BAB 7
Fuad agak sugul sewaktu
tiba di pejabat. Tidak poyo seperti selalu malah apabila melintasi Seri tiada
lirikan mata seperti kebiasaannya. Seri menongkat dagu. Hartini mencuit bahu
baby Mio.
“Kenapa dengan Fuad
tu?” soal hartini. Baby Mio mengerutkan kenignya.
“eh eh... bukan kau tu
sepupu merangkap kawan rapat dia ke?” soalan baby Mio itu membuatkan Hartini
tergelak sendiri. Dia terus duduk di tempatnya semula. Beberapa ketika selepas
itu, Fuad keluar dengan agak tergesa – gesa. Wajahnya masih serius. Seri tidak
berpuas hati dan dia ingin tahu juga kenapa Fuad bersikip dingin seperti itu
sedangkan dia dan Lya sudah pun pergi ke rumahnya malam tadi untuk memohon
maaf. Seri berlari keluar dan semua yang berada di situ menonton perilaku
mereka berdua. Haniff mendekati Izzatul. Dia tersengih – sengih.
“Ha.. yang kau
tersengih – sengih ni kenapa?” soal Izzatul.
“Amboi, candle light
dinner dengan fairus sampai tak nampak aku” jeling Haniff. Izzatul terkejut.
Mana pula dia tahu aku dan Fairus dinner malam tadi.. fikir Izzatul.
“Mana kau tahu?” soal
Zarra pula.
“Kau tahu tak, dia tak
kenal aku padahal aku yang ambil order dia semalam. Dia siap terbeliakkan biji
mata dia pada aku masa aku mengangkat – angkat kening. Aku saja ja nak sapa dia,
tapi mak aih.. “ Haniff menjeling lagi.
Izzatul ketawa besar.
“Jadi, kau lah waiter
yang pakai misai macam inspektor galak tu?. Ya Allah.. engkau rupanya! Nasib baik
aku tak beritahu Fairus yang kau nak mengurat aku” ketawa Izzatul lagi. Baby
Mio bangun nak menggeleng kepala melihat Haniff yang terkeruk – keruk.
“Waiter pun kau jadi
juga?. Aku ingat jadi tukang urut refleksologi je?’ kata Baby Mio. Zarra ketawa
juga. Dia juga pernah melihat Haniff jual ayam di pasar malam berhampiran
rumahnya. Mujurlah Yatie tidak bekerja pada hari itu, kalau tidak lumat Haniff
diusiknya!.
“Ini aku lakukan demi
Suhaida yang amat aku sayangi. Aku nak melamar dia tak lama lagi dan aku nak
berikan semuanya untuk Suhaidaku yang cantik manis” sengih Haniff.
“Encik Fuad!!” jerit
Seri. Fuad berhenti melangkah dan menanti Seri menghampirinya. Seri tercungap –
cungap. Nasib baik dia pakai seluar, kalau tidak mahu terkedek – kedek dia
berlari.
“Kenapa?” soal Fuad.
“Encik Fuad marah pada
saya?” soal Seri. Fuad mengangkat kening. Tiba – tiba dia teringatkan kek
coklat malam tadi.
“Ya lah!!.. sebab awak
saya kena sakit perut kronik macam ni tau tak?. Saya ni nak pergi hospital, nak
kena cepat kalau tidak boleh mati saya ni” kata Fuad bersungguh – sungguh. Terbeliak
biji mata Seri mendengarnya. Dia memegang perut Fuad tanpa disengajakan. Fuad
menelan air liur.
“Sakit dekat sini ke?”
Seri sudah cuak. Mukanya merah seperti mahu menangis. Kasihan pula Fuad apabila
melihat Seri yang kerisauan. Belum sempat dia menerangkan mengenai usikannya
itu, Seri terus memegang kedua – dua belah tangannya kemudian digenggam dengan
kuat.
“Saya tak pernah nak
buat Encik Fuad sakit pun. Sungguh!”
