BAB 17
Menggemparkan!
Jiwa dan rasa cinta Sutera seakan – akan dicabar dengan pihak pengurusan darren
yang baru. Pihak syarikat rakaman mahu menguruskan kesemua aktiviti Darren
sebagai penyanyi di bawah label syarikat rakaman itu sendiri. Mereka bersetuju
dengan syarat semua pekerja Darren yang dulu di ambil bekerja tetapi ada satu
permintaan mereka yang tidak dapat Darren terima. Sutera harus dilucutkan
jawatan sebagai PA Darren dan hanya dibenarkan bertugas di dalam pejabat
seperti Zie dan Suzie. Mengenai perkara itu, Sutera masih belum maklum. Dia
dipanggil masuk ke dalam bilik mesyuarat di mana Darren juga ada di sana
terlebih dahulu.
Sutera
masuk dan wajah Darren yang sugul itu menyebabkan hati Sutera berasa tidak
enak. Pasti ada yang akan berlaku.. tekanya.
“Sutera
Indah..” panggil Encik Borhan. Sutera hanya mengangguk.
“Awak tak
perlu jadi PA Darren lagi. Dia sudah ada PA yang lebih baik. Atas permintaan
Darren, kami akan meletakkan awak di dalam pejabat sahaja, sama seperti Zie di
mana awak juga akan terlibat dengan semua artis di bawah label kami” jelas
Encik Borhan. Sutera memang terkejut tetapi siapalah dia untuk menghalang
mereka. Darren tunduk. Dia tidak sanggup melihat wajah Sutera yang sugul itu.
Setelah beberapa ketika, Sutera keluar dari bilik mesyuarat selepas menolak
tawaran kerja yang diberikan kepadanya. Darren bangun dan meluru keluar. Mereka
yang lain berpandangan sesama sendiri. Pasti Darren juga merasakan pedihnya
kerana dia sudah lama bekerjasama dengan Sutera.
“Sutera!”
panggil Darren. Pintu keretanya dibuka tetapi Darren sempat menahan Sutera dari
terus masuk ke dalam kereta yang baru dibelinya.
“Saya tak
boleh buat apa” kata Darren.
“Kenapa
tiba – tiba?” soal Sutera.
“Kenapa
dengan syarikat awak yang lama?” soal Sutera lagi.
“Memang
dulu sepatutnya mereka yang uruskan karier saya tapi saya minta kelonggaran
untuk menguruskannya sendiri dengan satu syarat, jika pihak pengurusan saya
sendiri tidak mampu untuk menguruskan dengan baik, mereka berhak untuk
mengambil kebebasan saya itu serta merta. Mereka kata pihak pengurusan saya
tidak cemerlang melakukan tugasnya lebih – lebih dengan awak sebagai PA saya.
Kontrak itu saya tandatangani sebelum awak bekerja lagi dengan saya” Darren
merenung mata Sutera.
“Saya tak
mahu bekerja di sini. Saya dah biasa jadi PA Encik Darren. Kalau itu bukan
jawatan yang patut saya terima, dengan penuh hormat saya berundur diri” kata
Sutera. Darren mengangguk.
“Memang
saya sedih tetapi walaupun awak tak jadi PA saya lagi, awak tetap tunang saya
bukan?.. Tunang paling comel di dunia dengan senyuman yang paling manis di
bibirnya” Darren cuba memujuk. Dagu Sutera dicuit sedikit.
“Tapi, mesti
kita tak boleh berjumpa macam dulu” ujar Sutera. Darren senyum.
“Tak
mengapa, asalkan kita saling merindui, sayang!. Itu lebih membuatkan saya
mencintai awak disebabkan rasa rindu itu” bisik Darren. Sutera ketawa kecil.
Dia kemudiannya terus masuk ke dalam kereta. tugasnya sebagai pembantu peribadi
seorang artis ternama sudah berakhir tetapi dia pasti hubungannya akan tetap
terus berkembang mekar.
