BAB 5
Iqram masuk ke dalam
dapur dan terus memegang bahu Jasmin yang sedang leka memasak bubur biji nangka
buat Iqram.
“Sayang.. tadi abang
nampak belon besar di atas langit masa abang pulang tadi” kata Iqram sambil
tangannya sibuk membasuh pinggan yang baru sahaja diletak oleh jasmin ke dalam
sinki.
“Belon apa bang?” soal
Jasmin. Berhenti mengacau bubur sambil memandang Iqram.
“Belon macam pasaraya
besarnya. Bila sampai sini tak nampak pula” Iqram menghampiri jasmin.
“Rupa – rupanya belon
tu melekat dekat perut sayang” sengih Iqram. Jasmin ketawa.
“Sampai hati abang kata
perut Min macam belon!” marah Jasmin. Iqram mengusap perut Jasmin yang semakin
membesar.
“Assalamualaikum anak
ayah” Iqram membongkokkan badannya. Dia mendekatkan telinganya ke perut Jasmin.
Mukanya berkerut.
“apa?. Ibu begitu?.
Ishhh.. nak kena ibu ni. Kesian anak ayah” Iqram menggelengkan kepalanya. Malas
Jasmin mahu melayan Iqram yang semakin mengada – ngada.
“Jangan mengadalah
abang” kata Jasmin.
“Anak kita kata Min tak
nak tidur sebab asyik rindukan abang” senyum Iqram lagi.
“Tak siapa rindukan
abang” sangkal Jasmin. Dia sudah selesai menyiapkan bubur yang diidamkan Iqram
sejak dua menjak ini.
Iqram duduk di sebelah
Jasmin sementara menunggu bubur biji nangkanya sejuk sedikit. Jasmin baring di
ribaan Iqram. Letih pula dia hari itu. Mungkin kerana asyik berdiang di dapur.
Iqram membelai rambut Jasmin dengan senyuman yang masih tidak lekang – lekang.
“Siapa perempuan
semalam tu?” soal Jasmin. Dia mendongak. Iqram hanya menggaru – garu kepalanya.
Cuba mencari ayat yang sesuai.
“Hm.. ibu dia pesakit
abang. Dia selalu juga datang ke situ” kata Iqram. Dia rasa hanya itu yang
Jasmin perlu tahu. Selebihnya biarlah hanya dia yang tahu. Kandungan Jasmin
sudah masuk tujuh bulan. Iqram memang selalu meluangkan masa untuk bersama
Jasmin. Dia tidak yakin meninggalkan Jasmin sendirian begitu.
“Nanti Zaitie yang
sambut anak kita kan?” soal Jasmin. Iqram mengangguk.
“Abang pun ada sekali
nanti. Abang nak bagi sokongan penuh untuk sayang meneran dengan kuatnya” kata
Iqram bersungguh – sungguh.
“Eleh.. entah – entah
masa tu abang pengsan” cebik Jasmin. Iqram diam. Jasmin sudah pun duduk semula.
Iqram merenung wajah Jasmin agak lama. Dia membelai rambut Jasmin.
“Abang tak kira! Abang
tetap nak bersama dengan sayang” tegas Iqram. Jasmin memeluk tubuh Iqram tetapi
tidak sampai. Iqram ketawa terbahak – bahak.
“Sekarang ni, abang
hanya boleh peluk baby. Tak best peluk sayang” kata Iqram. Jasmin menjeling.
Iyalah tu...
Selesai sahaja makan
bubur biji nangka itu, Iqram terus duduk bersila di hadapan Jasmin yang sedang
leka menonton televisyen. Kaki Jasmin di angkat dan diletak ke atas pahanya.
“Kenapa abang?” soal
jasmin.
“Nak potong kuku
sayang. Sayang kan dah lama tak nampak kaki sendiri” gurau Iqram. Jasmin ketawa
besar. Iqram memotong kuku Jasmin dengan tenang. Sesekali dia mencuri pandang
akan wajah Jasmin yang berseri – seri itu. Tangan Jasmin dibelai dengan lembut.
“Abang ni kenapa?” soal
Jasmin.
“Abang berjanji akan
bersama sayang walau apa pun yang terjadi” tangan Jasmin dikucup.
Jasmin tergamam. Kenapa
Iqram begitu emosi sejak dua menjak ini. dia juga agak gentar menunggu masa
untuk melahirkan zuriat mereka tetapi tidaklah seperti Iqram yang seperti takut
kehilangannya. Jantung Jasmin berdebar – debar.
*******************
Telefon ditangannya
terlepas. Tina dan yaya mendapatkan jasmin yang hanya membisu tetapi wajahnya
pucat lesi. Yaya menggoncang bahu Jasmin berkali – kali.
“kenapa Kak Min?” soal
Yaya. Jasmin memandang yaya. Dia memejam matanya.
“Bawa Kak Min pergi
hospital. Abang Iq kemalangan. Dilanggar lari” kali ini Jasmin terduduk dan
meraung sekuat hatinya. Yaya dan Tina terdiam. Air mata mereka berdua sudah pun
mengalir. Yaya memeluk tubuh Jasmin kuat – kuat.
Sebaik sahaja tiba di
hospital, Zaitie awal – awal lagi sudah menenangkan Jasmin. Iqram perlu dibedah
kerana kecedaraan di kepalanya yang serius. Puan Sri Zaleha turut sama
menenangkan Jasmin sedangkan dia sendiri hampir pengsan sewaktu menerima panggilan
teleon dari pihak hospital. Jasmin masuk ke dalam wad. Luluh benar hatinya apabila melihat tubuh
Iqram yang kaku tidak bergerak. Wajah Iqram pucat dan yang hanya kedengaran
bunyi mesin yang membantu Iqram agar dapat bernafas. Tangan Iqram dikucup
dengan linangan air mata.
“kenapa buat Min
begini, sayang?. Kenapa buat Min sedih disaat kita seharusnya gembira?” Jasmin
memeluk tubuh Iqram. Zaitie terpaksa mengawasi Jasmin. Dia mengesat air matanya
yang jatuh.
“Kita keluar dulu. Doakan
Iqram selamat. Dia perlu dibawa ke bilik pembedahan sekarang. Kau perlu kuat
demi Iqram. Kau kekuatannya, Jasmin”
Jasmin tidak mahu
berganjak. Dia memegang erat jari – jemari Iqram. Setelah dipujuk Zaitie,
Jasmin melepaskan genggaman tangannya.
Semua datang untuk
menziarahi Iqram. Zamri yang berada di Singapura juga pulang dengan segera
apabila mendapat berita yang mengejutkan itu daripada Rania. Zaitie menghampiri
Jasmin. Dia menghulurkan jambangan bunga ros merah ke tangan Jasmin.
“Apa ni?” soal Jasmin.
“Dia kemalangan hanya
beberapa kilometer sahaja dari sini. Bunga ini dibelinya sewaktu makan
tengahari tadi. Dia kata takut tak sempat nak beri pada kau sebab tu dia beli
awal – awal” terang Zatie. Jasmin memeluk jambangan bunga itu. Air matanya
tidak henti – henti mengalir. Pembedahan yang mengambil masa selama enam jam iu
berjalan dengan lancar. Iqram masih belum sedar walaupun sudah hampir dua belas
jam pembedahan itu dilakukan. Menurut doktor pakar, kebarangkalian Iqram sedar
dengan cepat adalah lambat kerana kecederaannya agak parah. Jasmin masih tidak
dapat menerimanya. Jenuh dia ditenangkan oleh Makcik Khadija dan Zamri. Rania
turut sama bersedih.
Jasmin menunggu Iqram
tanpa rasa jemu. Dia mengelap tubuh Iqram setiap hari malah surah Yassin juga
dibacakan setiap kali tiba waktu solat. Dahi Iqram dikucup. Kepala Iqram yang
mulai tumbuh rambutnya itu dibelai jasmin. Setiap kali dia terpandangkan wajah
Iqram, air matanya akan jatuh. Sudah lebih sebulan namun iqram masih belum
sedar. Tan Sri Zainal juga kehilangan berat badannya kerana terlalu bersedih.
Dia yang menunggu Jasmin keluar dari wad Iqram ditenangkan Zamri.
“Ayah jangan lemah
begini. Kak Jay perlukan kita untuk dia tabah. Kalau ayah lemah, dia akan lebih
lemah, ayah. Lagi beberapa hari dia akan bersalin.kesatlah air mata ayah itu
sekurang – kurangnya selepas dia bersalin nanti. Anak Abang Iq, ayah” Zamri
tunduk. Dia duduk di kerusi tanpa mendongakkan wajahnya. Rania menyentuh tangan
Zamri. Ada setitis air mata yang jatuh ke tangannya. Rania menggosok belakang
badan Zamri.
