BAB 17
Iqram membawa Jasmin bertemu dengan keluarganya. Kak
Kasma awal – awal lagi meluru keluar memeluk Jasmin yang sudah lama tidak
ditemuinya. Kebetulan Zamri dan Rania ada bersama. Jasmin tersenyum melihat
taman herba mini milik Tan Sri Zainal. Pokok cili yang ditanamnya dulu tumbuh
dengan subur sekali. Dia bersalaman dengan Puan Sri Zaleha. Kucupan kasih
diberikan buat bakal menantu baru. Rania memeluk lengan Zamri.
“Jay... masuklah. Aku dah lapar ni. Si KK tak bagi
aku makan selagi kau tak datang” rungut Zamri. Kak Kasma menjeling.
“Dah ada isteri pun suruh aku buat macam – macam.
Diorang ni asyik berkepit sahaja” cebik Kak Kasma. Iqram menggeleng kepala.
Mempimpin tangan Jamsin masuk ke dalam rumah. Kak Kasma sengaja merentap tangan
mereka berdua.
“Tunggu kahwin baru pegang” marah Kak Kasma. Jasmin
tunduk malu. Ketawa sambil memeluk lengan Kak Kasma.
“Mama rindukan Min” mata Puan Seri Zaleha berkaca.
Wajah lembut itu disentuh Jasmin dengan jarinya.
“min lebih rindukan mama dari Iq” senyum Jasmin.
Iqram mengerutkan dahinya.
“Sampai hati awak!” rajuk Iqram. Mereka semua
ketawa. Rania duduk di sebelah Zamri. Terlentok kepalanya. Jasmin senyum. Zamri
perasan akan pandangan jasmin itu.
“Ala Jay... pembawa budak jenis apa pun aku tak
tahu.. berkepit saja. Dia kata aku wangi. Tak payah cakap pun aku tahu” sengih
Zamri. Kak Kasma terbatuk mendengarnya.
“Huh.... Si Rania ni jer selera dengan kamu. Kalau
akak, bagi sepuluh sen pun tak mahu” kata Kak Kasma selamba sebelum masuk ke
dapur.
“Ada yang kena ni karang” jeling Zamri.
“Tahniah Zam!. Berapa bulan?” soal Jasmin.
“Sebulan lebih. Ni yang menendang – nendang ni”
sengih Zamri lagi. Mengusap perut Rania. Tan Sri Zainal menggeleman. Anak dan
menantunya itu asyik berkepit sahaja.
“Zam... baru sebulan mana ada menendang” kata Puan
Sri Zaleha.
“Mana mama tahu?. Jelouse je tok mama ni” kata
Zamri. Rania ketawa. Menepis lembut tangan Zamri yang berada di perutnya.
“Tapi Min.. Alhamdulillah.. sejak kahwin ni dah
berubah banyak dah!” puji Puan Sri Zaleha. Zamri tersengih – sengih.
“Zam kena biasakan panggil Kak Min, tak ada lagi
‘Jay’ ..ok?” kata Iqram.
“Kak Jay?” soal Zamri lagi.
“Diterima” senyum Jasmin.
Mereka semua duduk di luar selepas makan tengahari.
Zamri duduk di sebelah Jasmin. Dia tersengih – sengih.
“Kahwin cepat sikit, Jay. Nanti anak aku ada kawan”
kata Zamri. Iqram memandang Jasmin.
“Anak apa nya?” Jasmin malu. Iqram merenungnya.
Jasmin memandang Iqram yang senyum mengulum.
“Gatallah Iq ni.. macam Zam juga” jeling Jasmin.
Zamri ketawa. Rania memicit kepalanya. Cepat – cepat Zamri memeluk bahu Rania.
“kenapa sayang?” soal Zamri.
“Sayang pening lah bucuk” kata Rania. Jasmin menekup
mulutnya. Bucuk?... Zamri??... Bucuk??....Zamri???... mahu gelak besar jasmin
dibuatnya. Lekas – lekas Zamri menghantar Rania masuk ke bilik mereka. Rania
perlukan rehat yang secukupnya.
“Dia tak ambil sebarang job sehinggalah Rania
bersalin. Cuma kalau kena hadir promosi barulah dia pergi. Sayang benar dengan
Rania. Sampai Ayah pun nak termuntah. Dia buat Rania tu dah macam baby” senyum
Iqram.
