Friday, 1 February 2013

BAWANG PUTIH URBAN - bab 5 & 6


  BAB 5

“Mana dokumen?” soal Tengku Khairudin.

“Dekat Encik Khir. Semalam dia tolong buatkan” jawab  Putih.

“Apa?. Kau suruh bos paling atas kau buatkan kerja kau?” terbeliak mata Tengku Khairudin. Seperti biasa cermin matanya ditanggalkan. Dia memicit pangkal hidung.

“Tapi Encik Khir tak buatkan pun” jawab Jasnita tanpa dipinta.

“Tak apalah, saya buat sekarang” kata Putih.

“Mana sempat” marah tengku Khairudin. Putih tunduk. Dia tahu memang dia bersalah. Khir masuk ke dalam bilik Tengku Khairudin. Dia meletakkan proposal ke meja Tengku kahirudin.

“Dah siap” kata Khir dan apabila dia berselisih dengan Putih, hanya jelingan yang mampu dia berikan. Arghhhhh..... hati Putih menjerit. Bersalahnya aku!. Putih kembali semula ke mejanya.

Setelah mesyuarat selesai, Putih melangkah masuk ke bilik Khir.

“Hmm.. nak apa?. Loma kirim salam ke?” soal Khir sambil meneguk air teh yang baru dibancuh oleh Kak Betty tadi.

“Uihhhhh.... Loma..Loma!. Saya minta maaf pasal semalam” pinta Putih.

“minta maaf saja” Khir menjungkitkan keningnya.

“Habis nak minta apa pula?”

“Tak nak minta kasih sayang saya?” Khir senyum mengulum. Putih memusingkan badannya. Dia mengerutkan mukanya sambil tersenyum lebar. Putih berpaling semula dengan muka selamba.

“Tak ada kasih yang ada untuk diberikan” jawab Putih.

Khir ketawa. Dia mendekati Putih. Sangat hampir. Putih berundur ke belakang.

“kenapa berundur?” soal Khir.

“Mana boleh dekat – dekat begini” jawab Putih tanpa memandang wajah Khir.

“Kenapa?. Bukan saya sentuh awak pun?” sengaja Khir menduga Putih.

“memang tak sentuh kulit tapi sentuh hati” jawab Putih jujur. Khir senyum mengulum.

“Kiranya dipanah asmaralah ni?”

Putih memandang wajah Khir. Oh.. nak main nakal ya?. Kau ingat aku bodoh Khir?. Kau belum kenal siapa Putih berseri ni... Putih senyum nakal.

Dia bergerak ke hadapan. Khir cepat – cepat berundur ke belakang. Putih tahu Khir sengaja menduganya. Kalau dia mahu menyentuhnya, sudah pasti dia tidak akan berundur. Putih maju ke hadapan lagi. Khir berundur ke belakang. Dia menelan air liur.

“Kenapa?. Dipanah asmara ke?” soal Putih. Khir berdehem.

“Eeee... kau orang buat apa ni?. Maksiat tau tak!!!” jerit Eddy. Putih dan Khir terperanjat. Eddy menggoyangkan jari telunjuknya berkali – kali.

“Putih.. no,,no..no...kahwin dulu ok?” tambah Eddy. Wajah Putih merah padam.


“Wei.. kau jangan fitnah aku” Putih memberi amaran. Eddy senyum simpul dan terus keluar dari bilik Khir setelah meletak beberapa dokumen di atas meja.

“Hmm... cik Bawang Putih, jangan goda majikan lagi ya?. Anda boleh dikenakan hukuman tatatertib di atas perbuatan awak tadi” kata Khir.

“Apasal saya pula?” suara Putih sedikit tinggi.

“Awak goda saya tadi kan?. Kan? Kan kan?” Khir tersengih – sengih. Putih menghampirinya. Dengan sengaja Putih memijak kaki Khir.

“ini awak punya goda!” kata Putih dan terus keluar dengan wajah yang tidak puas hati. Khir menggosok – gosok kakinya.

“Fulamak.. ganas betul cinta aku ni” kata Khir.

“Aku nak bergurau saja. Aduh... susah betul!” rungut Khir.

Khir sengaja berulang alik keluar masuk dari dalam biliknya ke pantry. Dia sedikit hampa apabila Putih langsung tidak mahu memandangnya. Akhirnya Khir sengaja mendekati meja Putih setelah usahanya tidak berhasil. Dia mengetuk – ngetuk pen hitamnya ke meja Putih yang sentiasa kemas. Putih buat endah tak endah. Hatinya masih sakit. Bukannya dia gatal snagat sampai nak menggoda lelaki tak tentu pasal.

“Boleh pinjam bullet?” soal Khir.

“Dalam bilik Encik Khir kan banyak” jawab Putih.

“Tapi tak sama”

“Apa yang tak sama?”

“Bullet yang ini penuh dengan rasa cinta” sengih Khir.

“Cinta dalam bullet yang ini dah hilang pun cintanya. Dah tawar” kata Putih. Khir menggaru – garu kepalanya.

“Tapi rasa cinta dalam bullet ni masih berseri. Nampak tu, masik berkilat. Tak berkarat pun” masih mahu memujuk. Eddy pening kepala. Dia yang berdiri di belakang Khir makin tak faham.

“Tak nak kasilah. Pergilah cari bullet Loma”

Eddy meletakkan bullet staplernya ke meja Putih. Dia memandang Khir yang sedikit terkejut.

“Kami pun ada bullet Encik Khir. Malah Shey Im beli di tempat yang sama. Ambillah. Nak sekotak sekali pun boleh” Eddy mengangkat – angkat keningnya. Khir terus masuk ke dalam biliknya. Menyibuk sahaja Si eddy ni.. rungut Khir.


                             ***************


Eddy berlari – lari mendapatkan Khir di dalam pejabat.

“Cepat Encik Khir.. cepat!!!” jerit Eddy. Satu pejabat kecoh. Khir bangun dari kerusinya.

“apahal?”

“Putih tumbuk staff office sebelah. Tengah gaduh besar tu” Eddy terus menarik tangan Khir keluar. Mereka yang lain turut keluar bersama. Tengku Khairudin yang tak tahu apa – apa itu pun turut keluar sama. Khir mengucap. Kelihatan Eksekutif di syarikat perkapalan itu sedang terduduk sambil memegang dagunya.

“Kau sentuh aku lagi, kepala kau pula aku cabut” marah Putih. Khir menghampiri Putih.

“hei.. yang awak tak pasal – pasal tumbuk orang ni kenapa?” soal Khir.

“Dia pegang saya’ jeling Putih.

“Pegang kat mana?” soal Khir.

“Pinggang. Orang kata tak nak keluar dengan dia sudahlah!. Tak payahlah nak tarik pinggang orang”  Putih ingin menumbuk lelaki itu sekali lagi tetapi di tahan oleh Shey Im.

“Dia pegang dekat pinggang?” soal Khir sekali lagi. Putih mengangguk. Khir menyingsing lengan bajunya. Satu tumbukan hinggap di pipi kiri lelaki itu. Tumbukan yang kuat itu menyebabkan lelaki itu terbaring di lantai. Semua terlopong melihat Khir yang selamba menumbuk lelaki itu sekuat hati.

“Jangan sentuh dia lagi. Aku yang kekasih dia pun tak pernah sentuh dia, kau nak sentuh!. Hei.. ingat!. Dia aku punya jadi jangan nak sentuh. Kalau kau nak sentuh, kau sentuh saja Eddy ni” kata Khir.

“Ewwww.... jahatnya Encik Khir ni!” Eddy menumbuk belakang badan Khir. Putih terlopong.

“Awak tak apa – apa?” soal Khir lagi. Putih menggeleng.

“Owhhhhhhh... so romantic” Putih tersenyum bahagia. Lelaki tadi bangun dan terus masuk semula ke dalam pejabatnya. Tengku Khairudin menggeleng kepala. Apalah yang Si khir ni gilakan sangat Si Bawang ni?. Ganas!... fikir Tengku Khairudin.


Putih pulang dengan senyuman yang meleret. Dia masih terbayangkan peristiwa di pejabat petang tadi. Dia membuka pintu. Wajah Loma yang bengis itu langsung tidak diendahkannya.

“Bawang! Bawang!!” panggil Loma. Putih tidak menjawab sebaliknya terus masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Dia duduk di hadapan cermin meja solek selepas memakai baju.

“Aku jatuh cinta atau cinta jatuh aku? Khir? Bos?.. macam tak percaya saja. Hmm.. aku sukalah bila Khir pertahankan aku tadi. Macam sang putera menyelamatkan Puteri raja” sengih Putih. Dia memejam matanya.

“Bawang!!!!!!” jerit Loma. Putih terperanjat. Cepat – cepat dia turun ke bawah.

“Ikut aku pergi pasaraya. Nak beli barang dapur ni. Beli guna duit kau” kata Loma.

“Mana ada gaji lagi” rungut Putih.

