BAB 9
Jam sudah pukul 8 malam. Tengku Khairudin masih belum pulang.
Putih sedikit resah. Rasa bersalah bersarang di hatinya. Bukannya dia berniat untuk melukakan hati
lelaki yang bergelar suami itu. Tidak sesekali selepas kasih sayang yang
ditunjukkan kepadanya. Kedengaran bunyi enjin kereta Tengku Khairudin memasuki halaman rumah
mereka. Putih bangun dan berlari ke muka pintu. Belum sempat tengku Khairudin
membuka pintu rumahnya, Putih sudah pun tersenyum memandangnya selepas membuka
pintu rumah itu dengan cepat.
“Kau nak makan?” soal Putih.
Tengku Khairudin menggeleng. Dia terus masuk ke dalam
kamarnya. Terasa pedih di hati Putih apabila tiada satu patah perkataan pun
yang keluar dari mulut Tengku Khairudin. Dia mengetuk pintu bilik suaminya itu.
Tiada jawapan. Mungkin tengku Khairudin sedang mandi, fikirnya sendiri. Tidak
berapa lama kemudian tengku Khairudin keluar kerana mahu menonton televisyen.
Puding caramel yang dibuatnya petang tadi dihidangkan di
hadapan Tengku Khairudin yang masih lagi tidak mahu memandangnya. Putih
menggigit bibirnya.
Dia cuba duduk agak hampir dengan Tengku Khairudin.
“Kau tak nak makan ke?” soal Putih takut – takut. Tengku
Khairudin menggeleng kepala. Putih menggosok – gosok tangannya.
“Tolong maafkan aku” pinta Putih.
“tiada apa yang perlu aku maafkan” jawab tengku Khairudin.
Putih sedikit lega.
“Tapi kau tak macam selalu” kata Putih.
“Sudah masanya aku menjadi Khai yang lain. Khai yang tidak
mengganggu hidup kau, Putih” kata tengku Khairudin. Dia bangun untuk ke dapur.
Putih mengekorinya.
“Tolonglah..” rayu Putih. Tengku Khairudin menoleh.
“Tolong apa?”
“Tolong jadi macam dulu. Gatal dan selalu mengganggu hidup
aku” spontan kata – kata itu keluar dari mulut Putih. Dia sendiri pelik dengan
sikapnya malam itu. Tengku Khairudin membuka peti sejuk. Dia mengerutkan muka
sambil tersengih – sengih.
“Yes..yes..” bisiknya sendiri. Dia kemudiannya memandang
Putih. Serta merta riak wajah tengku Khairudin menjadi muram.
“Aku nak tidur. Nak bangun awal esok” kata Tengku Khairudin.
Putih terus menarik tangannya.
“Eh yang kau ni dah kenapa?” Tengku Khairudin menarik kembali
tangannya.
“Kita kawan dulu ya?” cadang Putih.
“Ada aku kisah kau nak kawan aku ke tak?. Aku ni lelaki tau?.
Bila dengar tuduhan kau siang tadi, berdesing telinga aku ni. Orang ikhlas tapi
dia pula fikir bukan – bukan” jeling tengku Khairudin.
“Aku dah minta maafkan?”
“Dahlah... aku mengantuk!” Tengku Khairudin berlalu. Putih
tidak peduli. Dia mengejar Tengku Khairudin sampai ke dalam bilik. Terkejut
Tengku Khairudin dibuatnya.
“Hei.. yang kau masuk kenapa?” Tengku Khairudin mengangkat
keningnya.
“tak kira.. tak kira...,”
“apa yang tak kiranya?” soal Tengku Khairudin.
“Kau ni PMS ke apa?” soal tengku Khairudin lagi.
“Tak kira!. Aku nak tengku Khairudin yang dulu” bentak Putih.
Tengku Khairudin mencebik. Dia ketawa juga akhirnya. Terkekeh – kekeh sehingga
merah padam wajahnya.
“Sayang juga kau kat aku ye Jendul” sengih Tengku Khairudin.
“Jadi kau mainkan aku?” soal Putih. Wajahnya mula ketat seperti
selalu.
“Ala.. aku main – main saja. Bukannya..”
DUMMMM!!!!... pintu bilik Tengku Khairudin dihempas dengan
kuat. Tergamam Tengku Khairudin buat seketika. Dia menepuk dahinya sendiri.
“Apa pasallah aku ni
tak cerdik pandai?. Dia dah nak mengalah tadi. Khai...Khai...”
Tengku Khairudin keluar semula dan makan puding caramel yang
dibuat oleh Putih. Dia senyum bahagia. Putih dah mula cintakan aku hmmmm..
************
Eddy di panggil masuk ke dalam bilik tengku Khairudin. Eddy
terkedek – kedek masuk ke dalam bilik itu dengan sekuntum senyuman.
“Macam mana bos?. Jadi?. Mesti Putih merayu bagai” teka Eddy.
“Banyaklah. Gagal!” Tengku Khairudin menggaru kepalanya.
“Tapi mula – mula macam nak jadi. Aku yang buat spoil. Terus
dia merajuk” adu tengku Khairudin. Eddy menutup mulutnya sambil ketawa kecil.
“Merajuk tu tandanya mahu dipujuk. Ala... dia nak manja –
manja lah tu” teka Eddy.
“Ye la kau tu.. nanti tak pasal - pasal hinggap satu penumbuk” jeling Tengku
Khairudin.
“Bos dengan dia....”
“Ha.. jangan tanya soalan tu. Itu urusan rumahtangga. Nanti
kalau kau kahwin, aku sibuk hal kau, baru kau tahu” ujar Tengku Khairudin. Eddy
terdiam.
“Dah lah.. pergi buat kerja kau. Aku nak balik awak lepas
jumpa client nanti” kata Tengku Khairudin. Eddy sudah pun dilantik sebagai
penasihat tidak rasmi walaupun semua ideanya tidak boleh dipakai.
Tengku Khairudin membawa Putih ke sebuah pasaraya untuk
membeli barang keperluan rumah mereka. Sesekali Tengku Khairudin cuba mencuri
pandang wajah Putih. Sengaja dia berlanggar dengan badan Putih.
“Kau buta?” soal Putih.
“Ha... cakap pun. Aku rindu betul nak dengar suara katak
jendul kau tu, jendul!!!” sengih tengku Khairudin.
“Kau ni nak beli apa?. Aku ni dok tolak la troli kosong. Buat
malu saja. Belilah cepat” bebel Tengku Khairudin. Putih terus mencapai
sebungkus teh yang terletak di atas rak.
“Aku tak suka jenama tu. Tak sedap!” kata tengku Khairudin.
Putih menjeling.
“Ada aku kata aku nak beli kau punya?. Aku yang nak minum suka
hati akulah. Kalau kau nak yang lain, pergilah beli sendiri’ Putih membeliakkan
matanya. Tengku Khairudin sedikit terkejut.
“Kussss semangat. Dahlah jendul, buat mata macam tu dah rupa
kartun hagemaru dah” kutuk Tengku Khairudin selamba.
“Aku nak beli yang ini juga” tegas Putih. Tengku Khairudin
menarik bungkusan teh itu dari tangan Putih. Dia terus menukarnya dengan jenama
yang lain.
Putih naik angin. Dia mencampak teh yang dipilih oleh Tengku
Khairudin itu ke bawah. Dia mengambil teh pilihannya semula. Beberapa orang
yang berada di situ memerhatikan mereka berdua dengan pelik. Pasal teh pun nak
bergaduh! Bukan mahal sangat pun!.. fikir mereka. Akhirnya kedua – dua teh itu
berada di dalam troli mereka. Tengku Khairudin memilih sabun mandi.
“Tak nak yang itu. Tak wangi” tiba – tiba Putih bersuara.
Sambil mengajuk nada Putih yang tadi, Tengku Khairudin bersuara.
“Ada aku kata aku nak beli untuk kau. Kalau kau nak kau
belilah sendiri huh!” Tengku Khairudin terus berlalu. Putih menggigil geram.
Mahu saja dia menggigit tangan tengku Khairudin yang sedang membelek syampoo
rambut tidak jauh darinya.
