Wednesday, 30 January 2013

BAWANG PUTIH URBAN - bab 4


BAB 4


Khir tidak masuk ke pejabat hari ini. mereka bukan pun rasmi sebagai pasangan kekasih lagi kerana Putih sentiasa memberitahu Khir yang dia bukan macam Cinderella yang dapat sebelah kasut pun dah nak kahwin, bawang putih yang nyanyi kat buaian pun dah nak kahwin tanpa kenal hati budi lelaki itu. Katanya, macamlah putera tu baik sangat. Dalam kisah dongeng memang macam tu. Khir pun tidak melamar atau berbicara mengenai perasaannya. Khir mahu semuanya berjalan mengikut masa tanpa sebarang tekanan.

Pintu bilik Tengku Khairudin diketuk. Kelihatan tunangnya, Baby sedang tersenyum – senyum membelai tangannya.

“Wallawei....” kata Putih. Dia kemudiannya terpandangkan karipap pusing di atas meja Tengku Khairudin.

“Bos, minta satu boleh tak?. Belum breakfeast lagi ni”

“Ehhh..ehhh.. jangan” halang Tengku Khairudin. Matanya mengerling Baby yang hanya memerhhatikan gelagat Putih mengunyah karipap yang dibuatnya sendiri.

Muka Putih berkerut.

“Bos beli kat mana ni bos!. Ni boleh kena sakit TB ni kalau makan karipap macam ni, karinya mentah, kentangnya masih belum empuk. Orang yang buat karipap ni mesti tak ada lidah. Dia tak rasa ke karipap dia ni. Terus terang bos, inilah karipap paling teruk pernah saya rasa seumur hidup. Kalau yang buat ni perempuan, baik suruh dia pakai misai sajalah” ketawa  Putih.

Tengku Khairudin menekan kepalanya ke meja. Muka Baby sudah merah padam. Air matanya mengalir dan terus keluar dari bilik Tengku Khairudin.

“kenapa dia menangis bos?. Ini mesti dia pun tak sanggup makan karipap tu”

“Karipap tu dia yang buatlah!!!.. kenapalah kau kejam sangat pada aku ni?” soal tengku Khairudin.

“Erk.. mana saya tahu” Putih menutup mulutnya. Tengku Khairudin menanggalkan cermin matanya. Digonyoh – gonyohnya mata itu.

“Tapi terima kasihlah. Aku dah lama nak beritahu tapi tak sampai hati. Memang masakan dia teruk” kata tengku Khairudin dan tangannya masih menggonyoh mata. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Putih. Tengku Khairudin sedikit pelik. Dia memakai cermin matanya semula. Mulutnya terkunci. Hidung Baby kembang kempis menahan marah. Dia dengar semua yang keluar dari mulut Tengku Khairudin.

“Sampai hati you hina i sebegini. You ingat i ni apa?. Sesuka hati you saja” marah Baby.

“Hmm.. betul tu!” kata Putih sambil mengangguk kepala.

“Saya buat semuanya untuk dia tahu tak?” beritahu Baby sambil matanya memandang Putih. Beg tangannya digenggam sekuat hati. Tidak tertahan marahnya.

“Betul. Dia ingat kita orang perempuan ni tak ada perasaan ?” tambah Putih. Tengku Khairudin menggeleng kepala.

“Pulak.... eh minah, kau yang mulakan tau!” kata Tengku Khairudin.

“Bagus pun dia mulakan. Kalau tidak i tak dengar pengakuan you”

“Betul” Putih masih menyampuk.

“Bawang!!!.. kau yang mula dulu tau. Khir.. kenapalah kau boleh minat perempuan macam ni?. Pening aku!” geram Tengku Khairudin.

“Sebab dia lelaki bertuah. Dahlah, malas nak layan lelaki yang tak tahu menghargai penat lelah wanita macam kita ni. Mari Cik tunang” ajak Putih. Baby mengekori Putih dari belakang dan terus pulang.

“Erk...” tengku Khairudin mencengkam rambutnya yang sudah sedikit panjang itu. Sebelum Putih bekerja di Syarikat itu, semuanya teratur tetapi sejak dia ada, semuanya haru biru dan selalu menjadi ‘biru’ itu ialah Tengku Khairudin sendiri.

