Monday, 28 January 2013

BAWANG PUTIH URBAN - prolog&bab 1


Pertama sekali nak bagitau sikit.. ingat tak puisi kasih untuk kekasih yang saya tulis tu. Yang hanya tergantung sampai bab 2 jer... mintak sori sangat2. Novel tu memang tak mampu nak teruskan. Memang blank habis otak..maksudnya tak dapat masuk jiwa dan raga tulis novel cam gitu... jadi bagi menggantikan PUISI KASIH UNTUK KEKASIH tu, saya gantikan dengan novel baru nak tak.. ok, tajuk novel terbaru ni tajuknya “BAWANG PUTIH URBAN”  kita start sekarang...


Prolog...

Aku bawang putih. Itu nama sebenar aku sampai kena gelak dari mula aku masuk sekolah rendah sampai lah ke sekokah menengah. Malah lepas SPM pun kalau aku jawab nama aku siapa... orang akan gelak. Pernah seorang mamat kilang yang duduk dekat kawasan rumah aku tu tanya kat aku dengan senyuman sinis....suci sangat ke kau bawang putih?. Nak aku jadi putera?.. lepas tu dia lari kenapa?. Sebab aku baling dengan selipar jepun yang dah lama aku tak pakai. Tahu kau takut ya!. Betul aku tak sebaik bawang putih dalam kisah dongeng tu. Mak tiri?.. harus ada. Mungkin mak aku tahu yang aku akan dapat mak tiri, sebab tu dia bagi nama bawang putih. Nama Putih aku tak kisah tapi bawang tu... ish... aku ni wangi tau tak?.. tapi tak mengapa, nama itu ibu aku yang beri. Yang janggalnya nama aku bawang tapi nama mak aku Puteri Chinta. Nampak tak betapa ketara buruknya nama aku. Mak aku pergi meninggalkan kami dua tahun yang lalu. Kebetulan hidup aku seperti kisah bawang putih.  Tapi..... aku tak selemah itu.... aku Bawang putih Binti Kamarul Zaman punya kombinasi kesucian dan kenakalan. Bodohlah aku kalau biar mereka buli aku macam kucing kurap. Adik tiri ada dua. Seorang Miza dan seorang lagi Maya Yang Maya ni satu kepala dengan aku dan lagipun dia ni suka keliru dan mengelirukan tapi yang kakak dia ni macam nak tercabut kepala aku melayan kerenah dia. Ayah aku sebenarnya dah tiada lagi. Tahun lepas dia sudah pun pergi meninggalkan aku. Aku bukannya suka sangat nak tengok wajah Loma, mak tiri aku ni tapi wasiat mak aku agar aku menjaga rumah ini sebaiknya membuatkan aku terpaksa tabahkan hati. Penat nak cerita... ok writer, boleh start bab 1 ...




BAB 1

“Bawang.. mari sini!” panggil Loma.

“Ish.. tanter ni jangan panggil bawang boleh tak?. Lagipun saya ni sebelah tanter je pun. Kenapa?” soal Putih.

“Jangan panggil aku tanter.. panggil aku auntie” marah Loma lagi. Putih mengangkat keningnya.

“Ok .. auntie nak apa?” soal Putih sambil tangannya mengelap meja makan buatan Itali yang baru dibeli oleh Loma sebulan yang lepas.

“Pergi masak” arah Loma. Putih berhenti mengelap.

“Hmm.. makanan dalam peti sejuk dah habis. Anak auntie buat kerja pembersihan dalam mulut semalam” jawab Putih selamba.

“Pergilah beli!!!”

“Mana ada duit?” jawab Putih. Sengaja mahu mengapur duit mak tirinya. Duitnya disimpan dengan selamat. Dalam cerdik ada juga bodohnya Si Loma ni.Mata Loma terbeliak. Dia mengeluarkan wang RM50 dan dihulurkan ke tangan Putih.

