BAB 11
Sutera mengekori Darren ke tandas. Darren menoleh ke
belakang.
“Ish.. sampai ke tandas pun nak ikut ke?” berkerut
dahi Darren. Sutera menggigit bibirnya.
“Tak payahlah pergi main paintball dengan Durina
tu!” kata Sutera. Menarik tangan Darren.
“Saya terkencing di sini baru tahu!” ugut Darren.
“saya suka!!” sengih Sutera.
“Ish! Gila!” Darren menjeling dan terus masuk ke dalam
tandas. Sutera masih menanti.
“Pergilah jauh – jauh. Saya tak boleh hmmmm kalau
awak ada di pintu tu!!!” jerit Darren dari dalam. Sutera terus pergi. Darren
membuka pintu tandas. Mengintai sama ada Sutera masih ada ataupun tidak. Darren
tersengih. Cemburu juga minah ni!!
Sutera duduk di sebelah Zie. Sepupu yang lebih
kepada kawan itu sudah tahu mengapa muka Sutera monyok begitu. Dia baru sahaja
diberitahu oleh Darren yang dia mahu membawa Sutera melakukan aktiviti
paragliding di Bukit Jugra hujung minggu ini. Zie tidak mahu memberitahu Sutera
awal – awal. Biar sutera resah
memikirkan Durina yang langsung tiada di hati Darren. Darren keluar. Sutera
kembali mengekorinya.
“La... ada lagi!” kata Darren.
“Saya tak sukalah Encik darren pergi main paintball
dengan Durina. Encik darren kan ada saya.. buat apa nak pergi dengan dia. Dia
tu lembik macam puding roti!. Saya ni yang patut Encik Darren bawa tau!”. Masih
memujuk.
“Sedapnya kata orang puding roti” kata Darren.
“Saya merajuk nanti Encik Darren!” ugut Sutera.
“Merajuklah!” kata Darren selamba. Dia memandang
Sutera yang sudah merah mukanya.
“Saya ni susah nak dipujuk tau” sambung Sutera.
“Alah..sedangkan Sutera Aqila yang lagi kuat merajuk
tu pun saya senang – senang je settle kan. Inikan pula awak!”ujar Darren.
Terlepas kata!. Sutera memandang kosong.
“Siapa?” soal Sutera.
“Sutera Aqi..” Darren terdiam. Menyedari
kesilapannya. Sutera mengambil nafas sebentar. Tunduk dan cuba menjadi setenang
mungkin. Darren menggeleng kepala. Meraup wajahnya.
“Sayang...” panggilnya lembut. Sutera cuba tersenyum
manis walaupun kemanisannya tidak keliahatan.
“Sorry.. terlepas. Saya tak sengaja” Darren
memandang Sutera.
“Eh.. tak apalah!. Hm.. saya keluar dululah!” Sutera
keluar. Jantungntya berdegup pantas . Hatinya sedikit tersentap. Ya.. nama itu
sudah sebati dalam diri Darren, tidak mustahil untuk dia menyebutnya sekali
sekala.. tetapi alangkah bagusnya jika tidak di depanku, bisik hati kecil
Sutera. Dia naik ke studio tarian. Duduk di atas lantai dengan lutut ke atas.
Sutera meletak perlahan dahinya ke atas lutut. Pedih!. Dia tahu Darren sedikit
pun tidak berniat untuk melukakan hatinya tetapi itu fitrah.. dia hanya seorang
wanita!. Pintu studio terbuka. Darren menghampiri Sutera. Duduk di sebelahnya.
Bersila.
“Memang agak pedih.. tapi itu yang terpaksa kita
lalui sebelum cinta kita betul – betul utuh. Saya kesal kerana menyebut nama
dia di hadapan awak.saya bencikannya. Benci melukakan perasaan Sutera Indah
yang saya sayang hanya kerana menyebut nama seorang lagi Sutera” Darren
menoleh. Sutera masih tunduk. Tidak mengangkat kepalanya walaupun sedikit.
Darren memegang bahu Sutera. Mengangkat sedikit tubuh itu dengan perlahan –
lahan. Dia nampak akan titik jernih itu. Sedang mengalir di pipi Sutera. Mata
Sutera masih belum dibuka. Darren mengesatnya dengan jari.
“Pandang saya Sutera” arah Darren. Sutera membuka
mata tetapi masih belum mampu memandang Darren.
“Biarkan saja saya ya!. Tak ada apa – apa. Saya yang
terlalu emosi. Kalau Encik Darren sebut nama adik doraemon pun saya menangis
juga” senyum Sutera. Cuba berguurau. Darren langsung tidak senyum apatah lagi
ketawa dengan gurauan Sutera.
“Lawak awak tak kelakar tapi menyedihkan hati saya”
kata Darren. Sutera menoleh. Dia sneyum lagi.
“Saya bawa awak ke suatu tempat tapi kena cepat
sebab pukul 5 nanti kena pergi ke pertandingan nyanyian. Jadi juri jemputan”
senyum Darren. Sutera mengangguk.
“Senyum sikit untuk saya” pinta Darren. Sutera
senyum.
“Hmm.. pandai anak papa!” usik Darren.
“Bukan papa lah.. ayah” pintas Surera.
“Tak best lah panggil ayah” balas Darren semula
sambil menuruni anak tangga.
“Ya lah... papa dan mama. Habis kalau ayah dengan
apa?” sambung Darren. Menghampiri meja Zie.
“ayah dengan ibulah” jawab Sutera. Darren ketawa.
“Kalau panggil appa pun best” Darren senyum.
“Habis nanti saya dipanggil apa pula?” Sutera
memandang Darren. Zie dan Suzie hanya memandang mereka berdua. Bersilih ganti.
“Amma!!!” sengih Darren.
“Hei.. nanti kejap! Anak siapa nak panggil appa amma
ni?” soal Suzie.
“Anak kami” jawab Darren selamba dan terus menarik
tangan Sutera keluar. Zie ketawa. Suzie menggeleng kepala.
“Kahwin pun belum lagi nak ada anak!. Entah – entah
nanti mandul!” kata Suzie selamba. Zie menampar perlahan pipi Suzie. Zie terus
menelefon seseorang.
Darren membuka pintu kereta. belum sempat Sutera
masuk, sebuah van terus mendekati mereka dan Sutera di tangkap masuk ke dalam
van. Darren terkejut. Dia terus mengekori van putih itu dengan cepat. Sewaktu
tiba di sebuah bukit, Darren dapat memintas van itu yang bergerak agak perlahan.
Darren turun. Dia terus membuka pintu van. Tangan Sutera di tarik keluar.
Lelaki botak yyang sedang duduk di bahagian hadapan di tarik Darren dengan
kasar. Satu tumbukan hinggap ke pipinya. Muka Darren merah padam. Pemandu van
itu cuba melerai tetapi dia juga ditumbuk hingga terjatuh. Beberapa orang
lelaki dan wanita yang datang entah dari mana cuba menghalang. Teruk lelaki
botak itu dikerjakan.
“Darren..sabar Darren..” kata lelaki botak itu.
“Berani kau sentuh dia!. Kalau kau sentuh pun aku
dah marah inikan pula kau mengasari dia seperti tadi. Kau ingat dia tu apa??”
tengking Darren. Satu lagi penumbuk hinggap pipi kanan lelaki botak itu. Sutera
terpaksa masuk campur.
“Encik Darren... ini bukan betul!!!” jerit Sutera.
Menarik tubuh Darren. Dia masih mencengkam leher lelaki botak itu. Beberapa
jurukamera merakam tindakan kasar Darren itu. Seseorang yang dikenali Darren
datang meleraikannya.
“ini i Bad!. You dalam rancangan GERAM.. rancangan
ni just nak kenakan you saja” pujuk Bad. Darren masih memandang tajam wajah
lelaki itu. Naa Hamid, sepupunya yang bekerja di stesen televisyen itu juga turut sama menenangkan
Darren. Tangan Darren ditarik dengan kuat. Darren yang memang baik dengan Naa
Hamid melepaskan cengkamannya.
“Aku minta maaf. Aku tak tahu meraka akan buat
begini” pujuk Naa Hamid.
“Kan aku dah beritahu yang kau perlu berjaga – jaga dalam
minggu ni” Naa Hamid cuba memutarkan kembali ingatan Darren. Lelaki botak tadi
di hantar ke klinik. Muka Darrren masih ketat. Memandang Sutera yang berdiri
kaku di sebelahnya.
“Awak tahu rancangn ni?’ soal Darren. Sutera
mengangguk.
