Thursday, 24 January 2013

CINTA POPULAR D&S - BAB 18


 BAB 18

Pak Kudus memanggil Darren makan tengahari di rumahnya. Sutera agak resah. sudah sehari suntuk Pak Kudus tidak henti – henti menjeling anak sulungnya itu. Mak Milah tak kuasa mahu melayan kerenah Pak Kudus yang selalu sahaja membesarkan sesuatu perkara. Dia duduk bermain playstation 3 yang diberi oleh Sutera beberapa bulan yang lepas. Dengan bangga dia bersorak gembira kerana dapat menjaringkan gol. Zetty menggeleng kepala. Apabila Pak Kudus bermain playstation, ini bermakna dia tidak akan dapat menonton rancangan hiburan kegemarannya. Sutera memotong kentang di dapur.

“Lantaklah ayah kamu tu, Sutera. Mak ni dah naik bengkak telinga dengar dia membebel. Sebenarnya masa dia tengok Darren meluahkan perasaan dia pada kamu tu, dia senyum tapi bila Darren kata apa sangat Pak Kudus tu.. terus dia bangkit dari sofa. Dicampaknya bantal kecil ke lantai. Marah betul dia” ketawa Mak Milah. Sutera tersenyum.

Terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah. Sutera pasti itu Darren. Sutera tidak menyambutnya kerana bimbang hati ayahnya bertambah bengkak bila melihat kemesraan mereka berdua. Darren memberi salam dan terus masuk ke dalam rumah. Pak Kudus mengerling.

“Pakcik buat apa tu?” soalan yang tak perlu ditanya pun.

“Tengah pancitkan tayar basikal” jawabnya dengan joystick di tangan. Darren menelan air liur.

“Best drama kamu semalam” Pak Kudus bersuara. Darren tunduk. Sesekali dia mengerling sebentar wajah Pak Kudus yang masih awet muda itu.

“Tiba – tiba aku terdengar ada satu suara yang cakap ‘apa sangat Pak Kudus tu’. Huh!.. siapa benarkan dia sebut nama aku?. Kalau aku minta royalti kerana gunakan nama aku baru budak jantan tu tahu. Yang dia pakai baju kot putih tu ingat kacak sangatlah!!!” jeling Pak Kudus.

“bukan kot pakcik, tapi tuksedo” jawab Darren perlahan. Zetty mencuit tangan Darren sambil menutup mulutnya menahan tawa.

“”Alah... toksudu ke tosidi ke peduli apa aku. Dia tak tahu aku siapa” sambung Pak kudus lagi.  Kopi panas di sebelahnya dihirup.

“Pakcik nak saya bayar royalti ke?” soal Darren. Sutera yang mengintai mereka berdua hanya tersengih – sengih.

“Simpan sahajalah duit kamu tu Darrun!” kata Pak Kudus.

“Darren..pakcik” Darren memperbetulkan namanya yang tak pernah disebut dengan betul oleh Pak Kudus.

“Orang tu saya ke pakcik?” Darren berpura – pura. Pak Kudus meletak joystick ke lantai dan memusingkan badannya menghadap Darren.

“Kamu pandai main PS3 ni?” soal Pak Kudus.

“Tak pakcik. Tak sempat nak main pun” senyum Darren.

“Kita lawan. Kalau kamu kalah, pergi cuci kereta aku. Ada berani Darrun?” soal Pak Kudus.

“Ish... tak berani saya pakcik. Tengok pakcik main ni pun saya dah gerun. Memang dasyat pakcik ni.”

Pak Kudus tersenyum bangga. Darren duduk bersila di sebelah Pak Kudus. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang dibawa masuk tadi.

“Ini untuk Pakcik” senyum Darren.

“apa ni?” soal Pak Kudus. Dia mengambil beg kertas itu. Terbeliak matanya apabila melihat 10 keping cd game PS3 original di dalam beg kertas itu. Semuanya game bola. Tersengih – sengih Pak Kudus membeleknya.

“Nak bodek aku lah ni?” jeling Pak Kudus. Darren senyum lagi.

“Kalau pakcik tak nak, tak mengapalah.. saya ambil balik”

Cepat – cepat Pak Kudus menyimpannya di dalam bilik.  Darren terlupa tentang buah tangan untuk Zetty dan Mak Milah yang tertinggal di dalam kereta. dia pergi mengambilnya. Sutera mengekorinya dari belakang.

“Sayang..” panggil Sutera. Darren menoleh.

“Oh anak Pak Kudus rupanya” senyum Darren.

“Rindulah..” kata Sutera.

