BAB
9
“Cepat
sikit dayang – dayang istana. Apalah, picit macam tak makan. Macam mana nak
belanja makan nasi lemak ni?” soal Fuad.
“Apa?.
Abang kata nak belanja steak. Taknak lah picit kaki abang lagi” Siti Sulaiha
melepaskan tangannya dari kaki Fuad. Zalina juga begitu.
“Stick
boleh steak tak boleh. Itu Cuma orang bercinta saja boleh makan” sengih Fuad.
Dia menarik tangan Zalina dan Siti Sulaiha agar terus memicit kakinya yang
sedang lenguh.
“Kenapalah
kita dapat abang sekejam ini?” rungut Siti Sulaiha. Zalina mengangguk setuju.
“Abang
sejak dengan Kak Seri ni, abang tak teringat ke Kak Maya?” soalan Zalina itu
membuatkan Fuad terkedu. Maya.. kekasih lama yang sudah lama dia tidak bersua
muka setelah berpisah sejak mereka habis sekolah lagi.
“Itu
cinta ungka!. Masa tu tak kenal cinta sejati” sengih Fuad.
“Ni
nak bagitau ni.. abang belanja makan esok ya?. Hari ni abang nak bawa Kak Seri pergi kenduri kahwin kawan dia
di Puchong” kata Fuad. Zalina dan Siti Sulaiha terus bangun dan mencebik. Tak
pasal – pasal penat tangan memicit betis Fuad yang keras itu.
“pergi
lama – lama sikit. Bagi kami berdua rehat di rumah ni” jerit Siti Sulaiha dari
tingkat atas. Fuad sengaja menguatkan gelaknya.
Fuad
tersengih – sengih apabila melihat Lya yang sedang asyik berbual dengan Qai,
anak jiran mereka... Wak Jenal. Lya menguis – nguis kakinya sambil tersenyum
simpul. Fuad sengaja menyanyi sebaik sahaja melintasi mereka.
“Kakiku
kuis kuis ... lama – lama jadi kudis.. kudis cinta” sengih Fuad. Lya menggetap
bibir. Kalaulah Qai tiada di situ, mahu sahaja dia kenakan Fuad semula.
“Oh..
Cheqmong tak pergi jalan ke?” tegur Fuad
apabila terpandangkan Cheqmong yang sedang sibuk membasuh kereta.
“Rehat
di rumah sahaja dengan Kak Rohana. Malas nak keluar pula” jawab Cheqmong. Fuad
masih menunggu Seri di luar rumah. Irna yang baru pulang dari membeli minyak
masak dan keperluan lain menegur Fuad dengan ramah.
“Seri
tahu ke awak dah datang ni?” soal Irna. Fuad menggeleng. Tiba – tiba seorang
lelaki datang menghampiri mereka berdua.
“Seri
dah siap?” soal lelaki yang kemudiannya bersalaman dengan Fuad.
“Awak
nak keluar dengan Seri?” soal Fuad.
“Ya
lah.. awak pula?” soal lelaki itu. Muka Fuad merah padam. Dia menggosok
wajahnya berkali – kali. Sesekali dia menggaru – garu keningnya.
“Ni..
saya yang patut keluar dengan dia sebab dia kekasih saya. Yang awak pula?” soal
Fuad. Lelaki tadi ketawa.
“Saya
lebih berhak keluar dengan dia” sinis sahaja jawapan lelaki itu. Irna sudah
agak apa yang bakal terjadi. Cepat – cepat dia memanggil Seri di dalam rumah.
“Sedap
mulut!” kata Fuad.
“Nak
rasa ke?. Masih ada manisnya” jawab lelaki itu.
“Hish....
macam nak letuk sahaja” kata Fuad lagi.
“Biar
kita tengok sendiri. Siapa yang Seri akan layan dan peluk. Kalau saya, maknanya
dia milik saya tapi kalau awak, dia tetap millik saya” kata lelaki itu.
“Amboi..
siap ada contest bagai!. Ingat cabutan bertuah ke?. Seri tu bukan untuk
dijadikan taruhan tau!” jeling Fuad. Lya dan Qai memandang mereka berdua. Seri
keluar dan terus memeluk lelaki itu.
“Arjuna!!!.
Kamek rindu kitak!!” jerit Seri. Fuad terlopong. Arjuna memeluk erat tubuh
Seri. Fuad benar – benar rasa terhina. Dia memandang Seri tepat ke dalam anak
mata.
“Eh
Fuad, sorry.. tak perasan” kata Seri. Cepat – cepat melepaskan pelukannya.