“Tak takut saya curi duit ni ke?. Lagipun bukan auntie tahu berapa harga semua barang. Kalau saya beli RM20, RM 30 saya boleh curi ni”  kata Putih sambil matanya merenung Loma dengan senyuman nakal.

“Dah... biar aku pergi kedai. Kalau harap kau, lingkup aku” Loma terus keluar.

“Jangan lupa beli petai. Miza sukan makan petai!!” jerit Putih sambil tersengih – sengih. Dia terus mengemop lantai.

“ingat aku buat sebab dia?... sorry sangat – sangat. Aku buat semua ni sebab ini peninggalan mak aku lah. Kalau tidak mahu berlumut rumah mak aku ni” kata Putih sendiri.  Miza turun dari tangga.

“putih, apa letak baldi dekat tangga ni?. Macam mana aku nak lalu?” marah Miza.

“Ada aku kisah?????” jerit Putih dan terus ke dapur.

“Nanti aku jatuh!” jerit Miza kembali.

“Padan muka!. Wei, mak kau pergi kedai. Nak aku lepuk kau?. Senang – senang aje aku tonyoh mulut kau dengan batang mop ni. Pergi naik! Orang tengah mop sibuk nak turun” bebel Putih. Miza tidak mampu melawan kerana ibunya tiada. Sebenarnya angin Putih boleh jadi puting beliung kalau tidak kena dengan caranya.

“Aku cakap mak aku” ugut Miza.

“Aku tak hairanlah. Pergilah beritahu, nanti aku beritahu dia yang kau ada hubungan terlarang dengan Pakcik Dolah jual air soya tu” Putih berdiri menghadap Miza yang terkulat – kulat memandangnya.

“Kau gila” kata Miza dan terus naik ke atas. Sengaja Putih ketawa dengan kuat. Masa mak dia tak ada bolehlah aku buli dia tapi kalau mak dia ada, mampus aku kena pelempang kat lengan.  Nak lempang muka aku?.. berani buatlah!!!

Loma pulang ke rumah sambil mulutnya mengomel kerana geram dengan jiran tetangga yang memanggilnya dengan panggilan ‘makcik’

“Kau pun sama!!” jeling Loma apabila Putih memandangnya.

“Apahal pula ni tanter?”

Loma hampir menampar mulut Putih kerana asyik memanggilnya ‘tanter’. Cepat – cepat Putih mengelak.

“Lain kali aku tak mahu pergi kedai. Orang kat sana buta. Ada aku yang cantik bergaya ni dia panggil makcik” geram Loma.

“Siapa yang panggil mama?” soal Miza yang sudah pun turun ke bawah. Putih mengecilkan matanya. Ooo... tahu saja mak dia dah pulang ya!.

“Si Nita anak Pak Dolah tu”.

Gulp!!... Miza menelan air liur. Putih ketawa.

“Lepas ni dia panggil nenek pula” kata Putih. Dia cepat – cepat ke belakang rumah. Mahu mengambil beberapa batang serai. Badannya dibaling dengan batu kecil.

“Wei khir... Kau nak kena pukul dengan aku ke?” marah Putih. Khir ketawa. Dia yang tinggal, bersebelahan dengan rumah Putih tersengih – sengih sambil meniup jambulnya.

“Fulamak aih... jambul baru la” gelak Putih.

“Jangan cemburu ya Bawang putih. Kau kena dera lagi ke?” soal Khir.

“Ala.. setakat penderaan mental aku boleh tahanlah. Aku akan buat mereka tinggalkan rumah mak aku ni. Jangan penderaan seksual sudah, itu aku tak sanggup” jawab Putih.

“Tada!!!!” Khir menggoyang – goyangkan coklat yang dibungkus dengan cantik. Putih ketawa.

“Mana boleh bawa masuk. Nanti tanter tu nampak”

“Tak apalah, aku bukakan” Khir terus membuka bungkusan itu.

