BAB 3
Iqram menyorok di belakang bangunan hospital. Zaitie yang
kebetulan lalu di situ bersama Zul
terpinga – pinga memandang Iqram.
“Kau kenapa?” soal Zaitie sambil tersenyum lebar. Zul ketawa.
Dia tahu mengapa.
“Takut dengan Kyla le tu” ejek Zul. Dia tahu Kyla terlalu
gilakan Iqram hingga sanggup cuba mencuri perhatian Iqram setiap hari.
“Macam mangsa penderaan seksual” sengih Zul. Iqram ketawa.
“Aku malaslah.. Jasmin sedang hamil aku tak mahu benda – benda
merunsingkan dia” Iqram berjalan beriringan dengan Zaitie dan Zul. Mahu
tergelak Zaitie apabila Iqram terjenguk sana – sini. Bimbang jika kelibatnya di
perhatikan oleh Kyla, janda anak satu yang masih cantik bergaya.
Iqram masuk ke dalam biliknya dengan nafas lega. Dia
meneruskan pemeriksaan terhadap pesakitnya yang berumur separuh abad itu.
Zamri datang lagi ke butik Jasmin dengan wajah sugul. Tina
duduk di sebelah Zamri. Dia merenung Zamri yang sudah seperti tidak bersemangat
lagi.
“Kenapa Zam?” soal Jasmin. Turut duduk bersama merea berdua.
Yaya sudah keluar untuk menguruskan pembelian fabrik.
“Hari ni dia baling aku dengan periuk. Nasib baik Kak Kasma
tak kena” Zamri memandang Jasmin.
“Aku tak tahulah Kak Jay. Kelmarin dia nak bawa lari anak aku.
Dia kata aku curang!”
“Kenapa sebenarnya?” soal Jasmin.
“Abang Iq rasa dia mengalami delusi, satu penyakit mental yang
fikirannya penuh syak wasangka. Aku sebenarnya sayang sangat pada dia tapi bila
dia mula berkelakuan begini, hati aku remuk Kak Jay. Dia suka bersendiri. Hari
tu, KK Cuma pandang dia sahaja tapi dia tuduh KK cakap yang dia tu tak
cantiklah. Sampai hari tu dia kata KK nak mengurat aku .. merajuk KK!” Zamri
benar – benar bingung. Jasmin termenung.
“Zam kan kenal dengan dia sebelum ni. Takkan Zam tak tahu
masalah dia” Jasmin cuba sama – sama mencari jawapan.
“Aku dengan dia dah lama betul tak jumpa. Lepas jumpa enam
bulan kami berkahwin tapi dulu tak begini” terang Zamri.
Jasmin termenung. Rasa kasihan mula timbul apabila
terbayangkan Rania yang mungkin terlalu tertekan perasaannya.
***********************************
Iqram membawa sebuah teddy bear besar buat Jasmin. Kononnya
untuk memberi kejutan tetapi nampaknya Jasmin agak sibuk. Iqram merangkak
perlahan – lahan bergerak ke hadapan meja Jasmin. Dengan tempahan yang banyak,
Jasmin tidak perasan langsung akan kehadiran Iqram yang sedang menyorok di
hadapan mejanya. Jasmin melakar satu
gaya fesyen untuk seorang artis . Iqram
memegang kedua belah tangan teddy bear besar itu dan dinaikkan ke atas. Tangan
teddy bear itu digerak – gerakkan.
“Makcik....” panggil Iqram dengan mengecilkan suaranya. Jasmin
terkejut. Penselnya terpelanting dan dia mengurut – ngurut dadanya.
“Abang Iq.. Kak Min terkejutlah!” marah Yaya. Iqram berdiri
dan terus memeluk Jasmin. Menggosok belakang badan Jasmin berkali – kali.
Jasmin terus memeluknya rapat - rapat. Iqram tersengih – sengih. Dengan geram
Jasmin terus menggigit telinga Iqram. Menjerit Iqram dibuatnya. Dia menggosok –
gosok telinganya.
“Sakitlah” kata Iqram. Yaya ketawa berdekah – dekah.
“Padan muka!” jeling Jasmin sambil tersenyum. Iqram merajuk.
Dia keluar dari butik Jasmin dengan mulut yang terkumat kamit. Tidak berapa
lama kemudian dia masuk kembali.
“Hai... ingatkan merajuk tadi” perli Jasmin. Iqram tunduk
mengambil teddy bear itu semula. Dia mendukung teddy bear itu seperti mendukung
seorang bayi. Apabila melintasi jasmin , Iqram menjeling.
“Nak buat apa pula tu?. Tadi bagi Min” kata Jasmin.
“Nak ambil balik. Malam ni nak peluk teddy bear ni je bila
tidur. Tak nak peluk Min lagi” kata Iqram. Jasmin ketawa. Dia berlari anak
mendapatkan Iqram. Pipi Iqram dicubit – cubit.
“Kalau Min tak peluk nanti Min tak boleh tidur” kata Jasmin.
“Tak payahlah tidur” jawab Iqram. Tidak mahu memandang Jasmin.
“Kalau tak boleh tidur, nanti Min kacau tuan doktor kuat
merajuk ni, baru padan muka. Sama – sama mengantuk” ugut Jasmin. Iqram mengherotkan
bibirnya.
“Tak apalah... kalau merajuk. Nanti Min tak kacau abang lagi”
Jasmin kembali ke tempat duduknya tadi. Iqram menoleh. Kasihan pula apabila
melihat Jasmin muncung begitu. Iqram memegang lagi tangan teddy bear itu. Dia
mencuit – cuit bahu jasmin.
“Jangan kacaulah” kata Jasmin.
“Amboi.... tahu marah ya?. Tadi gigit telinga abang tak
apa!” kata Iqram. Jasmin ketawa. Dia berpaling memandang Iqram.
“Min ada banyak kerja. Abang duduk situ dulu ya?. Abang nak
minum apa – apa?. Nanti Min bancuhkan” kata Jasmin. Iqram duduk di sofa.
“tak payah bancuh Cuma bagi abang sikit senyuman yang penuh
rasa cinta” senyum Iqram. Tina dan Yaya menggeleman.
“Eee.. tolonglah!.. Abang Iq ni miang betul” kata Tina. Iqram
dan Jasmin ketawa.
“Apa pula?. Ni yang sibuk dengar perbualan cinta rumahtangga
orang ni kenapa?” soal Iqram. Tina dan Yaya berpandangan sesama sendiri.
“Tahu pun ‘rumah’ tangga. Jadi, bercinta di rumah sajalah”
kata Tina.
“Oh sayang... abang mencintai dirimu itu luar dan dalam” jerit
Iqram.
“eeeee.... dahlah Abang Iq. Menyampah!!!!!” jerit mereka
berdua.
“Alah.. cakap sajalah korang tu teringin juga kan. Abang tak
kisah Tina, asalkan dapat restu Kak Min” gurau Iqram. Jasmin membulatkan
matanya. Muka Jasmin berubah.
“oooooo..oooo” Tina dan Yaya menggoyang – goyangkan jari
telunjuk mereka. Iqram menggigit bibirnya. Niatnya cuma mahu bergurau, tak
sangka pula Jasmin ambil hati.
“Sayang..” panggil Iqram.
“Kak Min nak balik ni. Yaya, Kak Min pinjam kereta ya?. Nanti
Yaya balik dengan Tina. Kirim salam pada ibu dan Kak Zana ya” kata Jasmin
sambil mengambil kunci kereta milik Yaya di dalam beg tangannya. Iqram bingkas
bangun dan mengejar Jasmin hingga ke kereta.
“Sayang.. abang bergurau saja tadi” Iqram menggenggam jari
jemari Jasmin. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Jasmin. Iqram
menepuk dahi. Jasmin menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu dari situ.
“Kenapalah gatal sangat mulut aku ni” Iqram menepuk mulutnya
dan terus ke kereta. dia mengekori Jasmin dari belakang. Nampak gayanya Jasmin
tersinggung dengan kata – kata Iqram tadi.
Iqram membuka pintu rumahnya. Jasmin terus ke bilik mandi.
Iqram duduk di katil sambil tunduk memandang lantai. Sumpah! Dia tidak akan sesekali
berkata begitu lagi... pintu bilik air terbuka. Iqram hanya memandang. Jasmin
mengambil pakaiannya dan terus ke bilik sebelah.
“Selalu tak payah keluar pun” perlahan saja kata – kata Iqram.
Jasmin terus ke dapur untuk masak makan malam. Dia masih belum mahu berbual
dengan Iqram. Hatinya masih sakit.
Iqram mendapatkannya di dapur. Dia memeluk Jasmin dari
belakang sambil memejam matanya. Tiada sebarang idea untuk memulakan kata –
kata.
“Abang minta maaf ya, sayang. Lain kali tak gurau begitu lagi”
kata Iqram. Jasmin melepaskan senduknya ke dalam sinki. Dia mengerling Iqram
yang rasa amat bersalah itu.
“Janji?” Jasmin berpaling. Cepat – cepat Iqram mengangguk.
“Abang sayang siapa?” soal Jasmin.
“Min lah!” jawab Iqram.
“Siapa ratu hati abang?” soal Jasmin sambil merapati Iqram.
“min lah, sayang” jawab Iqram.
“Betul?” soal Jasmin lagi.
“Betul” jawab Iqram. Jasmin senyum dan terus meletakkan
kepalanya ke bahu Iqram. Lega hati Iqram. Selalunya Jasmin tahan bergurau
tetapi sejak akhir – akhir ini dia cepat tersinggung.
Malam itu Iqram makan nasi goreng kampung bersama ayam goreng
dan sambal tumis ikan bilis. Sedang dia menonton televisyen, terdengar Jasmin
muntah teruk di dalam bilik air. Iqram bergegas mendapatkan Jasmin. Dalam
keadaan yang sedikit lemah Jasmin baring di atas katil.
“Teruk lagi ke?” soal Iqram. Rambut Jasmin di belai. Hanya
anggukan yang Iqram terima sebagai jawapan. Jasmin bangun lagi dan terus ke
bilik air. Dia muntah lagi. Iqram
mengurut belakang badan jasmin.
“Min nak mandi lagi. Rasa tak larat sangat ni” kata Jasmin.
Iqram mengambil tuala dan menunggu Jasmin mandi di luar. Selesai memakai baju,
Jasmin terus baring dan melelapkan matanya. Rancangan mereka untuk menonton dvd
yang baru dibeli Iqram itu dibatalkan begitu sahaja. Iqram memalapkan lampu
bilik tidur mereka dan membelai Jasmin hingga tertidur. Setelah memastikan
Jasmin benar – benar sudah nyenyak, Iqram ke ruang tamu untuk mengemas
rumahnya. Dia tidak mahu Jasmin berpenat lelah mengemas rumah esok. Setelah
semuanya kemas dan teratur, Iqram duduk di sofa sambil memegang teddy bear yang
baru dibelinya tadi. Dia membelek – belek teddy bear itu hingga dia sendiri
tertidur sambil memeluk teddy bear itu.
**********************************
Jasmin bangun dari tidur sekitar jam 4 pagi. Dia tersenyum
lebar apabila melihat Iqram yang sedang tidur sambil memeluk teddy bear. Jasmin
mengusap rambut Iqram dan mengejutkannya agar bangun dan tidur di dalam bilik
mereka.
Iqram bangun dan terus ke bilik. Melihatkan dapur dan rumah
yang bersih dan kema membuatkan Jasmin terharu. Iqram memang mengambil berat
akan dirinya. Dia tahu Iqram tidak mahu dia letih melakukan kerja – kerja rumah
sendirian.
Selesai sahaja solat subuh, Iqram terus membantu Jasmin
menyediakan sarapan pagi walaupn di tegah oleh Jasmin.
“Biarlah.. sayang duduk saja di situ. Lagipun hari Ahad begini
biarlah abang yang buat untuk sayang ya?.Temankan abang saja ya” senyum Iqram.
Jasmin mengangguk.
“Lelaki yang pandai masak ni memang seksi kan” kata Jasmin.
Iqram menoleh sambil ketawa besar.
“kalau tak pandai masak pun, abang tetap seksilah” katanya
selamba. Jasmin ketawa. Bersarapan bersama sambil ketawa gembira membuatkan
Jasmin berasa bahagia sekali.
Jasmin dan Iqram ke rumah Puan Sri Nora. Hari ini, Tan Sri
Zainal mahu makan bbq di halaman rumahnya. Rania nampak sihat hari ini. dia yang sibuk membantu Kak Kasma mengambil
sudu dan garfu di dapur, keluar ke halaman rumah. Jasmin dan Zamri berbual dan
ketawa bersama. Iqram ada di hujung meja untuk menyusun gelas. Mata Rania
menjadi tajam. Keningnya berkerut sambil merenung Jasmin yang membelakanginya.
Zamri ketawa berdekah – dekah apabila mendengar cerita dari Jasmin yang mencuit
hatinya itu. Iqram perasan akan perubahan wajah Rania yang sedang menggenggam
sudu yang diperbuat daripada steel di tangannya.Iqram tidak sedap hati.
Kiraannya tepat sekali, apabila Rania membaling sudu itu ke arah Jasmin.
Mujurlah Iqram sempat menarik Jasmin ke dakapannya. Sudu itu terus mengenai
bahu Zamri. Mereka semua terkejut. Zamri mengaduh kesakitan walaupun tidaklah
seteruk mana. Jasmin benar – benar takut. Dia membenamkan wajahnya ke dada
Iqram. Kaki dan tangannya menggigil ketakutan.
Rania menjeling memandang Jasmin. Dia sangkakan Jasmin itu mahu menggoda
Zamri.
“Kau curang!!!!” jerit Rania. ZMY junior menangis ketakutan.
Kak Kasma cepat – cepat mendukung ZMY junior masuk ke dalam rumah.
“Sayang.. tolonglah!!!” Zamri cuba menenangkan Rania yang
sudah pun terjerit – jerit. Tan Sri Zainal terduduk di kerusi sambil mengurut –
ngurut kepalanya. Masalah ini semakin membebankan fikirannya.
“Min takut” kata Jasmin. Iqram mengangguk dan membawa
Jasmin masuk terus ke dapur. Kak Kasma
menghampiri Jasmin dan Iqram. Melihatkan Jasmin yang menggigil ketakutan, Kak
Kasma menasihati Iqram agar membawa Jasmin pulang ke rumahnya. seperti biasa,
Rania akan diberi ubat penenang. Zamri buntu dengan keadaan Rania. Jasmin tidak
mahu pulang ke rumahnya kerana sudah lama dia tidak makan bersama keluarga
mertuanya. Rania tidur di dalam biliknya yang terpaksa dikunci. Jasmin yang sudah
pun semakin baik terus memeluk ZMY junior yang mendapatkannya. ZMY junior
memang sangat manja dengan Jasmin.
Selera Tan Sri Zainal patah begitu sahaja. Dia tidak mahu
makan lagi. Mereka sekeluarga bersama Kak Kasma berkumpul di ruang tamu. Air
mata Zamri menitis apabila Tan Sri Zainal mencadangkan agar Zamri menceraikan
sahaja Rania yang semakin parah keadaannya.
“Zam cintakan dia walau pun dia begitu, ayah. Zam sanggup
susah senang bersama dengan Rania. Tolonglah jangan suruh Zam ceraikan dia. Zam
cintakan Rania dan Junior juga perlukan
ibunya” kata Zamri yang masih tunduk. Dia mengesat air matanya yang mengalir.
“Menurut Zul, Rania bukan seperti orang yang mengalami delusi
sepenuhnya. Dia seperti tertekan dan mungkin ada faktor lain. Dia seperti mendengar
hasutan seseorang bila dia kata pada Zul.. memang betul dia kata..” terang
Iqram.
“Dia kata?” soal Zamri.
“Dia ada jumpa sesiapa ke?” soal Iqram lagi. Zamri tidak pasti.
“Tapi sebelum dia jadi teruk begini, dia ada kata yang dia dah
jumpa teman sejiwanya tapi Zam tak tanya pula siapa” kata Zam pula.
“Periksa telefon dia” cadang Kak Kasma. Zamri ke biliknya dan keluar selepas beberapa
ketika. Zamri memeriksa SMS yang ada di dalam telefon milik Rania. Dahi Zamri
berkerut seperti dapat mengagak sesuatu.
“Nanti kejap” kata Zamri dan terus menghantar sms kepada
pemilik nombor itu. Tidak sampai seminit, telefon Rania berbunyi. Zamri
merenung tajam setiap patah perkataan
yang tertera.
“Tak guna!!!” jeritnya. Mereka semua terkejut.
“Kau baca kuat sikit Kak jay” arah Zamri. Jasmin mengambil
telefon itu dan terus membacanya.
“aku dah kata si Jasmin tu memang betina gatal. Dulu masa aku
dan dia datang ke rumah mak mertua kau, bukan sahaja Iqram tapi ZMY pun dia
goda. Kau tau tak ZMY sanggup buat apa sahaja untuk Jasmin. Sebagaimana dia
rampas Iqram dari aku , dia juga akan rampas ZMY dari kau”
Jasmin terkedu. Dia memandang Iqram yang sudah pun menggeleng
– geleng kepalanya.
“Zue!!!” kata mereka serentak. Zamri terus mengambil kunci
kereta. Kali ini Tan Sri Zainal tidak melarang. Biarkan saja Zamri mengamuk di
rumah abangnya itu. Sanggup Zue mempergunakan Rania yang agak polos itu untuk
memenuhi hasratnya yang penuh dengan dendam itu.
“Iq.. ikut Zam” arah Puan Sri Zaleha. Iqram terus bangun dan
mengekori Zamri.