Putih memeriksa ejaan di skrin komputer. Dia tidak mahu dimarahi Tengku Khairudin lagi. Matanya terkelip – kelip. Jasnita menghampirinya dengan pen di tangan.

“Rasanya baik sedar diri sebelum terluka” kata Jasnita. Cuba menasihati Putih. Tiada jawapan. Putih masih memeriksa ejaannya sebelum di print keluar.

“Encik Khir tu bukannya suka snagat dengan minah kelam kelibut macam kau tu” kata Jasnita lagi. Dia melabuhkan punggungnya ke meja Putih. Amboi mak budak ni, ingat punggung dia cantik sangat nak landing dekat meja aku?.. geram Putih. Jasnita memerhati bilik Khir. Perlahan – lahan Putih menuang sedikit air masak berhampiran punggung jasnita. Air yang semakin mengalir itu membuatkan hati Putih puas. Sebaik sahaja air itu mengenai punggung Jasnita, Putih bangun dan mula bising.

“Kau ni Jas, kalau lemah pundi kencing pun pakailah poise ke apa – apa ke?. Pergi ambil ubat hormone. Ish.. habis hancing”

Terkedu Jasnita dibuatnya. Semua pekerja memandang Jasnita dan tersenyum – senyum. seolah – olah mentertawakan Jasnita yang sudah pun merah padam wajahnya.

“mana ada aku kencing!”  jerit Jasnita. Mereka yang lain ketawa. Putih mengenyit mata ke arah Shey Im yang terkekeh – kekeh ketawa. Tengku Khairudin keluar.

“Apa yang bisng ni?” soal Tengku Khairudin. Belum pun sempat Jasnita menerangkan segalanya, Putih sudah mula memainkan peranannya.

“Bos. Kasihan jasnita. Dia lemah pundi kencing tapi tak dapat rawatan. Tengok tu, dia kencing di meja saya” bersungguh – sungguh benar Putih menerangannya.

“kau...” Jasnita bagai mahu meletup.

“La.. ingatkan orang tua sahaja lemah pundi kencing. Awak yang belum kahwin ni pun dah kena?. Pergilah buat rawatan. Macam mana nak kahwin kalau asyik terkencing” Tengku Khairudin menggeleng kepala.

“Ewwww...tolonglah!” Eddy menutup hidungnya. Jasnita terus pergi ke tandas. Pintu tandas ditendang kerana terlalu marah.

“Cuci.. Onion.. nanti kuman!” kata Eddy sambil menyentuh jambul ala Kpopnya.

“Wei.. nasihat suruh cuci tu aku terima dengan baik tapi yang kau panggil aku Onion tu kenapa?” soal Putih. Eddy ketawa.

“eleh.. gurau pun nak marah. Menyampah!” jeling Eddy.

“Kalau aku panggil kau Eddy Jelly memeley kau marah tak?” soal Putih.

“Ok..ok.. aku panggil Putih. Jangan panggil aku nama tu. Memanglah aku lembut tapi nafsu aku ke arah yang betul tau” marah eddy.

“Ada aku tanya ke?” sengih Putih. Eddy turut sama tersengih.

“Putih, nanti kita lunch sama. Aku nak tunjuk katalog kosmetik pada kau”

“Ok. Eddy” Putih mengangguk. Lega hatinya kerana tidak menjadi mangsa Putih. Dia tahu gadis periang itu tidak boleh dijangka.


                              ********************

Putih sudah sampai ke rumahnya. matanya mencuri pandang tingkap bilik Khir yang terbuka. Nampaknya Khir sudah pulang ke rumah. Dia berdiri tercegat memandang rumah Khir. Sesekali dia tersenyum. Hujung tudungnya ditutup ke mulutnya.

“Ishh... gatal juga aku ni” Putih mengerut wajahnya sambil tersengih – sengih.

Khir yang memerhatikannya di sebalik tembok tersenyum – senyum. Putih menghampiri tembok itu. Khir tunduk sedikit.

