BAB 12
Kerusi yang di duduk bagaikan tidak mampu menanggung
berat badannya yang tidak seberat mana pun. Dia mengerling Zie yang sedang
sibuk menjawab panngilan telefon. Darren yang ke luar negara atas urusan
peribadi membuatkan rindunya bagai di lipat – lipat. Terlalu banyak lipatan
sehingga kesannya nampak di wajah Sutera.
“Kalau ya pun rindu, tak payahlah buat muka cekodok
sukun si Darren tu. Bukan ke dia nak balik hari ni?” perli Suzie. Sutera buat –
buat tidak dengar. Apa yang Suzie tahu?.. dia sendiri tidak tahu apa itu cinta.
Asyik berjalan ke sana ke mari. Tidak mahukan komitmen katanya. Sutera
menggosok – gosok wajahnya berkali – kali. Tidak sepatutnya dia berada di
pejabat sedangkan Darren tiada di Malaysia. Dia turun ke bawah. Mahu pulang.
“Tak nak jumpa lelaki terkacak ni ke?”
Sutera berpaling. Serta merta senyuman terukir di
bibirnya.
“Wah... cekodok sukun dah baliklah!!!” Sutera
bertepuk tangan. Muka Darren berubah. Bukannya dia nak kata rindu ke?.. sayang
ke??... cekodok sukun juga yang di sebut!.
“Nak balik Perlis tak?” soal Darren.
“Tak ada show ya?” soal Sutera pula.
“Empat hari free... nak bawa awak ke India pun
boleh” sengih Darren.
“Bawa jumpa mertua saya ya?” Sutera tersenyum malu.
Kaki kanannya menguis – nguis lantai yang tidak berpasir itu. Dah rupa ayam
dah.... fikir Sutera sendiri. Darren menghampiri.
“Ya lah... Sutera Indah. Kita beli sesuatu dulu
kemudian kita balik Perlis... Abang Rashid ikut sekali. Nak bawa Kak Biha
sekali. Katanya sunyi duduk seorang di rumah. Dia kan tak punya zuriat” terang
Darren.
Sutera masih tersenyum – senyum. tunduk ke bawah
dengan otak yang penuh dengan tanda tanya. Bagaimana nak pikat hati ummi
Darren?.. Bagaimana kalau ummi Darren suruh masak kari? Masak rendang?... masak
air aku tahu lah!.. itu pun selalu terlebih masak sampai pernah Zie mengamuk.
Cerek hampir kering kerana kecuaiannya. Nak pakai baju apa?..
“Sutera!!!” jerit Darren. Terperanjat besar Sutera.
“Mari..” ajak Darren. Sutera menelefon Pak Kudus
untuk meminta izin. Pulang ke kampung Darren juga perlukan persetujuan daripada
Pak Kudus.
“Tak payah!. Takkan balik kampung sendiri pun nak
suruh PA ikut. Nanti dia peluk kamu macam hari tu” kata Pak Kudus. Membantah.
“Hari tu.. Sutera yang peluk dulu!” jujur Sutera.
“Astaghfirullah.... kamu balik sini nanti, tahulah
ayah nak piat telinga kamu tu!”
“Tapi tu atas pentas saja”
“Tak kira!”
“Ayah.. bolehlah.. nanti Sutera belikan ayah
playstation 3. Boleh main game bola macam rumah Pak Seman tu” pujuk Sutera. Mempergunakan
cerita yang diperolehi daripada Zetty tempoh hari. Pak Kudus diam sebentar.
“Hmm... jaga diri elok – elok. Kalau si Darren tu
cuba nak sentuh kamu, gigit tangan dia..” pesan Pak Kudus. Nampaknya taktik
Sutera menjadi.
“Ayah...”
“Apa?”
“Nampak sangat ayah sayangkan playstation daripada
anak sulung ayah ni” ujar Sutera. Sekadar mengusik.
“hahhahahaha... yang penting aku ada play...play..
alah menatang game tu!. Lepas ni ayah boleh berlagak dengan Pak Saman” ketawa
Pak Kudus. Sutera ketawa. Dia kemudiannya terus masuk ke dalam kereta.
“Abang beritahu sikit ni, Sutera” kata Abang Rashid
sebelum sampai ke rumahnya untuk mengambil Kak Biha yang sudah pun lama
menunggu.
“Kenapa bang?” soal Sutera. Darren awal – awal lagi
sudah ketawa.
“Kak Biha cemburukan kau. Dia pernah tuduh kita
berdating lepas hantar Darren balik” sedih benar suara Abang Rashid.