“Kau juga tak mampu
mengesat air mata itu, Zam” Tan Sri Zainal bersuara. Tiada apa yang perlu dia
balas akan kata – kata Tan Sri Zainal itu. Zamri diam. Maklong Jihan menangis tidak henti - henti. dia tidak sampai hati melihat nasib Iqram dan Jasmin yang sangat malang padanya.
Jasmin keluar dengan
langkah yang longlai. Dia menekan perutnya. Terasa sedikit sakit. Yaya memimpin Jasmin.
“Kak Min sakit?” soal
yaya. Wajah Jasmin berkerut. Dia mengangguk. Zaitie dipanggil untuk memeriksa
Jasmin yang sudah pun dimasukkan ke maternity ward. Menurut kiraan, lagi empat
hari Jasmin akan melahirkan anaknya.
Zaitie memeriksa jasmin.
“Belum buka banyak
lagi. Baru buka 2cm” terang Zaitie. Mereka yang lain mendapatkan Jasmin.
“Sabar Min. Banyak –
banyak berdoa” Puan Sri Zaleha dan Makcik Khadija menenangkan Jasmin yang masih
menangis.
“Iqram mahu temankan
Min masa bersalin. Dia mahu genggam tangan Min tapi sekarang dia pun tak mampu
untuk memandang Min. Iqram mahu lihat anak dia lahir.. ibu” tangis Jasmin. Air mata
Makcik Khadija turut gugur. Dia yang agak tenang sebelum ini terpaksa mengakui
kekalahannya dari menyekat air mata yang mengalir.
Jasmin memanggil Zaitie
menghampirinya. Dalam keadaan yanhg tidak berapa stabil itu Jasmin
meminta sesuatu daripada Zaitie. Permintaan Jasmin itu membuatkan Zaitie
termenung seketika.
“itu permintaan dia” rayu
Jasmin.air mata yang mengalir membuatkan Zaitie benar – benar lemah. Dia
mengajak Zul berjumpa dengan pihak atasan. Dia terpaksa memohon perkara yang
agak mustahil itu demi Iqram dan Jasmin.
******************************
Jasmin menunggu di bilik
bersalin dengan hati yang berdebar – debar. Kesakitan mula dirasai sana dan
sini. Pintu bilik bersalin ditolak. Jasmin senyum dalam kesedihan apabila
melihat Iqram diusung dengan katil menghampirinya. Doktor pakar yang merawat
Iqram menemani Iqram. Segala persediaan dilakukan dengan teliti.
“Ini pertama kali terjadi
di hospital ini tapi saya nak Min tahu, ianya untuk doktor Iqram” tuutr Doktor
Ghani.
“terima kash. dia benar
– benar mahu disamping Min untuk bersama melihat anak kami yang bakal lahir.
Walaupun bukan dari pandangan mata kasarnya tetapi ianya memadai untuk mata
hatinya” Jasmin memegang tangan kiri Iqram. Serta merta dia teringat akan kata
– kata Iqram.
“abang tak kira, abang nak teman Min juga dalam bilik bersalin tu. Kalau
abang lumpuh sekali pun. Abang nak genggam tangan Min dengan penuh kasih sayang
agar dapat Min dan anak kita merasainya”
Jasmin mengumpul segala
kekuatan. Dia mengucup tangan Iqram berkali – kali.
“Sayangku..suamiku
Iqram...ampunkan segala kesalahan isterimu ini sepanjang kita bersama.
Sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dalam Min menjadi seorang isteri yang
sempurna buatmu, sayang. Tetapi..... abang adalah lelaki terbaik dan paling
sempurna buat Min. Min tahu abang boleh mendengar ... kerana cinta memang
selalu menghubungkan dua hati. Hati abang dan Min.” Jasmin sudah terlalu sakit.
Tiba masa untuk dia melahirkan zuriat mereka dengan tangannya yang masih
menggenggam tangan Iqram.
“Allah..” Jasmin
menggenggam dengan kuat tangan Iqram dan tiba – tiba tangan Iqram memberi tindak
balas. Doktor Ghani yang perasan akan hal itu agak terkejut. Seolah – olah Iqram
juga menggenggam tangan Jasmin yang sedang kesakitan. Jasmin merasainya. Itu memberinya
kekuatan secara tidak langsung. Hampir setengah jam jasmin bertarung dan
akhirnya lahirlah putera sulung meeka. Zaitie memandang Iqram. Ada sesuatu yang
membuatkan hati Zaitie sangat tersentuh.