Loma mengeluh. Dia rasakan sudah agak lama Putih bekerja tetapi masih belum dapat duit gajinya. Loma memandu ke sebuah pasaraya berhampiran rumah mereka. Putih menolak troli mengekori Loma yang sedang asyik memilih barang. Tiba – tiba Loma kelihatan malu – malu. Dia membetulkan rambutnya. Bajunya ditarik sedikit.

“Khir..” panggilnya. Mata Putih terbeliak apabila melihat Khir tersenyum kambing menghampiri mereka berdua.

“Hai Loma sayang...” senyum Khir. Putih menggeleng kepala. Meluat ya amat!!!!!.

“Khir beli apa di sini?” soal Loma.

“Loma rasa?” senyum Khir. Matanya mencuri pandang wajah Putih yang sudah pun mencuka.

“Loma rasa.. Loma rasa.. Khir intip Loma ya!” manja sekali cara Loma melayan Khir.

“Betul!!!!!” balas Khir. Putih terbatuk – batul. Dia berdehem dengan kuat. Khir senyum.

“Khir dan mamam?” soal Loma.

“Eeee... tolonglah!” kata Putih. Loma menoleh ke belakang dan menjeling tajam Putih yang tidak habis – habis mencebik.

“Belum Loma... Loma nak ajak Khir mamam?”soal Khir.

Putih menekup kedua belah telinganya. Geli, menyampah,... semua ada.

“Aaaa.. pandai!. Mari kita makan di restoran depan tu’ Loma menggedik – gedik. Dengan usianya yang hampir separuh abad itu, agak membuatkan orang lain muak melihatnya. Loma terus memaut lengan Khir. Cepat – cepat Putih mencelah di antara Loma dan Khir.

“hei Bawang! Siapa nak bawa troli tu?’ marah Loma. Khir mengenyit mata.

“Tanter la yang bawak. Putih dah penat asyik tolak troli” Putih tidak mahu berganjak.

“Kau nampak aku nak berjalan dengan Khir kan?”

“Tak nampak” jawab Putih pula.

“Tolak sekarang!”

“Tak nak!”

“Aku nak jalan dengar Khir” tegas Loma. Putih sudah naik angin. Dia menggenggam baju.

“Ikut saya” arah Putih. Khir hanya menurut. Dia menahan ketawa. Mahu tergelak melihat Putih yang seperti tidak dapat menerima hakikat Loma memang menyukainya.

“Hei.. kau bawa Khir ke mana tu?. Kau balik sini” jerit Loma. Bebarapa orang pelanggan pasaraya itu memandang Loma.

“Tanter balik sendiri. Putih nak balik dengan Khir” jerit Putih.

“Apa?. Kau memang nak kena !!!” jerit Loma. Dia tidak peduli lagi akan pandangan orang lain. Dia memang benar – benar mahu memukul Putih ketika ini.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta, Putih memandang tepat ke dalam anak mata Khir.

“Jawab jujur.. awak nak mak tiri saya atau pun saya?”

“Siapa lagi best?” soal Khir.

“Best apa?” soal Putih kembali

“Best melayan saya sebagai kekasih. Tak marah – marah saya. Tak cubit saya. Tak benci saya. Awak dengan Loma siapa yang pandai bermanja – manja?” soal Khir.

“apa? Awak ingat saya ni ganas sangat ke?” soal Putih. Nada suaranya semakin rendah. Tidak setinggi tadi.

“memang. Ganas, garang dan ikut kepala sendiri. Teringin juga nak tengok awak lemah gemalai macam Loma” kata – kata Khir itu memang mencabar keyakinan Putih.

“Ok.. nak lemah gemalai macam Loma. Pergi kahwin dengan Loma labanda Hollahoop tu!. Lepas kain, berhollahoop sangatlah dengan dia” kata Putih dan membuka pintu kereta untuk keluar. Cepat – cepat Khir menarik hujung tudung Putih.

“Ni yang tarik – tarik ni kenapa” Putih menoleh. Khir senyum.

“menarik cinta hati saya ke pangkuan saya kembali”

“Apa cinta hati?.. Si Labanda tu?” soal Putih.

“Awaklah.. “ khir ketawa kecil. Putih menutup pintu kereta kembali.

“Apa tak kena dengan awak ni?. Lemah pundi kencing macam Jas tu ke?” soal Putih. Khir ketawa.

“Awak ni pakai sempurna macam perempuan lain. Wajah ayu sangat tapi garang... tak tahu nak komen apa. Takut juga saya kalau kahwin dengan awak nanti saya kena dera” masih mahu membangkitkan kemarahan Putih.

“Saya dah naik angin ni” kata Putih.

“Saya pula semakin naik cinta”

“Awak jangan mengada – ngada”

“Saya suka mengada – ngada dengan awak” sengih Khir. Putih benar – benar marah.

