Tuesday, 22 January 2013

kasma oh kasma!!

salam sayang..

saja nak berkongsi sesuatu dengan anda semua. sori lah, hari ni belum masukkan n3 baru sebab baru jer habiskan full manuskrip untuk dihantar. manuskrip penuh TERIMA KASIH BEB ni dah diminta manuskrip penuhnya dari tahun lepas lagi tapi idea tersontot jadi tak dapat nak hantar cepat. Alhamdulillah.. hari ni habis juga. cuma ada sesuatu yang buat saya pelik dan senyum sendiri. betapa saya sukakan nama KASMA tu hinggakan saya meletak nama Kasma tu lebih dari satu novel rupanya. tadi time check balik babak Dato Kamal dengan pembantu rumah dia.. baru saya perasan nama pembantu rumah Dato Kamal itu pun juga Kasma. malah rasanya ada lagi satu lagi novel yang saya tulis ada tertera nama Kasma heheheh... jadi saya pun tukarlah nama Kasma tu ke Leha...Walhal punyalah banyak nama lain yang wujud dalam dunia ni. Jadi saya pilih untuk mengekalkan nama Kasma tu hanya untuk DWET sahaja.. kiranya KK hak ekslusif  DWET.
Doakan manuskrip ini berjaya ya?.. sebab saya pun bukannya pandai menulis sangat tapi saja jer nak try nasib. mana tahu lepas pula TKB ni kan kan kan.. 

Doa anda amat bermakna buat saya...
terima kasih berthousand million buat anda semua ya :)

3 comments: