Sunday, 3 February 2013

BAWANG PUTIH URBAN - bab 8



salam.. sebenarnya bawang putih urban ini akan saya teruskan sampai bab 15 kemudian baru sambung semula DWET, SCDS, CINTA POPULAR dan BPU ni berganti2 yek...  minta maaf ye.. sayang semua!

BAB 8

Tengku Khairudin memanggil Putih duduk di hadapannya. Dia mengeluarkan satu sampul dari begnya. Putih hanya memerhatikannya tanpa berkata apa – apa.

“Ini duit pasar. Maknanya duit makan kita sebulan. Jangan kau pecah amanah pula!. Berdosa!” sengih Tengku Khairudin. Putih menjeling. Kemudian tengku khairudin mengeluarkan RM1000 dari dalam begnya.

“Ini duit untuk kau joli katak. Maknanya duit nafkah zahir walaupun aku tak dapat nafkah batin huh!. Suka hati kaulah kau nak buat apa. Kalau tak cukup kau boleh minta lagi tapi janganlah melampau – lampau. Aku perlu simpan untuk anak kita pula” senyum Tengku Khairudin.

“Mana nak datangnya anak?. Kau tak payah nak mengada – ngada. Tak perlu. Aku ambil RM500 sahaja. Selebihnya tu ambil balik” kata Putih. Tengku Khairudin merenungnya.

“Sebagai suami ini memang tanggungjawab aku untuk membahagiakan isteri aku walaupun aku tak pasti sama ada dia bahagia ataupun tidak. Sejak aku sah menjadi suami kau, semua tentang kau berkaitan dengan aku. Aku nak lihat kau gembira” terang tengku Khairudin. Putih tergamam.

“Lepas ni fikir semula sama ada kau nak jadi suri rumah? Belajar atau bekerja. Aku tidak pernah menghalang kau” tengku Khairudin bangun dan masuk ke dalam biliknya. Putih tunduk. Ada kesayuan di hatinya. Tengku Khairudin berpatah balik.

“Tak payah nak sayu sangat. Poyo je aku tengok kau pakai kebaya hari ni tapi mengancam hihihih” sengih Tengku Khairudin. Putih menggetap bibir. Sebelum dia di tumbuk, tengku Khairudin cepat – cepat mengunci biliknya.

Bau nasi beriani membuatkan tengku Khairudin tidak dapat menahan diri untuk mengintainya di dapur. Dia membuka tudung periuk nasi.

“Wah.. sedapnya!!!!!”

Putih senyum. Tengku Kahirudin mengintai wajah Putih .

“Oooo dapat duit kau senyum ya?” soal tengku Khairudin.

“Banyak kau punya senyum. cepat duduk sana. Aku nak hidang ni”

“Hidang dengan penuh kasih sayang ya?” usik tengku Khairudin. Putih mendengus.

“Wow.. seksi’

“Apa yang seksi?” soal Putih.

“Dengusan itu” sengih Tengku Khairudin. Putih malas mahu melayan kerenah tengku Khairudin yang menyakitkan hati itu. Dia makan bersama. Melihatkan Tengku Khairudin yang begitu berselera itu membuatkan ada rasa gembira di hatinya. Selesai makan Tengku Khairudin membantu Putih membasuh pinggan.

Putih yang sedang leka menonton drama korea itu diganggu dengan senyuman sinis Tengku Khairudin.

“Apahal?’

“Tengok drama mengarut. Bak sini remote tu!” minta tengku Khairudin.

“kenapa kau suka sangat berebut dengan aku?’ marah Putih. Tengku Khairudin mendekati Putih. Sebelum sempat tengku Khairudin merampasnya dari tangan, Putih cepat – cepat memasukkannya ke dalam baju.

“Gulp...” Tengku Khairudin menelan air liur. Dia duduk kembali. Dia cuba memandang.

“jangan cuba pandang. Buta mata tu nanti aku cucuk” gertak Putih.

“Hei.. kau ingat seksi sangat ke kau tu sampai aku nak pandang?. Aku nak masuk tidur. Kedekut! Itu tv aku bukan tv kau!” jeling tengku Khairudin. Putih  buat tidak tahu. Mungkin kerana keletihan, Putih tertidur di sofa dengan tv yang masih menyala. Tengku Khairudin yang tidak dapat tidur keluar semula. Bibirnya mengutum senyum.

Jeritan “Gooolllllllll” yang keluar dari mulut Tengku Khairudin menyebabkan Putih terjaga dari lenanya. Matanya membulat. Siaran tv sudah beralih.

“Selipar!!!” jeritnya.

“Apa?” soal tengku Khairudin.

“Berani kau buka baju aku ambil remote ya?” tengking Putih. Tengku Khairudin menggeleng kepala.

“Kau ambil kesempatan ke atas aku” tuduh Putih lagi.