“Tangan aku kotorlah”

“Nak yang mana?” soal Khir. Putih menjjingkit kakinya. Dia terpandangkan coklat putih berbentuk hati di hujung kotak itu.

“Nak yang bentuk hati warna putih tu”

Khir mengambilnya dan menyuap coklat itu masuk ke dalam mulut Putih.

“Hatiku untukmu” gurau Khir . Putih mengunyah coklat itu.

“Hatimu itu sangat manis hingga menakutkan aku. Itu mungkin membuatkan ku kencing manis” kata Putih.

“Walaupun kencingmu manis, aku tak kisah asalkan senyuman mu itu manis seperti selalu” tambah Khir. Putih ketawa terbahak – bahak.

“Bawang!!!!!!” jerit Loma. Kelam kabut Putih berlari mandapatkan ibu tirinya itu.

“Tu..tu dalam mulut tu kau makan apa?” soal Loma. Maya yang baru bangun tidur merenung mulut Putih.

“Sedap sangat kau mengunyah” jeling Loma.

“Ni kunyah serai ni” jawab Putih.

“Sedap ya kak?” soal Maya. Putih menggaru – garu kepalanya. Sudah!!!!!.... jangan dia pun nak kunyah serai ni sudah. Budak ni selalu blur. Main percaya cakap orang. Memang benar tekaan Putih. Maya membasuh serai itu dan terus mengunyahnya. Putih menelan air liur.

“Sedaplah kak” senyum Maya. Loma menggeleng kepala dan Putih hanya mampu tersenyum tawar. Walauupun bukan adik betul tapi agak menyedihkan apabila mempunyai adik tiri yang tersangat lurus.. lurus bendul. 

                                      *****************

Loma memandang Putih dari atas ke bawah. Baju yang dipakai Putih sangat cantik. Walaupun bukan dari fabrik yang mahal namun jahitan Putih yang kemas itu membuatkan baju itu nampak mahal.

“Miza nak baju begitu, mama” rengek Miza.

“Itu kan baju Kak Putih. Janganlah ambil” kata Maya.

“Kau buka baju tu, bagi pada Miza” arah Loma. Bibir Putih bergerak – gerak menahan marah. Dia masuk ke dalam bilik. Setelah menukar pakaian, dia terus memberinya pada Miza. Dengan perasaan gembira, Miza terus menyalinnya ke dalam bilik. Putih yang sudah pun keluar untuk membeli barangnya sendiri tersengih – sengih dan menoleh beberapa ketika ke rumahnya.

“Cantik tak?” soal Miza sambil berpusing – pusing menggayakan dress labuh bewarna ungu muda itu. Maya ketawa terbahak – bahak.

“Kau kenapa?” tengking Miza.

“Kak tak pakai seluar dalam ya?” soal Maya. Loma bangun dan memusingkan badan Miza. Matanya ,membulat apabila terpandangkan kedua – dua belah punggung anak sulungnya itu terdedah kerana digunting bentuk hati oleh Putih.

“Bawang!!!!!!!!!” jerit Loma geram dan Miza masuk ke dalam bilik dengan hati yang panas.

7 comments:

  1. Kelakar sangat -2 x tahan saya
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik... tahan - tahan.
      karang tak boleh bangun plak.
      terima kasih baby mio baca novel baru ni ya :)

      Delete
  2. Wakakakaka klaka teramat hihihi x bole nk benty golakk siss help me wahahaha terbaikk la siss go go chayokkkkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terim kasih lya...
      jangan gelak lama2 tau nanti terkoncing plak
      hehehe... alhamdulillah ..lya suka bawang putih urban ni

      Delete
  3. lawak la iza.. best! bwg putih versi lain dari yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Hartini..
      harus diversikan cara yang lain hahha..
      nak gak rasa kalau bawang putih brutal sikit :)

      Delete
  4. hahaha serius tgolek sy kak bila baca!
    kelaka giler..
    pggil tanter tu yg unik tu
    hehehe

    ReplyDelete