“Inilah orang kata angau. Tak jumpa di pejabat, nampak tembok pun jadi. Wahai tembok kirimkan salam cintaku buat si dia. Heehehheh.. pandainya aku bermadah!. Wahai tembok kirimkan cintaku..eh tak best. Wahai tembok, kan bagus kalau kau tak ada di sini, boleh aku dekat dengan Khir. Ini asyik nak kena intai saja. Penatlah!” Putih menampar – nampar tembok itu. Khir ketawa kecil.

“Ni .. aku nak cerita sikit wahai tembok. Aku punyalah rindu kat dia tadi. Dia siapa?. Tuan kau lah!. Siapa tuan kau?. Apa ke bangang benar kau ni... Khir tu lah. Aku asyik nampak si selipar tu saja. Aku nak tengok Khir. Kau rasa boleh ke aku jumpa dia esok di pejabat?” soal Putih. Dia meletakkan kepalanya ke tembok itu.

“Boleh” jawab Khir. Terkejut besar Putih hingga dia berlari masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang lagi. Malunya bukan kepalang. Dia sangat pasti Khir mendengar semuanya. Khir memegang tembok yang disentuh oleh Putih tadi.

“Wahai tembok... katakan padanya, salamnya telah kuterima sepenuh hatiku” kata Khir dan terus masuk ke dalam rumah.

“Gila?” soal Loma. Putih berhenti berlari.

“Apanya tanter?” soal Putih.

“Jangan panggil aku Tanter!!!!!!” marah loma.

“Yang kau bercakap dengan tembok tu kenapa?. Dah gila?. Kalau orang tengok kau tak malu?” soal Loma.

“Siapa cakap dengan tembok?” dalih Putih.

“Mata aku belum rabun tau?”

“Yalah.. saya cakap dengan tembok. Saya cakap tadi saya nampak ada ayam kluk – kluk tengah dating dengan ayam tua hujung simpang tu. Tuannya Hollahoop tak tahu apa – apa. Dia ingat ayam tu baik sangat. Ayam tu ikut mak ayam tu lah. Ala.. si Labanda tuuu” senyum Putih.

“kau ni makin gila kan?. Hollahooplah, ayam kluk – kluk lah. Cuba baik sikit otak tu. Jangan nak meracau tak tentu hala. Malu aku ada anak tiri gila macam kau ni”

“Gila tak apa tanter, jangan merenyam macam ulat bulu menopous nak ngurat ulat gonggok!”

“Pergi masak!”

“La.. tak masak lagi ke?. Saya lapar ni” Putih memegang perutnya.

“Kau nak makan kau punya pasallah tapi aku nak kau masak sekarang” perintah Loma dengan wajah yang bengis.

“Tengoklah.. rasanya tak senang” jawab Putih selamba. Maya tidak memberi sebarang reaksi sewaktu Loma memandangnya untuk mendapatkan sokongan.

Putih masuk ke dalam biliknya. Tingkap bilik dibuka seluasnya. Dia memandang bilik Khir yang bertentangan dengan biliknya. Tingkap bilik Khir juga terbuka. Putih tersenyum. Dia tahu dia semakin angau. Semakin merindu dan semakin gila mahu memandang Khir. Putih bersandar sambil merenung bilik Khir.

“Putih!!” panggil Khir. Putih tersentak dari lamunannya. Khir sedang melambai – lambainya. Putih menutup wajahnya. Malu! Khir ketawa.

Khir menggerakkan bibirnya. Putih yang tidak faham terkerut – kerut keningnya.

“I love you?” soal Putih yang masih keliru. Khir bantai gelak.

“Perasan!” jerit Khir. Putih terus menutup tingkapnya. Malu betul aku!.. ni yang si mulut ni kenapa gatal – gatal sangat cakap benda tu. Come on lah Putih, kau ni mahal tau, bukannya ada diskaun macam sale kat pasaraya tu... bebel Putih. Langsir ditarik. Tidak mahu dia melihat Khir yang masih ketawa.

Miza menghampiri Putih yang sedang memotong bawang putih.

“hai.. potong diri sendiri nampak?” perli Miza. Putih buat – buat tidak dengar. Malas mahu melayan Miza yang selalu sahaja menyakitkan hatinya.