“Saya?..dengan abang?... ishhh.. dasyat tu!”
berkerut dahi Sutera. Kereta mereka berhenti di tepi jalan berhampiran rumah
teres Abang Rashid. Awal – awal lagi jelingan Kak Biha membuatkan jantung
Sutera tak menentu. Badan besar begini kalau di samck down nya aku, mahu koma
sebulan!. Apa masalahnya Kak Biha ni?. Macam kacak sangat saja laki dia ni.
Rasanya kacak lagi Pak Kudus. Hei Kak Biha... i pun ada taste tau!.. bebel
Sutera di dalam hati. Darren melelapkan matanya. Mungkin kepenatan. Sutera
hanya memerhati ke luar tingkap kereta. tiba – tiba matanya terpandangkan
pandangan tajam Kak Biha melalui cermin sisi di hadapan. Sutera menelan air
liur. Dia mencuit Darren. Tiada respon. Dia cuba mengawal keadaan. Memang
cemburu buta betul!.
“Kak Biha dah makan ke?. Nak makan sekali tak
nanti?” soal Sutera. Suaranya tenggelam timbul.
“Apasal?. Kau nak gunakan aku?. Nak makan dengan
Abang Rashid aku?. Kau dengar sini.. jangan ingat kau muda dan cantik kau boleh
mengurat Abang Rashid aku?.. siap hantar mesej love bagai kelmarin” Kak Biha
memberi amaran. Abang Rashid menepuk dahinya.
Sutera terkejut!. Bila masa pula dia beri SMS kepada
Abang Rashid. Yang dia tahu, kerana terlalu rindukan Darren, dia memberikan SMS
cinta itu untuk Darren agar Darren tahu yang dia merindui Darren. Cepat – cepat
Sutera memeriksa telefon bimbitnya. Dia menepuk dahi.
“Kak... saya salah bagi ni. Hari tu saya mengantuk
sangat. Terhantar pada Abang Rashid” jelas Sutera.
“Kau....” Kak Biha menoleh ke belakang. Menentang
mata Sutera.
“Jaga – jaga!” suaranya diperlahankan sedikit.
Bimbang Darren terjaga. Sutera tersandar ke belakang. Dia memandang Darren yang
masih memejamkan matanya. Darren.... mati saya!!!!
***********************
Selepas bersalaman dengan Hajah Nora, Sutera terus
duduk disebelahnya.
“Ummi sihat?” soal Sutera.
“Ya..sayang. anak ummi tu buli Sutera lagi?” soal
Hajah Nora. Sutera menggeleng kepala. Kak
Biha menjeling. Hajah Nora perasan akan jelingan itu. Dia tahu kenapa
Kak Biha berperangai begitu. Darren sudah menceritakannya. Bagaimana susahnya
Abang Rashid mahu keluar bekerja. Lagipun bukan dengan Sutera sahaja dia cari
hal, malah jiran – jirannya yang masih anak dara dan janda juga menjadi sasaran
Kak Biha.
“Biha.. Sutera ini bakal menantu saya” terang Hajah
Nora. Kak Biha terkejut. Dia kemudiannya tunduk sedikit. Segan kerana emosinya
itu mampu diilihat Hajah Nora. Sutera tergamam. Menantu?..... Sutera senyum.
Darren mencebik.
“Siapa nak kahwin dengan dia ummi?” usik Darren.
“Masak pun tak tahu. Dah lah tu, asyik melawan cakap
sahaja” jeling Darren. Sutera mencebik. Dia tidak ambil pusing. Lantaklah!
Janji Hajah Nora sukakannya.
Sutera duduk di sebelah Hajah Nora. Ketawa bersama.
Darren tersenyum. Suka melihat dua wanita yang disayanginya bahagia. Dia masuk
tidur. Esok dia mahu membawa Sutera mengelilingi kampungnya.
*********************
“Terjunlah Abang Rashid!!!” jerit Sutera. Menyuruh
Abang Rashid terjun ke dalam sungai. Kak Biha yang duduk di sebelahnya berdehem
dengan kuat. Serta merta Sutera mengunci mulutnya. Darren yang duduk di atas
batu besar di belakang Sutera menggeleng kepala. Tersenyum melihat gelagat Kak
Biha dan Sutera.
“Akak nak makan keropok ni?” sengaja mencari bahan
untuk berbual.
“Tak baik makan benda ni.. nanti gemuk!!!” jeling
Kak Biha. Berkerut dahi Sutera. Habis, Kak Biha ni gemuk sebab makan keropok
ke?... bisiknya. Dia terus bangun dan duduk mencangkung di sebelah Darren.
“Kasihan Abang Rashid” bisik Sutera ke telinga
Darren.
“Kenapa?” soal Darren.
“Garang!”
“Awak tak garang ke?’ soal Darren kembali.
“Saya garang – garang manja. Itu pun dengan Encik
Darren saja” Sutera ketawa.
“Amboi suka ya?. Mari balik.. dah nak petang” ajak
Darren.
Mereka semua pulang ke rumah. Terdapat sebuah kereta
mewah di halaman rumah Darren. Sutera tidak berniat mahu mengetahuinya. Darren
merenung kereta itu. Mereka terus naik ke atas rumah. Melihatkan wajah Hajah Nora
dan Tina yang sedikit resah, timbul tanda tanya di dalam benak fikiran Darren.
Hajah Nora berdiri. Meramas kedua belah tangannya sendiri. Sutera memandang Hajah
Nora dan Tina. Pintu bilik Darren terbuka dari dalam. semua mata tertumpu ke arah
seorang wanita cantik. Tinggi dan kelihatan sangat manja dari senyumannya.
Darren tersandar ke belaang. Wajahnya pucat. Dia terduduk di lantai. Hajah Nora
sudah pun menangis. Tina memandang Sutera. Pandangannya di alihkan. Bagaikan tidak
sanggup menentang wajah Sutera.
“Aqila...” terkeluar nama itu dari bibir Darren. Sutera
juga terkejut. Kalau dia lah Sutera Aqila... Bukankah dia sudah tiada lagi?...
Sutera tidak mengerti. Abang Rashid dan
Kak Biha tak nak ikut masuk campur.
“Bukankah Aqila dah...” Darrren mengumpul semua
kekuatan.
“Itu semua dusta sayang...” Sutera Aqila menghampiri
Darren. Memandang wajah Darren seperti masih tidak mampu menerima kehadirannya
semula. Sutera memejam matanya. Dia dapat rasakan satu tamparan hebat yang
bakal dia lalui dalam hidupnya. Dia terpaksa menagih rasa cinta yang baru
sahaja berada di dalam genggamannya. Terpaksa bersaing dengan Sutera Aqila..
pemilik asal cinta Darren. Sutera senyum tawar. Terus masuk ke dalam bilik.
Ummi memandang Sutera. Hatinya luluh. Dia tahu apa yang Sutera rasakan...
Darren duduk terperap di dalam biliknya. Memandang
semua kenangan yang masih tergantung dan terletak di setiap sudut biliknya. Semuanya
milik Sutera Aqila. Semua kenangan manis bersama bermain di ingatannya.
“Sutera...” Darren memejam matanya. Sutera Indah...
dia tahu Sutera sangat kecewa. Dia dapat lihat sendiri bagaimana Sutera
melarikan pandangannya apabila Darren cuba mencuri perhatiannya tadi. Sutera
Aqila yang sibuk menghimpitnya dari tadi membuatkan Sutera semakin sesak. Tidak
mampu bernafas..
Darren keluar. Melihatkan Sutera Aqila yang sibuk
memegang tangan ummi, Darren terus ke dapur. Dia lihat Sutera sedang memotong
sawi. Matanya merenung jauh ke hadapan. Tina memandang Darren. Memberikan senyuman
yang agak hambar. Pandangan Tina beralih pula pada Sutera yang asyik termenung
dari tadi. Darren turun dan memegang kepala Sutera perlahan. Sutera terkejut.
“Encik Darren dah nak makan ke?. Nanti saya potong
cepat – cepat!. Nak saya buat air dulu?” soal Sutera. Darren mula rasa hiba. Dia
tahu Sutera cuba berpura – pura menyembunyikan kesedihannya. Kerisauan dan
kesangsiannya. Dia tahu pelbagai persoalan ada di dalam fikiran Sutera. Dia bangun
untuk membancuh air untuk Darren tetapi tangannya di tarik. Sutera tidak mampu
menentang wajah Darren. Sutera memandang ke luar tingkap. Tina terus keluar. Dia
tahu Darren perlukan ruang.
“Sayang..” panggil Darren dengan lembut. Air mata
Sutera sudah pun menitis di saat Darren memanggilnya dengan panggilan yang
selalu dinanti – nantikannya. Sutera masih tidak mampu memandang Darren.
Darren bangun dan terus berdiri. Berhadapan dengan
Sutera.
“Jangan begini.. saya bukanlah lelaki yang kejam
untuk melepaskan awak begitu sahaja. Awak tahu saya cintakan awak bukan?”
