Sunday, 6 January 2013

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 6


BAB 6

Fuad malu – malu mahu mengajak Seri makan bersama. Terkekeh – kekeh Hartini mentertawakannya kerana menggelabah tidak tentu pasal.

“Pergi sajalah!” kata Hartini. Fuad yang memanggilnya masuk ke dalam bilik masih belum membalas akan kata – kata Hartini.

“Tak pun ajak Izzatul sekali. Zarra dan baby Mio pun ok gak. Yatie dia busy nanti aku pula yang kena cover kerja dia” sengih Hartini.

“kau nak aku kena gelak dengan bunga tiga serangkai tu?” Fuad mengerutkan keningnya. Kepalanya digosok agak kuat. Fuad bangun dan menyelak tirai tingkap biliknya. Seri yang sedang menaip komputer itu direnung dengan senyuman.

“Aku nak bagi alasan apa?” soal Fuad.

“Ini kan Syarikat pengiklanan. Aku rasa baik kau berpakat dengan Amy. dia kan ada restoran dia sendiri” cadang Hartini. Fuad teruja. Cepat – cepat dia menelefon Amy Zainuddin, teman rapat mereka sewaktu belajar di Universiti dahulu. Amy Zainuddin memang sukakan perniagaan melibatkan makanan dan dia kini berjaya sebagai seorang pengusaha restoran tiga bintang yang berjaya.

“Tapi dia akaun executive. Mana ada kena mengena” Fuad meminta nasihat lagi. Hartini pening kepala. Macam nak meletup aku fikir benda ni.. kerja sendiri pun tak siap lagi!.

“Pakat dengan Baby Mio. Bagi cuti sehari!!!” cepat – cepat Fuad memberi cadangan.

“Fuh... sanggup kau ye.. semata – mata nak usha si Seri tu?”Hartini menggeleng kepala. Fuad bangun dan berjalan ke hulu hilir. Hartini memejam matanya.

“Nak pitam dah aku tengok ni” ujar hartini. Fuad duduk semula.

“Nanti Baby mio kata apa?” Fuad menjentik – jentik meja.

“Arghhhhh.. tension aku!!” jerit Hartini. Terkejut Fuad dibuatnya.

“Panggil saja Baby Mio ke mari” suruh Hartini.

Baby Mio masuk ke dalam bilik Fuad. Dia memandang Hartini dan Fuad yang dari tadi berpandangan sesama sendiri.

“Awak boleh balik” kata Fuad. Baby Mio terkejut. Tiba – tiba wajahnya menjadi merah seperti mahu menangis.

“Sampai hati Encik Fuad buat saya begini. Selama ini kita sama – sama bangunkan syarikat ni. Saya dah design macam – macam dan buat kerja tak kira  masa untuk Encik Fuad. Ini balasan Encik Fuad buat pekerja macam saya?” suara Baby Mio tenggelam timbul. Fuad dan Hartini ternganga.

“Aku buat apa?” soal Fuad.

“Pecat saya” jawab Baby Mio. Hartini dan Fuad gelak besar.

“Bukanlah!. Si Fuad ni nak ajak Seri makan tapi malu jadi dia nak jadikan alasan kau tiada di pejabat dan seseorang perlu menggantikan dia bertemu pelanggan” terang Hartini. Fuad buat – buat tidak tahu. Berderai tawa Baby Mio.

“Muka handsome tapi kiok!” ketawa Baby Mio.

“kan aku dah kata...” Fuad memandang Hartini.

“Kena potong gaji ke?. Ya lah.. kerja setengah hari saja” soal Baby Mio.

“Tak. Awak balik saja. Pergi dating dengan pakwe awak tu” arah Fuad. Baby Mio ketawa dan terus keluar dari pejabat Fuad. Dia mengemas barangnya dan beg tangan disangkut di bahu.

“Aku tak sihatlah Seri, hmm.. kau tolong temankan Encik Fuad ke restoran Amy Zainuddin tu ya?. Ada meeting” ujar Baby Mio dan terus pergi. Zarra, Yatie dan Izzatul mula mengesyaki sesuatu. Baby Mio amat berdedikasi ketika bekerja malah dia memberikan komitmen seratus peratus di atas tugasannya. Izzatul berbisik ke telinga Zarra.

“Tetiba rasa macam ada yang tak kena”

“Aku pun” jawab Zarra. Yatie menyampuk.

“Jom skodeng!” ajaknya. Terbeliak mata Zarra dan Izzatul mendengarnya.

“Yatie... tak sangka aku kau ni kaki skodeng” kata Izzatul.

“Ish.. skodeng ni je.. yang lain aku perempuan yang baik tau!” senggih Yatie. Mereka ketawa.

“Mana boleh skodeng! Kita kena kerja” Izzatul seperti sedikit hampa.

“Baby Mio!” cadang Zarra.

Seri memandang mereka. Ingin juga dia tahu apa yang mereka bualkan.