“Awak ingat saya ni apa?. Awak suka tengok saya
macam ni?. Kalau awak sayangkan saya, awak takkan kenakan saya begini!!!”
tengking Darren. Air mineral yang baru diberi oleh Naa Hamid tadi dihempas ke
tanah. Sutera terkejut. Memegang lengan Darren. Tangan Sutera ditepis.
“i dah kata cara ni tak sesuai” kata Naa Hamid
kepada Sutera dan penerbitnya
“Saya Cuma...”
“Diam!!!!” jerkah Darren. Sutera menangis. Darren memejam
matanya. Kau tak tahu betapa takutnya aku tadi, Sutera. Takut kehilangan kau! Takut
jika kau di apa – apakan. Kau nyawaku, kau semangatku!... kau tak faham aku,
Sutera...
“Maafkan saya Encik Darrren” Sutera memegang tangan
Darren. Dia merendahan diri. Melutut sambil memegang tangan Darren. Air matanya
sudah mengalir. Kamera masih terpasang. Naa Hamid memegang bahu Darren. Tidak sampai
hati dia melihat Sutera begitu.
“Awak buat saya hampir mati tadi. Awak betul – betul
kejam, sayang” suara Darren mendatar. Naa Hamid senyum. Ya... dia tahu mengapa
Darren mengamuk. Kalau tiada cinta dihati, masakan Darren yang agak penyabar
orangnya itu boleh mengamuk sebegini rupa. Malah, dia dahulu selalu mengusik Darren..
hanya tawa yang Darren berikan sebagai balasan.
Darren terus meninggalkan Sutera di situ bersama
krew penerbitan yang lain. Hatinya betul – betul sakit. Dia memberhentikan
keretanya di tepi lebuhraya.
Naa Hamid memujuk Sutera.
“i dah kata tadi. I tahu sebab dia sepupu i. Membesar
bersama. Sutera, sekurang – kurangnya you nampak betapa dia cintakan you” ujar
Naa Hamid. Sutera tunduk. Menangisi kesalahannya sendiri.
“Tak mengapa. Tinggalkan saja saya di sini” senyum
Sutera. Naa Hamid terpaksa menghormati permintaan Sutera. Dia juga perlu pulang
ke stesen televisyen kerana banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan.
Sutera duduk bersandar di pokok yang rendang. Meemluk
lututnya sendiri. Masih menangis. Deruman enjin kereta Darren menyentak emosi
Sutera. Dia tunduk semula. Rasa bersalah terhadap lelaki itu...
Darren merapati Sutera. Duduk di sebelah Sutera. Memandang
air mata yang masih mengalir. Darren menyentuh kepala Sutera dan ditariknya
kepala Sutera dengan lembut ke bahunya. Dia membelai rambut Sutera. Memujuk
kembali wanita yang sering membuatkannya hilang akal dan hilang pertimbangan.
“Saya minta maaf” ujar Sutera tanpa memandang wajah
Darren. Tiada jawapan yang diterima.
“Kalaulah awak tahu siapa awak dalam hati saya... “
kata Darren. Sutera membisu. Mengesat air matanya sendiri.
“Janganlah awak sentap rasa tanggungjawab dan cinta
saya begini lagi. Saya boleh gila!...awak menikam hati saya hari ini Sutera..
walaupun tiada darah yang mengalir.” Darren membisu seketika dan menyambung kata –
katanya semula.
“Itu juga boleh mematikan jiwa dan kehidupan seorang
lelaki yang sentiasa meletakkan awak palinng atas di hatinya” .
Sutera bangun. Memejam matanya. Darren bangun dan
terus mendakap Sutera. Kemas. Sutera menyembamkan wajahnya.
“Saya cintakan awak... Sutera Indah!”....
haha...like3...tq akk..
ReplyDeletesesama dik :)
Deleteterima kasih sbb sudi baca tau..
oowwhhh touchingnya..sedey betul...sob..sob..sob..
ReplyDeleteala.. janganlah sedey kalam...
Deletenantikan nak jual burger...
time tu ler kalam kena ngurat habis - habisan hahahha
Best sangat-2 kak tq selamat tahun baru semoga tercapai apa yang di hajat amin.
ReplyDeleteterima kasih baby mio :)
Deleteselamat tahun baru juga buat baby mio..
semoga azam baby mio tercapai... amin!