“Iq tak nak buat Min macam baby ke?” duga Jasmin.
“Jadilah mak baby dulu” Iqram mengenyit mata. Jasmin
ketawa. Berpaling ke sisi kemudian memandang Iqram yang mengelipkan matanya
beberapa kali. Berderai tawa Jasmin. Dicubitnya lengan Iqram.
Puan Sri Zaleha dan Kak Kasma tersenyum melihat
Iqram berbual berdua di taman.
“Alhamdulillah” ucap Puan Sri Zaleha.
“Iq dah nak kahwin.. Kasma saja yang belum ada jodoh”
muram muka Kak Kasma.
“ Nak kahwin ke?” soal Puan Sri Zaleha. Kak Kasma
ketawa.
“Saja bergurau. Akak tahu saya tak boleh melahirkan
anak kan?. Biarlah saya hidup di sini. Menjaga anak – anak mereka” senyum Kak
Kasma. Puan Sri Zaleha mengangguk.dia terus memandang Jasmin yang tak habis –
habis ketawa dari tadi. Selepas ini pasti Jasmin akan lebih gembira bertemu
dengan seseorang.. bisik hati kecil puan Sri Zaleha.
Bunyi hon dari luar rumah membuatkan Jasmin berdiri.
Ingin tahu. Senyumannya terukir apabila melihat kereta Paklong Jai menyusuri ke
halaman rumah Iqram. Dia terus mendapatkan Maklong Jihan yang berteriak
memanggilnya.
“Ya Allah... Min!!!!” Maklong Jihan menangis. Dikucupnya
dahi Jasmin berulang kali. Iqram ketawa. Menghampiri mereka berdua.
“Dah lah Maklong, nanti Iq tak ada tempat nak cium. Semua
maklong dah cium” usik Iqram.
“Amboi gatalnya kamu ni. Bersunat pun belum!!!”
Iqram termalu. Maklong Jihan masih gila – gila seperti
dahulu. Dia memandang Jasmin dari atas ke bawah.
“Cantik Min sekarang. Tengok Maklong pakai baju apa?”
maklong menngibas – ngibas kaften hijau mudanya. Jasmin senyum.
“Jay Yassiq collection...hahhaha!!!” gelak Maklong
Jihan.
“Bila maklong datang butik?” soal Jasmin.
“Ye la.... Maklong paksa aku belikan baju ni. Lima ratus
duit aku hangus. Siap ugut tak nak datang kenduri kahwin aku hari tu. Akhirnya tak
datang juga!... kena cirit birit.. itulah, mendera duit anak buah lagi” Zamri
menyampuk. Maklong Jihan menampar belakang badan Zamri.
“Maklong ni, Zam dah nak jadi ayah tau. Maklong tak
boleh pukul lagi” Zamri mencebik.
“Aku pun tak tahu macam mana kamu boleh ada anak?. Mungkin
Rania tu subur sangat!. Kalau ikut kamu ni, tak ada harapan!” kutuk Maklong
Jihan. Zamri malas mahu melayan. Dia pasti akan tewas. Iqram memegang pinggang
Jasmin. Mengiringi maklong Jihan dan Paklong Jai yang kepenatan masuk ke dalam
rumah. Zahid memeluk Jasmin. Kepala Zahid digosok.
“Wah.. makin handsome adik akak ni” kata Jasmin.
“apa pula adik, maklong lah!” Iqram mengerutkan
dahinya.
“Belum lagi kan” kata Jasmin. Zahid ketawa.
“Kena belajar dari sekarang Maklong Min!” senyum
Zahid. Jasmin jadi malu. Lebih – lebih lagi bila Iqram sengaja mengintai
wajahnya dari bawah.
“Ibu kamu tu tak bahagia hidup dengan Zana” tiba –
tiba Paklong Jia bersuara. Jasmin terdiam. Wajah Makcik Khadija mula bermain di
benak fikirannya.
“Zana jual semua harta. Tukar kereta berulang kali. Berlagak!.