“Eeeee.. geram betul!”

“Eee.. suka betul!” ajuk Khir.

“Suka apa?”

“Suka awaklah. Awak nak saya suka Loma Labanda Hollahoop ke?” soal Khir dengan nada yang sangat lembut. Putih terdiam. Khir tidak menyambung kata – katanya lagi sebaliknya terus menghantar Putih pulang ke rumah. Sebaik sahaja Putih masuk ke dalam tumah, Khir ketawa besar. Suka benar melayan perasaan amarah Putih kerana cemburukan ibu tirinya sendiri.

                  **********************

Berdesing telinga Putih mendengar leteran Loma . bebelannya tidak henti – henti hingga membuatkan Maya juga naik rimas. Dia dan Maya keluar senyap – senyap untuk berjalan ke Bandar. Hari minggu begini membuatkan hati mereka memberontak mahu menghilangkan tekanan.


Masuk ke sebuah pusat membeli belah adalah satu kemestian bagi mereka berdua. Maya menarik tangan Putih masuk ke dalam pusat permainan yang terletak di tingkat atas itu.

“Kita main Daytona!” Maya mengenyit mata.

“Ishhh.. macam budak – budak pula” Putih tidak mahu. Maya merajuk kerana tidak dapat bermain permainan lumba kereta itu. Kerana kasihankan Maya, yang baru sahaja berumur 18 tahun itu, Putih mengikut sahaja kemahuannya.

“Kita lumba kak” ajak Maya. Putih berluma dengan Maya. Mereka ketawa terbahak – bahak. Setelah puas bermain, mereka berdua keluar dari pusat permainan itu dengan gelak tawa yang semakin berbaki. Langkah Putih terhenti. Tengku Khairudin menggeleng kepala memandangnya.

“Kau ni kan.. aku makin tak faham!” kata tengku Khairudin. Putih memandang sekeliling.

“Cari Khir?” soal Tengku Khairudin.

“Dia tak adalah. Aku datang seorang saja” kata tengku Khairudin. Putih bantai gelak melihat Tengku Khairudin yang sangat bergaya dengan suit hitamnya.

“Ini mall tau?. Bukan pusat perniagaan yang kau nak pakai macam ni” kata Putih. Tengku Kahirudin mencebik.

“Aku baru pulang dari seminar” jawabnya dengan suara yang mendatar.

“Seminar apa?. Seminar cara – cara buat karipap?” ketawa Putih. Tengku Khairudin menggetap bibirnya.

“Oooo.. sedap kau kutuk aku ya?. Yang kau pergi main Daytona tu tak pelik” soal Tengku Khairudin pula, dia menanggalkan bajunya. Yang tinggal hanya kemeja biru muda berlengan panjang.

“Itu hal kitorang lah. Aku nak makan. Kau nak ikut?’ pelawa Putih. Tengku Khairudin berkira – kira.

“Kau tak kan buli aku kan?” soal tengku Kahirudin. Putih ketawa terkekeh – kekeh. Tengku Khairudin membawa mereka ke sebuah restoran makanan jepun.

“Tak naklah makan benda mentah tu” Putih tidak mahu masuk. Tengku Khairudin mengeluh. Dia memandang Maya yang hanya tersenyum.

“kau ni tak pernah makan sushi ke?’ soal tengku Khairudin. Putih menggeleng.

“Kau nak makan kat sana kau makan. Aku nak makan mee sizzling kat sana” Putih memandang sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari situ. Tengku Khairudin mengeluh. Terpaksa mengikut kata mereka berdua. Masuk sahaja ke dalam restoran Putih terkebil – kebil memandang Khir bersama seorang wanita yang agak muda usianya. Tengku Khairudin mengerling Putih.

“Kita makan tempat lain” ajak Tengku Khairudin. 

“kenapa?. Kau takut rahsia lelaki itu pecah ke?” soal Putih.

“Lelaki itu?” soal Tengku Khairudin. Dia menggaru – garu kepala.

“Bos kau tu!” Putih memuncungkan bibirnya.

Khir menoleh. Dia agak terkejut apabila melihat Putih berdiri di hujung restoran sambil memandang tepat ke wajahnya. Tengku Khairudin fikir Putih akan mengamuk tetapi sangkaannya meleset. Putih tersenyum dan menghampiri mereka berdua. Muka Khir sedikit pucat.

“Siapa ni sayang?’ soal wanita itu. Putih membulatkan matanya. Tengku Khairudin menekup mukanya. Dia memandang Maya yang hanya tercengang – cengang.

“Encik, nak tempah tempe tak?. Saya mengusahakan tempe secara besar – besaran. Kalau encik mahu, nanti saya bawa sampel ke syarikat encik. Sekejap ya, saya beri nombor telefon” Putih mengambil buku nota kecil dan mula menulis. Setelah menghulurkan nota itu kepada Khir, dia terus pergi. Tengku Khairudin berbelah bahagi. Mahu mengikut Putih ataupun tidak. Khir membaca nota yang diberikan oleh Putih

KALAU AKU TAHU KAU BUAYA DARAT, LAUT, SUNGAI MACAM NI, MEMANG AKU TAK IZINKAN MATA AKU MEMANDANG KAU LANGSUNG. SEBELUM KAU GOODBYE KAN AKU.... SELAMAT TINGGAL LELAKI!

Khir memejam matanya. Dia menoleh ke arah Lisa yang hanya memandangnya tanpa mengerti apa – apa.

Tengku Khairudin mengekori Putih hingga keluar dari Pusat membeli belah itu. Dia cuba mengintai wajah Putih yang sudah pun merah padam. Tiada setitis air mata pun yang keluar. Putih berpaling. Dia menghadap Tengku Khairudin.

“Hei.. kau tahu kan yang dia ada kekasih?” soal Putih. Tengku Khairudin teragak – agak untuk menjawab. Putih sudah pun menggenggam penumbuk. Tengku Khairudin semakin kecut perutnya.

“Jawab!” marah Putih. Tengku Khairudin mengelak.

“Ya lah.. kau tu jiran dia kan. Takkan kau tak pernah nampak minah tu datang rumah dia?” Tengku Khairudin bersandar. Pening kepalanya.

“Kenapa kau tak beritahu aku?” soal Putih lagi.

“Buat apa nak beritahu orang yang selalu berlagak dengan aku?” jeling Tengku Khairudin. Putih membisu. Dia mengeluh. Maya memegang bahu Putih.

“maya pening. Sebenarnya Abang Khir tu nakkan akak ke, perempuan tu ke tau mama?” soal Maya. Sangat keliru. Tengku Khairudin terkejut besar.

“Apa?. Mak korang pun dia ayat ke?” tengku Kahirudin ketawa besar. Putih hilang sabar. Kali ini satu tumbukan hinggap ke lengan Tengku Khairudin.

“Woi,.. aku gelak saja kan?”

“Tapi cara dia macam baik sangat. Tak sentuh aku, menghormati aku” Putih duduk di kerusi.

“Siapa berani nak sentuh singa betina macam kau” cebik Tengku Khairudin.

“Yang kau ni pun agaknya sama dengan dia!. Curang dengan tunang kau” teka Putih. Muka tengku Khairudin berubah.

“Aku dah kena cerai” jawabnya dengan nada sedih. Putih ketawa.

“Apasal kau ketawa?. Seronok sangat kalau aku tua tak kahwin?” soal tengku Khairudin.

“Tak apalah, kalau Kak Putih dan Abang tengku kahwin pun okey. Sama padan. Kan Kak Putih kata suka lelaki yang hidungnya mancung tapi tak besar macam ni. Lagipun Abang tengku ni lagi kacak dari Abang Khir” sengih Maya.

Putih dan Tengku Khairudin berpandangan sesama sendiri. Dua – dua membisu. Tiada apa yang boleh mereka katakan. Tengku Khairudin  tunduk tetapi matanya masih mencuri pandang wajah Putih.

“Apa pandang – pandang?” soal Putih dengan kasar. Tengku Kahirudin terperanjat.

“Ha.. tengok! Tengok!... dia ni ganas dik, siapa nak ambil buat bini” adu Tengku Khairudin.

“Tapi bila dia bercinta nanti hilanglah ganas dia” sengih Maya. Mahu sahaja Putih mencubit – cubit mulut maya yang sentiasa celupar itu.

“Aku nak berhenti kerja. Sakit hati tengok jantan begitu. Kau ingat! Esok aku tak kerja. Aku nak cari kerja lain” Putih bersuara. Tengku Khairudin agak tidak senang dengan keputusan Putih itu. Dia cuba mencari jalan.

“Ha.. apa kata kau kerja.. hmm..kerja.. buat air sahaja untuk aku. Tak payahlah berurusan dengan dia. Hari – hari kau Cuma buat air” sengih tengku Kahirudin.

“Hei... kau nak mengurat aku pula ke?” duga Putih. Dahi tengku Khairudin sudah pun berpeluh.

“Eh,.. taklah” sangkal Tengku Khairudin. Putih terus meninggalkannya di situ. Tengku Khairudin ketawa kecil.

“aku pun dah macam orang sewel..” sengihnya..