“min..” panggil Zaitie.
Jasmin memandang Zaitie yang sedang memandang Iqram. Jasmin menoleh ke sisinya.
Titik jernih mengalir dari kelopak mata Iqram yag masih tertutup. Bibir Jasmin
bergetar. Dia menekup mulutnya. Jasmin tidak sanggup melihatnya. Dia menutup
matanya rapat – rapat.
“dia tahu Min.. dia ada
bersama kita walaupun masih koma” kata Dr Ghani. Jasmin mengangguk. Dia terus
mencapai tangan Iqram dan memeluknya dengan penuh rasa cinta. Zamri menyambut
tubuh kecil itu dari tangan jururawat. Dia perlu mengazankan anak Iqram. Air
mata Zamri mengalir.dengan penuh syahdu dan kesedhian, seluruh ruang itu seolah
– olah turut bersedih mendengar alunan azan yang keluar dari mulut Zamri. Puan
Seri Zaleha sudah tidak sanggup lagi menanggung semua ini. badannya bergetar
memeluk makcik Khadija. Setelah selesai mengazankan anak buahnya, Zamri
berbisik.
“Darah yang mengalir di
tubuh paksu sama dengan darah milik ayahmu, sayang. Alunan azan ini juga dari
ayahmu..sayang” Zamri mengucup lagi dahi anak Iqram dan Jasmin. Air mata Zamri
mengalir. Dia membawa anak buahnya itu menghampiri pipi Iqram.
“Abang Iq... putera
abang Iq sudah lahir dan Zam telah mengazankannya dengan penuh rasa cinta
seperti mana cinta dan kasihnya Zam pada Abang Iq” kata Zamri.
Jasmin memejam matanya.
Air matanya masih lagi mengalir walaupun ditenangkan oleh Zaitie. Iqram diusung
semuula masuk ke dalam wad persendiriannya. Tan Sri Zainal mencium dahi Iqram.
“Anak Iq kacak macam Iq
dan Min. Tahniah anakku...”
***********************************
Zamri dan Tan Sri
Zainal bergilir menjaga Iqram di hospital sementara menunggu Jasmin habis
pantang. Kadangkala Zamri akan membawa jasmin melawat Iqram yang masih belum
sedar.
Hari ini Jasmin sudah
pun lepas daripada tempoh berpantangnya. Dia memandang wajah comel Muhammad
Iqbal. Dicuit – cuitnya pipi Iqbal sambil mengacan anak kecilnya sehingga bayi
itu ketawa kecil. Jasmin tersenyum. Membelai rambut Iqbal dengan penuh rasa
cinta. Makcik Khadija yang menjaga Jasmin menepuk bahu Jasmin.
“Dah nak pergi?” soal
Makcik Khadija. Jasmin mengangguk.
“Iqbal tunggu ibu
pulang nanti ya?. Ibu nak jumpa ayah. Ibu rindukan ayah yang...” Jasmin tidak
dapat meneruskan kata – katanya.
“Jangan nakal – nakal duduk
dengan nenek ya?. Sebelum malam ibu pulang” Jasmin mengucup pipi Iqbal yang
semakin berisi.
Jasmin memandu ke
hospital. Iqram masih koma. Pihak hospital
dan Tan Sri Zainal menanggung kos
perubatan Iqram. Jasmin tiba sambil tersenyum memandang Iqram. Sebenarnya lebih
kepada berpura – pura tersenyum. Tangan Iqram digenggam dikucupnya. Matanya dipejamkan.
“Tangan abang masih
seharum dulu. Min akan tunggu abang biarpun hingga akhir hayat Min. Cinta Min
pada abang tak sesekali pudar malah rasa cinta itu semakin tebal dengan adanya
Iqbal. Dia dah pandai gelak. Bila gelak wajahnya macam abang. Semanis senyuman
abang yang Min rindui. Demi cinta kita, bangunlah abang. Iqbal juga perlukan
abang seperti mana Min memerlukan abang. Min sangat cintakan abang. Sangat –
sangat sanyang!!.” Jasmin tunduk. Tidak sanggup memandang wajah iqram.