********************
Untuk
memujuk hati Sutera yang kebelakangan ini agak sakit dan terluka, Darren
membawanya, Suzie dan Zie bersantai di
sebuah pantai. Sutera Aqilla tidak dapat mengesan Darren kerana percutian
mereka menjadi rahsia. Malah, Darren seperti biasa terpaksa memakai topi dan
cermin mata hitam untuk mengelak daripada diserbu peminat remaja yang selalunya
agak agresif berbanding peminat yang sudah sedikit berusia.
“Tak nak
pergi mandi?” soal Darren. Suzie dan Zie sudah lama berenang dan membina istana
pasir... macam budak – budak!
“Tak nak.
Kalau boleh saya nak bersama dengan Encik Darren selalu” senyum Sutera.
“Janganlah
panggil saya Encik lagi. Panggil saja Darren ya?” pinta Darren. Sutera
mengangguk. Sutera merenung wajah Darren puas – puas.
“Bukalah
cermin mata hitam tu..” pujuk Sutera. Darren menggeleng. Naya sahaja jika
terserempak dengan wartawan yang mungkin ada di sekitar kawasan itu. Sutera
senyum.
“Tak
apalah, dapat tengok hidung dengan bibir pun jadilah” katanya. Darren ketawa.
Dia bangun dan menghulurkan tangannya. Sutera mengangkat kening. Berpura – pura
tidak faham.
“Marilah
sayang” lembut sahaja suara Darren. Sutera menekup mukanya. Konon – kononnya
malu. Darren terus menarik lembut tangan Sutera. Mereka berpimpinan tangan
menyusuri tepian pantai. Sutera menghayunkan tangan mereka ke hadapan dan ke
belakang. Darren berhenti. Sutera yang masih terus berjalan itu juga terpaksa
berhenti kerana tangannya ditarik Darren. Dia jalan menghadap Darren.
Berhadapan dan mata mereka bertentangan.
“Awak
nampak mata saya tapi saya nampak cermin sahaja” rajuk Sutera. Darren
mengangkat cermin matanya ke atas kepala. Darren senyum. cepat – cepat Sutera
tunduk malu. Tiba – tiba dia rasa malu ditenung begitu.
“Saya
cintakan awak sayang” ucap Darren. Sutera memandang mata Darren. Dia tersenyum
manis. Tangan mereka masih kemas tergenggam.
“Tak menyesal sayang?” soal Sutera. Beberapa
orang di situ leka memerhatikan Darren bersama Sutera. Tidak sampai hati pula
untuk mengganggu mereka berdua. Sebahagian daripada mereka tersenyum sendiri.
Mereka juga faham, Darren juga manusia biasa yang ingin bercinta dengan wanita
yang dicintainya.
“Saya tak
pernah dan tidak akan menyesal mengenali, mencintai, menyayangi dan merindui
awak, Sutera. Saya tidak akan pinta pasir dan lautan ini menjadi saksi kita
kerana hati, mata dan cinta awak adalah saksi akan rasa cinta saya terhadap
awak. Awak dah penuhkan hati saya dengan rasa cinta, sayang” ujar Darren.
Sutera meletakkan kepalanya ke bahu Darren.
“Macam nak
menangis pula rasanya” bisik Sutera. Darren mengangkat wajah Sutera.
“Jangan
seksa saya dengan satu perkara... tangisan awak. Itu benar – benar menyeksakan
saya, sayang” balas Darren.
“Rasa macam
nak...” Sutera tidak meneruskan kata – katanya. Tangan Darren terus ditarik.
Mereka beriringan lagi.
“Menyanyi
untuk saya” pinta Sutera. Darren ketawa.
“Berapa
ribu nak bayar?”
“Bayar
dengan lain boleh?” soal Sutera pula.
“Dengan
apa?”
“Ciuman”
senyum Sutera.
“Ha!!!!”
terlopong Darren mendengarnya.
“Selepas
kahwin” sambung Sutera. Darren termalu sendiri. Sutera ketawa besar. Tangannya
menekan perut. Agak kelakar melihat reaksi Darren sebentar tadi. Sutera mengambil sebiji batul kecil
berhampiran dengan mereka. Dia mengucup batu itu agak lama sebelum
menyerahkannya kepada Darren. Dengan senyuman Darren mengucup batu itu kembali.