“Huh!... awak memang
mahu saya terlantar di hospital kan?” masih terus mengusik. Seri menggeleng
kepala beberapa kali. Baby Mio yang baru sahaja keluar dari pejabat tergamam
melihat drama antara Seri dan Fuad.
“Saya tak pernah nak
sakiti orang yang saya sayang apatah lagi Encik Fuad. Saya buat kek tu penuh
dengan rasa bersalah dan penuh dengan rasa...” Seri tunduk. Dia tidak
meneruskan ayat seterusnya. Baby Mio menyorok. Fuad masih mahu mengusik. Tidak sangka
Seri ini terlalu lembut hatinya. Sewaktu Seri tunduk, tangan Fuad hampir sahaja
membelai rambut Seri tetapi hajatnya dibatalkan sahaja. Seri mendongak.
“Saya minta maaf. Saya minta
maaf, saya minta maaf, saya minta maaf” pinta Seri. Fuad senyum. dia mencuit
dagu Seri.
“April fool!!!!” sengih
Fuad.
PANGGGG!!!!! satu
penampar hinggap ke pipinya. Fuad tergamam. Seri benar – benar geram.
“Jangan pernah buat
saya begini lagi, dan.... bulan ni bulan Februari dan bukannya bulan April!” Seri
terus pulang ke pejabat. Fuad masih memegang pipinya. Dia masih berdiri di
situ. Baby Mio mendapatkan Fuad dengan senyuman.
“memang tak patut saya
sengih pada masa – masa begini bos, tapi bibir ni nak sengih juga. Kalau dah
tahu yang dia sukakan bos, jangan layan dia begitu. Nasib baik dia bagi penampar
saja, kalau dia smack down nya bos, tak malu?” kata Baby Mio.
“Saya gurau je..” jawab
Fuad.
“Apapun... terima
kasihlah bagi saya tayangan percuma drama minggu ini dengan tajuk dramanya...pipiku
disepak awek seri dari Sarawak” sengih Baby Mio dan terus berlari ke keretanya.
Fuad termenung. Payah betul dengan awek Sarawak ni... jinak – jinak iguana!...
bisik hati kecilnya.
Seri menggosok – gosok kedua
belah tangannya. Dia menyesal kerana menampar Fuad tadi. Bukannya dia buat apa
pun, Cuma aku marah bila mempermainkan rasa ambil berat aku tadi. Hmm... kena
minta maaf lagilah aku nampaknya, Seri termenung.
Fuad menahan Baby Mio
dari keluar dari keretanya. Baby Mio sudah bingung dengan Fuad yang dia pasti
mahu mendapatkan khidmat nasihat daripadanya.
“Apa ni bos.. saya
turun ni nak ambil handphone saya saja” kata Baby Mio.
“Apa saya nak buat ye?.
Nak balik pejabat malu betul nak hadap Si Seri tu?” Fuad mencangkung menghadap
Baby Mio.
“Aik.. tak marah ke
kena lempang tadi?” soal Baby Mio.
“Ishh.. tak lah.. itu
pelempang sayang penuh dengan rasa kasih tu” sengih Fuad. Baby Mio ketawa
terbahak – bahak.
Baby Mio dan Fuad duduk
berdua di dalam kereta sambil berfikir. Buntu!. Fuad mengeluh.
“Bos boleh jadi romantik?”
soal Baby Mio. Merenung mata Fuad dalam – dalam.
“hei.. tengok hidung
yang mancung dan terletak ni lah!” Fuad mula berlagak. Baby Mio mula berbisik
ke telinga Fuad sambil tersenyum – senyum.
“Hei!” marah Fuad.
Terkejut Baby Mio dibuatnya. Satu tamparan hinggap di lengan Fuad. Dia mengaduh
kesakitan.
“Kan kita saja dalam
kereta ni, buat apa bisik – bisik?” marah Fuad. Baby Mio tersenyum. Dengan dada
yang berkobar – kobar, Fuad keluar dari kereta dan terus pergi ke suatu tempat.
Petang sebelum waktu
pejabat berakhir.... J
Fuad masuk bersama
sebuah gitar di tangan. Semua memandang Fuad tanpa sepatah kata. Hartini
memandang Yatie dan Zarra pula terus duduk di sebelah Izzatul. Baby Mio
tersenyum – senyum di tempat duduknya.
“Maafkan kesalahan yang
telah diri ini lakukan .. Seri” kata Fuad sambil meletak gitar di atas pahanya.
Gayanya seperti mahu menyanyi dan bermain gitar sekaligus. Fuad tunduk. Seri masih ternanti – nanti.
‘maafkan aku sayang...
Menyentuh perasaanmu..
Biar gelora cinta semalam
Izinkan aku sayang
Merinduimu selalu
Biar bergetar naluri mu....
Fuad menyanyikan lagu
gugurnya bunga cinta nyayian kumpulan laksamana dengan penuh penghayatan
sehingga terpejam – pejam matanya. Sebaik habis sahaja dia mengakhiri nyanyiannya
itu, semua pekerjanya masih memandangnya. Haniff yang pandai bermain gitar itu
tersengih – sengih dan akhirnya ketawa terbahak – bahak. Izzatul menekup
mulutnya menahan tawa. Zarra menutup muka mereka dengan suratkhabar.
Hartini memegang dadanya... nasib baik tak diserang sakit jantung. Baby Mio
mengerut – ngerutkan wajahnya. Dia menghampiri Fuad.
“Kata pandai menyanyi,
ini kalau katak dengar pun muntah darah bos!” bisik Baby Mio. Merah padam muka
Fuad. Seri senyum dengan manis seksli.
“Hancur Fuad.. malu aku
nak mengaku sepupu oiii” kutuk Hartini.
“Malu nak mengaku bos
pun sama gak” kata Izzatul pula. Seri bangun dan menghampiri Fuad yang muram
wajahnya akibat terlalu teruk dikutuk.
“Inilah suara paling
indah yang pernah saya dengar. Suara yang lahir dari hati yang ikhlas dan jiwa
yang tulus. Rangkap pertama Encik Fuad membuatkan saya tersenyum, rangkap kedua
membuatkan saya bahagia dan rangkap seterusnya membuatkan saya...”
Seri membongkokkan
sedikit badannya agar dapat berbisik ke telinga Fuad.
“Rasa disayangi dan
dicintai lelaki sehebat Encik Fuad” kata Seri dan terus ke tandas. Fuad
mengerutkan mukanya yang sedang tersenyum puas. Dia bangun memandang semua pekerja nya.
“Kau..kau..kau..kau dan
kau, no bonus this year” Fuad membeliakkan matanya.
“Baby Mio?” soal
Izzatul.
“Dia dapat bonus 4
bulan gaji sebab bagi idea bernas ni” kata Fuad sebelum masuk ke dalam
biliknya.
“Idea kau Baby Mio?’
soal Zarra. Baby Mio mengangguk. Zarra terus melepuk Baby Mio dengan kertas
dokumen yang kebetulan ada di tangannya.
“Kau yang membuatkan
kitorang ni kena dengar suara bapak katak petang – petang yang indah ni, kau
tahu tak!” marah Zarra. Baby Mio ketawa besar. Tak kisahlah.. asalkan idea yang
diberikannya itu menjadi!
*****************
Fuad pulang ke rumah. Dia
mahu menjemput Seri makan malam di luar sebentar lagi. Zalina dan Siti Sulaiha
yang sedang sibuk menonton televisyen itu mula berasa pelik apabila melihat
abang mereka menyanyi dan terus menyanyi lagu lama itu dengan sumbang sekali.
“ Bang... tak
sedaplah!!” marah Zalina. Fuad ketawa.
“malam ni abang ada
kerja khusus jadi tak makan malam di rumah tau!. Korang makan sajalah makanan
ikan tu ya” usik Fuad. Zalina menggeleng kepala.
“Kak Seri lah tu” teka
Siti Sulaiha.
“Jangan kacau abang. Nak
bersiap cepat ni” marah Fuad sambil berlari menaiki tangga.
“Kita makan burger
sajalah malam ni” cadang Siti Sulaiha. Zalina bersetuju. Nampaknya mereka boleh
bebas memilih banyak makanan ketika makan malam nanti.
Fuad sudah bersiap.
Terlopong Zalina dan Siti Sulaiha melihat abangnya yang sangat segak pada malam
itu. Fuad mencebik dan senagaja diperbetulkan baju di hadapan adik kembarnya.
“Ok little twins..
abang nak pergi bercinta dulu. Selamat makan cacing tu ya” Fuad tersengih –
sengih. Zalina dan Siti Sulaiha membaling Faud dengan bantal kecil.
“Dia ingat senang –
senang nak lepas ke dari Kak Lya and the geng tu” ketawa mereka berdua.
**********************
Jam sudah pukul 8.30
malam. Fuad berdehem beberapa kali sebelum memberi salam. Selepas dua kali
memberi salam, pintu rumah dibuka.
“Alamak..” terpacul
kata – kata itu dari mulut Fuad.
Lya tersenyum bersama
Rynieta di muka pintu. Kemudian Diela dan Seri Ayu pula duduk di kerusi luar
rumah, berhampiran Fuad yang seperti sudah kecut perut. Jannah dan Adahlah juga
keluar bersama.
“Ramainya tembok!” kata
Fuad sambil menggosok – gosok mukanya.
Irna yang terakhir
sekali keluar tersenyum sendiri melihat wajah Fuad yang pucat.
“Takut ke?’ soal Lya
“Apa nama abang kacak
ni?’ soal Diela.
“Fuh...fuh...fuh...Ad!!!!”
jawab mereka serentak. Fuad mengecilkan matanya. Dia menarik nafas dalam –
dalam. Irna ketawa.
“Jangan balik lewat
sangat ya fuad. Nanti jiran kata apa pula” pinta Irna.
“Baik Irna. Lepas bawa
makan saya hantar Seri pulang” senyum Fuad.
“Bukanlah Kak Kalam!”
Diela mencelah. Rynieta sudah gelak besar.
“Bukan apa?” soal Irna
semula.
“Bukan Fuad, tapi
Fuh...fuh....fuh..Ad!” jawab mereka lagi. Berderai tawa mereka. Fuad senyum
nakal. Dia seperti sedang berkira – kira mahu melakukan sesuatu.
“Boleh percaya ke?. Lelaki
semua sama!” saja Adahlah mengusik.
“Saya bukan lelaki
sebab tu tak sama” jawab Fuad. Matanya semakin dikecilkan.
“Amboi.. pandai tipu
ya?” soal Seri Ayu pula.
“Ok..” Fuad terus
membuka jacketnya.
“Tengok sekarang ya.. “
kata Fuad yang kini sudah pun memegang butang bajunya. Mereka yang ada di situ
menjerit dan terus berlari masuk. Cheqmong yang kebetulan berdiri di hadapan
rumahnya ketawa besar. Fuad memandang Cheqmong.
“Nanti adik kata kat
diorang, kalau nak bukti bila – bila pun boleh!” kata Fuad. Cheqmong mengangkat
ibu jari kanannya dan masih ketawa besar.
Seri ketawa sambil
mendekati Fuad yang memakai semula jacketnya. Tangan Seri dipimpin masuk ke dalam kereta. mereka
yang lain mengintai.
“Sweet nya..” kata
Irna.
“Auwwhhhhh...” mereka
yang lain menyambutnya.
******************
Sampai sahaja mereka
berdua di sebuah restoran, tiba – tiba Seri seperti teruja melihat beberapa
orang wanita di meja hujung restoran itu. Dia menarik tangan Fuad menghampiri
mereka berdua.
“Seri!!!!!” jerit
mereka semua. Mereka berpelukan. Seri memperkenalkan kawan – kawan sepengajiannya
dahulu kepada Fuad.
“ini Lysha, Hana, inahashim,
ekin, hehe dan penguin comel!” Seri tersenyum gembira.
“Ok.. Lysha, inahashim
dan ekin...” Fuad mengangguk sambil mengulang semula nama mereka.
“Ini pula hehe , Hana dan
penguin comel!” Fuad senyum.