“Sudah tentu abang
sakit sangat. Kalau tidak, takkan abang tak mahu bangun memeluk kami berdua?. Tengok..
rambut abang pun dah pendek. Tak macam dulu.. stylo!” Jasmin senyum tetapi air
matanya terus mengalir. Dia termenung. Teringat bagaimana beberapa orang
disekeliling sering menasihatinya agar meninggalkan Iqram. Zana juga begitu. Katanya,
tak perlu menunggu mayat yang masih bernyawa begitu. Tidak!.. tidak sesekali
dia meninggalkan Iqram kerana sebahagian nyawanya ada pada Iqram. Seluruh rasa
bahagia itu ada pada Iqram. Jasmin memegang pipi Iqram. Hatinya sebak.
“Min janji kalau abang
bangun, Min tidak akan merajuk selalu lagi. Min akan masak bubur biji nangka
dan nasi ayam hari – hari. Min..min...” Jasmin terus memeluk tubuh Iqram.
“kenapa abang tak peluk
Min balik?. Min rindukan pelukan abang.”
“Kak Jay...” panggil
Zamri. Jasmin terkejut memandang Zamri. Dia agak terkejut apabila melihat Iqbal
di dalam pelukan Makcik Khadija. Tan Sri Zainal dan Kak Kasma juga datang. Puan
Sri Zaleha memeluk Jasmin.
“Sudah berbulan – bulan
Min meratap dan merayu Iqram . doa Min sentiasa di bibir dan Min tak sedar yang
doa Min ni dah dimakbulkan?” Puan Sri Zaleha memegang pipi Jasmin. terpinga –
pinga Jasmin dibuatnya.
“Sayang..”
Suara lemah itu
membuatkan kepala Jasmin menoleh dengan pantas. Iqram senyum walaupun masih
lemah. Jasmin menerpa ke arah Iqram. Dibeleknya pipi Iqram kiri dan kanan.
“Abang dah sedar?” soal
Jasmin. Iqram mengangguk. Jasmin terus memeluk Iqram dengan tangisan yang kuat.
Iqram agak susah untuk bernafas. Cepat – cepat Zamri menarik tubuh Jasmin
menjauhi Iqram. Terbatuk – batuk Iqram dibuatnya. Jasmin mengambil Iqbal dari
tangan ibunya, dia membawanya
menghampiri Iqram yang masih tersenyum lemah.
“Ini Iqbal sayang.. ini
anak kita. Abang tahu yang kita dah ada anak. Anak kita yang abang nantikan
itu. Abang ahu tak yang Min.. Min... namakan Iqbal agar hampir dengan nama
abang. Tengok, bibirnya macam abang..” kelam kabut Jasmin menuturkan kata –
katanya.
“Sayang.. ya sayang
abang tahu...” Iqram mengucup pipi Iqbal dan Kak Kasma terus mengambil Iqbal
dari tangan Iqram yang masih tidak sekuat mana.
“Tak .. abang tak
tahu.. Min takut kalau..” Iqram memegang pipi Jasmin. mulut Jasmin terkunci. Dia
yang tidak tentu arah tadi terdiam.
“Abang cintakan Min”
ujar Iqram. Dia merenung mata Jasmin yang tidak bermaya kerana tidak cukup
tidur.
“Min rindukan renungan
ini” Jasmin memegang tepi mata Iqram. Air mata Iqram mengalir. Dia mengucup
dahi Jasmin. air matanya masih mengalir melalui kelopak matanya yang tertutup.
Jasmin masih memeluk
Iqram. Mereka yang lain keluar. Membiarkan Jasmin melepaskan rindunya yang selama
ini tidak tertanggung olehnya. Sudah tiga hari Iqram sedar. Jasmin tidak
menyedarinya kerana tiga hari yang lepas Iqbal banyak meragam dan dia tidak
berkesempatan melawat Iqram di hospital.
Iza entry kali ni so sad..hukhukhuk...
ReplyDeletekalam..
Deletepas ni tak sedih sangat yek..
terima kasih kalam :)
huhuhu!!!! dh terbiasa gelak baca DWET ni...kali ni ternangislah pulak...
ReplyDeleteIna.. terima kasih ya masih baca DWEt ni..
Deletetakpe .. pas ni dah tak sedih lagi heheh..
saya pun tak tahu nak buat babak sedih. poning den!
saya sebenarnya lebih teruja utk tunggu sos dan kicap...bila agaknya akan kluar novel ni kak?
Deletehari tu akak dah sign surat setuju terbit. katanya akan diterbitakan pada 2014. tapi tak tau ler plak bulan berapa. akak lagi tak sabar hehehe...
Deleteterharu akak bila baca ina x sabar nak tunggu sos dan kicap. terima kasih dik. sayangggg INa!