“Hei..”
Darren
terkejut mendengar jeritan Sutera itu.
“kenapa?”
“Gatallah!.
Saya suruh simpan dalam bilik pengantin kita di rumah awak tu” kata Sutera.
“Alahh...
malam nanti pun saya cium juga. Kalau dah kahwin tak payah guna batu lagi”
gurau Darren. Sutera ketawa. Mengada – ngada Darren ni!!!.
******************
Darren
membuka internet sementara menunggu Sutera, Zie dan Suzie turun ke lobi hotel
untu makan malam bersama. Alangkah terkejutnya Darren apabila gambarnya bersama
Sutera sedang berpimpinan tangan pagi tadi tersebar luas. Blog – blog hiburan
kesemuanya penuh dengan komen – komen peminat Darren. Ada yang suka dan ada
juga yang tidak. Darren menggeleng kepala. Dia pasti akan dimarahi pihak
syarikat rakamannya yang langsung tidak berfikiran terbuka. Tidak seperti
syarikat rakaman lain yang lebih bertolak ansur.
Belum pun
sempat Sutera, Zie dan Suzie melangkah keluar dari lif, mereka diserbu dengan
para wartawan yang menyoalnya bertalu – talu. Darren terpaksa menarik tangan
Sutera dan berlari masuk ke dalam keretanya yang sudah tersedia di luar. Darren
memecut. Dia tidak mahu Sutera menjadi bingung kerana benda – benda remeh
sebegini. Darren memnadu kereta hingga ke
suatu kawasan berbukit. Mereka berdua hanya membisu.
“Memang
kita hanya boleh jumpa di bukit saja agaknya” Sutera bersuara. Darren masih
membisu.
Tiba – tiba
telefon Darren bordering. Muka Darren cuak.
“Betul ke
Naa?” soalnya kepada Naa Hamid yang masih berada di talian. Dengan cepat Darren
menghidupkan enjin keretanya. Dia pecut!.
“Kenapa?”
soal Sutera.
“krew
rancangan hiburan stesen televisyen tempat Naa Hamid sedang menuju ke arah
mereka. Naa Hamid yang mengekori mereka dari belakang terpaksa mengkhianati
rakan sekerjanya. Mujurlah mereka tidak tahu akan hubungan kekeluargaan antara
Naa Hamid dan Darren.
“Kita ni
kena kejar dengan siapa?. Polis ke?” Sutera semakin panik. Dia menggoncang
lengan Darren.
“Jangan
goncang sayang. Nanti saya pun panik ni” Darren
meraup wajahnya dengan tangan kanan. Sutera menoleh ke belakang.
Nampaknya tiada kenderaan yang mencurigakan.
“Kalau jadi
apa – apa, saya nak awak tahu yang saya sangat cintakan awak!!” kata Darren.
Sutera menggaru kepalanya berkali – kali.
Darren
akhirnya terus ke sebuah kampung berhampiran. Dia memberhentikan keretanya di
sebalik pokok – pokok besar di situ.
“Saya
laparlah” kata Sutera.
“Kita pergi
makan di kedai hujung sana ya” kata Darren.
“Tak
payahlah, saya beli burger dekat sebelah jambatan tu. Dekat orang bujang tu”
kata Sutera. Darren juga mahu ikut keluar tetapi ditegah oleh Sutera.
“Aippp...
tunggu sini. Nak kena kejar lagi?” soal Sutera. Darren memerhatikan dari jauh.
Sutera mengambil masa dalam 15 minit sebelum mendapatkan Darren semula. Dia masuk
ke dalam kereta.
“Ni awak
punya” sengih Sutera.
“Awak punya
mana?”
“Belum
siap. Saya hantarkan awak punya dulu. Takut awak lapar, sayang” kata Sutera.
“Awak makan
dulu” Darren menyerahkan kembali burger daging itu ke tangan Sutera.
“Saya tak
makan daginglah”. Sutera keluar kembali. Darren tidak membukanya langsung. Dia mahu
memastikan Sutera selamat. Kening Darren berkerut apabila melihat Sutera
dihimpit lelaki – lelaki itu. Sutera berundur ke belakang. Darren tidak mahu
Sutera disik dan dia terus keluar mendapatan Sutera.
“Fulamak
oi... pakwe dia Darren Mikail rupanya!!!” sorak empat orang lelaki tadi. Darren
menarik lembut tangan Sutera.
“Bohsia ke
Darren?. Lepas kau pakai, aku pun nak test juga”
Darren
berpaling ke belakang dan terus menghadiahkan sebiji tumbukan ke wajah lelaki
itu. Sutera pasti situasi ini akan bergeruh. Sutera menarik tangan Darren. Mereka
yang lain turut masuk campur. Perbalahan mula menjadi lebih teruk. Sutera terus
melindungi Darren.
“Masuk
dalam kereta” arah Darren. Sutera menggeleng. Tidak sampai hati mahu membiarkan
Darren di situ. Salah seorang daripada mereka menarik tangan Sutera. Darren sudah
hilang sabar. Dia terpaksa berlawan sendirian. Pemegang tali pinggang hitam itu
cukup pandai menilai kelemahan mereka. Semuanya teruk di belasah Darren.
Pemilik gerai itu juga lari meninggalkan Sutera dan Darren. Pipi Darren lebam
sedikit kerana tidak dapat mengelak tumbukan lawan. Dia menarik tangan Sutera
masuk ke dalam kereta. burger yang diletakkan di kusyen terus dilempar keluar.
“Saya
sayang awak” kata Sutera. Darren menggosok kepala Sutera. Dia memegang pipinya
yang lebam itu. Sutera cuba menyentuhnya tetapi dilarang oleh Darren.
“Awak
sanggup sakit begini demi saya?” soal Sutera.
“Apa saja
untuk awak. Lain kali jangan tunjuk berani” Darren mula beredar dari situ. Perutnya
sudah berkeroncong.
Naa Hamid
menyuruh darren ke sebuah rumah di kampung sebelah. Katanya itu rumah sewa
arwah ibu saudaranya yang masih belum disewakan kepada sesiapa lagi. Sekejap lagi dia akan datang dan bermalam
bersama mereka.
Darren dan
Sutera menunggu agak lama sebelum Naa Hamid tiba. Senyuman lebar terukir di
bibir Naa Hamid.
“Penat
bermarathon?” perlinya. Sakit pula hati Darren mendengarnya tetapi Naa Hamid
memang seorang sepupu yang baik. Dari dulu lagi Naa Hamid dan Darren berkongsi
rahsia bersama.
“Ya Allah..
lebam kenapa ni?. Ganasnya kau cium si Darren ni, Sutera!. Sampai lebam – lebam”
sengih Naa Hamid.
“Banyak kau
punya cium. Nak dekat pun tak sempat tau tak?” jeling Darren. Sutera membungkus
ais yang dibelinya tadi dengan kain tuala dan ditekapnya ke muka Darren. Sutera
merenung wajah Darren agak lama sebelum air matanya menitis lagi.
“kenapa
sayang?’ soal Darren.
“Awak sakit”
kata Sutera. Dia tunduk. Rasa bersalah kerana menjadi penyebab akan kesakitan
Darren.
“Ini sikit,
nanti awak lagi sakit” Darren senyum mengulum. Berkerut dahi Sutera.
“Sakit
kenapa?” soal Sutera.
“Ya la..
sakit melahirkan anak saya” Darren ketawa. Naa Hamid cepat – cepat menekup
telinganya.
“Oiii.. aku
dengar perbualan 18 dot dot kau tu tau!. Nak anak konon, nak dating pun tak
sempat!” cebik Naa Hamid.
“Aku tak
tahu bagaimana kau tahu aku di sini ?” soal Darren.
“Tanya
Suzie.. dia yang beritahu Aqilla di mana kau berada dan untuk pengetahuan kau,
Encik Borhan tu abang angkat Aqilla yang dulu dia selalu cerita Abang B.. Abang
B... B yang dia ceritakan tu, Borhanlah!” Naa Hamid membongkarkan semuanya.