Darren memegang kedua belah pipi Sutera. Kepala Sutera tunduk. Dia tahu rasa
cinta itu juga masih ada buat Sutera Aqila. Dusta jika Darren menafikannya. Cinta
pertama yang disulam dengan indah kemudiannya musnah kerana disangkakan Sutera
Aqilla sudah pergi. Merana hingga bertahun – tahun. Selepas itu menyemai cinta baru yang masih menjadi pucuk.. tidak sehijau
mana. Datang semula cinta pertama dan lebih tepat cinta sejati..... di manakah
dia dia di hati Darren. Sudah tentu tiada di mana – mana. Siapalah dia untuk
merebut kembali cinta Darren.. cinta sejatinya!
“Encik Darren nak kopi atau teh?” soal Sutera. Cuba lari
dari masalah.
“Awak.. saya hanya mahukan awak” jawab Darren.
“Saya hanya Sutera
Indah. Diambil bekerja oleh Darren Mikail hanya kerana pangkal nama saya sama
dengan ‘arwah’ kekasihnya, Sutera Aqilla. Sentiasa bertekak, tidak seperti
Sutera Aqilla yang sentiasa memanjakan. Sentiasa punya masalah tidak seperti
Sutera Aqilla yang sentiasa beralah. Sentiasa mahu menerima.. tidak seperti
Sutera Aqilla yang sentiasa memberi.” Sutera mengangkat kelopak matanya. Memandang
mata Darren.
“Kita masih baru menyemai cinta. Belum utuh. Tidak kuat.
Masih ada masa untuk Encik Darren lepaskan jauh – jauh cinta Sutera Indah agar
tidak mengetatkan lagi kesakitan kita yang sedang dibelit dengan rasa tidak
pasti. Sutera Aqilla itu pasti untuk Darren Mikail sedangkan Sutera Indah itu
hanya percubaan untuk Darren Mikail melupakan Sutera Aqilla. Ditolak atau
ditambah... jawapannya tetap Sutera Aqilla. Saya tidak pasrah jika dibuang
begitu sahaja. Saya akan berjuang untuk memiliki Encik Darren. Bila sampai satu
saat yang membuktikan siapa saya di hati Encik Darren, saya akan pergi dengan
sendirinya. Sekurang – kurangnya saya tidak ralat kerana tidak langsung
berusaha untuk kebahagiaan saya. Saya cintakan diri saya kerana diri saya itu
mencintai diri Encik Darren. Pinta saya, jangan sesekali berdusta untuk tidak
melukakan hati saya. Saya sudah bersedia untuk pergi jika memang itu yang
berhak untuk saya..” Sutera terus keluar. Kak Biha dan Abang Rashid yang
mendengarnya dari luar benar – benar bersimpati dengan Sutera. Darren tunduk. Duduk termenung di meja makan. Dia masih belum
bersedia untuk mendengar penjelasan daripada Sutera Aqilla. Dia tidak mampu menidakkan
akan kegembiraannya apabila mengetahui Sutera Aqilla masih hidup. Namun begitu,
rasa kecewanya tetap ada kerana dia dapat merasakan dirinya didustai selama ini
walaupun tidak pasti akan sebabnya.
Sutera Aqilla menghampiri Darren. Tidak menoleh. Darren
memang masih keliru. Sutera Aqilla cuba menjelaskan segala – galanya. Dia cuba
untuk membuka mulut.
“Belum masanya” tangkis Darren sebelum Sutera Aqilla
meneruskan kata – katanya. Sutera Aqilla duduk di kerusi. Bersebelahan dengan
Darren. Senyap dan sunyi. Kedua – duanya membisu.
Hajah Nora menghampiri Sutera di dalam biliknya. Matanya
sudah bengkak. Cepat – cepat dia mengesat matanya.
“Biarkan saja air mata itu jatuh, sayang. Memang dia
cinta Darren tapi beri peluang pada Darren untuk mencintai Sutera, ya?” pujuk
Hajah Nora. Sutera cuba tersenyum.
“Tak mengapa ummi. Sutera bukan selemah itu. Anak ummi
ni kan kuat!”Sutera cuba bergurau. Hajah Nora menggosok belakang badan Sutera.
“Gurauan yang tidak datang dari hati tu lebih
membuatkan pendengarnya sedih. Gurauan itu tak mampu buat ummi tersenyum
sayang, malah ummi seperti mahu mengalirkan air mata. Walau apapun yang
terjadi, Sutera tetap anak ummi. Anak yang ummi sayang” Hajah Nora mengucup
dahi Sutera. Tangisan Sutera mula kedengaran. Hajah Nora membiarkannya sahaja. Biar
kesakitan itu sedikit kurang.
Makan malam paling sunyi di dalam rumah Hajah Nora.
