Sunday, 6 January 2013

DWET 2 - BAB 2


DIA WANITA EDISI TERHAD 2 – BAB 2

Iqram masuk ke dalam rumah bersama seseorang yang istimewa buat Jasmin. Dia pasti jasmin pasti akan gembira . Iqram memeluk Jasmin yang sedang memasak di dapur. Dia yang masih belum pasti akan kandungannya itu tersenyum manis sambil menampar lembut pipi Iqram.

“Ada surprise. Seseorang yang min cari dah lama dulu. Abang dah jumpa!” bisik Iqram.

“Siapa?’ soal Jasmin. Teruja ingin mengenalinya.

“Dia jiran kita dan yang pasti dia....” Iqram menutup mata Jasmin  dan memimpinnya ke ruang tamu. Iqram menyuruh Jasmin membuka matanya.
Jasmin menjerit – jerit gembira memeluk tubuh wanita cantik di hadapannya.

“Dia kawan Min.. kawan baik Min!!!” jerit Jasmin.

“Ya... dia juga kawan abang sayang.. doktor Zaitie Fatiha” senyum Iqram.

Zatie ketawa gembira sambil mengusap perut jasmin yang sedikit berisi. Jasmin memimpin tangan Zaitie duduk di sebelahnya.

“Pregnant ke?” Zaitie memandang Iqram yang sibuk membuat isyarat agar Zaitie merahsiakannya dahulu.

“Tak kot. Tapi rasa ya. Tuan doktor ni tak mahu beritahu pun. Dia kata Min dah buncit sebab banyak makan” senyum Jasmin. Zaitie ketawa. Iqram terus ke dapur untuk membancuh air buat Zaitie.

“Dah lama tak jumpa kan?” kata Jasmin. Zaitie mengangguk. Dia menggenggam tangan Jasmin.

“Kalau kau terus belajar dulu pasti kita akan sama – sama jadi doktor. Aku bersimpati pasal Pakcik Yasin ya” Zaitie merenung wajah Jasmin.

“tapi kau sekarang juga berjaya sebagai pereka fesyen bukan?”

“Kalau kau nak kahwin nanti, aku sponsor baju nikah” kata Jasmin. Zaitie ketawa besar. Ada – ada saja Jasmin ni!.. fikirnya.

“Lepas ni tiada lagi rindu sebab rumah Zaitie ni di sini sahaja, sayang” Iqram menghulurkan jus mangga ke tangan Zaitie.

Selepas berbual panjang, Zaitie minta diri untuk pulang, dia perlukan rehat untuk melakukan pembedahan pada esok hari.

Jasmin memeluk Iqram. Dia sangat gembira hari ini. hidupnya lebih bermakna apabila berada di sekeliling orang yang dia sayangi.


                                 *********************

Zaitie menghampiri Iqram yang seolah – olah melarikan diri daripada seorang pesakit yang sememangnya tergila – gilakan Iqram.

“Doktor Iqram, anda diperlukan di dewan pembedahan sekarang” Zaitie cuba menyelamatkan Iqram.

“Baik Doktor Zaitie. Saya pergi dulu ya Syilla’ cepat – cepat Iqram berlalu bersama Zaitie. Mereka berdua ketawa besar. Pandai juga Zaitie berlakon.. fikir Iqram.

“Hei.. jangan menggatal dengan orang lain tau, nanti aku mengadu dengan Min” ugut Zaitie. Tunangnya yang juga seorang doktor di hospital yang sama datang menghampiri mereka berdua.

“Doktor Zul ni lambat sangatlah!” usik Zaitie. Zul hanya tersenyum. Dia dan Zaitie  terus beriringan berdua ke kafe hospital. Iqram memicit bahunya, dia keletihan hari ini kerana ramai pesakit yang datang untuk menerima rawatan darinya.

Iqram memandu pulang ke rumah. Sampai sahaja di muka pintu, kedengaran suara Jasmin seperti sedang muntah. Cepat – cepat iqram mendapatkan Jasmin. Belakang badan Jasmin diurut perlahan. Jasmin yang lemah dibaringkan di atas katil.

“min nak pergi jumpa doktorlah” adu jasmin.

“Abang kan doktor, sayang” kata Iqram.

“Habis tu kenapa tak rawat Min ni?” soal Jasmin lagi. Dia sudah tidak tahan lagi. Semakin hari semakin kerap dia muntah.

“BIasalah ni..” Iqram memujuk lagi.

“Biasa apanya?”

“Orang hamilkan memang begini” Iqram melurut rambut Jasmin. Mata Jasmin membulat. Dia bangun dan merenung Iqram.

“Sungguh?’ soal Jasmin. Ketawa gembira. Iqram menangguk. Jasmin benar – benar bersyukur. Diusap perutnya sambil melentokkan kepalanya di bahu Iqram.

Rania naik angin. Tiba – tiba dia mengamuk sakan apabil membaca gossip mengenai ZMY di dada akhbar. Jenuh Zamri menerangkan yang semuanya hanyalah gossip semata – mata tetapi Rania tetap tidak percaya. Rasa cemburunya makin menjadi – jadi hinggakan pernah Zamri keluar rumah berhari – hari kerana tidak sanggup mendengar leteran Rania. Tan Sri Zainal sudah buntu memikirkan masalah rumahtangga Zamri yang semakin parah. Rania pula semakin mengabaikan ZMY junior setiap kali mereka bertengkar, Puan Sri Zaleha sudah buntu. Kedua – duanya degil tetapi apa yang Puan Sri Zaleha tahu Rania memang terlalu mengongkong Zamri.

Jasmin bersama – sama yaya menyangkut pakaian baru di ruang pameran butik mereka. Zamri datang dengan wajah yang muram. Tiada kata – kata yang keluar dari mulutnya. Jasmin menghampiri.