“Semalam baru jumpa kan?” soal Darren. Dia membongkok mengambil dua beg kertas yang diletakkan di tempat duduk belakang.

“Tapi masih rindu..” manja sekali suara Sutera. Darren merenungnya.

“Macam nak kahwin cepat – cepat sahaja ni” usik Darren.

“Boleh ke?” soal Sutera pula. Darren ketawa besar.

“Macam mana nak kahwin cepat sayang kalau Pak Kudus pun saya tak lepas lagi” ketawa Darren.

“Hai.. semalam kata apa sangat pak kudus tu” perli  Sutera. Darren ketawa sambil mencuit batang hidung Sutera.  Darren berjalan masuk ke dalam rumah. Belum pun sempat Sutera sampai ke muka pintu Darren memegang bahu Sutera.

“Saya rindu awaklah sayang. Tak boleh tidur pun malam tadi” kata Darren.

“Ingatkan saya sampai begitu sekali?” senyum Sutera.

“Tak!.. Ingatkan Pak Kudus hihihi” sengih Darren. Tiba – tiba Pak Kudus keluar betul – betul hampir dengan mereka berdua. Darren tidak sangka Pak Kudus ada di sebalik pintu itu.

“Ha.. baguslah ingatkan aku!!!..Rindu ya?” Pak Kudus mengangkat kening berkali – kali.

“Sudahlah abang, nanti Darren tu merajuk tak mahu makan baru awak tahu” Mak Milah bersuara. Pak Kudus terdiam.

“Diambilnya balik PS3 awak tu baru tahu” sambung Mak Milah sambil menyusun lauk di meja makan.

“Itu anak aku yang beri” cebik Pak Kudus.

“Tapi duit Darren, ayah” jawab Sutera. Pak Kudus membeliakkan matanya memandang Sutera. Dia terdiam dan terus duduk di meja makan.

Sutera dan Mak Milah memasak ayam goreng, asam pedas ikan pari, sayur campur, sambal kerang dan kari nangka. Darren tersenyum apabila melihat Pak Kudus cepat – cepat mengambil baki 3 ketul ayam setelah Sutera, Mak Milah dan Zetty mengambilnya dan meletakkannya ke pinggan masing – masing. Mak Milah menggeleng kepala. Macam budak – budak!

“Apa?” soal Pak Kudus apabila menyedari Darren memandangnya dengan senyuman yang mengulum.

“Terima kasihlah sebab tak makan ikan ni pakcik, sebab saya memang tak suka ayam” senyum Darren lagi. Pak Kudus mengecilkan matanya dan terus menyuap nasi ke dalam mulut. Sutera terus ke  dapur dan mengambil sepiring ayam goreng buat Darren.

“ni bila masa ada ayam lain pula ni?” soal Pak Kudus.

“Sudahlah abang.. buat malu dengan bakal menantu saja. Awak ni memang mengada – ngada betul sejak pencen ni” jeling Mak Milah. Darren ketawa dan terdiam apabila Pak Kudus merenungnya tajam.

“Nanti lepas makan ikut aku ke surau” ajak Pak Kudus. Darren mengangguk. Mengikut sahaja akan kata – kata Pak Kudus.


Pak Kudus tiba dengan Darren yang lengkap berpakaian baju melayu milik Pak Kudus. Bukan main segak lagi dia dengan songkok di atas kepala. Beberapa orang yang berada di situ menepuk – nepuk bahu Darren.

“Wahh... untung kamu, Kudus dapat menantu popular macam ni” usik Siak Hashim dengan senyuman di bibir. Pak Kudus tersengih – sengih. Tidak dinafikan ada sedikit rasa bangga di dalam hatinya.  Selesai solat Zohor, Darren pulang ke rumah bersama Pak Kudus. Sutera duduk di sebelah Darren yang sudah pun memejamkan matanya akibat terlalu mengantuk.

“Awak tengok Si Darren tu, sampai tertidur dia layan awak bersembang panjang. Dah tahu bawa menantu, janganlah bersembang lama – lama. Pak Kudus membisu. Dia menggerakkan tubuh Darren.


“Masuk bilik tidur kat dalam. lepas makan malam nanti barulah pulang ke rumah” arah Pak Kudus. Darren yang masih mamai itu terus mengekori Sutera masuk ke dalam biliknya. Cepat – cepat Pak Kudus menarik baju Darren.

“Bilik tu belum boleh masuk ya” jeling Pak udus. Darren mengerutkan dahinya. Dia memandang ke sisi. Senyuman nakal Sutera itu membuatkan Darren tersedar.

“Maaf pakcik, tak sengaja” kata Darren dan terus masuk ke dalam bilik yang memang disediakan untuk tetamu atau saudara – mara yang menumpang tidur di rumahya. Darren terus tidur. Mak Milah menggeleng kepala.

“Bukan sahaja letih badan tapi letih otak melayan laki aku yang tak betul tu” kata Mak Milah dan terus ke dapur bagi merebus jagung untuk dibuat hidangan minum petang.

Darren bangun setelah hampir dua jam melelapkan mata. Setelah membasuh muka, dia meminta diri untuk pulang. Ada urusan penting katanya. Pak Kudus dan Sutera melepaskan Darren pulang dengan sediit bekalan. Hilang sahaja kereta Darren dari pandangan matanya, Sutera terus masuk ke dalam rumah untuk merehatkan diri. Pak Kudus duduk di samping Sutera.

“Ayah masih marahkan Darren?” soal Sutera. Pak Kudus tidak menjawab sebaliknya hanya mengulum senyum. Sutera tahu ayahnya memang sayangkan Darren Cuma dia tidak suka menunjukkan kasih sayangnya pada bakal menantu popularnya itu.


                               ****************

Darren dimarahi dengan teruk oleh Encik Borhan. Pengakuannya mengenai pertunangan mereka berdua teah diketahui umum. Darren hanya membisu. Dia tahu Encik Borhan hanya boleh memarahinya tetapi dia juga takut jika kehilangan Darren.

“Tolong jangan rapat sangat dengan Sutera. Nanti kerja you terabai” kata Borhan. Darren senyum sinis.

“Jangan nak ikut sangat kata Sutera Aqilla. Bukan dia yang bagi makan abang pun. Saya nak balik dulu. Nak kena terangkan tugas pada PA baru yang diupah oleh Sutera Aqilla merangkap bos baru saya” Darren memerli Borhan. Kalau Sutera Aqilla tidak membantunya, sudah tentu syarikatnya akan lingkup kerana kegagalannya menguruskan wang dengan baik.

Seorang wanita dalam usia lingkungan 20 an memandang Darren dengan senyuman. Dia menghulurkan salam. Darren menyambutnya dengan senyuman yang kelat.

“Awak PA saya yang baru bukan?. Harap – harap awak ni bukannya mata – mata Aqilla ya?” kata Darren. Nur Bayu yang sememangnya tidak berapa berkenan dengan Sutera Aqilla itu hanya mengangguk.

“Saya minat dengan Cik Sutera lagi dari Cik Aqilla” kata Nur Bayu dan masuk ke dalam kereta. Darren tersenyum. Dia perlu menghadiri ujibakat nyanyian di Hotel Hilton . Dia yang dipilih menjadi juri menerima tugas itu dengan gembira sekali. Nur Bayu duduk di belakang tempat duduk Darren. Seorang demi seorang peserta menunjukkan kehandalan mereka. Tidak kurang juga yang sumbang nadanya. Nur Bayu membelek salah satu borang penyertaan. Bibirnya senyum dengan lebar sekali.

“Kenapa?” soal Darren. Nur Bayu menggeleng. Biarlah Darren tahu sendiri.

“Peserta ke 212.. Sutera Indah Binti Kudus” panggil krew pertandingan itu. Darren yang sedang meneguk air masak itu terus tersembur keluar air yang berada di dalam mulutnya. Cepat – cepat Nur Bayu menghulurkan tisu. Naa Hamid yang kebetulan ada di situ ketawa besar. Sutera tersenyum – senyum memandang Darren dan seorang lagi juri di situ.

“I macam pernah nampak dia ni...” perli Zali, composer yang sememangnya sinonim dengan pertandingan nyanyian sebegini.

Sutera mula menyanyi. Darren memicit – micit kepalanya.dia serba salah. Kalau luluskan Sutera, pasti dia dianggap pilih kasih. Darren pening kepala. Zali tersenyum memandang Darren.

“Ok tapi perlu diperbaiki lagi. Nada rendah awak tak berapa baik” kata Zali. Kali ini giliran Darren pula memberi komen. Darren berdehem beberapa kali. Memandang wajah Sutera pun dia tak sanggup. Darren membisu agak lama. Naa Hamis mencuit bahu Nur Bayu.

“Hmm..hm...” Darren cuba memandang Sutera yang merenungnya dari tadi.

“Apa dia Encik Darren?” soal Sutera.

“Tak kisah?” soal Darren. Sutera menggeleng. Krew yang lain sudah pun tersengih – sengih.

“Tak sedap!” itu sahaja yang keluar dari mulut Darren. Sutera menggetap bibirnya.

“kenapa pula tak sedap?” soal Sutera.