“Nak gigit ke tak nak?. Nak gigit ke tak nak” Putih berkira –
kira. Perlahan – lahan dia cuba merapati tengku Khairudin. Dia terpaksa berdiri
agak jauh dan hanya kepalanya sahaja yang dipanjangkan sedikit untuk menggigit
Tengku Khairudin. Belum pun sempat dia menggigit bahu tengku Khairudin,
suaminya itu terus beredar dari situ. Akibatnya, Putih jatuh tersungkur ke
lantai. Tengku Khairudin terkejut. Dia terus
mengangkat Putih yang mengaduh kesakitan.
“Aku maafkan kau.. tak payah sampai nak berlutut sampai
tersungkur macam ni. Kau tu kan perempuan kurang masak otaknya, jadi aku faham.
Dah..dah.. aku maafkan” sengih tengku Khairudin. Tangan Putih menggigil – gigil
menahan marah dengan lututnya yang sakit kerana tersungkur tadi. Bukannya
Tengku Khairudin tak nampak apa yang Putih mahu buat tadi. Cermin yang ada di
hadapannya itu membolehkan dia melihat semua yang ingin dilakukan Putih
sebentar tadi.
Putih masuk ke dalam
kereta sambil mulutnya merungut tak henti – henti.
“Kau nak gigit aku tadi kan?” Tengku Khairudin memandang Putih
di sebelahnya.
“Mana ada!” sangkal Putih.
“Kalau nak gigit pun tunggulah kat rumah. Nanti orang kata kau
rakus” sengih tengku Khairudin.
“Ewwwww...... tak senonoh!” jerit Putih. Tengku Khairudin
ketawa besar. Dia terus memandu ke sebuah restoran makanan laut. Putih
tersenyum melihat udang sebesar ibu jarinya digoreng dengan mentega. Tengku
Khairudin memesan kesemua makanan kegemaran Putih.
“Mana kau tahu aku suka semua ni?” soal Putih yang agak teruja
itu. Tengku Khairudin senyum manis. Dia merenung Putih dengan senyuman yang
masih terukir.
“Setiap suami patut tahu apa yang digemari isterinya. Bila
lihat kau senyum begini, rasa lapar aku tadi terus hilang. Rasa gembira kau itu
mengenyangkan aku. Ini semua untuk Puteri Putih... isteriku” senyum Tengku
Khairudin.
Putih tergamam. Matanya masih direnung Tengku Khairudin.
Mereka berpandangan sesama sendiri. Putih menjatuhkan pandangan matanya setelah
tengku Khairudin mula meletakkan udang ke dalam pinggannya. Dia akui... ada
sedikit rasa di hatinya tetapi dia tidak berapa pasti. Adakah itu tanda cinta,
tanda simpati atau hanya tanda dia sudah mula menerima Tengku Khairudin sebagai
teman hidupnya. Tengku Khairudin hanya makan sedikit sahaja. Putih menghulurkan
sudu yang berisi isi ikan siakap ke mulut Tengku Khairudin.
“Kau tak kisah ke makan bekas mulut aku?” soal tengku
Khairudin. Putih hanya tersenyum dan terus menyuapnya ke mulut Tengku
Khairudin. Mereka tidak banyak bercakap. Selesai sahaja makan malam, Tengku
Khairudin membawa Putih berjalan – jalan.
Mereka berjalan beriringan. Apabila melintasi pasangan kekasih
yang berpegangan tangan, Putih mula memandang Tengku Khairudin. Meraka terus
berjalan di sekitar Jalan Bukit Bintang. Sepasang suami isteri yang ketawa
mesra sambil berpimpinan tangan berjalan bersama – sama anak mereka membuatkan
mata Putih memandang Tengku Khairudin sekali lagi. Tiba – tiba jari jemarinya
disentuh lembut. Tengku Khairudin menggenggam jari jemari Putih tanpa memandang
wajahnya. Putih tidak marah malah bibirnya mengukir senyuman. Dia seolah – olah
bangga apabila beberapa orang yang berada di situ memerhatikan mereka berdua.