Kena tangkap basah dengan anak Pak Karim tu. Malu ibu kamu. Yaya tak cerita?. Hari
tu Yaya balik, dia yang belikan semua keperluan rumah. Yang tinggal hanya rumah
tu sahaja. Yaya perang besar dengan Zana. Maklong kamu terpaksa leraikan”
beritahu Paklong Jai. Yaya langsung tidak bercerita apa – apa mengenainya. Padanlah
sewaktu dia pulang dari kampung, wajahnya sugul. Apabila ditanya.. Yaya hanya
menggeleng.
“Rumah pun
dah macam apa dah. Zana duduk dengan mertua dia. Tak ada duit minta
dengan ibu kamu. Rumah tu pun sebenarnya dah nak dijualkan. Dia cagarkan pada
bank untuk buka perniagaan tapi tak menjadi. Harap belajar saja tinggi tapi
bodoh!” sambung Maklong Jihan pula. Jasmin termenung. Timbul rasa simpati di
hatinya.
“Masa Maklong jenguk dia kelmarin, dia ada kata
rindukan kamu. Dia rindukan masakan kamu. Senyuman kamu. Dia menyesal sangat
tapi dia takut nak berjumpa kamu. Malu dengan apa yang dia telah buat dahulu”
Maklong Jihan tersu bercerita. Jasmin tunduk. Dia mula menangis. Iqram memujuk
Jasmin.
“Sayang..” panggilnya lembut. Zamri juga diam. Dia faham
akan perasaan Jasmin. Walau seteruk mana pun dia, sebagai ibu... walaupun bukan
ibu kandung, dia berhak menerima kemaafan.
“Iq dah beli rumah untuk kita berdua. Rumah yang Min
tinggal dengan Yaya tu, bagilah ibu Min tinggal. Sekali – sekala Min boleh
jenguk dia kan?. Min masih marahkan dia?” soal Iqram.
“Min dah maafkan dia dari dulu lagi. Kalau dia tak
halau Min dulu, tentu Min tak jadi Jay Yassiq seperti sekarang. Bila Iq tak
kerja, kita ambil ibu ya?” pinta Jasmin.
Tan Sri Zainal tersenyum. Ternyata pilihan Iqram
tepat. Dia memang wanita edisi terhad buat Iqram. Tiada sepatah kata pun yang
boleh menyangkalnya.
“Ayah bangga punya menantu hatinya semurni ini” puji
Tan Sri Zainal. Zamri mengerutkan dahinya.
“Ala.. Rania pun murni juga hatinya” kata Zamri.
Maklong Jihan menjelling.
“Dia memang murni tapi kamu tu yang tak murni”
“Eleh Maklong ni, kecil hati Zam tau” rajuk Zamri.
Maklong Jihan memeluk lengan Zamri. Memujuk.
“Ala bucuk... bucuk...” perli Maklong Jihan. Semua tidak
sangka Zamri dipanggil ‘bucuk’ oleh Rania. Berdesing telinga Zamri
mendengarnya.
“Min... masak nasi ayam untuk Maklong” pinta Maklong
Jihan. Sudah lama dia tidak merasa air tangan Jasmin. Jasmin mengangguk setuju.
“Ni.. bini muda abang kamu tu apa cerita?” soal
Maklong Jihan. Tan Sri Zainal terkejut.
“Zue?” soal Tan Sri Zainal.
“Habis tu?”
“Ada yang baru... Maklong!” Zamri menyampuk.
“Ha!!!.. tak padan botak! Siapa?” Maklong Jihan
terkejut. Mereka semua ketawa.
“Farisha!” sengih Iqram. Mulut Maklong jihan
terkunci.
“Semua perempuan yang gilakan kamu, dia sapu?” soal
Paklong Jai. Tan Sri Zainal ketawa. Dia sekarang sudah tidak terkongkong oleh
abangnya lagi. Dia sudah menjadi tegas. Dia mahu membuat keputusan dengan
sendiri. Lagipun sejak Dato Hashim kahwin ramai ni, dia tak punya masa untuk
masuk campur urusan keluarga Tan Sri Zainal lagi. Datin Intan?... meraung
berhari – hari tetapi dia tidak mahu meminta cerai. Tidak mahu gelaran ‘datin’
itu terlucut dari pangkal namanya.
“Min masak sekarang ya?. Tentu Maklong dah lapar”
Jasmin bersuara. Menyingsing lengan bajunya.