Setibanya Zamri ke rumah Cikgu Zue yang sudah pun meninggalkan
kerjayanya sebagai seorang guru itu, dia terus mengetuk pintu rumah Zue dengan
kuat sekali. Pintu terbuka. Dato Hashim memandang Zamri yang sudah pun merah
wajahnya. Iqram mendapatkan Zamri yang sudah pun turun naik nafasnya.
“nak apa ni?” soal Dato Hashim. Zue keluar sambil memegang
segelas air di tangan.
“Ha.. nak apa datang rumah aku ni?” soal Zue dengan wajah yang
bongkak.
PANG!!!!!!....
Terkejut Dato Hashim dengan tindakan Zamri yang menampar Zue
dengan kuat.
“Kenapa kau tampar Maklong kau sendiri?” soal Dato Hashim
sambil mencekik leher Zamri. Iqram terpaksa meleraikannya. Tangan Dato Hashim
di rentap dengan kuat.
“Kau ni memang tak patut
jadi wanita!. Kalau kau kecewa tak dapat Abang Iq, jangan kau gunakan
isteri aku untuk kepentingan kau!. Kau hasut Rania macam – macam sampai di dah
hampir gila!. Kau dapat apa dengan buat begitu?. Kalau perempuan macam kau ni,
bukan sahaja Abang Iq, lelaki lain pun tak
ingin dengan kau ni tau tak?. Jantan dayus saja yang selera dengan
perempuan macam kau ni” jerit Zamri. Emosinya sudah tidak terkawal. Dato Hashim sudah angkat tangan tetapi di
tahan oleh Iqram.
“Kawal sikit isteri Paklong ni.. jangan sampai jadi perempuan
hilang maruah” Zamri terus pulang. Rasa hormatnya masih ada untuk Dato Hashim.
“Paklong perlu tahu sesuatu” Iqram menunjukkan SMS di telefon Rania. Dato Hashim
mengambilnya dan membacanya satu persatu. Dia memandnag Zue yang sudah pun
teresak – esak menangis. Dato Hashim masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Zue dan
Iqram di luar.
“Inilah sebabnya kenapa saya memilih Jasmin. Cintailah lelaki
yang sudah pun mengangkat awak sebagai isterinya itu... seperti mana Jasmin mencintai
saya” kata Iqram sebelum meninggalkan Zue yang terus berlari masuk ke dalam
biliknya. Malu tidak terkata apabila Iqram dapat tahu semua niat jahatnya. Kali
ini dia perlu pula berdepan dengan dato Hashim.
memang dah agak dah dia punya angkara.. tak dapat nak tengok org lain hidup bahagia. ish ish ish.. kesian kat Rania dan Zamri tu..
ReplyDeleteterima kasih ya, izzatul sbb baca :)
DeleteRania tu lurus bendul sikit tapi x per. kena juga Zue tu dengan rania nanti :)
:) alhamdulillah ada masa baca entry dari akak.. hehe. Iya lah kak, asyik dia je kenakan org.. dia juga harus dkenakan nanti.
DeleteKenapalah si Zue ni dah takde iman ke? Dah bersuami kaya tapi masih ada hati dengan suami orang lain. Tabik kat KK yang suruh ZMY cek telefon Rania.
ReplyDeletewaaaaahhh..
Deletelama dah tak baca komen Seri ayu..
terima kasih ya sudi baca :)
KK tu walaupun pembantu tapi kadangkala otaknya lebih bijak dari yang lain heheheh...
Rania yg bodoh nak wat camne....zue tu dah mmg ler muka x malu...iza awak pandai ler mainkan emosi pembaca...menyirap ni hehehehe.....
ReplyDeleteterima kasih kalam sbb baca ya :)
Deletezue memang tak tau malu ish! geram tul!
sabo kalam... sabo!!
nanti rania kenakan dia balik ya!
eiiii cepat sambongg!! emosi betolll lase nak lempang betol betol jer ahahahaha
ReplyDeletehahahahha..
Deletetima kasih ya Cheqmmong sbb baca DWEt 2 ni.
wah... kalaulah Zue tu wujud mesti lembik kena pelempang dengan Cheqmong heheheh..
takpe, jangan kata lempang.. smack down pun leh ;)
geram gila ngan zue tu!!!
ReplyDeletenak lagi,..
terima kasih ya dik sbb baca..
Deletenak tanya leh, nama adik zaitie ke zaifa?. akak tulis kat DWET zaitie tapi kat komen ni zaifa..
ke dua - dua boleh? :)
ke adik orang yang sama ye?.. kena jawab tau.. penting nih hihi :) kalau lain, akak nak masukkan nama zaifa dalam dwet ni,,, boleh tak?.. bolehlaaaaaaa
Delete