BAB 8
Fuad memandang Seri
yang leka membelek majalah di hadapannya.
“siapa Arjuna?” soal
Fuad terus terang. Dari semalam hatinya penuh dengan tanda tanya. Siapa
Arjuna?. Kenapa Seri diam? Kenapa mereka berpandangan antara satu sama lain?..
semuanya bersarang di fikiran Fuad.
Seri membisu malah cuba
menukar topik perbualan mereka.
“Tak nak jawab ya. Tak
mengapa. Saya akan hormati kehendak awak tapi minta – mintalah Si Arjuna tu tak
sehendsome saya ya” Fuad mengenyit mata. Seri senyum hambar. Perlukah dia
menerangkan siapa Arjuna di hatinya. Lelaki yang pertama kali mengusik rasa
cintanya itu tidak perlu diingati selepas kecurangan yang telah dia lakukan
bersama wanita lain yang lebih pantas digelar ibu. Demi kemewahan Arjuna
sanggup menjadi suami kepada Hamidah yang sudah pun berusia 45 tahun sewaktu
mereka mendirikan rumahtangga dengan upacara yang gilang gemilang. Sirap bandung
disedut perlahan. Seri cuba mencuri pandang wajah Fuad yang seperti tidak
tersinggung dengan keputusannya tadi.
“Bekas tunang saya”
jawab Seri setelah sekian lama berdiam diri. Fuad mengangguk. Dia peduli apa
pada kisah silam Seri. Apa yang dia tahu Seri telah pun menyerahkan rasa cinta
kepadanya.
“Tak nak tahu lagi?”
soal Seri.
“Tak naklah!... buat
apa?. Nanti saya rasa tinggi diri pula sebab bekas tunang awak tu mesti tak
berapa nak pandai orangnya kan?” sengih Fuad. Seri ketawa.
“Mari kita pergi jalan
– jalan” ajak Fuad. Seri bangun dari kerusi dan terus mengekori Fuad dari
belakang.
“Boleh pegang tangan?”
soal Fuad.
“Tak boleh” jawab Seri
selamba. Fuad menjuihkan bibirnya. Merajuk konon!!. Seri ketawa dan terus
memegang tangan Fuad. Cepat – cepat Fuad menarik kembali tangannya. Dia membuka
pintu kereta dan terus masuk ke dalam.
“Huh... jangan kau cuba
memujuk hatiku yang lara ini” jeling Fuad.
“Oh sayang.. maafkan
diriku yang tida sengaja menyakiti hatimu yang lembut seperti bahulu itu. Bila
dicicah ke dalam air terus lembik. Langsung tak boleh di makan” senyum Seri.
“Ish... tahukah anda
bahawa saya tidak selembik itu?” Fuad merenung tajam wajah Seri dengan mulut
yang dimuncungkan. Seri mengambi kotak tisu dan terus menutup wajah Fuad.
Mereka ketawa bersama. Fuad terus memandu untuk membawa Seri berjalan – jalan
sedangkan Baby Mio sedang menunggunya di pejabat Liza Rais butik collection
untuk berbincang mengenai storyboard iklan tv yang bakal mereka uruskan. Baby Mio tersengih – sengih
memandang wajah Liza Rais yang mulus kulitnya. Mujurlah Liza Rais itu orangnya
lemah lembut dan bertimbang rasa. Baby Mio menelefon Fuad beberapa kali. Masih
tiada jawapan. Baby Mio memperbetulkan tudungnya dan menyinsing lengan baju
blouse berwarna hitam yang baru dibelinya minggu lepas.
“Masak aku!” bisik Baby
Mio.
“Saya bincang dengan
Baby Mio sahaja pun tak mengapa. Mungkin Encik Fuad ada hal agaknya” senyum
Liza Rais. Baby Mio mengangguk dan mula berbincang dengan Liza Rais yang tidak cerewet berbanding
pelanggan mereka yang lain. Selepas semuanya selesai, Baby Mio bergegas balik
ke pajabat dengan mulut yang terkumat – kamit kerana geram dengan Fuad yang
melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.
Baby mio memandang Seri
yang sudah pulang dari dibawa bersiar – siar ke taman bunga. Seri mahu tergelak
apabila Fuad membawanya ke sana. Macam orang dulu – dulu pula. Bercinta di
taman bunga.
“Bos ada di dalam?”
soal Baby Mio. Dengan wajah yang merah itu Izzatul, Zarra, Hartini dan Yatie
yakin Baby Mio mahu meletup.
“Habis Encik Fuad!”
kata Izzatul. Baby Mio mengetuk pintu Fuad dan terus masuk ke dalam. Fuad
terkejut.
“Ha.. awak tahu tak
saya pergi dating tadi. Idea awak memang best!” sengih Fuad. Baby Mio
mengecilkan matanya. Dia duduk berhadapan dengan Fuad.
“Hari ni kita kena
pergi mana pukul 2.30 petang tadi?” soal Baby Mio.
“Pergi taman dengan
Serilah. Bukan kita” senyum Fuad. Baby mengeluh.
“Hari ini sepatutnya
bos kena pergi ke Liza Rais butik Collection untuk berbincang mengenai
storyboard iklan tv tu tapi bos pergi buat storyboard kat taman bunga dengan
Seri. Nasib baik Liza Rais tu ok!” geram Baby Mio. Fuad terlopong. Cepat –
cepat dia memeriksa organizernya. Fuad menepuk dahinya.
“Tepuklah sampai benjol
bos!. Saya marah ni tau” kata Baby Mio.
“Minta maaflah. Bila
bersama Seri saya lupa semuanya” Fuad mengerutkan dahinya. Berkali – kali dia
memohon maaf.
“Pi pinang dia lepas tu
pi kahwin. Hari – hari boleh lupa diri tau” suara Baby Mio sedikit kendur. Fuad
gelak.
“Awak cantik bila
marah. Pipi awak merah jambu” sengih Fuad.
“Banyaklah punya merah
jambu. Esok bos kena jumpa Liza Rais tu pula sebab ada yang tak lengkap lagi”
kata Baby Mio. Fuad cepat – cepat mengangguk. Baby Mio keluar dari pejabat Fuad
dengan hati yang sedikit lega.
“kenapa?” soal Seri.
Baby Mio ketawa.
“Kau ni buat lelaki
dalam bilik tu hilang ingatan sampai meeting pun dia lupa” kata Baby Mio.
Mereka yang lain ketawa. Seri memandang bilik Fuad yang sudah tidak berlangsir.
Fuad mengenyit mata ke arahnya. Seri ketawa. Izzatul sudah rimas kerana tempat duduknya betul – betul di
sebelah bilik Fuad. Dia akan lihat dengan jelas bila Fuad merenung Seri. Begitu
juga sebaliknya. Izzatul mengambil kertas suratkhabar di pantry dan dia terus
menampal tingkap kaca di sebelahnya itu. Fuad terkejut. Dia terus keluar.
“Apa ni Izzatul?” soal
Fuad.
“Encik Fuad ni main
mata dengan Seri tapi saya kat tengah – tengah ni dah meremang bulu roma dah.
Gatalnya... ish!” kata Izzatul. Fuad mencebik dan masuk semula ke dalam
biliknya. Seri dan mereka yang lain ketawa. Zarra menggeleng kepala. Teruk
betul bila Fuad jatuh cinta!
******************
Rancangan Diela untuk
membuka gerai burger berjalan dengan lancar. Mereka menyusun roti burger di
atas para yang telah ditempah khas. Irna mengajar mereka memasak burger dengan
betul. Belum pun sempat mereka memulakan perniagaan, hampir 10 orang lelaki
sudah pun menunggu untuk membeli burger mereka.Diela bersorak gembira. Salah
seorang dari mereka ialah Doktor Irsyad yang dari tadi memandang Irna yang
sedang leka memotong timun dan kobis. Seri perasan akan renungan Doktor Irsyad
itu.
“Irna.. ada orang
pandang awak” bisik Seri. Irna ketawa. Dia bukannya tidak tahu tapi Cuma jual
mahal sahaja. Doktor Irsyad menghampiri Irna. Pisau di tangan Irna terlepas.
Irna senyum malu. Doktor Irsyad sepeti suka dengan sifat malu – malu Irna itu.
“Assalamualaikum” sapa
Doktor Irsyad. Mereka semua menjawabnya serentak. Lya tersenyum – senyum
memandang Irna. Adahlah pula keluar masuk untuk mengambil barang.
“Pesanan saya tu, lepas
Isyak saya ambil ya” Doktor Irsyad mengintai sedikit wajah Irna.
“Ya..” jawab Irna
sambil tersenyum.
“Fuyoooooo...
cintuu berputik...tik...tik!!!!” Diela menyanyi dengan irama yang hanya hentam
kormo. Lya pula menyambungnya.
“Burgerku
burgermu.. cinta kita cinta burger”
Seri Ayu
juga tidak mahu ketinggalan
“Jangan
jangan jangan kau pergi lama – lama – lama.. nanti aku runduuuu”
“degup –
degup jantung berdetak berdetik” sambung Jannah.
“Inikah
cinta...cinta kita...” Rynieta menyanyi sambil memegang bungkusan roti. Doktor
Irsyad tersenyum malu. Irna ketawa malu sambil menundukkan wajahnya.
Seri tidak
mahu terlepas . dia pula mahu menyambungnya.
“Cinta...
cinta.. cinta...Fuad!”
“Woiiiii!!!!!!!!”
mereka semua memandang Seri yang tak mengerti apa salahnya.
“Apa?” soal
Seri.
“Itu Irsyad
bukan Fuad” kata Lya. Seri ketawa. Tersalah sebut nama pula!. Sebaik sahaja
mereka habis menyanyi 9 orang lelaki tadi bertepuk tangan. Mereka terkejut.
Lupa pula mereka semua yang sedang menunggu di bawah pokok rumah Wak Jenal.
“Boleh buka
burger karaoke ni” kata Qai yang masih duduk di atas motornya.
“banyaklah
kau punya karaoke.” Jawab Lya.
“Ala Lya...
bolehlah...” rengek Qai. Lya menggeleng kepala. Malas mahu melayan Qai, anak
wak Jenal yang sering mengusiknya.
“Boleh..
boleh blah!” jeling Lya. Diela ketawa. Suka dia melihat perniagaannya berjaya
pada hari pertama lagi. Nasylla dan Tina juga ada bersama untuk membantu Diela.
Selepas membantu Diela, mereka semua meninggalkan Diela bersama – sama Tina dan
Nasylla menguruskan perniagaan burger itu sendirian. Diela tersenyum puas
sambil mengira – ngira keuntungannya pada malam itu. Irna menggeleng kepala
sambil tersenyum sendiri.
******************************
“Abang tak
mahu bawa Kak Seri jumpa mami ke?” soal Zalina.
“Bekas mak
tiri pun nak kena kenalkan ke?” soal Fuad.
“Kenalkan
sahajalah. Mami tu kan baik juga orangnya. Walaupun bekas ibu tiri tapi dia ok”
kata Siti Sulaiha. Fuad hanya membisu.
“Tapi kalau
nak pergi, kami nak ikut tau!, sebab kalau pergi rumah mami mesti dapat duit”
sengih Zalina. Fuad menjeling. Itulah dia.. asyik duit, duit!
“Nak burger
tak?” soal Fuad yang sudah pun berdiri di muka pintu. Zalina dan Siti Sulaiha
mengangguk. Fuad terus memandu ke rumah Seri. Terkejut besar dia apabila melihat ramai lelaki meenunggu giliran
mendapatkan burger mereka. Cheqmong dan Rohana juga ada bersama. Bersembang
dengan Seri dan Lya.
“Seri.....”
panggil Fuad dengan manja. Semua rakan serumah Seri memandang Fuad. Dari
senyuman Lya itu Fuad tahu apa yang akan didengarinya.
Lya
memandang Rynieta, Jannah, Diela dan Seri Ayu yang turut sama memandang Lya.
“Oh.. Fuh..fuh..fuh...fuh..Ad!!!” kata mereka
serentak. Fuad menekup mukanya.
“Hei.. tiga
fuh saja ya” kata Fuad. Tergelak besar mereka mendengarnya. Dia duduk di
sebelah Seri.
“Saya
jelous la macam ni. Ramai sangat orang lelaki ni. Rasa tercabar betul!” gurau
Fuad.
“Ha... baru
tahu kekasih awak ni pun saham tinggi tau” sengih Seri. Fuad mencebik. Tiba –
tiba Fuad terpandang Doktor Irsyad yang menghampiri Irna. Cepat – cepat Fuad
yang sedang tak berapa betul otaknya itu menghampiri Irna dan Doktor Irsyad.