“Alahai..” Darren menekup muka dengan kedua belah tangannya.

“Nak saya nyanyi lagu Hindustan pula tak?” soal Sutera. Zali berbisik ke telinga Darren.

“Aku tak campur urusan rumahtangga kau” .

Darren membuka topinya. Dia menggaru – garu kepala.

“Cik Sutera Indah. Ramai lagi yang tunggu di luar. Saya dah kata tadi kan. Awak tak lepas pun”kata Darren dengan lembut. Sutera mencebik. Darren bangun dan memimpin tangan Sutera keluar.

“Sampai hati awak. Tak sukalah macam ni” jeling Sutera.

"kenapa tiba – tiba nak jadi artis ni, sayang?” Darren memujuk Sutera.

“Ya lah, dah lah tak boleh jumpa selalu macam dulu. Kalau saya masuk rancangan ni, sekurang – kurangnya saya boleh tengok awak setiap minggu” terang Sutera.

“Awak pun boleh tengok saya” sambung Sutera.

“saya tak perlu tengok awak, Sayang. Wajah awak sentiasa bermain di minda saya” Darren bermain  dengan kata – kata.

“Tak sedap?” soal Sutera lagi.

“Sangat sangat sangat tak sedap. Suara giant dalam cerita doraemon tu pun lagi sedap” jujur Darren.

“Huh.. jangan telefon saya seminggu ni dan jangan kawan saya. Benci betullah. Tunang sendiri pun tak bagi can” Sutera melangkah pergi. Darren menggeleng kepala dan ketawa sendiri. Ini mesti Naa Hamid beritahu pasal ujibakat ni.. fikir Darren.


Keesokan harinya rancangan hiburan yang keudara setiap hujung minggu menyiarkan sesi ujibakat rancangan pertandingan nyanyian yang telah Sutera sertai. Beberapa orang peserta yang teruk suaranya membuatkan Pak Kudus ketawa terbahak – bahak. Mak Milah menggeleng kepala.

“jangan kutuk orang sangat bang. Macamlah suara awak tu sedap sangat” tegur Mak Milah. Pak Kudus mencebik.

“Hei Milah!. Keturunan aku tak ada yang suara macam tu tau!” kata Pak Kudus. Mata Zetty terbeliak apabila melihat Sutera yang turut sama ada di dalam program itu.

“Ayah.. itu Kak Sutera” jerit Zetty. Mata Pak Kudus membulat.

“Ha.. tengok anak kita pula. Kalau suara tak macam Sharifah Aini, aku masak makan tengahari selama sebulan” yakin Pak Kudus. Sebaik sahaja Sutera menyanyi, bibir Pak Kudus bergerak – gerak sedikit. Tidak sangka suara anaknya sesumbang itu.

“Keturunan awak dah nyanyi pun, bang. Cili mesin dalam peti ais, Ayam saya dah letak dalam sinki dan kentang belum potong lagi. Pandai – pandai awaklah masak sebulan ni ya” kata Mak Milah dan terus masuk ke dalam bilik untuk tidur. Zetty menepuk bahu Pak Kudus.

“Itulah riak dan takbur. Allah marah. Inilah balasan yang patut ayah terima. Selamat memasak ayah!” kata Zetty dan terus masuk ke dalam biliknya juga. Pak Kudus mencampak baju yang tersangkut dibahunya tadi ke lantai.

“Buat malu aku saja Sutera ni!!” rungut Pak Kudus dan terus ke dapur untuk memasak dengan mulut yang masih mengomel.


                              ***********************

Darren mengetuk pintu rumah sewa Sutera dan Zie. Pintu terbuka dan kelihatan Zie sudah pun tersengih – sengih.

“Zie.. panggil artis baru tu” pinta Darren. Zie masuk  ke dalam bilik Sutera. Tidak berapa lama kemudian Sutera keluar dengan muka yang monyok.

“Alah... kenapa monyok sangat muka sayang saya ni” kata Darren.

“Ayah marah saya. Dia kata memalukan tujuh keturunan ke atas. Awaklah! Kalau bagi saya lulus mesti tak jadi begini” rungut Sutera.

“Ala.. biarlah awak nyanyi pada saya saja. Kalau awak menyanyi, saya dengar merdu saja” sengih Darren. Sutera mencebik.

“Kan saya kata jangan jumpa seminggu?” kata Sutera. Darren ketawa.

“Saya rindu sangat dengan awak, sayang” pujuk Darren.

“Kata tak payah tengok muka pun tak apa. Semua dalam minda” bidas Sutera.

“Tak apalah kalau tak nak jumpa saya. Baru ingat nak ajak keluar jalan – jalan” sengaja memancing rasa teruja Sutera.

“Ok.. tapi kena belanja makan sekali”

“Selama ini pun saya yang belanja kan?” kata Darren. Sutera mengangguk. Dia terus masuk ke dalam untuk menyalin pakaian.

Sutera masuk ke dalam kereta. Darren menggosok kepala Sutera dan tersenyum manis.

“awak buat saya angau” kata Darren.

“Ya lah tu..”

“Betul.. saya rindu betul” kata Darren lagi.

“Rindu pada wajah saya yang ayu kan kan kan” mata Sutera berkedip – kedip.

“Rindu nak dengar suara giant versi katak panggil hujan” Darren ketawa. Sutera geram. Dia mencubit Darren dengan sekuat hatinya. Darren menggosok – gosok lengan yang sudah pun bertanda. Sutera memicit telefon bimbitnya. Mahu memberitahu Pak Kudus yang dia tidak akan balik pada hujung minggu ini. Sutera terkejut apabila dimarahi Darren.

“Ni kalau orang tengok macam mana?” soal Darren.

“Macam mana apa?” jeling Sutera.

“Ye la... kalau orang tengok kan dah tak cantik” kata Darren. Dia menjeling.

“Cakap saja love bite” selamba sahaja Sutera menjawabnya.

“Memang gatal anak Pak Kudus ni. Ni mesti Pak Kudus suka sangat menggatal masa muda – muda dulu. Tu yang berjangkit pada anak sulung dia tu. Ha.. lagi satu, baru saya ingat yang suara awak hari tu sebiji suara Pak Kudus” gelak Darren. Tidak berapa kemudian. Telefon bimbit Sutera berbunyi. Sutera mengangkatnya dan memberi telefon itu kepada Darren yang baru sahaja mahu menggerakkan keretanya.

“Darrun...” panggil Pak Kudus di talian. Darren menelan air liur.

“kalau nak kutuk aku pun, pastikan telefon anak aku tu tutup. Ini dia belum tutup handphone kamu dah kutuk aku. Memang dilorongkan anak aku tu tengah dial nombor aku dan aku angkat. Nasib baik Sutera tak perasan yang aku tengah dengar, sekurang – kurangnya aku boleh dengar kutukan dasyat kamu tu Darrunnn..” kata Pak Kudus. Darren terdiam.

“sebab aku gatallah dapat dia, kamu tu tak gatal darrun?. Kamu datang sini memang aku letuk – letuk kepala kamu tu!. Ini Pak Kudus tau, setakat menyanyi lagu kamu tu celah gigi saja” tambah Pak Kudus.

“Ya bapak.. eh pakcik. Saya bergurau saja hihih” Darren berdalih.

“Itu bukan bergurau tapi mengutuk aku”

“Minta maaf Pakcik ya” Darren benar – benar cuak. Pak Kudus terus meletak telefon. Dahi Darren berpeluh. Nahas dia kali ini.

8 comments:

  1. Hahahaha Iza..kesian Darren....memang menempah nahas betul pi kutuk bakal pak mertua buat apa hehehehe lawak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kalam..
      itulah.. Darren pun kadang2 tak sedar diri.
      dia ingat bakal mertua dia tu macam orang tua lain .
      Pak Kudus ni brutal.. bukannya alim hihihih

      Delete
  2. okayyy siyess sakit perut gelakkn darren hahahaha abes la darren pas ni lagy teruk agknye kene gulai gn pak kudus...lmbat la die nk kawin gn ssutera nmpknye hahaha bnyk hhalagan yg die kene tempuhi hahahaha...congratulations sisss go go chayokkkkkk....

    Nnt bile sis freee nk n3 SCDS ye nk tgk fuhh fuhh lak hehehe :D
    Soory sis bnyk lak eden request huhuhu maaap ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak tau lya sbb still baca e-novel akak. ok cayang, pas ni n3 untuk SCDS plak :)

      Delete
    2. Same2 siss siyess ckp taaaaa SABAR tggu sume cite2 sis ni dinovelkn mmg lya akn beli hehehehe...thankss sis i wait SCDS hehehehe cayaggg sisss <3

      Delete
    3. hihihihi...
      Lya.. SCDS dah update dah...
      sayang lyaaaaaa :) <3

      Delete
  3. Hahaha..lawak la Pak Kudus 2 perangai macam budak2..x sabar nak tnggu bab seterusnya.. :D

    ReplyDelete
  4. terima kasih ya Sulaiha baca e-novel akak :)
    ok cayang, tapi akak nak update SCDS dulu yek... kan sulaiha pun ada kat situ hehehhe

    ReplyDelete