“Kau dah penat?. Nak balik?” soal tengku Khairudin. Nadanya
yang lembut itu menyentuh hati wanita Putih. Dia menggeleng. Putih mahu terus
berjalan. Selepas berjalan agak jauh, Tengku Khairudin memandang jam di tangannya.
“Tak nak balik lagi” kata Putih. Tangan mereka masih bercantum
seperti tadi.
“Tak nak balik lagi?” soal tengku Khairudin. Putih menggeleng.
“Kau ni agak – agaklah!. Esok aku nak kerja. Kau tengok.. dah
pukul 2 pagi ni” tengku Khairudin mendekatkan jam tangannya ke mata Putih.
“Ala.. baru pukul 2 pagi. Lepas pukul 3 kita balik lah” jeling
Putih. Tengku Khairudin melepaskan tangannya. Putih terkejut.
“Kau tahu tak.. kalau dikira jauh kita berjalan tadi boleh
balik ke rumah dah pun. Aku tahulah kau suka sangat bila aku pegang tadi tapi
bawa – bawa bersabarlah. Kat rumah pun aku boleh pegang” bebel Tengku
Khairudin.
“Siapa yang pegang siapa ha?. Kau yang pegang aku dulu. Sudah!
Lain kali jangan pegang tangan aku lagi. Menyampah! Jom balik!” Putih berpatah
balik. Tengku Khairudin menggeleng kepalanya.
“Jendul!!!” panggil tengku Khairudin.
“Apa?” Putih menoleh.
“Kereta aku kat sana. Itulah, kalau kau nak tahu.. kau dah
pusing jalan ni tiga kali dah. Kereta aku nun kat depan tu. Kalau rasa nak
jalan kaki, kau ikut jalan tu” kata tengku Khairudin. Putih berjalan dengan
laju. Dia melintasi tengku Khairudin dengan jelingan yang tajam. Tengku
Khairudin ketawa.
Sampai sahaja di rumah, enjin keretanya di matikan.
“Ha.. Jendul! Turun” arah tegku Khairudin. Tiada jawapan. Dia
memandang ke sisi. Putih yang sudah pun terlena direnungnya sambil tersenyum.
Tengku Khairudin membuka pintu rumah dan kemudian berpatah balik ke kereta. Dia
mengangkat Putih masuk ke dalam biliknya kerana tidak larat mahu mengangkat
Putih ke tingkat atas setelah berjalan agak jauh tadi. Dia menyelimutkan Putih.
Tengku Khairudin naik ke tingkat atas untuk mandi. Selepas itu Tengku Khairudin
tertidur di ruang tamu.
**************************
Bonda memanggil putih
dan tengku Khairudin ke rumahnya. Putih membawa sebiji kek pisang yang baru
dibakarnya petang tadi. Bonda mengucup dahi Putih berkali – kali. Seseorang
keluar dari dapur.
“Wooooooo..... Chici” jerit tengku Khairudin yang nampak
begitu teruja sekali. Seorang lagi wanita sebaya Bonda turut keluar mendapatkan
tengku Khairudin.
“lamanya tak jumpa bekas bakal menantu ummi ni” sengih Ummi
Aisha. Chici hanya tersenyum memandang Putih dan Tengku Khairudin.
Bekas bakal menantu tak jadi?.... habis aku yang menantu dah
jadi ni dia tak kira pula... bisik hati kecil Putih. Memang nak kena tumbuk si
Chici ni. Dah lah nama macam anak ayam...Putih masih berfikir. Mahu atau tidak
dia tetap bersalaman dan menghulurkan senyuman manis buat mereka berdua. Tangan
Chici yang memaut lengan Tengku Kahirudin itu membuatkan mata Putih seperti
mahu terkeluar. Sesekali Chici melentokkan kepalanya ke bahu tengku Khairudin.
Setelah beberapa ketika Tengku Khairudin duduk di sebelah Putih. Tangan Tengku
Khairudin di tolak sedikit.
“Suruh aku datang tengok bakal bini kau ke?’ soal Putih.
Berbisik!.
“Kau nak madu ke?. Boleh lah aku buat dia jadi bini nombor dua
aku” sengih Tengku Khairudin. Putih terdiam. Dia hanya memandang sahaja gelagat
Chici yang menyakitkan hati itu.