“Bagus
juga tak perasan. Sekurang – kurangnya nampak apa yang patut” Fuad menjeling
dan ingin berlalu.
“Ini
abang saya” jerit Seri. Cepat – cepat Fuad berpatah balik dan terus mencium
tangan Arjuna.
“Apa
khabar abang.. dah makan?. Marilah saya belanja makan” sengih Fuad.
Arjuna
menggeleng kepala. Dia memandang Seri yang sedang menutup mulutnya kerana
menahan tawa. Cheqmong, Qai, Lya dan Irna ketawa terbahak – bahak melihat
tindakan spontan Fuad itu.
“Fuh......
fuh... gabra kau!” kata Lya.
“Aku
sebenarnya bukan berkenan sangat tapi aku tengok kau macam sayang sangat Seri
dan sanggup pertahankan maruah dia tadi, suka atau tidak terpaksalah aku
terima” jeling Arjuna.
Fuad
menghampiri Seri.
“Bukan
Arjuna tu Ex awak ke?”
“Ya.
Tapi Arjuna yang ini abang saya” senyum Seri.
“Peluk
Arjuna saja ke?” Fuad mengenyit mata.
“Jomlah
abang saya belanja makan” ajak Fuad sambil memandang Arjuna.
“Amboi..
tadi bukan main lagi nak buat musuh ya?. Siap nak letuk aku lagi!” perli
Arjuna. Fuad terdiam. Seri terus mengajak Fuad dan Arjuna keluar bersama.
“Majlis
perkahwinan yang bakal kita hadiri ni majlis perkahwinan kawan saya dan Arjuna”
beritahu Seri. Fuad mengangguk. Lantaklah... siapa yang kahwin pun, yang
penting dapat keluar dengan kau, Seri... sengih Fuad sendiri.
**********************
Izzatul
tersengih – sengih memegang anak patung arnab yang sangat comel. Dia memeluk
anak patung arnab yang lembut itu dengan rasa gembira. Fuad menghampiri.
“Ini
bukan bilik tidur ya?” perli Fuad.
“ini
mesti Fairus tu yang bagi” teka Fuad. Izzatul tersenyum.
“alah...
manjakan sangat tunang dia ni!. Arnablah, bungalah. Lepas ni bagi katak pula
kot” sengaja mengusik Izzatul.
“yang
boss nak dengki tu kenapa?” soal Baby Mio pula.
“Itu
namanya romantik” Hartini menyampuk.
“Eleh..
itu bukan romantik. Orang sekarang tak mainlah bagi benda – benda begitu” jawab
Fuad. Geram pula Izzatul mendengarnya.
“habis
tu.. nak bawa pergi taman bunga macam Encik Fuad ke?” soal Izzatul. Fuad buat –
buat pening kepala dan masuk ke dalam biliknya. Telefon biliknya bordering.
Fuad mengangkatnya. Suara Seri kedengaran.
“Nak
juga” kata Seri.
“Nak
apa sayang?” soal Fuad.
“Arnab
macam Izzatul tu. Sweet sangat Fairus bagi dia arnab tu. Comel!!” rayu Seri.
Fuad menggaru – garu kepalanya. Izzatul dan Yatie mendengarnya sambil
tersenyum. Izzatul menaikkan ibu jari tangannya. Mereka sengaja mahu mengenakan
Fuad yang selalu mengutuk Izzatul dan Fairus.
“Ala...
janganlah minta benda – benda macam tu. Mintalah lain. Barang kemas pun tak
apa” kata Fuad. Baby Mio berbisik ke telinga Seri . dia menyuruh Seri merengek
– rengek untuk melembutkan hati Fuad.
“Ala...sayang..nak
juga....yang...” kata Seri. Dia kemudiannya memegang tengkuknya sendiri. Geli
geleman pun ada mengada – ngada begitu. Izzatul dan Zarra ketawa sakan.
“Oklah..
tapi masa balik nanti ya sayang” pinta Fuad. Sebenarnya dia malu dengan Izzatul dan yang lain.
“Nak
sekarang” kata Seri.
Fuad
terdengar suara Baby Mio ketawa. Perlahan – lahan dia mengintai di sebalik
tirainya. Fuad sudah tahu semuanya. Mereka yang berkumpul di meja Seri masih
menunggu kata – kata Fuad.
“Sayang
kata pada mereka yang berlonggok dekat meja sayang tu... kalau tak nak bonus,
buatlah kerja tak berfaedah banyak – banyak!”
Mereka
semua berlari dan duduk di tempat masing – masing. Izzatul ketawa apabila
melihat Fuad yang sedang mengintai mereka mengecilkan matanya.
Fuad
keluar mendapatkan Seri.
“Jangan
kata patung, bapak arnab pun saya boleh belikan” jeling Fuad dan terus ke
pantry. Seri ketawa. Fuad bukan senang ditipu. Seri suak betul melihat Fuad
tadi. Comel sekali apabila Fuad menjeling begitu.
Lya
tidak sihat pada hari itu. Dia batuk agak teruk. Badannya juga panas. Irna dan
Rynieta sudah pun meletakkan tuala basah ke dahi Lya tetapi masih belum
berkurangan. Seri menghampiri. Tangannya merasa bahang panas di leher Lya.
“Lagi
lima minit dia boleh bangun” kata Seri. Irna mengerutkan keningnya.
“Apa?”
soal Seri. Irna mengangkat kening. Masih mengunggu penjelasan.
“Hei..
ingat Doktor Irsyad sajakah yang tahu ubat orang” perli Seri sambil memeluk
Irna. Malu benar Irna pada masa itu.
“Assalamualaikum”
Mereka
semua menjawabnya. Lya yang sedang terbaring di sofa tadi terus meluru keluar.
Irna dan Rynieta menjadi hairan. Takkan cepat benar dah baik?
“Qai
tu lah ubat dia” sengih Seri.
“ooooo...”
jawab Irna dan Rynieta. Qai merenung wajah Lya.
“Lya
demam ya?” soal Qai. Seri dan Diela yang baru sahaja turun ke bawah menyorok di
sebalik pintu. Mahu mendengar semuanya. Menyibuk saja!
“Saya
demam..”
“Rindukan
saya?” duga Qai. Lya terdiam. Wajahnya berubah mungkin kerana Qai tahu
segalanya.
“Baru
saja tinggal dua hari dah demam” usik Qai lagi. Seri memandang Diela.
“Bila
masa pula diorang ni bercinta?” soal Seri. Dia duduk mencangkung memandang
Diela yang awal – awal lagi sudah duduk bersila di situ.
“Itulah
Kak Seri, asyik sibuk ngan Fuh Fuh tu saja. Mula – mula Kak Lya tak tahu Abang
Qai sukakan dia. Ini semua Kak Anna Liana yang jalankan. Yalah, Kak Anna Liana
tu pun suka pada Kak Lya jadi dia pun setujulah tolong Abang Qai” terang Diela
bersungguh – sungguh.
“Mak
aih... tahu semuanya ya?. Dah macam wartawan” sengih Seri. Diela gelak. Lya
yang sudah pun berbual dengan Qai masuk semula ke dalam rumah dan terus naik ke
biliknya.
“Ajaibnya
cinta” kata Irna.
“Seajaib
Doktor Irsyad” perli Jannah yang sedang menyusun pinggan di dapur. Seri Ayu
menarik tangan Irna ke tepi ruang tamu. Dia tersenyum – senyum.
“kau
boleh tolong aku tak?” soal Seri Ayu.
“Apa
dia?” soal Irna.
“Tolong
temankan aku jumpa seseorang” pinta Seri Ayu pula.
“Pakwe?”
soal Irna kembali.
“Belum
lagi tapi aku nak tengok dia macam mana dulu. Dia pelanggan syarikat kami. Dia
selalu ajak aku keluar tapi aku tolak” bisik Seri Ayu. Irna bersetuju sahaja
asalkan tidak mengganngu waktu kerjanya.
“Hujung
minggu depan kita pergi ya” cadang Seri Ayu dan Irna bersetuju.
Mereka
semua memang satu kepala tetapi kadang kala, hubungan melibatkan cinta agak
sukar untuk mereka luahkan. Masing – masing malu. Selalunya Irnalah tempat
mereka minta pandangan memandang Irna lebih matang dan berfikiran terbuka.
***************
“Maya!”
mata Fuad membulat. Wajah Maya dihadapannya itu sudah agak berubah. Lebih cantik
daripada dahulu. Maya menghulurkan
salam. Fuad menyambutnya dengan senyuman.
“Tak
sangka berjumpa di syarikat Ad” senyum Maya. Dia yang datang ke syarikat Fuad
untuk meminta tajaan bagi mendirikan rumah kebajikan itu sedikit terkejut
apabila mengetahui Fuad adalah CEO syarikat yang sedang maju itu. Fuad
memanggil Seri masuk untuk menyediakan cek. Kemesraan Maya membuatkan Seri
tidak senang. Tangan Maya yang tidak tahu duduk diam itu membuatkan hati Seri
makin panas.
“Ad
belum kahwin ya?” soal Maya. Fuad mengangguk. Seri merenungnya tajam.
