Aku perlu menenangkan Fareez. Aku rasa dia juga terluka sepertimana aku. Hari sabtu sebegini aku mengajaknya keluar bersama. Puan Sri Normah sudah 2 hari tidak pulang. Menurut Mak jah, Puan Sri Normah memang selalu begitu. Suka melarikan diri daripada masalah.
"Kenapa sayang?,". Fareez menggenggam jari jemariku. Suasana Tasik Titiwangsa agak baik pada petang itu. Aku rasa macam dalam filem pula. Tidak pernah seumur hidupku bertemu janji di tepi tasik sebegini. Fareez sedar akan air wajahku yang sayu.
"Abang tak perlu bertengkar dengan maklong hanya kerana Amy. Sebenarnya Amy tidak mahukan tanah tersebut. Opah dan Mak Jah yang bersungguh - sungguh menyuruh Amy mengambil semula tanah itu," terangku. Fareez memandang wajahku. Di rautnya wajahku dengan lembut.
"Kerana abang sayangkan Mamalah, abang mahu mama melepaskannya pada Amy," katanya. Aku sebenarnya tidak pasti. Haruskan aku meneruskan misi yang aku sendiri tidak pasti. Biarkanlah segalanya beredar mengikut masa. Bak kata orang, masa pengubat segalanya.
"Mari abang!," aku menarik tangannya masuk ke dalam kereta.
"Jangan perkosa abang ya," guraunya. Aku menampar manja lengannya.
"Gatal!,". Fareez ketawa. Ya... tawanya adalah penawar bagiku. Kali ini Fareez membawaku menonton wayang. Aku gembira sekali.
"Jangan tengok cerita tamil tau!," kataku. Dia mengangguk dan terus ke kaunter pembayaran.
Aku dan dia menonton filem Hollywod bergenrekan filem aksi. Aku suka filem sebegitu. Ada adegan lasak, tumbuk menumbuk, terjun dan luka sana sini. Aku menggenggam tangannya sepanjang tayangan filem tersebut.
"Kalau macam ni, hari - hari tengok wayang pun tak apa," bisiknya ke telingaku. malu pula aku apabila mendengar kat-katanya. kalaulah opah tahu.....
Aku masuk ke dalam rumah. Puan Sri Normah sudah tercegat mengadap aku yang baru tiba di muka pintu.
"Aku sudah malas nak berdrama dengan kau. Sekarang aku nak kau tandatangan dokumen ni,". Puan Sri Normah mencampakkan beberapa helai kertas yang sudah di satukan di hadapanku.
Fareez yang baru masuk terpinga - pinga .
"Kalau kau nak kahwin sangat dengan Fareez boleh, tapi serahkan semuanya padaku," tegas Puan Sri Norma. Aku terdiam. Aku lihat Mak Jah sudah menangis teresak-esak.
"Mama tak patut buat begini. Kita sudah ada harta yang banyak. Milik Amy tidak sepatutnya menjadi hak kita," Fareez cuba membelaku. Kali ini aku tekad. Aku bahagia hidup bersama dengan Opah dan tanah bendang yang sekangkang kera. Tidak sekali pun aku idamkan kemewahan sementara ini. Aku mendekati Puan Sri Normah.
"Sesungguhnya saya tidak pernah mahu segala apa yang Puan Sri hajatkan. Saya akan tandatangan semuanya tetapi Puan Sri perlu ingat, saya tidak lakukan kerana Puan Sri. Anggap ini satu penghargaan dan imbuhan kerana telah membesarkan seorang lelaki bernama Fareez. Seorang lelaki yang samat saya cintai. Menyuluh saya dengan rasa cintanya. Saya mampu hidup tanpa rasa cinta pada harta," kali ini aku kuat. Tabah untuk menegakkan apa yang aku rasa. Aku tandatangani semua dokumen yang telah di sediakan.
"Terima kasih perempuan bodoh. kau dengan mak kau sama sahaja. Bodoh!. kau jangan harap aku setuju kahwinkan kau dengan Fareez. Aku dah tetapkan fareez akan berkahwin dengan farah," kata - kata Puan Sri Normah itu bagaikan kilat yang menyambar aku. Sakit dan perit.
"Mama sudah melampaui batas!," Fareez masih lagi menyebelahiku. Aku menghampiri Fareez.
"Abang pernah berkata, abang tidak akan kahwin dengan mana - mana wanita yang tidak mendapat restu mama abang. Peganglah pada prinsip itu kerana Amy juga tidak akan bahagia mempunyai mertua yang kejam seperti ini," sengajaku kuatkan suara agar dapat di dengari Puan Sri Normah. Wanita kejam itu bagaikan batu.... keras sekeras - kerasnya!. Aku masuk ke dalam bilik dan mengemas semua barangku. mak Jah menghampiriku dengan tangisan.
"Mama nak ikut Amy...,".pinta Mak Jah. Aku memeluk Mak Jah sekuat yang mungkin. Kali ini mataku tewas. Air mataku mula berjujuran. Bukan kerana kehilangan harta yang banyak tetapi kehilangan seorang lelaki yang bergelar kekasih.
"Amy, Mak jah!," panggil Fareez. Aku tidak menoleh lagi. Teksi yang ku panggil sebentar tadi tiba tepat pada waktunya. Fareez mencari - cari kunci kereta. Dia tidak tahu aku telah membawanya sekali. Hanya itu yang boleh di jadikan kenangan. Kunci yang di simpan di dalam kotak sempat ku capai sebelum keluar tadi. Aku menoleh ke belakang. Dalam pekat malam, kelihatan bayang Fareez semakin menghilang. Jauh dari hidupku.
No comments:
Post a Comment