“Hei..hei..
nak order dekat sini ya?. Ini yang kacau awek aku tengah buat kerja ni kenapa?”
wajah Fuad sangat serius. Irna tergamam. Terkebil – kebil dia memandang Fuad.
“Irna... sampai hati Irna mentigakan abang dengan
lelaki ini” Fuad merenung mata Irna. Tergamam Irna dan semua dibuatnya. Doktor
Irsyad memandang Irna.
“Saya minta
maaflah. Saya ingat awak tak punya kekasih lagi sebab saya tanya Diela hari tu
dia kata tak ada. Saya minta maaf. Lain kali saya tak datang sini lagi” Doktor
Irsyad ingin berlalu. Irna sudah tidak keruan. Dia seperti kecewa dengan Fuad.
“Hei...
awak!” panggil Fuad. Doktor Rasyid berpatah balik.
“Dia pun
bukan suka dekat awak. Dia suka saya saja”. Doktor Rasyid mengangguk.
“Bukan!!!”
cepat – cepat Irna membantah. Dia berdiri.
“Awak tak
suka dia kan?” soal Fuad.
“Suka!.
Siapa kata saya tak suka?. Awak sampai hati buat saya begini. Sudah lama saya
inginkan Doktor Rasyid ni menyapa saya. Bila dia hampir dengan saya, awak pula
buat begini” kata Irna agak marah walaupun masih bernada lembut. Semua
tergamam. Doktor Rasyid tersenyum.
“Kan
senang! Tak payah ambil masa malu – malu macam tu” kata Fuad sambil ketawa.
Doktor Rasyid ketawa. Irna termalu. Kakinya melangkah untuk masuk ke dalam
rumah tetapi panggilan Doktor Rasyid yang lemah lembut itu membuatkan Irna
berpatah balik.
“Kita mula
berkawan ya?” soal Doktor Rasyid. Mengintai wajah Irna yang masih tunduk malu.
Irna mengangguk dan masuk ke dalam rumah. Dia terus ke bilik dan tersenyum
malu. Lya menghampiri Fuad.
“Hmmm...
cara yang bagus tapi buatnya Doktor tu percaya cakap awak?. Tak nahas si Irna?”
soal Lya. Fuad memegang dagunya sambil menjeling bangga.
“Ini
Fuadlah. Pakar psikologi cinta” sengih Fuad. Lya ketawa.
“Macam tu
awak kenakan saya kan?” soal Seri.
“Cepatlah
yang oii.. saya lapar ni. Zalina masak Maggie je hari ni” Fuad menggosok
perutnya. Seri ketawa dan terus membungkus burger untuk Fuad. Doktor Irsyad
pulang dengan senyuman yang lebar. Fuad pandai mencari kelemahan Irna dan Dotor
Rasyid rasa dia perlu berkenalan dengan Fuad kerana lelaki itu sedikit unik dan
rasanya bagus dibuat sahabat.
Oopppsss ooOOOO....telah tersingkap sikap semuanya...izaaa awak sgt nakal....(malu sambil meutup muka dgn kedua tangan) habis semua awak talanjangi saya....hahahahah..apa yang tingal???? hmmmm????malu dong aaahhh...hehehehehe....
ReplyDeletehihihihihi....
Deletehahahahhahahah.. wakakakakakak... kihkihkih... cute apa cam gini. irna yang malu2 tapi mau...
best tak jodoh yang saya create utk awak.. doktor lagi tuuuuuu....
terima kasih banyak ya Irna hihihiih :)
Ahakkk eden kompem lopas ni ramai yg nk berguru gan si fuh fuh tu kikiki ye la mano xnye die jdik dokter cinte dpn 9 org llki kat dpn kdai bgur tu kompen msty 10% yg ade kat situ nk beguru gn fuh fuh ni wakakakaka femes jap fuh fuh hehehe
ReplyDeletesiss nnt law senang2 wat la n3 lagy pnjg skit hehehehe
pape pon all the best sis lya always sokong sis jgn mudah megalah azaa azaaaa fighting siss :D
#Sooooorrrrrrryyy pnjg lak komen kali nie ;)
hi lya..
Deletekahkahkahakhaah..
fuad tu poyo jer lebih. nasib baik malam tu menjadi kalau tidak.. nahas!
ok, nanti akak buat panjang sikit ye ;)
* takper komen panjang2.. akak suka . sungguh!! :)
tq lya