Sutera Aqilla menyediakan segalanya untuk Darren. Dia yang hanya mengetahui
Sutera itu PA Darren sekalipun tidak pernah menegur Sutera.
“Sayang tak minum susu lagi?. Masih sayang pada
Aqila rupanya. Ummi tahukan yang Darren berhenti minum minuman yang ada susu
sejak Aqilla tak boleh minum susu. Itu pengorbanan pertama dia tau” senyum
Sutera Aqilla. Sutera tersentak. Sehingga kini Darren langsung tidak menyentuh
minuman yang mengandungi susu. Darren tunduk. Memejam matanya. Dia tahu Sutera
pasti terluka mendengarnya.
“Hari tu dia minum susu coklat dengan Abang Rashid
ok je” Abang Rashid mencelah. Cuba berbohong untuk menyelamatkan hati Sutera
dari dilukai lagi. Sutera memandang Abang Rashid. Dia tahu Abang Rashid
berbohong.
“Ye ke?... tak mengapa” senyum Sutera Aqilla.
“Darren suka bawa staff balik kampung ke ummi?” soal
Aqilla. Hajah Nora hanya senyum sebagai jawapan pada soalan yang tidak penting
itu. Tina memandang Sutera yang hanya
menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sutera cuba pekakkan telinga tetapi suara
Sutera Aqilla yang merengek manja itu membuatkan seleranya patah. Masakan Tina
yang sedap itu pun di rasakan tawar. Sesudah makan dan mengemas dapur, Sutera
terus masuk tidur. Cuba melelapkan mata tetapi tidak boleh. Dia masih tertanya –
tanya pada nasib cinta mereka.
Sutera Aqilla duduk di sebelah Darren di beranda
rumah.
“Mama dan Papa yang paksa dan rancang semua ini.
Aqilla cintakan sayang. Tetap seperti dahulu. Mama dan Papa tak sukakan sayang
yang pilih kerjaya sebagai seorang penyanyi. Papa kata hidup begitu tak mampu
membahagiakan Aqilla. Mereka ibu bapa Aqilla... walau bagaimanapun,
tanggungjawab Aqilla untuk menurut segala kemahuan papa dan mama. Mereka yang
merancang kematian palsu Aqilla.Aqilla menderita di sana. Sebab itu sewaktu
sayang tanyakan pusara Aqilla pada Jamil, sepupu Aqilla..mereka hanya membisu. Kami
hidup diluar negara. Papa benar – benar mahu memisahkan kita. Tiada pusara
Aqilla di luar negara kerana Aqilla masih hidup, sayang. Empat bulan lepas mama
dan papa meninggal akibat kemalangan jalan raya, Aqilla mengambil keputusan
untuk hidup bahagia bersama sayang” terang Aqilla.
“Mengarut betul..” Darren menggeleng kepala.
“Sekarang bukan macam zaman dahulu. Sekarang ada
bermacam – macam cara untuk menghubungi orang lain. Aqilla boleh mengubungi
Darren tapi kenapa tidak?” soal Darren. Aqilla terdiam.
“kalaulah Darren tahu apa yang Aqilla rasa. Berat Aqilla
turun banyak sebab terlalu rindukan Darren. Cinta Aqilla masih seperti dahulu!”
Darren menarik nafas dalam – dalam sebelum bangun
dan seterusnya melangkah kaki masuk ke dalam kamarnya. Sutera Aqilla mengeluh. Dia
yakin cinta Darren masih ada untuknya Cuma dia perlu sedikit masa untuk merebut
kembali rasa cinta itu.
sedihnya.. kasihan dekat sutera indah. pedih hati saya :'( huhu. apapun suka.. :')
ReplyDeletetenkiu adik Izzatul :)
Deletetakper.. pedih jap jer...
hhiihi
:D tak nak lama2
Deletehikhikhi... oklah.. akak buat kejap jer...
Deletepastu happy lamaaa sesangat ok!
aka akan buat cam izzatul suka :)
waah konflik..saya suka konflik..best iza best...basah pipi saya ni...x sebasah hati saya..thanks iza..
ReplyDeletehmmm.. kalam suka konflik rupanya!.
Deleteni mesti jiwang ni hihhihi...
sesama.. tq juga sebab kalam sentiasa komen n3 saya. cayannnnnnngggggg...kalam!
x nak lah sedih sian sutera indah.
ReplyDeletehkhikhik..
Deletetq baby mio..
sutera indah nak bersihkan mata dari habuk, sebab tu nangis hhehehe..
jgn risau, tak lama pun, sekejap jer..
pas tu sutera indah akan happy balik cam dulu ya?
cayangggg Baby mio :)