“Kalau dia
masih mahukan aku, kenapa mesti mahu aku kantoi dengan Sutera?. Dia tak malu ke
semua orang tahu yang aku cintakan Sutera?” soal Darren. Sutera hanya mendengar. Naa Hamid menutup peti
ais. Dia duduk sambil meneguk air sejuk.
“Dia tahu
kau pandai lari dari wartawan. Dia tak bimbang tentang itu. Dia Cuma mahu
Sutera ni bosan dengan semua ni sampai tahap dia tak boleh terima kehidupan
seperti ini lagi. Saat itu, dia bolehlah pikat kau semula bila kau dan Sutera
asyik berbalah antara satu sama lain” terang Naa Hamid panjang lebar.
Tidak
sangka betul Suzie sanggup buat semua ini padanya. Kalau dia masih bekerja di
syarikat lama Darren, sudah tentu dia akan dipecat tetapi Darren tidak mempunyai
kuasa untuk memecat Suzie di syarikat rakaman milik Encik Borhan.
Darren yang
kesakitan akhirnya tertidur di sofa. Luluh hati Sutera melihat Darren begitu. Dia
menyelimuti Darren dengan selimut dan turut duduk terlena disamping Darren. Lebih
daripada tiga jam Darren tidur, dia terbangun. Melihatkan Sutera yang duduk
sambil menggenggam tangannya membuatkan Darren berasa amat bersalah kerana
membuatkan hidup Sutera kucar kacir begini. Darren termenung. Kadang kala dia
terfikir untuk melepaskan kariernya sebagai seorang penyanyi. Dia tahu jika dia
masih begini, Sutera akan terluka. Dia hanya
perlu menunggu lebih kurang setahun sebelum kontraknya tamat.
“Sayang...”
panggil Darren. Sutera terkejut dan terus
menyentuh pipi Darren.
“Pergi
masuk tidur dalam bilik dengan Naa ya” Darren menggosok rambut Sutera. Dengan lemah,
Sutera bangun dan terus berjalan masuk ke dalam bilik.
Pagi – pagi
lagi Darren dan Sutera terus pulang ke Klang. Suzie dan Zie juga sudah pulang
ke Kuala Lumpur. Teruk Suzie dimarahi Darren. Tiada yang dapat Suzie
sangkalkan. Zie turut kecewa dengan sikap Suzie yang amat mementingkan diri
itu.
Pak Kudus
yang sedang mengkait buah rambutan itu memandang kereta Darren yang berhenti di
halaman rumahnya. Pak Kudus menghampiri mereka berdua.
“Penat lari
main kejar – kejar?” soal Pak Kudus. Darren terdiam. Dia masuk ke dalam rumah
bersama Sutera. Pak Kudus duduk menghadap Darren.
“Bukankah
senang kalau Darren berterus terang sahaja. Kenapa mereka kejar?. Itu kerana
mereka mahukan jawapan, Darren. Berikan jawapan dan hidup seperti sediakala. Tak
perlu lari sana sini. Nama Sutera ni sekarang bersepah kat mana – mana.
Internet lagilah banyak!” nasihat Pak Kudus.
“Maafkan
saya. Semua ini berlaku tanpa saya pinta, pakcik. Saya akan buat sesuatu agar
tidak terjadi lagi benda – benda begini” janji Darren. Selepas minum petang
bersama, Darren meminta diri untuk pulang. Belum sempat pun dia keluar dari
simpang rumah Sutera, dia menerima SMS dari Sutera. Darrren membacanya.
Sayang..
Jangan sesekali kau kesali akan semua ini kerana tidak
sesekali aku menyesalinya. Pengalaman semalam akan menjadi satu kisah jenaka
sewaktu kau dan aku menunggu permata hati kita pulang menziarahi kita. Aku berbangga
menjadi seseorang buat Darren mikail....aku tak perlukan namaku di mana – mana selain
di dalam hatimu. Jangan berduka sayang.... kedukaanmu itu melemahkan aku!
Darren
menarik nafas dalam – dalam. dia tahu dia perlu lakukan sesuatu untuk Sutera. Tidak
akan ada lagi tangisan dan kebimbangan untuk Sutera rasai.. dia Cuma mahu Sutera
merasa dan menikmati apa yang dinamakan bahagia..
*****************
Sutera
dijemput ke sebuah hotel. Dia agak resah tetapi apabila ditemani Zie, Sutera
lebih rasa yakin dan selamat. Dia masuk ke dalam sebuah suite VIP. Di atas
katil kelihatan sebuah dress yang cantik berwarna peach. Sutera membeleknya.
Kad yang berada di atas katil itu juga diambilnya dengan tenang. Dia membuka
kad yang sangat cantik berwarna perak itu.
Hari ini kau permaisuri
Hari ini kau puteri
Hari ini kau milikku
Hari ini ku milikmu
Senyumlah dengan bahagia...sayang
-darren mikail-
Sutera
memandang Zie yang tersenyum – senyum. pintu bilik diketuk. Seorang jurusolek
tersenyum memandang Sutera.
“Boleh saya
solek wajah puteri milik Darren mikail?” soalan itu membuatkan Sutera ketawa.
Sutera memakai baju itu dan wajahnya dirias sempurna oleh jurusolek itu. Dia diiringi
Zie masuk ke dalam ball room yang di hias catik dengan taburan kelopak mawar merah
jambu di lantai. Zie berhenti melangkah. Sutera memandangnya.
“Kenapa?”
soal Sutera.
“Aku akan
tunggu dan makan makanan mahal di sini sahaja” sengih Zie. Jari telunjuk Zie
menuding ke hadapan. Sutera menoleh. Dareen menghampiri dengan tuksedo berwarna
putih. Darren memimpin tangan Sutera ke tengah – tengah dewan ball room. Sutera
memerhati sekeliling. Tiada orang lain. Hanya mereka bertiga. Lampu dipadam.
Sutera terkejut dan terus merapati Darren. Tawa kecil Darren membuatkan Sutera
berundur ke belakang. Lampu yang terang tadi digantikan dengan lampu yang agak
malap. Sutera memandang Darren.
“Macam romantiklah”
senyum Sutera. Muzik berkumandang. Darren menundukkan sedikit kepalanya. Bunyi muzik
itu sayup – sayup sahaja. Tidak kuat.
Darren
memegang pinggang dan tangan Sutera. Kaki Darren bergerak mengatur langkah
tarian slow waltz. Sutera senyum. dia tahu akan langkah itu. Balqish yang mengajarnya
dulu. Sutera dan Darren mengatur langkah mengikut alunan muzik yang sangat romantik.
Zie terlalu terpegun hinggakan makanan di hadapannya itu tidak di sentuh
langsung. Darren merapatkan bibirnya ke telinga Sutera. Dia berhenti menari.
“Selamat
hari lahir buat puteri yang hadir dalam hidup saya... Sutera Indah”
Sutera
termenung seketika. Ya... hari ini hari lahirnya ke 25 tahun. Darren masih
tersenyum memandangnya.
“Hari ini
saya akan luahkan segalanya tentang kita dan cinta”
Sutera
hanya merenung. Tiada kata – kata yang boleh dilafazkan di saat Darren berkata –
kata mengenai cinta. Darren tunduk seketika. Lampu dewan terpadam lagi. Sutera
merapati Darren. Selepas beberapa saat hanya lampu di atas mereka yang menyala.
“sayangku
Sutera Indah yang sering mengindahkan hidup dan cintaku... saat ini aku tidak
gentar memaklumkan akan rasa cintaku untukmu. Memaklumkan akan kerinduanku
terhadapmu. Aku tak bimbang akan segala apa yang bakal berlaku lagi kerana aku
ada kau, sayang”
Sutera
masih memandang mata Darren yang sedikit berkaca.
“Cinta itu
memang aneh bukan?. Sejujurnya aku mencintaimu sejak kali pertama aku
memandangmu. Bukan kerana namamu. Keegonku sering menidakkan rasa itu. Setiap kali
kau tersenyum, hatiku berbunga mekar tetapai setiap kali kau tunduk mengalirkan
titis jernih itu, ketahuilah sayang.. akulah insan yang paling berduka.aku
juga punya banyak kekurangan. Pimpinlah aku yang buta ini untuk terus mencari
rasa bahagia di hatimu. Aku buta tetapi tidak pada cintaku. Setiap kali kau
kata kau cintakan aku, ketahuilah aku seperti mahu terbang.. sebebas –bebasnya.
Dia hadapan mu, di hadapan mereka semua, Aku Darren mikail akan menjadi tunang
dan bakal suami yang hebat buatmu. Aku cintakan kau Sutera indah.. puteri yang
sentiasa bertakhta dengan senyuman di hatiku”
Sutera
mengalirkan air mata. Dia tunduk. Darren menyentuh dagu Sutera.
“Hari ini,
satu negara melihat siapa Sutera Indah di hati saya”
Sutera
terkejut. Lampu dipasang kembali. Dia melihat Naa Hamid dan kru – kru rancangan
hiburannya tersenyum dengan hak ekslusif yang diberikan Darren kepadanya untuk
siaran langsung yang dipancarkan terus ke seluruh negara. Sutera memandang Darren.
“Sayang..”
Sutera memegang kedua – dua pipi Darren.
“Saya perlu
lakukan sesuatu demi kita walaupun saya tahu Pak Kudus akan mengamuk pasal
benda ni” bisik Darren. Sutera senyum. Zie dan mereka semua bersorak gembira.
“So
romantic...” jerit Naa Hamid.
“Ya..
and you akan kena lastik dengan ayah”
kata Sutera. Darren mencubit pipi Sutera.
“Apa sangat
Pak kudus tu” kata Darren dengan kuat. Naa Hamid menelan air liur.
“Darren....
kamera masih on dan aku pasti ayah Sutera boleh dengar kata – kata kau tu!”
kata Naa Hamid. Darren ketawa.
Di rumah
Pak Kudus..
“Bertuah
punya budak!. Dah lah menari dengan anak aku.. siap kata apalah sangat ya!!!. Kau
tunggulah Darren.. siap kau!!!!!” bebel Pak Kudus dan terus keluar ke kedai kopi
dengan hati yang sakit. Mak Milah dan Zetty ketawa terbahak – bahak.
Sedih btul cite ni tapi best hehehehe msty next n3 darren kene pelangkug gan pak kudus hahaha ...all the best sis go..go..chayokkk :D
ReplyDeletehahahahahah..
Deleteterima kasih lya :)
harussss dipelangkung hihih
cayang lya :)
yeeeyyyy cerita yang hebat..lepas ni masak ler darren kena dgn pak kudus tapi apapun Darren akan menjadi menantu kesayangan pak kudus..hehehehe caayaaalahh iza...love you aloottsss....
ReplyDeleteterima kasih kalam sbb baca ya :)
Deletejangan kata masak, malah dikukus oelh Pak kudus hihi.
cayang Kalam juga... jujur ni! :)
romantiknyer laa darren ni.. rasa mcm dia cakap ngan akak jer.. kakakaa...
ReplyDeletehehhehe..
Deletekak hartini ni pun mesti roamntik gak kan kan kan...
terima kasih baca ya..
sayang akak!
mula2 baca.. rasa nak nangis je. last2 baca.. berderai ketawa. haha..
ReplyDeleteRomantik betul Darren, untung Sutera Indah. Sutera Aqilla pula bila nak berhenti ganggu mereka.. ish ish ish, geram betul.. asyik nak interframe je. haha.. emosi pula. Ehem, tak takut kena belasah olh pak kudus ke Darren.. Hahaha.. comel betul.
adik Izzatul :)
Deleteterima kasih baca walaupun bz ya..
mahu tak takut..
tapi Pak Kudus tu padan muka dengan dia pun.
poyo tak ingat hehehe
sayang izzatul :)
napa akak x sambung dwet 2??
ReplyDeleteadik, terima kasih baca ya :)
Deletedwet malam ni akak buat. paling lewat, esok pagi akan masukkan n3 baru di bloh. Zaifa tunggu ya :)
sayang Zaifa!!!