“Jendul, aku tak sentuh pun kau tau. Remote ni ada dua. Tu yang tersembul kat baju kau tu apa!” balas tengku Khairudin. Putih termalu. Cepat – cepat dia naik ke atas dan meletak remote tv itu ke meja soleknya. Dia terus tidur dengan perasaan malu. Dia tidak sedar remote yang ada di dalam bajunya tadi tidak ada satu pun bateri di dalamnya....

“Tak perasanlah tu aku dah tukar hahahahah” ketawa Tengku Khairudin.


                                           *************


Tengku Khairudin sudah bersiap – siap mahu berjogging di taman rekreasi. Putih berlari dari atas mengejar tengku Khairudin. Dia tercungap – cungap.

“Nak apa ni?” soal Tengku Khairudin.

“nak ikutlah”

“kenapa pula?. Sibuk sajalah. Kat situ ramai awek kau tau tak?. Jatuhlah bursa saham aku kalau kau ikut” tengku Khairudin cuba menduga.

“ada aku kisah? Kau nak mengurat ke apa ke kau punya pasal. Aku Cuma nak berjogging” terang Putih.

“Tak cemburu?”

“Sikit pun tak” angkuh kata – kata Putih. Tengku Khairudin tersengih – sengih dan terus membawa Putih ke taman rekreasi itu. Sebaik sahaja Tengu Khairudin membuka pintu keretanya, beberapa orang gadis sudah menghampirinya. Tengku Khairudin menoleh ke arah Putih.

“Apa?. Kau ingat aku nak cemburu?. Sorry naik lorilah!” cebik Putih dan terus berlari. Tengku Khairudin cepat – cepat mengeluarkan duit dan memberi mereka bertiga RM50 seorang.

“Abang Khai, nak goda betul – betul ke ringan – ringan?” soal salah seorang daripada mereka.

“Sampai bawang putih tu terbeliak” sengih Tengku Khairudin. Mereka bertiga berlari lebih pantas dan terus melintasi Putih yang terlebih dahulu berlari itu.

“Abang Khai ni... janganlah.. awwww” jerit gadis itu. Kening Kahir berkerut.

“Uishhh.. itu gatal benar!” bisik tengku Khairudin.

“Kenalah begitu barulah cemburu” kata yang lain pula. Putih menggeleng kepala. Buaya!!!!!. Berbulu juga mata Putih melihat kegatalan suaminya itu tetapi egonya lebih tinggi dari di sangka..

“Dia tengok tak?’ soal Tengku Khairudin.

“Hmmm... nampaknya abang yang kena tengok” kata gadis itu. Tengku Khairudin menoleh. Matanya terbeliak apabila tiga orang lelaki cuba mendekati Putih yang hanya tersenyum.

“Woowooo.. ini sudah lebih” kata Tengku Khairudin.

“Biarlah.. kata tak hairan” kata gadis itu.

“Ishh.. dia isteri  abang. Mana boleh tak hairan” cepat – cepat Tengku Khairudin berpatah balik. Putih berhenti berlari. Begitu juga  lelaki – lelaki itu.

“Apa ni bro... kitorang tengah usha awek cun niii” kata budak lelaki itu.

“Kau nak usha... kau usha tiga orang kat depan tu. Ini isteri aku” kata Tengku Khairudin.

“Ala.. sorry bro.. ingat anak dara tadi” mereka bertiga meninggalkantengku Khairudin dan Putih yang hanya menjeling  suaminya.

“Apasal?.. cemburu?” soal Putih. Tengku Khairudin membisu. Dia menjeling Putih di sebelahnya.

“Minta maaf ya.. aku tak teringin pun nak cemburu. Cuma kau takut kau di apa – apakan saja” dalih Tengku Khairudin.

“Ok.. aku pergi lagi kat diorang” kata Putih dan mula mahu berlari. Cepat – cepat tengku Kahirudin menarik tangan Putih. Digenggamnya tangan Putih. Hanya senyuman yang terukir di bibir Putih dan dia tidak mengamuk seperti selalu.

Mereka berjalan beriringan dengan tangan yang masih bercantum. Tengku Khairudin memandag tangan mereka.

“Kau apasal gatal pegang tangan aku?’ soal Tengku Khairudin. Putih merentap tangannya semula.

“Kau yang pegang dulu tau”

“Eleh.. kau pun suka. Kalau tidak, takkan kau diamkan saja. Suka ya sayang?” sengaja melenggokkan suaranya agar telinga Putih panas mendengarnya.

“Kau ni kan memang.....”

Cepat – cepat Tengku Khairudin berlari. Putih mengejarnya hingga dapat. Tengku Khairudin termengah – mengah sambil menggoyang – goyangkan tangannya.

“Tak nak.. tak nak.. aku tak larat!!” Putih ketawa besar. Tengku Khairudin menegakkan badannya. Inilah kali pertama dia melihat Putih ketawa sebegitu. Sangat comel.

