Ye lah, dia kena beli balik klip rambut dari Haniff tu!” beritahu Baby Mio pula. Zarra senyum.

“La.... RM3 aje tu!” jawab Fuad.

“Ya la. Bos beli RM3 tapi dia kena beli RM20. Tu.;.. nampak Haniff belanja awek tu makan” Zarra memandang Haniff yang berada tidak jauh daripadanya.

“Dah, ambil duit ni. Beli makanan untuk Seri. Jangan cakap duit saya. Cakap saja awak belanja sebab dapat bos yang kacak” sengih Fuad. Baby Mio mencebik!... Kacak tapi tak matang langsung!!. Fuad terus naik ke pejabatnya. Hatinya berbunga. Tidak sabar mahu mengusik Seri. Fuad berdehem. Seri yang sedang membelek majalah itu, terkejut besar. Terus dia membetulkan rambut yang dibiarkan lepas.

“Kenapa tak makan?” soal Fuad.

“Hmm.. tak lapar” jawab Seri.

“Hmmm.... mana Haniff?” soal Fuad. Berpura – pura mencari Haniff.

“Tak ada. Pergi makan. Kenapa Encik Fuad?” soal Seri.

“Saya nak minta balik klip rambut tu.. nak bagi pada Zalinalah, adik saya tu. Satu untuk Sulaiha juga” senyum Fuad. Mata Seri terbeliak. Dia mula menggelabah. Tidak tentu hala.

“Hmm..er..er... tak  baik dah bagi ambil balik” kata Seri. Fuad hanya memandangnya kosong. Dia kemudiannya menarik kerusi Baby Mio dan terus duduk di sebelah Seri. Tangan Seri sudah semakin sejuk. Fuad terpandangkan klip rambut yang diletakkan di tepi beg tangan Seri di dalam laci yang terbuka.

“Ha... di sini rupanya. Saya ambil balik!” Fuad mengambilnya. Cepat – cepat Seri merampasnya. Fuad merampas kembali.

“Ishh...” Seri menariknya dengan kuat.

“Apa ish .. ishhh?” soal Fuad. Ingin menarik kembali klip rambut itu tetapi tangannya diketuk oleh Seri. Fuad menggetap bibir.

“ni yang tak beri saya ambil klip rambut ni kenapa?. Bukan awak punya” kata Fuad.

“Saya punya’ jawab Seri. Tunduk. Tidak sampai hati pula Fuad mahu mengusiknya lagi. Fuad bangun.

“Cakap saja lah yang awak ni ibarat ‘tak nampak tuannya, klip rambut pun jadilah’!. Rindu dekat saya lah tu” kata Fuad dan terus masuk ke dalam pejabatnya.

“Erkk...” Sutera terpinga – pinga

Baby Mio masuk dengan sebungkus nasi ayam di tangan. Tersenyum Seri apabila Baby mio menyerahkan nasi ayam ke tangannya.

“Aku belanja” kata Baby Mio.

“Kenapa?” soal Seri.

“Sebab aku gembira dapat bos kacak!” cebik Baby Mio. Macam nak termuntah cakap begitu. Zarra dan Izzatul ketawa terkekeh – kekeh. Baby Mio ni.... ikut saja apa bos cakap!.


                              ************************

Irna sudah menyediakan apa yang dijanjikannya semalam. Dielalah orang yang pertama duduk di kerusi makan. Dia menghidu aroma burger yang di masak oleh Irna.

“Sedapnya Kak Kalam..” Pujinya. Irna tersengih. Masih mennunggu air laici yang di bancuh oleh Seri. Seri Ayu pulang ke kampungnya semalam. Mahu melawat neneknya yang sedang sakit. Rynieta yang baru pulang menutup wajahnya dengan beg tangan. Lya terus menghampiri. Beg tangan Rynieta di ambil dari tangannya.

“Mah Aihhh.. rambut baru!!!!” jerit Lya. Mereka yang lain menoleh. Rambut yang dipotong sedikit dan diikalkan bahagian bawahnya itu membuatkan wajah Rynita nampak comel sekali.

“Siapa belanja ni?. Kata belum gaji?” tegur Adahlah.

“Syed belanja” jujur Rynieta. Semua bersorak.

“Syed al – gojo belanja rupanya!” usik Irna. Rynieta ketawa.

“Pandailah kau panggil dia al- gojo!” kata Adahlah. Irna ketawa. Mereka semua duduk bersama. Selepas membaca doa makan, mereka semua mula merasa burger hasil air tangan Irna.

“Sedapnya!!!!!” kata mereka. Irna tersenyum. Tengoklah siapa yang masak hehehehhe.., sengih Irna.

“kita buka kedai burger nak!!!” kata diela. Seri dan Lya terserdak.

“Kau masak?” soal Lya.

“Tak” jawab Diela.

“Habis siapa yang nak buat kalau kau tak buat?” soal Jannah pula.

“Kak Kalam lah!. Tengok dia masak, sikit punya sedap. Untung kongsi sama – sama” cadang Diela.

“modal?” soal Lya lagi.

“Modal akak – akak!” ketawa Diela. Jannah merampas burger di tangan Diela.

“Ni kami ambil sebagai modal” usik Jannah. Diela ketawa. Dia tahu jannah memang suka bergurau. Dia ambil burgernya semula. Pintu di ketuk. Lya membukanya.

“Siapa dan kenapa?” soal Lya mengikat rambutnya yang lebat dan sudah melepasi bahu itu.

“Saya Nasylla dan ini kawan saya, Tina” Nasylla memperkenalkan diri. Dua orang remaja itu pastinya kawan Diela. Lya memanggil Diela yang masih mengunyah itu. Tina dan Nasyyla di jemput makan bersama.

“Ini Tina derika... pernah dengar tak nama tu?’ soal Diela bangga.

“Blogger?” teka Rynieta yang memang suka membaca e-novel.

“Ha.. pandai!!!!” ketawa Diela. Tina tersipu malu. Dia dan Diela selalu bersama ketika di kolej. Dia dan Nasylla datang ke rumah Diela untuk menyiapkan assignment bersama – sama. Seri dan Irna menghidangkan air buat Nasylla yang tersenyum manis. Tina pula mudah ramah dengan mereka semua. Nampaknya kehadiran Nasylla dan Tina akan di alu – alukan bila – bila masa sahaja.

“Ok.. Diela , basuh!” usik Seri. Cepat – cepat Diela menarik tangan Nasylla dan Tina naik ke biliknya.

“Kak Jannah... Diela bawa mereka masuk bilik ya?” jerit Diela dari tingkat atas.

“Jangan kacau lap top akak ya!!” jerit Jannah kembali.

Seri meneruskan makan malam. Nampak gayanya cadangan Diela itu sedang dipertimbangkan apabila irna dan Lya sibuk berbicara mengenai perkara itu.


                                      ****************

Fuad masuk ke dalam rumah. Zalina dan Sulaiha mahu berlari naik ke atas. Mahu lari dari Fuad. Sulaiha sudah pun masuk ke dalam bilik. Terkekeh – kekeh mentertawakan Zalina yang sudah pun ditangkap oleh Fuad.

Fuad terus memeluk adiknya. Zalina ketawa.

“Kenapa abang ni?” soal Zalina.

“Seri suka tips adik tu” sengih Fuad. Zalina ketawa lagi. Entah apa – apa abang aku ni.. fikirnya.

“Sebab dia suka, malam ni kita pergi makan kat luar!!!. Sulaiha tinggal!!!!!” sengaja dikuatkan suaranya. Sulaiha terus turun ke bawah.

“Ala... bawalah Sulaiha sekali. Tadi bergurau saja” sengih Sulaiha. Fuad jual mahal. menjeling Sulaiha dan terus naik ke biliknya.

“Ha.. itulah kak, lari lagi!” sindir Zalina.

“Eleh.. adik pun nak lari tadi kan tapi tak lepas” cebik Sulaiha. Zalina ketawa.

Mereka bersiap – siap untuk makan di luar. Zalina mahu makan ikan bakar. Sulaiha juga begitu. Sampai sahaja mereka di senbuah restoran makanan laut, mata Fuad terbeliak. Kelihatan semua rakan serumah Seri makan bersama – sama. Fuad mahu berpatah balik.

“Kenapa abang?” soal Zalina.

“Kita makan tempat lain ya” pujuk Fuad. Sulaiha terus menarik tangan Fuad. Lya terperasan Fuad yang menyorok di belakang adiknya.

“Fuh..Fuh!!!” jerit Lya. Seri dan yang lain memandang Fuad. Mujurlah hanya mereka di situ.Lya menyiku lembut pinggang Seri. Serta merta Seri malu. Lya melambai Fuad dan adik – adiknya. Sulaiha dan Zalina terus mendapatkan Seri.

“Mari makan sama” ajak Seri. Zalina mengerling abangnya yang sedang  membeliakkan mata berkali – kali.Meja mereka disatukan. Fuad ditarik duduk di sebelah Seri. Kedua – duanya menahan malu. Merah padam wajah mereka.

“Tak masak rumah hari ni?” soal Lya kepada Zalina. Sulaiha menjawab.

“Tak.. abnag ajak makan luar sebab dia kata Kak Seri suka....”

Mulutnya ditekup Fuad. Budak ni..... geram Fuad!. Seri menghulurkan air Fuad yang baru tiba. Jari mereka bersentuhan. Fuad senyum. Seri tunduk malu.

“Hatiku... tersentuh seperti jariku tersentuh...” nyanyi Lya.

“Dah.. jantungku berdegup laju” nyanyi Diela pula.

“Adakah kau rasakan cinta...”sambung Adahlah dengan senyuman.

“Dug..dug.. nyanyian jiwaku...” tambah Jannah pula. Fuad berpaling ke sisi. Malu!.

“Ah..ah..malunya!!! oh..oh!oh.. sayang auuu” sambung Seri Ayu. Semua memandang Seri Ayu. Dia terdiam.

“Gatalnya!!!!!” jerit mereka semua. Seri Ayu ketawa. Makanan sudah pun dihidangkan. Seri mengambil isi ikan siakap dan  diletakkannya di dalam pinggan Fuad.

“terima kasih” senyum Fuad. Memandang tepat ke mata Seri.

“Fuh... kau nak makan ikan tu ke nak makan Seri?. Kalau tak nak ikan tu boleh bagi kitorang. Muka Seri tu pun dah mengenyangkan” usik Irna. Fuad diusik terus – menerus.

“Akak tak rimas ke di office?” soal Zalina. Fuad membulatkan matanya. Nak kena Zalina ni!.. geram Fuad.

“Tak. Kenapa?” soal Seri.

“Abang tak kacau akak ke?” soal Sulaiha pula.

“Hari itu abang belajar buat muffin cokelat dari Kak Hartini. Tak jadi!!!!..hangus. Kak Hartini pun tak lalu nak rasa” ketawa Zalina.

Berderai tawa mereka semua.

“Seri tak kisah... walaupun hangus yang penting ikhlas” kata Seri mengerling manja. Fuad berdehem. Menaikkan keningnya sambil senyum bangga.

“Tapi kalau jadi pun akak tak akan nak rasa” cakap Sulaiha.

“kenapa?” soal Seri.

“Sebab abang pergi letak garam. Bukannya gula!” jelas Zalina. Mereka semua ketawa lagi. Lyalah orang yang paling banyak ketawa. Jannah menutup mulutnya menahan tawa yang susah untuk di kawal lagi.

“Tak apa..” kerling Seri. Bagai nak jatuh jantung Fuad melihat Seri mengerlingnya begitu. Sangat manja!!.. walaupun dikutuk... senyuman Seri itu menyejukkan hatinya yang panas di usik. Senyuman Seri itu bagaikan penawar buat Fuad.

Zalina.. Sulaiha.. esok pergi kolej jalan kaki!!!.. jeling Fuad.


12 comments:

  1. gelak terkekekekekek... tqtqtqtq iza.. teruja nyerrr nama diabadikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh...
      sama2...
      terima kash juga untuk Hartini sbb sudi baca..
      cayanglah!

      Delete
  2. hehehe kalam mmg suka menyakat yer...dah azali sikap siklam tu..nasib rr sapa yg jadi mangsanya...tapi betul dia mmg x berkira....waahahaha puji..tuuu hehehe sambung please

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalam..
      terima kasih baca ye..
      tekaan saya betul!
      kalam tak kedekut... :)

      Delete
  3. Ngehh ngehhh nmpknye sume pnggil fuad fuhh wkwkwkw jaat btol lya ni x pasal2 melekat name fuhh tu kat fuad wkwkwkwkw gelak gulig2...sis ni cam tetaw je pergai gile2 lya yg klw da sakat org mmg xkn bnty hekhekhek adoiii terbaikk la sis nk next n3 ngeee..owh lya nk DWET dulu bole x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la...
      baca status fb lya pun akak boleh agak lya
      jenis happy go lucky...
      pencetus keriuhan hihi (best!)
      kalau x de orang macam tu, tak meriah!

      Delete
  4. comel lah seri dgn fuad tu kak.. suka sangat :D nak lagi.. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheehe..
      nanti kita tunggu kecomelan izzatul dengan fairus pula yek.. tak lama, next n3 jer hihih :)

      Delete
    2. geli hati bcampur malu pula baca watak sendiri.. haha. terima kasih ya kak. Terasa dhargai sangat :)

      Delete
    3. gelihati x per.. jangan geli geleman udah hhii
      terima kasih izzatul.. tapi memang izzatul cute pun kan.. mahal lesung pipit tuuu :)

      Delete
  5. “Sebab aku gembira dapat bos kacak!” hahaha time ni nak kencing rasanya asik gelak.adey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa dekna ... kalau x boss naik angin hahhaa

      Delete