Selepas makan malam, mereka semua berbual – bual kosong kosong
di hadapan rumah. Chici memang sangat manja hinggakan kemanjaan itu hampir
membunuh Putih. Dia cemburu?....Putih keliru.
“Ala... Chihi terlambat sikit sahaja kan. Kalau tak tentu dah
dapat abang” ketawa Chici. Siapa suruh kau lambat! Padan muka. Dah terlentok
sana sini, mana tak lembab!.. bebel Putih di dalam hatinya. Chici bangun dari
kerusinya dan mahu duduk di sebelah Tengku Khairudin. Cepat – cepat Putih duduk
di sebelah tengku Khairudin. Lengan Tengku Khairudin dipautnya. Chici terdiam. Dia
duduk di tempatnya semula.
“Kau ni kenapa?” bisik Tengku Khairudin.
“Kau suka dia?” soal Putih pula.
“Suka!” jujur Tengku Khairudin.
“Banyak ke sikit”
“Banyak!” masih menjawab.
“Siapa lebih banyak.. dia ke aku?” soal Putih. Wajahnya kelihatan
serius.
“Mestilah dia yang banyak” jawab Tengku Khairudin dan
kemudiannya tersenyum. Lengan tengku Khairudin dilepasnya perlahan – lahan.
Putih bangun.
“Bonda.. Putih naik atas dulu. Putih tak berapa sihat” kata
Putih. Bonda mengangguk dan menggosok belakang badan Putih. Dia masuk ke dalam
bilik. Duduk termenung. Dia tidak berfikir malah tidak runsing tetapi air
matanya tiba – tiba mengalir sendiri. Putih memejam matanya rapat – rapat. Air mata
itu tidak dikesatnya.
“Kau cemburu?” soalan yang diaju secara tiba – tiba itu
membuatkan Putih sedikit terperanjat. Lantas, dia mengesat air mata yang masih
mengalir.
“Taklah... masuk...”
“Habuk?. Alahai logik sikitlah.. ingat rumah bonda ni dekat
padang pasir?” senyum Tengku Khairudin. Putih menjeling tajam.
“Kau jangan nak kata aku ni cemburu lebih – lebih ya!. Walaupun
aku ni jendul pada pandangan mata kau tapi aku pun ada harga diri. Buat apa aku
nak menangis sebab kau?. Aku bukannya suka pada kau!. Kau tahu kan?” Putih
berdiri. Tengku Khairudin senyum. dia duduk di hujung katil.
“Apasal kau senyum?. jangan senyum..jangan senyum” Putih terus
menutup mulut Tengku Khairudin.
“apa ni woi... lemas aku tau tak? Kau nak aku mati ke jendul?”
marah Tengku Khairudin.
“abang Khai... Abang Khai!!!” jerit Chici dari tingkat bawah.
Tengku Khairudin mahu bangun tetapi Putih cepat – cepat menolak badan Tengku
Khairudin ke katil,
“Uishhh.. apa ni jendul?, Kau jangan nak apa – apa kan aku”
kata Tengku Khairudin. Chici masih memanggil. Putih menekup mulut Tengku
Khairudin lagi.
“Abang Khai dah tidur” jerit Putih. Mata tengku Khairudin
membulat. Putih melepaskan tangannya.
Tengku Khairudin yang masih terbaring itu ketawa.
“Apasal kau gelak?” marah Putih.
“Kau ni dah macam sewel betul hari ni” masih gelak. Tengku Khairudin
bangun. Putih yang berada di muka pintu kerana mahu menguncinya dari dalam
terus berlari dengan laju dan sekuat hati menolak tubuh Tengku Khairudin ke
katil hinggakan suaminya itu terbaring.
Putih terus menghempapnya kerana terlalu geram.
Tengku Khairudin tidak dapat menahan dirinya dari ketawa.
“Fuyoooo.. jendul buat gaya smack down ala WWE” perli Tengku
Khairudin. Putih tidak peduli. Dia terus memegang kedua – dua belah tangan
Tengku Khairudin yang masih terbaring.