“Nak aku tolong kerat – kerat kau?” sambung Miza lagi. Dia menuang air sirap ke dalam gelas.

“Malas nak layan” kata Putih. Dia memotong pula cili merah untuk dicampur ke dalam telur dadar.

“Ala.. jangan nak cakap banyaklah. Kau ni  nampak sahaja berani tapi kecut juga dengan mama aku tu. Kalau tidak, kenapa setiap kali mama aku ada, kau tak pula cari pasal dengan aku?” jeling Miza. Putih membelek cili api. Dipotong sedikit di hujungnya.

“Kau jangan nak cerita pada mama yang aku jumpa Abang Dolah. Kalau tidak aku cili mulut kau” ugut Miza. Putih tidak banyak cakap. Dia terus menonyoh cili api tadi ke bibir Miza. Mereka bergelut. Jeritan Miza membuatkan Loma dan Maya pergi ke dapur. Miza menyimbah bibirnya dengan air paip.

“mama tengok dia buat apa?. Dia cili mulut Miza!!” jerit Miza.

“Mulut jahatkan memang patut kena cili” kata Maya pula. Putih ketawa. Loma memukul lengan Putih sekuat hati.

“Kurang ajar kau ya?. Aku tak pernah sentuh anak aku begitu tahu tak?” soal Loma.

“Tak tahu” jawab Putih.

“Kau suka cari pasal dengan aku ya Bawang?” tambah Loma. Maya memegang lengan Putih. Tiada ketakutan pada wajah Putih.

“Nah.. ambil semua ni. Masak sendiri!.” Putih terus berlari naik ke biliknya. Loma terdiam.

“ala.. mama, Miza lapar ni” rengek Miza. Loma terpaksa meneruskan kerja – kerja Putih tadi kerana dia tahu Putih tidak akan turun semula.

“Aku kalau dapatlah bibir Si Miza tu, memang aku siat – siat dengan pisau. Lepas tu aku salai. Dah salai aku bagi ayam makan. Kalau ayam tak makan, aku buang saja ke lombong!” bebel Putih. Dia memeluk bantal peluknya. Setelah membebel tidak henti – henti, akhirnya Putih terlelap sendiri.


                                       ****************


Shey Im makan tengahari bersama Eddy dan Putih. Mereka bertiga sudah menjadi rapat sejak akhir – akhir ini.

“Kau tak takut ke bersaing dengan Jasnita dan Honey yang gilakan Encik Khir tu?” soal Eddy. Tangannya ligat mengacau kuah laksa. Putih menoleh kepada Jasnita dan Honey yang sedang memandangnya. Putih menunjukkan garfunya. Memberi isyarat seperti mahu menyucuk mata mereka berdua. Cepat – cepat jasnita dan honey tunduk. Putih ketawa. Tengku Khairudin yang baru tiba dengan Khir duduk selang tiga meja dari mereka bertiga. Putih senyum. sejuk hatinya memandang Khir yang sentiasa segak. Honey dan Jasnita terus menghampiri Khir dan Tengku Khairudin. Mereka duduk sekali. Mahu makan bersama – sama atau lebih tepat lagi, mahu mencari peluang mendekati Khir.

“Nampak?” soal Shey Im. Eddy dan Putih mengangguk.

“Tak nak mulakan operasi?” soal Eddy.

“Operasi apa?” soal Shey Im pula. Kurang faham!.

“Hahahha.. operasi membenteras gejala perempuan gatal!” Putih mengenyit mata. Mendengar suara Jasnita dan honey yang merengek – rengek membuatkan Putih lemas. Dah macam kucing gatal!, katanya sendiri.

“Hmm.. tapi tak payahlah. Depan orang ramai. Nanti jatuh pula air muka” kata Putih. Dia terus menyuap makanan. Telinganya semakin berbulu mendengar gelak tawa manja Jasnita. Khir mencuri pandang wajah Putih yang menahan marah.

“Cemburu ke Onion?” soal Eddy. Putih mencebik.

“Nenek kepada mak aku punya jiran kata, budak merengek ni kena sumbat mulut baru diam” kata Putih.

“Sudah... kau jangan macam – macam” larang Shey Im. Putih hanya tersenyum. Dia bangun dan terus berdiri di belakang Khir.