“Jadi
kita sama – sama single. Boleh lah macam dulu semula” gurau Maya. Fuad hanya
tersenyum sambil matanya kadangkala mencuri pandang wajah Seri yang sudah pun
berubah. Fuad cepat – cepat menukar topik perbualan apabila melihat Seri menconteng bukunya dengan kuat.
“Encik
Fuad nak saya tulis berapa ratus ribu ni?” soal Seri.
“Lapan
ribu sahaja. Syarikat kita belum kaya raya lagi, Seri” kata Fuad.
“Uishh..
kaya... kaya dengan keramahan bosnya” perli Seri. Maya tidak mengerti apa –
apa.
“hei..
ingat lagi tak pokok yang kita sama – sama ukir dengan pisau tu?. Fuad love
Maya?” Maya cuba mengimbau kembali sejarah silam mereka. Seri macam mahu meletup
mendengarnya. Fuad serba salah. Dia mula tidak senang duduk.
“nak
apa lagi tak Encik Fuad love Maya?” soal Seri dengan melenggokkan suaranya. Manja
dan penuh dengan seribu makna. Fuad melonggarkan ikatan tali lehernya. Maya
bangun menghampiri Fuad. Dia membetulkan tali leher Fuad dengan senyuman manis.
Mata Seri terbeliak. Tangannya menggigil. Fuad cepat – cepat menolak tangan
Maya dengan lembut.
“Hish...
Maya ni. Janganlah” kata Fuad. Seri keluar dari bilik Fuad yang sudah pun
dirasakan panas membara. Mulut Seri terkumat – kamit membebel. Setelah cek siap
di taip dan beberapa borang telah disediakan, Seri masuk semula ke dalam bilik
Fuad. Maya masih tersenyum manja.
“Nah
Encik Fuad. Hari ni saya tak mahu pergi jumpa klien lepas balik ni ya?. Saya nak
pulang saja ke rumah” kata Seri. Dia sebenarnya merujuk tentang pelawaan Fuad
untuk menonton wayang selepas waktu bekerja pada hari itu. Fuad menepuk dahi.
Setelah semuanya selesai, Maya pulang dengan memberi pelbagai pesanan pada
Fuad.
Seri
membatu di tempat duduknya. Fuad menghampiri meja Seri.
“masuk
bilik saya ya, Seri” pinta Fuad. Seri bangun dan terus mengekori Fuad dari
belakang. Sebik sahaja pintu di tutup, Seri memandang tepat ke dalam anak mata
Fuad.
“Maya
love Fuad.. Fuad love maya.. Ingat tak ... ingat tak???” perli Seri. Fuad
menggaru – garu kepalanya. Seri menghampiri Fuad. Tali leher Fuad
dilonggarkannya semula. Sampai bergoyang – goyang kepala Fuad kerana tali
lehernya dilonggarkan Seri dengan kasar.
“Ingat
pandai sangat ikat tali leher?. Ingat saya tak tahu ikat tali leher. Nak couple
balik ya” sengaja Seri merentap tali leher yang telah siap diikat.
“Ya
Allah... mati saya kalau macam ni” kata Fuad sambil memegang lehernya.
“Kenapa
marah sangat?. Oh.. awak cemburu ya..” sengih Fuad. Seri mencebik. Dia terus
keluar dari bilik Fuad.
Seri
benar – benar terus pulang ke rumah tanpa menunggu Fuad keluar dari biliknya. Sebaik
sahaja Fuad keluar, Hartini dan Baby Mio sudah pun ketawa terkekeh – kekeh.
“Itulah...
cari nahas. Nak main – main dengan Seri?.. silap besarlah sepupu oiii” kata
Hartini. Fuad menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Baby Mio.
“macam
mana ni?” soal Fuad.
“pergilah
kejar. Sempat lagi sebab dia naik teksi hari ni” terang Baby Mio. Cepat – cepat
Fuad berlari keluar. Nasibnya baik. Seri masih menanti teksi di hujung jalan.
Fuad berlari mendapatkannya. Fuad terkedu apabila melihat air mata Seri yang
sudah pun bergenang di kelopak matanya. Fuad terdiam. Tanpa berkata walaupun
sepatah perkataan, Fuad menyentuh tangan Seri dan memimpinnya masuk ke dalam
kereta. mereka berdua masih membisu.
“maafkan
saya. Tak sangka perkara ini melukakan hati awak” Fuad memandang Seri yang cuba
tersenyum.
“Saya
pernah terluka jadi untuk melalui pengalaman itu sekali lagi, saya tak sanggup”
suara Seri mendatar.