                               
                                BAB 6


“Kau sengaja beritahu dia pasal aku dengan Lisa kan?” Khir cuba menuduh. Berkerut dahi Tengku Khairudin mendengar tuduhan yang di lemparkan itu.

“Aku pun kebetulan lalu di situ. Mana aku tahu” terang Tengku Khairudin.

“Kau memang sengaja Din. Kenapa?. Kau pun nak pada dia?”

“Ini dah lebih... Allah itu Maha Berkuasa. Dia tak mahu kau mempermainkan Putih tu macam kau mainkan perempuan lain. Sudahlah Khir.. kau dah janji nak kahwin dengan Lisa, jadi kahwin saja dengan dia” kata Tengku Khairudin. Khir naik angin. Sebelum semuanya melarat, Tengku Khairudin keluar dari bilik Khir yang sudah dirasakan agak bahang dengan kemarahan Khir. Tengku Khairudin terus keluar dari pejabat. Anginnya tidak baik pada hari itu. Kalau tidak kerana dia terpaksa bekerja di situ atas nasihat bondanya, sudah tentu sudah lama dia membuka syarikatnya sendiri. Abang  sesusuannya itu kadang kala agak melampau.


Loma membebel lagi.

“Bodoh! Gaji tak dapat lagi dah berhenti!!” jerit Loma. Putih menjeling. Dia terus membasuh beras.

“Tak naklah kerja di situ lagi” kata Putih.

“Habis kau nak kerja apa?” soal Loma. Dia menjegilkan matanya yang sememangnya bulat itu.

“Ishh.. tak payahlah jegil sampai macam bola mata tu. Tak menawan pun tanter. Habis masak ni saya pergi cari kerja”

“Iyalah tu” cebik Loma.

“Iyalah.. sabar sikit boleh. Nanti tak makan baru tahu. Tanter ni cuba kurangkan sikit had kekerapan bercakap tu” bebel Putih pula.

“Sudah!. Cepat masak. Nanti cari kerja” arah Loma dan terus pergi meninggalkan Putih di dapur. Putih termenung. Dia kecewa dengan Khir tetapi dia sangat bersyukur kerana tidak terlalu mengharapkan Khir  sebelum rahsia lelaki itu terbongkar. Nasihat ibunya agar tidak sewenang – wenangnya menyerahkan semua rasa cinta pada seorang lelaki itu benar – benar menyelamatkannya dari menanggung derita. Telefonnya bordering. Suara tengku Khairudin kedengaran di talian.

“Ha.,. nak apa” soal Putih.

“Jom keluar kejap. Ada benda nak cakap” kata Tengku Khairudin. Setelah siap memasak, Putih terus bersiap – siap untuk keluar. Dia menunggu kereta tengku Khairudin di perhentian bas. Setelah Tengku Khairudin sampai, Putih terus masuk ke dalam keretanya. Putih memakai tali pinggang keledar dan terus memandang Tengku Khairudin yang dari tadi memandangnya.

“kenapa nak jumpa aku?” soal Putih. Tiada jawapan. Senyuman dan pandangan mata Tengku Khairudin yang masih melekat padanya membuatkan Putih rasa sedikit rimas. Putih memetik jarinya.

“Kita kahwin nak?” soal Tengku Khairudin.

Terperanjat besar Putih mendengarnya. Dia terus memukul badan  tengku Khairudin dengan beg tangannya. Cepat – cepat Tengku Khairudin menangkap beg tangan Putih.

“Kau gila???. Kau nak kahwin dengan aku yang kau tak berapa nak kenal ni?. Kau ni memang..” Putih menampar – nampar lengan tengku Khairudin sekuat hati.

“Apa salahnya?. Kahwin kan?. Bukan buat maksiat pun!” kata tengku Khairudin. Putih menggeleng kepala.

“Kau nak kahwin dengan aku kenapa?. Aku tahu bukan sebab cinta!. Kau Cuma nak..”

“Hei.. jangan ingat best sangat lah kau tu!. Sampai aku nak.. ni, aku Cuma dah malas nak bercinta lepas tu putus. Bonda aku kata bercinta lepas nikah lagi nikmat” terang tengku Khairudin.

“Ha.. nikmat! Kan aku dah kata!” marah Putih terus – terusan.

“Otak kotor betul!” jerkah Tengku Khairudin pula.

“Kita kahwin sajalah. Kalau tak nak bagi pun tak apa. Bukan aku hadap sangat pun. Aku nak buktikan kata bonda aku tu betul”

“Kau ingat aku ni bahan eksperimen. Ingat aku ni tikus ke apa?. Gilalah kau ni!!!!!” Putih ingin keluar tetapi tengku Khairudin cepat – cepat menahan tali pinggang keledar yang dipakai Putih itu dari dibuka.

“Aku memang tak cintakan kau tapi aku dah suka. Buat apa kau nak tunggu lelaki lain. Kita kahwin sahajalah. Ok.. bilik asing – asing. Janji kita kahwin” Tengku Khairudin masih mahu memujuk Putih.

Dush!!!..

Bengkak mata tengku Khairudin di tumbuk oleh Putih. Terpinga – pinga tengku Khairudin di buatnya.

“Kau nak isteri macam aku ni?. Kau nak kena tumbuk hari – hari?” soal Putih. Tiada jawapan. Hanya kedengaran suaranya yang mengerang kesakitan. Rasa bersalah pula melihat Tengku Khairudin dalam kesakitan seperti itu. Putih cepat – cepat minta maaf. Dia terus pulang. Angin satu badan apabila tengku Khairudin mahu buat kerja gila seperti ini.

                        *******************************


Sudah seminggu Putih memikirkan cadangan Tengku Khairudin. Khir tidak lagi menghubunginya. Setiap kali mereka bertembung, Khir pasti akan menundukkan kepalanya. Sejak dua menjak ini juga Loma selalu menyakitkan hati. Kesakitan emosinya sudah tidak tertahan.

Putih bersama – sama Eddy pergi ke rumah tengku Khairudin.

“Kau nak buat apa pergi rumah dia?” soal Eddy sambil tangannya memicit loceng rumah tengku Khairudin. Pintu rumah Tengku Khairudin di buka. Melihat Putih di hadapannya membuatkan mulut Tengku Khairudin terkunci. Putih menarik nafas dalam – dalam.

“Kahwin dengan aku” kata Putih. Eddy seperti mahu pengsan mendengarnya.

“Apa?” soal tengku Khairudin.

“aku tahu aku pun dah gila macam kau. Aku tak tahu kenapa tapi kaki aku suruh datang sini dan mulut aku nak kata, aku nak  kahwin dengan kau dan kau kena juga kahwin dengan aku!” tegas putih. Pintu rumah Tengku Khairudin dibuka lebih luas lagi. Semua yang berada di situ tercengang – cengang memandang Putih.

“siapa diorang?” soal Putih.

“Bonda dan keluarga aku” kata tengku Khairudin. Bonda Tengku Puteri Aishah tersenyum manis memandang Putih.

“Mak kau?”

“Iyalah”

“kenapa tak cakap?”

“Dah cakaplah ni” senyum Tengku Khairudin. Putih terus berlari masuk ke dalam kereta Eddy. Dia menekup mukanya dengan bantal kecil di dalam kereta Eddy. Tengku Khairudin masih terpaku di muka pintu. Eddy masih terduduk di situ. Dia tahu Putih itu gila – gila tetapi tidak sangka segila ini. Bonda membuka pintu kereta Eddy dan terus menarik tangan Putih keluar.

“Khai dah jumpa puteri Khai nampaknya” Bonda terus mencium pipi Putih.

“Maaf makcik. Saya tak tahu makcik ada. Aduh... malunya” muka Putih merah padam.

“Terukkan?” Putih menggigit bibirnya.

“agak drastic tapi bonda suka” gelak bonda.

“Bila?” soal Tengku Khairudin.

“Sekarang pun boleh” senyum Putih. Semua tergelak mendengarnya.


                           *************************

Mereka berdua masuk ke dalam rumah tengku Khairudin yang sudah di hias indah. Perkahwinan yang meriah dua hari lepas berjalan dengan lancar. Putih mengamanahkan Maya agar menjaga rumahnya dengan baik. Khir tidak datang ke majlis persandingan itu.

“Kau duduk bilik bawah. Aku bilik atas” kata Putih.

“Amboi.. kau nak bilik besar sahaja ya?. Itu bilik aku. Kau yang kena duduk billik bawah” Tengku Khairudin tidak bersetuju dengan cadangan Putih itu.

“nanti kau intai aku” jeling Putih.

“Hek eleh... kau ingat kau cantik rupawan ke sampai aku nak intai kau”

“Habis tu yang kau tersengih – sengih masa bersanding tu apanya?. Mesti kau tengok aku cantik kan kan kan” Putih menolak bahu Tengku Khairudin.

“Ha.. cakap sajalah kau nak sentuh aku” Tengku Khairudin senyum nakal. Putih terus mengesat tangannya.

“Ishh.. ya lah... kau naik tingkat atas. Kau jangan intai aku” tengku Khairudin pula memberi amaran.

Putih penat mengemop lantai. Dia yang teramat mengantuk itu tidak berdaya untuk menaiki tangga ke biliknya. Dengan mulut yang terkuap – kuap Putih terus masuk ke dalam salah satu bilik di bawah. Putih sudah tidak sanggup membuka matanya lagi. Dia terus baring. Tengku Khairudin terperanjat apabila melihat Putih yang sedang lena dikatilnya sewaktu dia keluar sebentar membeli makanan buat mereka berdua. Tersengih – sengih Tengku khairudin melihatnya.

“Nak goda aku lah tu” sengih tengku Khairudin. Dia mendekati Putih. Rambut putih yang ikal mayang melepasi paras bahu itu memang membuatkan wajahnya kelihatan benar – benar ayu. Tangan Tengku Khairudin cuba untuk menyentuhnya.

“Kau buat apa ni!!!” jerkah Putih. Tengku Khairudin memegang dadanya kerana terkejut.

“Kalau dah lelaki, lelaki juga!. Suka ambil kesempatan” marah Putih. Dia terus bangun.

“kau yang ambil kesempatan tau! Kalau gatal tu gatal juga. Lepaskan rambut konon. Tidur cara ratu cantiklah konon. Sengaja kan..” perli tengku Khairudin.

“Kau keluar dari bilik aku” arah Putih. Tengku Khairudin tidak berganjak.

“Keluarlah.” Pinta Putih.

“Wei.. kau sedar tak yang kau masuk bilik siapa ni. Kalau nak bermanja dengan aku, cakap sajalah, tak payah nak buat – buat alasan begitu. Lagipun, kalau kau serah secara rela pun aku tak inginlah. Aku tengok kau ni pun dah macam ikan flower hon bunting” sengih Tengku Khairudin.

“Kau kan..” Putih cuba memukul Tengku Khairudin. Belum sempat tangan Putih singgah ke dadanya, pinggang Putih sudah dirangkul lebih awal. Dua – dua tergamam. Tengku Khairudin cepat – cepat melepaskan tangannya dari pinggang Putih. Mereka terdiam dan terpaku di situ.

“Aku ada beli makanan. Nanti kau makan” kata tengku Khairudin dan terus keluar dari biliknya. Putih tunduk.

“kenapa hati aku berdebar?’ soalnya sendiri...

Mereka berdua makan bersama di meja makan. Melihatkan tengku Khairudin yang terkebil – kebil membuang tulang ikan membuatkan Putih ketawa.

“Kesian ikan tu dimakan orang yang tak tahu makan ikan” perli Putih. Tengku Khairudin tidak menjawab. Dia terus mengunyah nasi tanpa memperdulikan Putih.

Selesai sahaja makan, Tengku Khairudin menghampiri Putih .

“Selamat malam jendul. Aku nak tidur” sengih tengku Khairudin.

“Kauuuuu!!!!!!” jerit Putih menahan marah. Terdengar suara Tengku Khairudin ketawa dengan kuat dari dalam kamarnya.

6 comments:

  1. Whatt??? Putih kawen dgn tgku owhhh mcm x cayo sobab die bchenta dgn khir but kawen gn tegku huhuhu hope mereka bhgie haha naseb tgku la dpt putih yg hyperactiv kikiki abes la mmg ari2 kene tomoi gn putih wakakaka hope tgku ni dpt ubh putih jdi wanita mlayu ye kikiki opss pnjg lak membebel ishhhh pantg dpt taip ade jee ayt nk kkua sooorryyy siss hehehehehe

    #THANKS A LOT SIS COZ SKLY 2 BAB MMG PUAS ATY GILE2 HEHHEEHE MEKASIHHHHHH LOVE U SIS NGEEEE :D #

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nasib baik dia bercinta kejap je. sbb tu tak memberi kesan sangat. takper... lagi banyak tulis lagi akak suka. takdelah akak je yang tulis panjang2 hihih. sama2.. apa saja untuk lya dan yang lain.. love you toooo Lya.. :) <3

      Delete
  2. Nasib baik x kawin khir ok juga khai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok yek?.. alhamdulillah . akak ingatkan ada yang tak setuju hihih.
      terima aksih yang adik baby mio :)

      Delete
  3. tu ler jodoh pilihan Allah tak siapa yang tahu. rasanya mereka ni pasti menjadi pasangan serasi bersama hehehe iza meletop lagi.....heheheh sambung ya ciayou..ciayou.... i support you....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu.. Irna.
      tapi dalam nak jadi serasi tu banyak yang si Khai kena tahan hahha. terima kasih yang tak terhingga untuk awk yang tak jemu2 menyokong saya :0

      Delete