“Aku boleh buat aduan suami teraniaya ni tau tak” sengih
Tengku Khairudin. Putih mengerutkan keningnya.
“Aku tak peduli. Perempuan tu bahaya sangat. Aku geram! Benci!
Suka – suka pegang suami aku sana sini. Aku dan bonda saja yang ada hak. Aku rasa
nak tumbuk dia tapi nanti bonda marah jadi baik aku halang kau dengan cara
begini” kata Putih. Dia juga penat terpaksa menolak dan merempuh tubuh seorang
lelaki.
“Aku suka dihalang..sayang. kalau macam ni hari – hari aku
suruh Chici datang” usik tengku Khairudin.
“Apa?.. sayang?.. siapa yang izinkan kau panggil aku macam tu?”
soal Putih. Tengku Khairudin senyum nakal. Dia bangun dan terus menolak tubuh
Putih pula ke katil. Tangan Putih tidak dapat bergerak. Tengku Kahirudin terus
mencium pipi Putih dan berlari keluar dari bilik itu. Putih menjerit geram!..
Chici dan Ummi Aisha mahu pulang. Bonda memanggil Putih turun
ke bawah.
“Lupa pula nak beritahu. Chici ni anak susuan bonda. Sama macam
Khir jadi Putih jangan salah sangka ya?” terang Bonda. Putih termalu sendiri. Dia
terus memeluk Chici.
“Kalau akak menangis tadi, tuntut pada Abang Khai. Nampak! Dia
belikan Chici hadiah kalau boleh cemburukan akak” Chici menggoncang – goncang kotak
hadiah di tangannya. Tengku Khairudin buat muka tak bersalah. Jelingan Putih
yang cukup tajam itu membuatkan mereka semua ketawa lucu. Puas hati Tengku
Khairudin melihat sendiri kecemburuan Putih terhadapnya....
makin lama makin noti dan kelakar dua2 tuh.. jgn la stop awal sgt iza..
ReplyDeleteaduh.. rayuan tini menyebabkan hati langsung tak sampai hati. ok.. jangan risau paling kurang pun bab 25 baru saya berhenti untuk hantar ke syarikat penerbitan. ok?.. rasa best sangat baca komen tini love u lahhh <3
DeleteGulp.....masak la tgku kene tibai dek putih tulah sape suruh kene kn putih...madah kene tomoi la tgku jwbnye akekekekeke lawak sis lawak siyess lawak muehehehehe....hope next n3 pnjg skit ye hehehehehe....
ReplyDelete#still mmenunggu smbugn cite sis yg lain but jgn tekejar-kejar ye sis slow2 pape pon all the best#
ala.. cian lya.. takper, lya pilih nak n3 novel mana satu.. nanti akak masukkan yang panjang punya... tapi BPu ni kena macam biasalah. Lya bgtau k... akak masukkan n3 yang lain nanti :)
Deleteterima kasih ya Lya... <3
X pe sis truskn BPU ni smpai bab yg sis trget okayy lya x kesah coz cite nih mmg tgh menarik lya sukee sesagattttt hehehehehe siap terbayg-bayg smbugn seteruanya hahahaha (teruk pnye pergai) penangn BPU buat eden tido mlm termimpi-mimpi akekekekekeke.....teruskn ye sis next n3 lya nk pnjg ckit je hehehehehehe thankss sis coz pnuhi pmintaan llya yg mngade-ngade nih hehehe sian sis hohoho soorrryyy again sis ;)
Delete#GO GO GO GO GO CCCCHHHAAAYYYYOOOOKKKKK SIS#
terima kasih lya sebab selalu menyokong akak. akak terharu sangat... ala... lya x payahlah minta maaf. akak suka bila pembaca request something dari akak :) <3
Deleteyeiiiyyy akan dapat baby huhuhuhu 11 orang yeeeeyyyy....iza teruskan menulis smpai lebam tau SAAAYANG AWAKKKK....
ReplyDeletemahu putus banyak urat si Putih hahaha..
Deleteterima kasih banyak Irna..
awak juga kena baca sampai lebam tau..
biar kita sama2 melebamkan diri :)
<3