Thursday, 5 April 2012

bab 10 (menerjah ke lubuk hati)

Aku di minta oleh Puan Sri Normah untuk membantu urusan pejabat. Walau berat hatiku ini, aku teruskan juga demi permintaan Mak Jah dan Opah. Kalau boleh aku tidak mahu lagi melihat wajah kepura - puraan Datin Sri Normah. Aku hanya mahu melihat wajah Mak Jah dan Fareez sahaja. Itu tidak mungkin. Walau bagaimana sekalipun, Puan Sri Normah adalah insan yang telah membesarkan Fareez selama ini. Aku diberi satu bilik oleh Farah untuk mengkaji segala - galanya mengenai syarikat.
Aku hanya menuruti tanpa sebarang bantahan. Aku lihat Farah sentiasa mendampingi Fareez di dalam pejabat. Ada sahaja urusan yang dibincangkannya dengan Fareez. Fareez tidak mempedulikanku langsung. Menurutnya, dia tidak suka mencampurkan urusan peribadi dengan urusan pejabat.
Kadangkala timbul juga rasa cemburu di hati. Fika, setiausaha Fareez agak ramah denganku. Gadis kacukan melayu-cina itu kelihatan amat baik sekali. Yang penting, dia tidak segatal Tina apabila bercakap dengan Fareez. Iyalah.... sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
   "Cik Amelia mahu apa - apa?," soalannya menyentak lamunanku.
   "Tak ada apa. Saya cuma kurang faham sedikit mengenai beberapa dokumen yang ada di hadapan saya ini. Saya bukan pandai sangat pun kak. Dulu masa di Uitm pun saya ambil kursus seni persembahan. Jadi artis boleh lah," jawabku jujur. Fika ketawa besar. Aku buat lawak agaknya. Bukan main suka lagi dia. Setelah di beri penerangan baru aku tahu syarikat Fareez sebenarnya menjalankan urusan hartanah. Tanah?.....
    Telefon pejabat berdering dan hanya aku yang berada di situ. Aku mengangkatnya.
   "Cik Amy, datang ke bilik saya sekarang," pemilik suara itu membuatkan aku keliru.
   "Siapa ni?. Nak suruh saya masuk bilik bedah atau bilik mayat," jawabku dengan nada bergurau.
   "Sayang.....," ujarnya pula. Ops... Fareez rupanya. Hatiku melonjak gembira. Akhirnya dia bercakap juga denganku.  Aku masuk ke dalam bilik Fareez dengan senyuman yang menggoda.
   "Tak payah nak senyum macam tu dalam pejabat. Tak terpikat pun," katanya selamba. Aku menarik muka masam. Tak terpikat?.Melampau benar kata - katanya. Aku duduk di hadapannya.
   "Ikut saya meeting petang ini," ujar Fareez. Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak suka dengan suasana pejabat. Merimaskan. Telefon berdering sana - sini. Bunyi mesin fax, bunyi mesin pencetak. Ini bukan dunia yang sepatutnya aku lalui.
   "Tak nak," jawabku tegas.
   "Lawan cakap boss nampak," sambungnya pula.
  "Tak suka lah.... lagi seronok kalau balik kampung sahaja, mandi sungai," rungutku.
  "Yalah... mandi sungai sampai pengsan. Lepas tu saya dukung awak sampai rumah ya," senyum Fareez. Aku terdiam.
   "Kenapa panggil awak, saya?. Panggillah Amy ke, sayang ke?. Kalau Amy panggil abang dekat sini boleh tak?. Baru mesra kan kan?," pujukku.
  "Tak payah mengada - ngada. Nak kena pecat?"suara Fareez agak serius. Aku terdiam dan kemudian keluar dari biliknya dengan perasaan hampa.

      Pulang dari pejabat amat memenatkan. Selepas makan malam aku masih lagi tidak berupaya untuk mengukir senyuman. Penat otak, penat badan. Aku turun ke tingkat bawah dan terdengar suara Puan Sri Normah agak tinggi. Aku menuruni anak tangga dengan perlahan - lahan. Aku mengintai  ke bawah. Kelihatan Paun Normah dan Fareez sahaja di ruang tamu.
   "Fareez jangan masuk campur urusan Mama!," bentak Puan Sri Norma.
  "Tapi itu hak dia, Ma. Kita tiada hak ke atas tanah itu. Mama memanggilnya ke sini untuk memperalatkan dia bukan?," Fareez berbicara dengan nada yang perlahan. Aku lihat suasana semakin tegang.
  "Esok Fareez akan menyerahkan kembali apa yang menjadi hak milik Amy. Mama tidak boleh memperdaya Amy supaya dia menandatangani surat hak milik tanah dia ke atas nama Mama. Dia dah cukup menderita, Ma," pujuk Fareez lagi. Puan Sri Normah memandang Fareez dengan satu pandangan yang tajam.
  "Mama menyayangi Fareez tapi Fareez tidak pernah faham Mama!," jawab Puan Sri Normah dan terus keluar dari rumah. Enjin keretanya di hidupkan dan tidak tahu ke mana dia akan pergi. Fareez mengusap wajahnya. Amat berat baginya meluahkan semua itu. Dia menyayangi Puan Sri Normah seperti ibu kandungnya dan sebab itulah dia tidak mahu Puan Sri Normah melakukan kesalahan yang boleh menjerat dirinya sendiri. Aku membiarkan Fareez sendirian dan masuk ke dalam bilikku.

No comments:

Post a Comment