“Saya
tidak akan sentuh luka itu, Seri. Adakalanya saya anggap itu Cuma gurauan tetapi
bila saya tahu ianya bukan gurauan bagi awak, saya amat menyesalinya..ya?”
pujuk Fuad.
“Senyum
ya sayang” masih lagi memujuk. Seri memandang Fuad dan cuba untuk tersenyum.
“itu
bukan senyum. saya nak tegok senyuman awak yang paling manis” ujar Fuad. Seri
memandang ke luar tingkap dan kali ini air matanya jatuh. Fuad menjadi luluh
hatinya.
“Air
mata ini bukti cinta saya pada awak. Kalau awak bukan cinta di hati saya, air mata
ini tidak akan jatuh saat melihat wanita lain cuba merapati awak” kata Seri.
Fuad mengangguk.
“Ya..
awak cemburu” kata Fuad.
“Bukan!”
sangkal Seri.
“yalah..
air mata tu air mata cemburu” kata Fuad. Dia membuka butang lengan bajunya.
“Ini
air mata sedih bukan cemburu!”
“Sedih sebab cemburulah tu” senyumannya meleret.
“Sedih sebab cemburulah tu” senyumannya meleret.
“Kalau
saya cintakan orang lain, awak marah?” soal Seri pula.
“Awak
cintakan orang lain ke?. Ooo sampai hati awak buat saya begitu. Saya cintakan
awak sepenuh hati saya,... eh bukan sepenuh!.. terlebih penuh sampai melimpah
keluar awak tahu tak?. Sampai betul hati awak !!. tak menghargai cinta saya
langsung. Siang malam saya rindukan awak. Saya dambakan segalanya tentang
awak.. ini balasan yang telah awak berikan pada saya. Saya tahu cinta saya
tidak seagung mana jika dibandingkan cinta romeo kepada julietnya tetapi cinta
saya ini punya nilai tersendiri. Tidak boleh dijual beli malah bank pun tak
layak nak bagi pinjaman. Itu pun kena cagar tanah kat kampung tahu tak?... saya
kecil hati.. siapalah saya?.. hanya lelaki kacak yang berharta dan punya
tarikan tersendiri” panjang lebar Fuad membebel
“Erk...
apa awak ni?” marah Seri.
“sudah!..
ambil kereta ni. Bawa balik rumah. Tak perlu tunggu teksi. Saya boleh panggi
dayang saya ambil saya disini. Jangan dikenang akan wajahku yang menjadi dambaan hatimu Seri
Sarawak!.. Selamat good bye huh!” jeling Fuad dan terus keluar dari keretanya.
Sutera
terpinga – pinga. Biul ke apa lelaki ni?. Tapi kebiulan dialah yang membuatkan
Seri gembira. Telefon Seri berbunyi. Dia membuka SMS yang baru dihantar oleh
Fuad.
BAWA
KERETA BAIK – BAIK YA SAYANG.. ESOK BAWA BALIK KERETA NI KAT OFFICE. JANGAN
NGURAT ORANG TOL YA.. NANTI SAYA MERAJUK. OK, SAYANG I LOVE U!.. DONT DRINK AND
DRIVE..
“Fuad....”
Seri ketawa dan terus beralih tempat duduk. Dia memandu kereta Fuad pulang ke
rumah.
Zalina
dan Siti Sulaiha membebel sepanjang perjalanan pulang dari menjemput Fuad di
pejabat.
“Abang
tahu tak yang kami tengah masak?. Semalam sibuk nak makan tom yamlah itulah. Lain
kali beli sahaja sebuah kereta kat Kak Seri tu.
Lain kali, abang balik jalan kaki” marah Siti Sulaiha. Zalina yang duduk
di sebelah Fuad menjeling tajam.
“Dah
lah tu, tak drive pula.. ingat bos?” soal Zalina.
“Sayang..
Sarawak..sayang Sarawak serilah ..
berseri.. ohoiiiiii” nyanyi Fuad. Adik kembarnya berbulu sahaja mendengar
nyanyian Fuad yang sedikitpun tidak merangsang pendengaran. Fuad ketawa dan
masih menyanyi..
hahaha entry kalini memberangsangkan hehehehe...teruskan menulis ya..saya rindu karya awak....
ReplyDeleteterima kasih kalam...
Deletebanyak - banyak kasih.. :)
saya akan terus menulis kalau kalam dan yang lain masih mahu membaca karya saya yang seberapa ni ;)
hahaha!!!! fuad memang sengal...tp lawak gila...suka3x...
ReplyDeletehmm yeaaa.. yihaa
Deleteina suka!
terima kasih banyak ya Ina