Dia ke dapur. Iqram ikut bersama.
“Iq .. tak payahlah ikut Min” kata Jasmin.
“nak ikut juga!. Nanti kalau tangan kena pisau, paramedic
ada di sebelah sayang” usik Iqram. Jasmin ketawa lagi. Iqram mengintai ke luar.
Tiada sesiapa yang akan masuk ke dalam dapur. Kak Kasma sibuk berbual dengan
maklong Jihan. Iqram membuka menyepit rambut Jasmin. Terkejut Jasmin dibuatnya.
Dia melurut kemas rambut jasmin. Digulungkan ke atas semula dan disepitkannya.
“Nanti mata masuk rambut. Mata ni milik Iq” senyum
Iqram sambil menyentuh kelopak mata Jasmin.
“amboi.. boleh tahan tuan doktor ni. Lepas ni nak
bedah saya juga ke macam doktor bedah pesakit lain?” soal Jasmin. Iqram senyum.
merenung mata Jasmin.
“kalau Min bersalin secara caesarean, doktor ni akan
ada di dewan bedah. Pantau semua doktor tu supaya jangan sampai Min sakit nanti”
“Ni kenapa gatal ni?. Dari tadi asyik cakap
bersalinlah, anaklah!” jeling Jasmin.
“Cepatlah... mama tak sabar nak timang cucu tau”
masih mengusik.
“La.. Rania tu dah pregnant pun, sayang” jawab
jasmin. Dia memotong halia dan bawang besar. Iqram menghampiri Jasmin. Tangannya
hampir memeluk pinggang Jasmin hinggalah Kak Kasma berdehem dengan kuat. Jasmin
dan Iqram terkejut. Jasmin tidak tahu apa – apa. Iqram menggaru – garu kepalanya.
Tunduk malu sambil tersenyum memandang Kak Kasma.
“Kau Min, selagi dia tak kahwin dengan kau, jangan
bagi dia peluk pinggang kau” kata Kak Kasma. Jasmin tidak mengerti. Apabila melihat
Iqram yang ketawa, barulah dia faham.
“Sayang.. ini rumah parents awak tau!” Jasmin
mencubit pinggang Iqram. Zamri masuk ke dalam dapur. Mahu membancuh susu buat
Rania.
“Alah.. Kak Kasma ni sibuk aja. Abang Iq tahu tak,
Zam dengan Rania kalau berpeluk kat sini pun dia marah. Siap membebel lagi!”
cebik Zamri. Kak Kasma mencengkak pinggangnya.
“Hei.. ini dapur tau!. Kau nak peluk ke apa, pergi
masuk bilik kau yang besar tu!. Kau tahu kan aku ni janda, kang aku teringin
kahwin , baru korang semua tahu!” marah Kak Kasma.
“mentang – mentanglah rumah mak bapak dia, dok
berpeluk dekat dapur. Sebelah aku pula tu!” marah Kak Kasma lagi. Zamri menutup
kedua belah telinganya. Aduh... pedih betul!!!!.. Zamri terus naik ke biliknya.
“Iq dengan Zam sama saja gatal” kutuk Jasmin. Iqram
diam. Terus mengambil timun dan dihirisnya. Merajuk!.
Jasmin mendekati Iqram. Dia tahu kekasihnya itu sedang merajuk. Memotong timun dari tadi tak
sudah – sudah.
“Hmm... merajuk pula tuan doktor saya ni... meh
tengok muka sikit” Jasmin menarik perlahan wajah Iqram. Tiada sebarang reaksi
wajah. Jasmin mendekatkan bibirnya ke telinga Iqram.
“Kalau kita kahwin nanti, saya akan layan awak macam
raja tak kiralah di dapur ke?.. taman ke?.. kolam ikan ke?” usik jasmin. Iqram
tersenyum. Dia mengambil daud salad.
“Tempat lain?” soal Iqram. Jasmin ketawa.
“Sudah.. pergi sana! Min tak boleh masaklah kalau Iq
ada”
“Ala... Iq nak bagi cepat saja. Dah lama tak makan
nasi ayam pekebun cili ni” senyum Iqram. Jasmin senyum. pekebun cili???...
sudah lama dia tidak dengar akan panggilan itu. Dia juga sudah lama tidak
berkebun.
“Iq tolong masukkan kicap ni. Gaulkan. Nanti nak
perap” suruh jasmin. Iqram menggaulkan ayam di dalam bekas besar itu. Membantu Jasmin
apa yang boleh. Ayam yang sudah dibiarkan selama 15 minit itu digoreng. Minyak panas
terpercik. Jasmin mengaduh sakit. Cepat – cepat Iqram mendapatkan Jasmin.
“mana sayang?” soalnya panik. Jasmin ketawa kecil.
“Baru kena minyak dah panik?” usik jasmin.
“Tak ada!. Kena tipu!!!!” jasmin mentertawakan
Iqram. Sakit betul hati Iqram. Orang risaukan dia, dia buat main pula..Hidung
jasmin dicubit kuat.
“Rasakan!” Iqram terus keluar. Dia kemudiannya
tersenyum sendiri.
Jasmin menghidangkan nasi ayamnya di atas meja
makan. Tan Sri Zainal awal – awal lagi sudah duduk menghadaa masakan yang sudah
lama dia tidak rasa. Semuanya memuji akan masakan Jasmin. Masih sedap seperti
dahulu.
“Iq dah tak sabar nak kahwin ni.. kita nikah
dululah!. Dua bulan lagi kita kahwin” bisik Iqram. Jasmin malu. Mukanya merah.
“Iq..” dia menyiku perlahan pinggang Iqram.
“Jom lah sayang.. kalau kita nikah, saya boleh makan
masakan awak hari – hari” suara Iqram sedikit kuat.
“kau bukan nak makan masakan.. kau nak makan..”
mulut kak Kasma dicekup oleh Puan Sri Zaleha. Mereka semua ketawa. Jasmin terus
tunduk. Malunya dia!!! Iqram sengaja usik dia begitu....
Rania ketawa. Dia memegang perutnya kerana terlalu
geli hati. Kak Kasma memang selalu membuatkan dia ketawa.
“Abang Iq ni dah macam bucuk dah..” kata Rania.
“Itu bucuk, abang Iq wangi” pintas Iqram. Mereka ketawa
lagi. Zamri hanya tersenyum.
“Kalau boleh cepatkan ya, min?. Mama tak sabar nak
tengok Min dan Iq naik pelamin” kata Puan Sri Zaleha.
“Sebab tu Iq ajak dia nikah tadi. Kak Kasma kacau
saja” kata Iqram.
Kak Kasma ketawa. Dia gembira melihat keluarga
majikannya yang semakin bahagia. Bising dengan gelak tawa. Dia memandang
Jasmin. Wajah itu penuh bahagia.... biarlah dia bahagia setelah semua yang
berlaku. Aku juga bahagia melihat senyuman Jasmin yang sentiasa mencuri pandang
wajah Iqram di sebelahnya.... senyum kak Kasma. Menghela nafas lega. Dia tahu,
selepas ini dia akan sibuk untuk menguruskan majlis perkahwinan Iqram dan
Jasmin yang hanya mahu dilangsungkan di kediaman mereka sahaja.
wah! Bahagianya.. :')
ReplyDeletetq Izzatul...
Deletemesti... kena bahagia kan..
asyik tak bahagia jer... kesian lak ngan si jasmin ni hiihihi...
tq banyak2 cayang!!
selute dgn Iza..sentiasa ada idea....best betul...thanks ya...tau lepas ni mesti ada sambungankan..saya tunggu...
ReplyDeletehihihi..
Deleteterima kasih kalam :)
hmmm... pandai kalam!..
nanti izah masukkan n3 baru ye..
cayang kalam!
Haah dah jadi one happy family...tak sabar nak tengok Jasmin dan Iqram bernikah ni....takkan takde konflik lepas ni? Berbahagia ke si Jelly sebagai isteri kedua?
ReplyDeleteApa khabar emak tiri dan adik beradik Jasmin dan Yaya di kampung?
ha... ada pun seri ayu.. dah lama x jumpa ;)
Deletesemua tu pasti akan terjawab nanti.
seri tunggu nanti ya:)
Wahhh dah new year pun....Happy New Year Iza..eehhhmmm...xde new year post ke hehehehe.....
ReplyDelete