BAB 16
Darren
terpaksa merahsiakan pertunangan merea berdua daripada syarikat rakaman dan
pihak media. Dia tidak mahu Sutera menjadi sasaran. Kontraknya masih belum
tamat. Dia hanya akan mengumukan pernikahan mereka sahaja. Sutera tidak
membantah tetapi hanya Pak Kudus sahaja yang kelihatan tidak selesa dengan
situasi itu. Hajah Nora nampaknya serasi dengan Mak Milah yang memang suka
berjenaka itu. Terkekeh – kekeh dia ketawa mendengar cerita Mak Milah mengenai
Pak Kudus yang kuat merajuk. Selamba sahaja Mak MIlah menceritakannya di
hadapan Pak Kudus. Mak Jiha hanya tersenyum memandang Sutera yang cantik di
solek.
“Jangan
terlalu rapuh hatinya, Sutera. Yakini Darren kerana hanya itu yang boleh
menyelamatkan hubungan kamu berdua dari di landa badai” Hajah Nora menyentuh
kepala Sutera. Hanya anggukan yang di terima sebagai jawapan. Abang Rashid dan
Kak Biha berpandangan sesama sendiri. Tiada istilah cemburu lagi buat Kak Biha
malah dia kini sudah menganggap Sutera seperti adiknya sendiri.
Rumah sudah
dikemas. Zetty tak habis – habis membelek cincin di jari Sutera.
“Abang
Darren ada beri sesuatu untuk Zetty sebagai permulaan hubungan dia dan Zetty
sebagai abang dan adik” senyum Sutera. Zetty teruja. Sutera mengeluarkan kotak
telefon pintar dari beg sandangnya. Menjerit sakan Zetty melihatnya. Dia terus memeluk Sutera sambil melonpat
gembira. Telefon Sutera berbunyi. Bibirnya mengukir senyuman manis. Darren...
“Hai
sayang...”sapa Sutera dahulu. Terdengar tawa Darren di talian.
“ya,
tunangku sayang” balas Darren. Sutera mengerutkan mukanya dan ketawa.
“Gatalnya
tunang saya ni” kata Darren lagi.
“Kenapa
telefon tunang awak ni. Dah malam ni” soal Sutera.
“Rindulah...
dah dua hari saya tak jumpa tunang saya yang cantik dan mengada – ngada tu”
usik Darren.
“Sayang...”
panggil Sutera pula. Darren senyum.
“Saya
cintakan awak!” ucap Sutera. Zetty menjerit. Dia menolak – nolak bahu Sutera.
Telefon Sutera dirampas.
“Abang
Darren... Kak Sutera ni tengah menggedik – gedk sekarang ni tau!” beritahu
Zetty.
“Ya.. dia
tengah buat apa tu, adik?” soal Darren. Suka pula melayan Zetty.
“Dia...”
Zetty memandang Sutera.
“masa abang
telefon tadi dia tengah nak mandi” kata Zetty dengan selamba. Darren ketawa
besar.
“Bang,
terima kasih belikan Zetty handphone orang kaya tu”
“Handphone
orang kaya?” soal Darren. Sutera tidak sabar, dia terus merampas telefon dari
tangan adiknya. Kalau dibiarkan lebih lama mahu habis diceritakannya.
“Sayang..”
panggil Sutera.
“Dah..
pergi mandi. Tak malu ke telefon anak bujang orang sambil berkemban ni?” sakat
Darren lagi. Sutera ketawa sambil tangannya melepuk paha Zetty yang tembam itu.
“Awak yang
call saya tadi, bukannya saya” balas Sutera.
“Kain batik
warna apa?” masih menyakat. Sutera terus memutuskan talian telefon. Dia
termalu. Cepat – cepat dia menggoncang – goncang badan Zetty yang semakin
bulat.
**************************
Zie
mengenyit mata ke arah Sutera. Suzie pula awal – awal lagi sudah mengusik.
Darren hanya tersenyum malu dan melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
Tangan
Sutera di tarik. Sizie membelek – bbelek cincin di jari Sutera. Zie yang turut
sama ada pada majlis pertunangan itu hanya tersengih – sengih melihat Suzie
yang begitu teruja membelek cincin Sutera.
“Ya lah...
dapat Darren.. bukan setakat cincin, kereta Ferrari pun kalau dia nak bagi, kau
boleh dapat. Dulu aku nak mengurat dia, tak dilayannya aku” cebik Suzie.
Pekerja yang lain ketawa kecil.
“Sebab dia
nakkan Sutera. Dia tahulah siapa jodoh dia” Zie menyampuk. Darren keluar semula dan menghampiri mereka
semua.
“mari,
Sutera!. Nanti saya lambat pula meeting” ajak Darren.
“Baik,
Encik Darren” kata Sutera. Mereka yang lain mula bising.
“Apa ni
Encik Darren, dah tunang pun kena panggil encik juga ke?” berkerut dahi Suzie. Darren
ketawa sambil memandang Sutera yang termalu di sisinya.
“Kena
cover... kalau panggil sayang, nanti terlepas pula!” kata Darren. Zie menggeleng
kepala. Susah betul bercinta dengan artis popular ni.. banyak benar pantang
larang!
Darren
masuk ke dalam keretanya. Sutera
memandang wajah Darren dengan senyuman. Darren menoleh. Dahinya berkerut.
“Kenapa?’
soal Darren.
“Tak apa –
apa. Saja suka renung wajah Encik Darren” jawab Sutera. Darren menggenggam jari
jemari Sutera. Senyuman mula terukir sekali lagi..
Yes.....mcm ni lah keep on writing....saya saaayyaanngg awak...thanks cause not gave up....
ReplyDeletesayang awakkkkk jugaaaakkkk :) :)
Deletebest la nak lg boleh.
ReplyDeleteboleh aje... untuk adik akak ni :)
Deletedah tunang dah....hihihi...ska nya... ;-)
ReplyDeletehmm... suka ya?
Deleteapa kata akak buat diorang putus tunang?
heheheh... idaklah... gurau jer..
terima kasih sudi baca yek!:)