“Encik khir, kau nak temankan aku makan dekat sana tak?. Aku ni dah berbulu benar dengar ulat gonggok dua ni merengek – rengek” kata Putih selamba.

“Orang tua kata kalau makan beralih tempat nanti kahwin ramai. Kau nak aku kahwin ramai Putih?” usik Khir. Dia merenung mata Putih. Ada satu debaran di jantung Putih.

“Tak payah nak marahlah Putih. Bukan suami kau pun” Kata Jasnita. Tengku Khairudin ketawa. Putih terus memandang tajam ke arahnya. Tengku Khairudin terus diam. Takut pula jika kena belasah dengan Putih.

“Tak nak?” soal Putih. Khir menggeleng. Hati Putih sedikit sakit. Khir sebenarnya tidak mahu hubungan antara mereka dipandang serong. Dia tidak mahu pekerja – pekerja menganggapnya pilih kasih. Dia mahu adil dan hubungan cinta itu biarlah berjalan hanya di luar pejabat.

“Ok. “ Putih terus mengajak Eddy dan Shey Im pulang ke pejabat. Jasnita dan Honey tersenyum puas. Khir agak bimbang. Dia tahu Putih kecil hati dan pastinya dia sangat mengetahui akibat daripada apa yang telah dilakukannya tadi.

Khir memanggil Putih masuk ke dalam biliknya.

“Nak apa Encik Khir?” soal Putih.

“Sediakan sebut harga. Nanti berikan pada Eddy” arah Khir. Putih mnegangguk.

“Putih?”

“Ha.. nak apa?” kasar benar bunyinya.

“Uihhhh... garangnya!” senyum Khir.

“Encik Khir tengah tengok saya tersengih – sengih ke?” soal Putih.

“Ala.. kau ni, itu pun nak merajuk. Takkanlah aku nak tinggalkan mereka masa aku makan tadi” Khir bermain dengan pen ditangannya.

“Ada aku kisah?. Kalau kau nak makan tepi lombong pun aku ada peduli?” soal putih.

“Putih.. dalam pejabat jangan ber’kau’ ‘aku’ dengan aku ya?” pinta Khir.

“Habis tadi tu kau cakap aku?” jeling Putih. Khir ketawa.

“Ok.. saya minta maaf. Lagipun macam tak best kekasih panggil kau aku begitu. Kalau saya dan awak, sayang dan abang kan sedap” pujuk Khir. Terus Putih menutup mukanya dengan kertas. Dia tersenyum malu. Wei... jangan gatal Putih!.. dia masih menutup wajahnya. Khir terus menarik kertas itu.

“Janganlah....sayang!” kata Putih dan terus berlari keluar. Khir bantai gelak. Boleh tahan juga gatal Si Putih ni...


Dokumennya terpadam dari komputer. Putih sudah panik. Dia terpaksa menaip kembali proposal sebanyak 15 muka surat pada hari itu juga. Khir dan tengku Khairudin memerlukan dokumen itu sebelm jam 10 pagi esok. Eddy mahu membantunya tetapi dihalang oleh Putih. Eddy ada kerja lain untuk dibuat. Jasnita tersenyum.

“Kau tak save ke tadi?” soal Eddy.

“Lupa. Aku  ke tandas kejap saja” kata Putih. Jam sudah pukul 5.30 petang. Mahu atau tidak dia terpaksa bekerja lebih masa. Tengku Khairudin sudah pun pulang. Yang tinggal hanya Khir, Jasnita dan Honey yang seronok melihat putih kelam kabut begitu. Khir keluar. Tudung Putih sudah senget – senget. Dia sedikit merempan. Matanya asyik merenung skrin komputer.

“Putih kenapa tak balik?” soal Khir. Putih menekup mukanya dengan kedua belah tangan.

“Dokumen kena deleted. Aku..eh, saya kena taip balik semula.”

“Penat?” soal Khir. Jasnita dan Honey memerhati.

“Mari saya buatkan. Masuk dalam bilik” ajak Khir dan masuk semula ke dalam biliknya. Putih menoleh ke belakang. Dia tersenyum melihat Jasnita yang sedikit tidak senang dengan pelawaan Khir tadi.

“Terima kasihlah kau delete aku punya dokumen. Sebab aku aku dapat berdua dalam bilik hahahahhahahaha!!!!!” gelak Putih. Sebaik sahaja berada di depan pintu,cepat – cepat dia beristighfar.

“Dah macam orang tak betul aku ni” Putih membuka pintu bilik Khir.

“Putih rehat di sofa. Biar saya yang buat” Khir mengambil draft dari tangan Putih. Khir melipat lengan bajunya. Tanpa banyak bicara, Khir menaip dokumen yang sepatutnya menjadi tugas Putih.

“terima kasih ya.. ni yang buat...” Putih ketawa kecil.

“Sayang?” soal Khir tanpa memandang wajah Putih.

“Hmm?” soal Khir lagi. Putih mengangguk. Khir ketawa.

“Siapalah yang sayangkan awak tu” kata Khir pula.

Muka putih berubah. Hatinya sedikit tersinggung dengan usikan Khir tadi.

“Tak sayang sudahlah. Siapa yang sayangkan awak juga?” marah Putih. Khir masih gelak.

“Tadi mengaku sayang” kata Khir.

“Siapa suruh awak tanya?”

“Siapa suruh awak jawab”

“Habis tu muka dah gatal macam tu. Tak payah mengaku pun orang boleh tahu” kata Khir. Dia memandang wajah Putih.

“Awak cakap saya gatal?. Yang awak intai saya kat luar rumah tu tak gatal?”

“Mana ada saya intai. Awak yang cakap dengan tembok. Sayang, rindu kat sayalah” Khir juga berdiri.

“Tapi memang awak intaikan?. Kalau tak intai mana awak tahu saya cakap dengan tembok?”

“Saya tak intai” tegas Khir.

“Intai!” marah Putih pula.

“”Hei,, jangan perasanlah. Saya bukan intai awak!” cebik Khir.

“Habis tu?”

“Saya intai Loma kesayangan saya. Rambutnya, bibirnya dan wajahnya membuatkan saya rinduuuuuuuu sangat!” kata Khir.

Mata Putih membulat.

“Saya macam nak cekik awak!” marah Putih lagi.

“Dah.. nak balik!” kata Putih.

“Hei... awak habiskan kerja awak! Saya tak mahu tolong” tegas Khir.

“Tak nak! Buat sendiri.. menyampah!!!” Putih terus keluar dari bilik Khir dan dengan selamba dia pulang ke rumah.

Loma membuka pintu. Kunci Putih tertinggal di pejabat. Jenuh dia mengetuk pintu sebelum Loma membukanya.

“tanter ni.. kenapa kejam sangat” kata Putih dengan nada perlahan.

“Pergilah cari lelaki lain. Yang itu juga nak. Kalau tanter nak sangat ambillah dan tanter jangan ingat boleh bahagia dengan merampas kebahagiaan anak yatim piatu ni. Senyum tanter manis konon!.... huh” Putih terus naik ke biliknya.

“Erk... apa cerita ni?. Aku tak tahu apa – apa pun. Apa kena mengena rambut aku dengan dia?” Loma memegang rambut awan nanonya dengan penuh tanda tanya.


6 comments:

  1. terbaik kak x tahan saya lawak giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh...
      terima kasih ya baby mio
      sayang adik!

      Delete
  2. tapikan berkawan dgn org yang tiga suku ni menghiburkan kerana mereka tak pernah nak terasa hati lama2 dan tak simpan dalam hati...tapi jangan smpai org macam ni terguris hatinya kerana sekali terluka selamanya terasa...kan izakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullll... pandai kalam!
      memang begitu. macam orang yang jarang demam,
      sekali demam sampai tak boleh bangun :)
      terima kasih ya Kalam
      sayang awak!!!

      Delete
  3. Awak nak komen sambil gelak tak boleh lah...tapi memang kelas lawaknya... kalau panggil onion tak mau panggil garlic okey gak...atau sengkatannya garl...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha....padanlah rasa macam ada tak kena. rupanya garlic tu..onion tu bawang jee... terima kash seri ayu.. baru den perasan.. hikhik
      sayang awak!

      Delete