“Come.. join us!” ajak
Lysha. Seri menarik tangan Fuad duduk di sebelah penguin comel.
“Wah... handsome nya kekasih
Seri!” puji Inahashim.
“Tak adalah...
handsomenya kurang tapi menawan tu memang sangat sangat” senyum Fuad. Mereka yang
lain bersorak.
Hehe dan ekin memeluk
tubuh Seri berkali – kali.
“Ingat nak cari kau di
sini. Minggu lepas kami ke Sarawak. Pergi rumah kau tapi tiada orang pula jadi
kami pulang saja ke KL” beritahu Penguin comel. Seri mengangguk.
“Eh.. Seri dah tak
jumpa dengan Arjuna lagi?” soal hana. Fuad tersentak sedikit. Seri memandang
Ekin yang sudah pun menggelengkan kepalanya. Seri mencuri pandang wajah Fuad.
“Eh.. kita makan lebih
baik kan” hehe cuba menyelamatkan keadaan.
Fuad sebenarnya mahu makan berdua sahaja dengan Seri tetapi apabila
melihat Seri gembira bertemu teman rapatnya, Fuad menjadi tidak kisah malah
seronok melihat Seri ketawa.
Minggu hadapan mereka
akan bersama – sama pergi berkelah. Seri dan Fuad diajak bersama. Seri belum
bagi kata putus tetapi Fuad awal – awal lagi menerima pelawaan itu.
Selepas menghantar Seri
pulang, Fuad terus pulang ke rumah. Melihat Cik Jah dan Shireo sherry, jiran
mereka yang mempunyai butik kecantikan sendiri itu, Fuad tersenyum lebar. Sudah
lama tidak berbual dengan mereka berdua.
“Amboi Cik Jah and Cik
Sherio Sherry ni.... melepak kat luar nampak?” usik Fuad.
“Kenapa Fuad?. Nak join
sekali ke?. Marilah!” ajak Cik Jah
“Tak apalah Cik Jah,
dah malam dah, nanti tak pasal – pasal Cik Jah dengan Cik Shireo Sheery bermadu”
sengih Fuad.
“Kahwin dengan siapa
pula?’ soal Shireo Sheery.
“Kahwin dengan sayalah!”
ketawa Fuad.
“Tak naklah!!!!!” jawab
mereka serentak. Fuad senyum.
“Esok Cik Shireo Sherry
nak masak sedap tau, datanglah makan tengahari bersama. Ajak Zalina dengan Siti
Sulaiha sekali ya” jemput Cik Jah.
Fuad mengangguk.
“Murahnya rezeki aku”
sengih Fuad dan terus masuk ke dalam. dia bercadang mahu membawa Seri makan
malam berdua sahaja lain kali. Tiada gangguan!
tersenyum sendiri baca entry ni.. semakin hari semakin berbunga2. hehe. Teruskan menulis ya kak? Sayang akak! :)
ReplyDeleteterima kasih adik :)
Deletehahahha... takpe, lain akak guna background
doraemon hihihi
sayang izzatul :)
Hehehe Iza menggambarkan diri saya sebaiknya..gaya macam sorang kakak yang sulong dlam rumah tu...exactly mcm the real one. i wonder how you know me? it's like you know me very well...kita pernah berjumpa ke???
ReplyDeletehahahahaha..
Deletedejavu... kihihik
saya rasa saya boleh tahu serba sedikit dari gaya kita berkomunikasi...
kalam seorang yang matang tapi tidak terlalu serius malah lebih ramah dan penuh humor bila kena dengan orang dan waktunya... selalu berfikir dahulu sebelum bertindak. berfikir tentang orang lain juga...
itu apa yang saya rasa tapi x tau ler.. hihihihi
Dejavu...huhuhu mcm berhantu jer...tapi betul lah dgn rasa awak tu...goosshhh...awak semakin menarik pada saya hikhikhik...
ReplyDeletehahahhahaha..
Deleteyes! yes!!!!...
betul rupanya!....
ni yang buat iza rasa nak poyo nih hihihihih