Thursday, 5 April 2012

bab 9 (menerjah ke lubuk hati)

  Aku harus berpura - pura seperti biasa. Esok aku harus pulang ke Kuala Lumpur. Aku harus menggembirakan Opah. Pagi - pagi lagi Tina sudah terpacak di hadapan rumahku. Aku harus lakukan sesuatu agar dia tahu Fareez adalah milikku. Aku memerhatikan Fareez yang sedang sibuk menyapu halaman rumah. Banyak pula daun - daun kering yang gugur di kawasan halaman rumah.
  "Kau nak apa Tina?," soalku. Tina tidak menjawab sebaliknya dia leka memerhatikan Fareez.
  "Kau tengok tu, walau  hanya pakai t - shirt pun dia tetap kelihatan hebat," pujiannya menyakitkan hatiku. Ya.. sekarang masanya untuk bertindak. Aku bangun mengambil tuala kecil dan menghapiri Fareez yang tidak tahu apa - apa. Aku merapatinya. Ku tarik lembut lengannya menghadapku. Aku mengambil tuala kecil tadi dan mengelap dahi dan pipi Fareez.
   "Kenapa ni sayang, abang tak berpeluh langsung pun," kata Fareez yang buntu dengan sikapku.
   "Abang diam sajalah. Senyum sekarang. Beri senyuman paling manis kemudian pegang rambut Amy," arahku. Fareez mengerut dahi kemudian menoleh ke arah pangkin tempat Tina duduk. Kali ini dia tersenyum tetapi yang menyakitkan hati dia terus mendapatkan Tina.
   "Hai, nama awak siapa ya?. Dari semalam saya perasankan awak tetapi tak tahu namanya," ujar Fareez. Terbakar jantung aku mendengarnya. Sekali - sekala Fareez menoleh ke arahku. Dia tahu aku marah. Tina apalagi, terlentok sana sini macam kucing gatal. Dibetulkannya tudung berulang kali.
   "Apa kata awak makan tengahari bersama, lebih ramai lebih meriah," Fareez memberi cadangan paling bodoh yang pernah aku dengar.
   "Ya kah. Boleh boleh," Tina beriya - iya.
   "Eh, kau kan kena pulang ke rumah cepat. nanti mak kau marah," aku mencadangkan sesuatu yang aku tahu tidak akan dituruti Tina.
   "Tak apa, mak aku mana ada. Dia ke kampung sebelah. Ada kenduri," jawabnya selamba. Aku menepuk dahi. Fareez senyum dan meneruskan kerjanya yang masih belum siap. Aku cekik juga anak Pak Wan ni. Biar mati katak. Opah dan Mak Jah menghampiri aku dan Tina. Aku memperkenalkan Tina kepada Mak Jah.
   "Comel orangnya," puji Mak Jah. Tina tunduk malu. Eleh.... malu konon!.
   "Minat ke pada Fareez tu?. Dari tadi Mak Jah tengok Tina asyik pandang dia sahaja?,". soal mak Jah. Tina menafikannya. Merah padam muka Tina.
   "Tak adalah , Mak Jah," dalih Tina. Opah ketawa melihat Tina yang sudah tersipu - sipu itu.
            Kami mengambil keputusan untuk masak di luar sahaja. Semuanya menggunakan kayu api.
Permintaan Mak Jah. Katanya sudah lama tidak makan nasi dan lauk yang di masak menggunakan kayu api. Aku, Tina dan Fareez di tugaskan untuk memotong sayur, bawang dan bahan - bahan lain. Mak Jah dan Opah memasak tidak jauh dari kami bertiga. Kelakar juga melihat Fareez memotong ubi keledek untuk dimasak kari bersama ikan keli. Sedang Fareez memotong, pisau di tangannya terhiris jarinya sendiri. Luka mula meleleh keluar. Aku apalagi terus mendapatkannya. Aku terus menghisap darah yang keluar. Aku tidak peduli pada yang lain. Setelah beberapa saat aku melakukannya, aku memandang Fareez. Anak mata Fareez bergerak ke arah kiri seolah - olah memberi isyarat. Aku tidak faham. Ah, lantaklah!. Fareez masih memberi isyarat.Aku menoleh ke arah ekor mata Fareez. Aku lihat Opah sudah bercekak pinggang dan membesarkan matanya yang sememangnya sudah besar itu. Serta merta aku mengelap jari telunjuk Fareez dengan tuala dan mengundur ke belakang sedikit. Aku malu dengan Opah yang berdehem berkali - kali. Aku memandang Tina. Mulutnya terlopong dan dia seolah - olah tercengang. Fareez tersenyum lebar. Aku tak tahu apa maknanya. mungkin suka aku dimarahi oleh opah atau apa. Tidak berapa lama kemudian hidangan sudah pun siap dan kami makan di bawah rumah beramai - ramai. Rasa sedap pula makan begini. Aku lihat muka Tina masam mencuka.Dia tiada selera. Aku tahu dia kecewa. Tina mudah jatuh cinta. Dollah itu sahaja merupakan kekasihnya yang ke lapan. Bercinta kemudian putus. Dia memang tidak serik dengan cinta. Selesai makan, Tina meminta diri untuk pulang. Aku memeluknya. Esok pagi - pagi lagi aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Mustahil untuk bertemu lagi dengannya. Walau bagaimana gatal pun dia, Tina tetap sahabatku dunia dan akhirat.
   "Tak nak suruh dia peluk abang?," bisik Fareez ke telingaku. Aku mencubit pinggangnya. Fareez mengelak dan aku masih lagi mencubit. Sedang aku dan Fareez bergurau aku terpandangkan Opah yang sedang mengangkat jari telunjuk yang digoyangkannya beberapa kali ke arahku. Aku berhenti dan terus mendapatkan Mak Jah yang sibuk mengemas kayu api. Fareez mengangkat pinggan mangkuk ke singki.
   "Padan muka, bergurau depan Opah," kata Mak Jah.
   "Ala... Mama ni, Janganlah tambah lagi. Amy tak perasan opah ada dekat situ," aku memeluk Mak Jah dari belakang. Mak Jah ketawa terkekeh - kekeh.
   "Kahwin sahajalah," usik Mak Jah. Aku hanya mengangkat kening dan pergi menolong Fareez mengemas apa yang patut.
    Esok aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Aku dapat rasakan sesuatu yang berbeza akan terjadi. Aku terpaksa berhadapan dengan Farah dan Puan Sri Normah. Akan ku tahan segalanya selagi Fareez dan Mak Jah berada di sampingku. Ya Allah, bantulah aku menghadapinya....
  

No comments:

Post a Comment