“Ada apa?” soal Seri.

“Tak ada apa” jawab mereka serentak.

Fuad dan Seri masuk ke dalam restoran Amy Zainuddin. Tersengih – sengih Amy memandang Fuad yang tidak tentu hala. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu gugup apabila berduaan dengan Seri.

Fuad menarik kerusi untuk Seri.

“Terima kasih Encik Fuad” senyum Seri.

Aduh... senyuman dia membuatkan aku jadi tak tentu hala ni!.. bertenang Fuad.. bertenang! Apa barang gelabah semacam. Aku kan macho lagi bergaya . Fuad cuba memujuk hatinya.

Mereka berdua duduk di tepi tingkap.  Seri memandang ke luar.

“So Fuad!. Macam mana dengan iklan yang aku suruh buat tu?” Amy memainkan peranannya seperti yang disuruh Hartini. Baby Mio duduk tidak jauh dari mereka. Apabila Fuad menoleh, cepat – cepat baby mio menyorok tetapi semua perbualan mereka dapat didengarinya dengan jelas sekali.

“Ini pekerja kau yang buat semua iklan tu ke?” Amy memandang Seri yang duduk berdiam diri. Dia tersenyum manis.

“kalau dia jadi model untuk iklan tu pun ok juga. Cantik pekerja kau ni, buat bini pun ok” sengaja Amy mengusik Fuad. Merah padam muka Fuad. Seri tunduk malu. Fuad menjegilkan matanya. Seri pula mengerutkan dahinya. Dia terus bangun. Fuad dan Amy terkejut. Seri terus berlari keluar.

“Kenapa?” soal Amy. Fuad menggeleng. Dia turut keluar.

“Abang Jo! Abang Jo!!!” jerit Seri dan terus mengejar lelaki itu. Dialah lelaki yang meminjamkan duit RM20 kepada Seri sewaktu dia tertinggal dompetnya untuk menghadiri temuduga di syarikat Fuad. Seri berlari hingga hilang dari pandangan mata Fuad.

“Pakwe dia?” soal Amy.

“Entahlah...” Fuad masuk semula dan mengambil keputusan untuk menunggu Seri di situ sahaja. Sudah setengah jam dia bersama Amy menunggu Seri. Fuad mengeluh. Aku nak bawa dia makan tapi dia pula kejar lelaki lain.. rungutnya. Baby mio keluar perlahan – lahan dari restoran Amy Zainuddin. Dengan segera dia menelefon Izzatul.

Sedang Izzatul berbual dengan Baby Mio, Seri masuk ke dalam pejabat. Semua memandang Seri yang tersenyum memandang mereka sebelum duduk di tempatnya. Izzatul meletak ganggang telefon.

“Seri... mana Encik Fuad?” soal Zarra. Seri mengerutkan keningnya. Bibirnya digigit sedikit dan kemudian dia menepuk dahinya sendiri dengan kuat.

“Saya lupa!!!” jeritnya.

“Ha!!!!” terperanjat mereka mendengarnya.

“Habis kau balik tadi naik apa?.” Soal Izzatul

“Abang Jo tu hantar sebab dia nak pergi bank depan pejabat kita ni. Dia pelawa saya naik kereta dia jadi saya naik. Lagipun Abang Jo tu baiklah. Ya Allah... saya terlupa pasal Encik Johan” Seri menyesal. Dia bangun untuk keluar semula tetapi pintu pejabat dibuka oleh Fuad. Mereka berdiri bertentangan. Fuad memegang tali lehernya. Butang baju kemejanya di buka sedikit.

“Encik Fuad.. saya...” Sutera cuba menjelaskannya.

“Sudah!” Fuad mengangkat telapak tangannya betul – betul di hadapan muka Seri.

“Kau terlalu kejam untuk membiarkan aku kelaparan di sana. Tiada maaf bagimu!” kata Fuad. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Seri melompat geram!.

“kenapalah saya boleh terlupa begini?” Sutera duduk menongkat dagunya. Izzatul sengih.

“Habislah kau... Encik Fuad kalau merajuk mahu sebulan rajuknya tu” kata Izzatul. Seri semakin gundah. Dia tidak tahu bagaimana harus memujuk Fuad. Tiba – tiba dia teringatkan Irna, Kalam Cinta!.

                               *****************

Seri berlari masuk ke dalam rumah. Cepat – cepat dia mendapatkan Irna yang sedang sibuk membaca majalah.

“Irna.. tolong saya!!!” Sutera menggoncang badan Irna dengan kuat.

Lya yang berada di bilik Irna terus duduk memerhatikan Seri yang seperti tidak tentu arah.

“Kenapa?” soal Irna.

“Fuad merajuk. Saya tak tahu nak buat apa ni” ujar Seri. Lya senyum.

“Si Fuh tu merajuk?. Alahai.... tak lelaki langsung!” ketawa Lya.