“Kau sangat comel, sayang” terlepas kata – kata itu daripada mulut Tengku Khairudin.

“Apa?. Kau cakap apa tadi?” soal Putih

“Mana ada!”

“Ya ada!. Baik kau cakap sekarang”

“Kau sangat jendul, pekak!!!” jerit tengku Khairudin dan terus berlari menyelamatkan diri. Putih mengejarnya sehingga dapat. Teruk belakang badan tengku Khairudin dicubitnya.

“Berdosa menyakiti suami” kata Tengku Khairudin. Putih berhenti mencubit.

“Minta maaf abang” terlepas pula kata – kata itu dari mulut Putih.

“Apa kau cakap?” soal Tengku Khairudin.

“Jom balik selipar. Aku kata jom balik selipar” sengih Putih. Mereka berdua pulang ke rumah bersama. Ada sinar bahagia pada wajah tengku Khairudin walaupun di cubit banyak kali oleh Putih.

                         **************************

Telefon bimbit putih berbunyi. Tertera SMS dari tengku Khairudin di situ. Putih membacanya.

KELUAR RUMAH SEKARANG

Putih keluar. Matanya terpaku pada sebuah kereta baru di halaman rumahnya.
Dia membelek – belek kereta itu. Tengku Khairudin menghampirinya.

“Selamat Hari Lahir Jendul!. Ini hadiah dari aku untuk kau” senyum Tengku Khairudin.

“hari jadi aku?” soal Putih. Dia berfikir sebentar. Ya.. hari ini adalah hari lahirnya ke 25 tahun. Dia tersenyum dan memandang Tengku Khairudin yang masih merenungnya.

“Ok... dengar. Aku ucapkan selamat lahir buat kau isteriku, Putih yang sentiasa menggembirakan aku dengan cara kau yang tersendiri. Memandang wajah kau saja sudah menerbitkan rasa bahagia di hati aku. Kereta ini pun tidak seberapa jika dibandingkan perasaan aku terhadap kau. Semoga kau bahagia sayang walau bersuamikan aku yang seba kekurangan ini” Tengku Khairudin mengucup dahi Putih. Dia tidak kisah jika Putih menolaknya tetapi ciuman itu memang ikhlas buat Putih.  Putih tunduk. Dia memandang mata tengku Khairudin.
“Kenapa kau cium dahi aku?” soal Putih.

“Sebab kau isteriku”

“Kau sayangkan aku?” soal Putih. Tengku Khairudin tidak menjawab sebaliknya berjalan ke keretanya. Putih berlari mendapatkan Tengku Khairudin.

“Terima kasih” ucap Putih.

“Tapi aku tak bersedia untuk ‘itu’....” terang Putih lagi. Muka Tengku Khairudin berubah.

“Wallaweiiii.. kau ingat aku nak ke?. Aku bagi ni ikhlas tau!. Aku cium dahi kau yang jendul tu pun sebab.. sebab... sebab.... dahi kau jendul. Aku kesian tak ada orang nak cium sebab nanti melantun balik. Wei... jangan ingat lelaki ni semuanya rakus! Kau ni kan memang.....” geram tengku Khairudin.

“Habis tu?. Kau nak aku ingat apa?. Tetiba saja kau baik dengan aku. Selalunya memang begitu kan? Lepas tu nak sentap bagai!.dah bagi hasiah tu sudahlah,..” marah Putih pula.

Tengku Khairudin bengang. Dia merampas kunci kereta dari tangan Putih yang diberinya tadi. Dia membuka pintu kereta. jambangan bunga carnation yang besar di ambilnya. Dia menutup pintu kereta semula dan menyerahlan kunci kereta itu kepada Putih semula.

“Nah.. kereta kau ambil. Bunga tak payah!” jeling tengku Khairudin dan terus pergi dari situ. Putih terpinga – pinga.

“Kejam sangat ke aku ni?” soalnya sendiri. Putih masuk semula ke dalam rumah dan terus berfikir. Aku perlu pujuk dia... suamiku!

8 comments:

  1. Replies
    1. heheheh..
      baby mio nak satu?..
      terima kasih ya dik sudi baca :)
      <3

      Delete
  2. Hahaha..kelakarnya...
    Best la jendul n selipar.
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..
      terima kasih ya Lieza Rais
      best dapat baca komen adik ;)
      <3

      Delete
  3. masing2 ego.. hehe teruskan iza.. nak BPU9 lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya... hihi
      terima kasih banyak tini..
      jangan risau, psti diteruskan.. :)
      <3

      Delete
  4. izaaaa saya nak tengu junior 11 org boleh hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ramainya.
      pengsan den! boleh.. apa saja untuk irna @ kalam cinta niii :) <3

      Delete