“kenapa ni?’ soal Jasmin.

“Aku tak faham dengan Ranialah, Jay” adu Zamri.

“Cemburu buta mengalahkan perigi” bebel Zamri.

“Biasalah abang ZMY, semua perempuan cemburu” kata Tina pula.

“Masalahnya melampau betul sampai dengan kau pun dia kata aku ada affair!” kata Zamri. Terbatuk – batuk Tina mendengarnya. Biar betul????>.. belum pun sempat Zamri meneruskan perbualannya, pintu butik dibuka dengan kasar. Yaya terkejut.

“Kak Rania” kata Yaya.

“Bucuk memang melampau dengan sayang!. Sayang dah kata yang bucuk memang ada hati dengan Si Tina ni!” kata – kata Rania itu membuatkan Tina menggelabah. Dia menelan air liur. Zamri menghentak perlahan kepalanya ke meja.

“Akak biar betul ni!.. saya dengan,,”

PANG!!!... belum pun sempat Tina menjelaskannya, satu pelempang hinggap ke pipi gebunya.

“Rania!!” Zamri menahan Rania dari  terus mengasari Tina.

“Rania salah faham ni” Jasmin cuba mengawal keadaan.  Rania tidak peduli. Dia terus bercakap yang bukan – bukan.

“Kak Jay jangan masuk campur. Ingat Abang Iq tu tak boleh jadi macam ZMY yang gatal ni?”

“Rania!!!” jerkah Zamri. Rania terkejut. Pertama kali di dalam perkahwinan mereka Zamri menengkingnya sebegitu kuat.

“Sayang boleh cakap apa saja pasal bucuk tapi jangan cakap begitu pada Kak Jay dan Abang Iq” Zamri memandang tepat ke dalam anak mata Rania. Dengan hati yang panas, Rania terus meninggalkan butik Jasmin. Zamri mengetuk – ngetuk kepalanya.

“Lagi sekali dia tuduh aku dengan kau, Tina. Aku akan kahwin dengan kau betul – betul” kata Zamri sebelum keluar dari butik. Tina tergamam. Yaya dan Jasmin berpandangan sesama sendiri.

“Kak Min... Tina rasa lain” kata Tina.

“Wei... jangan Tina oi... suami orang tu!” Yaya menepuk bahu Tina berkali – kali. Tina terduduk. Siapa yang tidak mahukan ZMY sebagai suami. Jasmin termenung. Dia juga bingung mengapa Rania berubah sikap sehingga begitu.

                                   ***************

Iqram mengisar jus untuk Jasmin. Dia mahu kandungan Jasmin dan isterinya itu sihat sentiasa. Makanan berkhasiat penuh di dalam peti sejuk rumah mereka.

“Abang... kena minum jus ke hari – hari. Bila malam pula kena minum susu. Nak muntah rasanya” adu Jasmin. Iqram ketawa.

“nak kena marah dengan doktor?” soal Iqram. Jasmin memeluk lengan Iqram.

“Doktor ni baik. Mana sanggup nak marah wanita edisi terhad dia sendiri” senyum Jasmin. Iqram senyum sendiri. Pandai betul nak hidup ya...

“Min tahu tak yang abang sayanggggggg sangat kat Min” ujar Iqram sambil membelai rambut Jasmin.

“Tahu” jawab Jasmin.

“Apa?” soal Iqram pula.

“Sebab Min cantik, seksi, menawan!” kata Jasmin. Iqram ketawa.

“Janganlah anak kita perasan macam Min ni” senyum Iqram. Jasmin bangun dari ribaan Iqram.dia duduk menghadap suaminya itu.

“abang tahu pasal Rania?” soal Jasmin. Iqram mengangguk,

“Abang ada suruh Zam bawa jumpa pakar sakit jiwa. Tapi tak tahulah dia ada bawa atau tidak sebab perubahan Rania ni terlalu mendadak. Dia macam paranoid dan asyik syak wasangka sahaja. Abang pasti dia ada masalah” kata Iqram.

“Dia tuduh Zam bercinta dengan Tina” kata Jasmin. Iqram senyum.

“Dia juga kata Zam sebenarnya cintakan Min tapi beralah sebab abang sukakan Min” terang Iqram. Terkejut betul Jasmin mendengarnya.

“Siapa yang mahukan suami dia?” marah Jasmin.

“Suami Min lagi kacaklah!. Suami dia tu kulit macam perempuan tau. Tak macho langsung!” marah Jasmin.

“Amboi, sedap kutuk adik abang ya?” Iqram memandang Jasmin yang tersenyum malu. Iqram ketawa sambil mengelus lembut tangan Jasmin. Dia tahu Zamri sedang berduka tetapi selagi Zamri tidak tahu puncanya, agak mustahil untuk mereka mengawal keadaan.


7 comments:

  1. Replies
    1. sama - sama dik :)
      terima kasih juga sbb singgah blog ya!

      Delete
  2. Meroyan sudah mari..penatlah nak layan or gyg mcm ni....suka pandang rendah pada diri sendiri....Iza karya awak yang lain2 tu mmg best....na layan jeeerr hehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak dah dua hari saya cuba buka blog tap x boleh sampaigeram saya nasib baik hari ni say cuba dapat happy sangat tq ya.

    ReplyDelete
  4. Thanks Iza. ini bermakna awak sudah mempunyai kelompok peminat karya awak. Jangan diuji lagi mereka. Kehampaan mereka kejatuhan awak..so skang awak dah ada peminat fanatik..hargailah mereka..ok Iza...all the best for you. Saya masih mahukan karya2 awak tu....

    ReplyDelete