“Kenapa?” soal Irna pula. Diela masuk ke dalam bilik apabila mendengar bunyi bising dari dalam bilik Irna. Seri menceritakan semua yang terjadi. Berderai tawa mereka semua. Lyalah yang paling kuat ketawa. Irna berdehem.

“Ok.. sessi cinta bermula sekarang” Irna ketawa. Lucu pula mendengar kisah Si Fuad yang tak habis – habis merajuk itu.

“Siapa ada cadangan?” soal Irna.

“Ala kak... menari gelek je depan dia” kata Diela. Seri menggeleng tidak mahu.

“Tak pun kau bagi dia pisang sebiji” kata Lya sekadar bergurau.

“Esok kau masuk bilik dia, minta maaf dan berikan sesuatu untuk dia. Tidak mahal tetapi lebih dekat dengan kau macam buat baju untuk dia?.. memasak?” cadang Irna. Seri bersetuju.

“Saya nak hantar malam ni” kata Seri. Terkejut Lya mendengarnya. Dia yakin Seri memang punya perasaan terhadap Fuad.

“Tahu ke rumah dia di mana?” soal Lya. Seri cepat – cepat mengangguk.

“ok, aku hantarkan” Lya menawarkan diri. Seri memeluk mereka bertiga dan cepat – cepat turun ke bawah. Dia mahu buat sebiji kek untuk Fuad.  Seri terus mengadun kesemua bahan dan membakarnya. Setelah siap, Seri menghiaskannya pula. Ucapan maaf tertera di atas kek yang sudah pun sempurna. Seri naik ke atas untuk membersihkan diri. Selepas maghrib nanti dia akan ke rumah Fuad.

Zalina dan Siti Sulaiha menyambut kedatangan Lya dan Seri dengan penuh gembira. Fuad masih di atas. Berzikir selepas solat maghrib. Sengaja Zalina dan sulaiha tidak memberitahu Fuad tentang kehadiran Seri di rumah mereka. Fuad turun sambil menyanyi – nyanyi. Kain pelikat dan baju melayu yang dipakainya membuatkan Fuad nampak segak.

“Adik – adik, jom makan” jerit Fuad. Dia terkejut besar apabila seri dan Lya tersenyum manis memandangnya. Fuad menggenyeh matanya berulang kali.

“Encik Fuad...” panggil Seri.

“Hmm...” hanya itu yang keluar dari mulut Fuad.

“Saya minta maaf. Ini kek untuk Encik Fuad” kata Seri.

“Nanti sekejap” Fuad naik ke atas semula. Dia masuk ke dalam biliknya. Pintu di tutup rapat dan dia menarik nafas dalam- dalam.

“Yes!!!yesss!!!!” Fuad menggenggam tangannya dan bersorak gembira. Dia kemudiannya keluar semula dan terus mendapatkan Seri dengan wajah yang serius.

“Tak apalah, saya tak makan kek. Awak boleh bawa balik saja” kata Fuad. Seri agak kecewa.

“Fuh!.. kau tak nak betul ni?’ soal Lya. Dia mengambil semula bekas kek dari atas meja. Zalina menjeling abangnya. Poyo!

“eh.. dah bagi tak baik ambil balik” cepat – cepat Fuad merampas bekas itu dari tangan Lya. Seri mengangkat wajahnya dan memandang Fuad dengan penuh rasa bersalah.

“Saya benar – benar kesal” kata Seri. Kasihan pula Fuad lihat Seri begitu. Tidak sampai hati mahu melihat Seri sentiasa sedih.

“tak apa, lain kali bila waktu kerja jangan sibuk kejar lelaki lain” kata Fuad. Mencuri pandang wajah Seri.

“Saya pulang dulu” Seri  bersalaman dengan Zalina dan Siti Sulaiha. Fuad mengintai mereka berdua dari dalam rumah melalui tingkap yang masih terbuka. Setelah mereka berdua hilang dari pandangan, Fuad menoleh ke arah adik – adiknya yang sibuk menyuap kek coklat itu ke dalam mulut.

“Hei... ini abang punya!!!” marah Fuad. Zalina cepat – cepat menyorokkan bekas makanan itu di belakangnya.

“Abang kata tak makan” kata Siti Sulaiha pula. Fuad terus merampas kek itu daripada mereka berdua.

“Makan sahaja yang ada dalam mulut tu!. Yang ini abang nak makan” kata Fuad sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kek coklat air tangan Seri itu disuap ke dalam mulutnya. Matanya dipejam rapat seolah – olah kek Seri itu kelazatannya terlalu mengasyikkan.

“Poyolah abang ni!!!” jerit Zalina dan Siti Sulaiha. Fuad ketawa. Apapun, dia sukakan cara Seri memujuknya. Dia rasa bagai dimanjakan. Fuad tersengih – sengih sendiri. Malam itu perutnya penuh dengan kek coklat!.

2 comments: