Friday, 6 April 2012

bab 12 (menerjah ke lubuk hati)

   Setibanya aku di rumah Opah aku hanya memeluknya tanpa berkata apa - apa. Aku rasa Opah tahu apa yang berlaku. Melihatkan mata Mak Jah yang bengkak, Opah tentu dapat mengagak apa yang telah terjadi.
  "Apapun, kita masuk dulu. Sudah pukul 12 malam ni," kata Opah. Diangkatnya beg pakaianku masuk ke dalam rumah. Aku hanya membatukan diri. Mak Jah yang menceritakan segala yang terjadi kepada Opah. Terkedu opah mendengar cerita Mak Jah.
  "Sudah Jah. Kamu duduk sahaja dengan aku. Kita makan sama - sama, lapar pun sama - sama. Mulai hari ini kita hidup bagai keluarga," mendengar kata - kata Opah itu, Mak Jah mula menangis lagi.
Bagaimana dengan Fareez?.Adakah dia akan tetap mencariku?. Adakah dia akan pergi jauh dariku?. Segala - galanya mula bermain di benak fikiranku yang semakin menghimpit ini. Sesungguhnya aku amat mencintainya. Benar..... setulus hatiku!

    Aku  masih menanti panggilan daripada Fareez. Hatiku mula rasa yang Fareez tidak akan bersamaku lagi. Aku membaling batu ke dalam sungai. Kanak - kanak di situ hanya memerhatikanku. Mereka hanya memandang. Mungkin takut aku pengsan seperti tempoh hari. Ya..... pengsan di samping lelaki kesayanganku.
  "Kakak, abang tu kata jangan cuba naik buai, nanti dia tak larat nak dukung," ujar seorang kanak - kanak lelaki. Aku menoleh ke belakang. Fareez.......
  "Abang tak larat lagi lah... macam angkat anak king kong!," senyumnya. Aku berlari mendapatkannya. Aku memeluknya tanpa segan silu. Kali ini aku tidak akan melepaskannya.
  "Eeeee... tak malu," kata kanak - kanak di sekitar kami.
  "Diamlah... pergi main jauh - jauh. Ini hal orang tua!," kataku.
  "Sayang, abang tak relalah di cabul di hadapan budak - budak ni,". Ah!.. aku sudah tidak peduli. Fareez ketawa dan merangkul pinggangku. Aku kini di dalam situasi yang sangat bahagia.
  "Opah!," jerit Fareez. Aku apalagi?. Cepat - cepat melepaskan Fareez dan pura - pura duduk di tunggul. Aku lihat Fareez dan budak - budak di situ ketawa berdekah - dekah. Rupa - rupanya Fareez menipu aku. Aku bangun dan menumbuk lengannya. Dia menghampiriku dan merapatkan bibirnya ke telingaku.
  "Tak manis peluk abang depan budak - budak nanti mereka semua ikut cara Amy. Habis satu kampung budak - budak perempuan peluk budak lelaki," bisiknya kepadaku. Aku hanya tersenyum dan menarik tangannya supaya beredar dari situ segera.
Aku rasa kalau Opah tahu aku peluk Fareez tadi, mahu di humbannya aku ke dalam parit. Aku pulang dengan senyuman yang meleret - leret.

     Kami semua duduk bersama di ruang tamu sambil minum secawan kopi. Opah memandang Fareez dengan pandangan yang begitu bermakna.
   "Fareez tidak menyesal?," soal Opah. Fareez hanya berdiam diri. Menunggu Opah untuk meneruskan bicaranya.
   "Kami bukan semewah Fareez di kota. Makan ayam pun ayam kampung," sambung opah.
  "Ayam kampung lagi mahal Opah!.Maknanya kita lagi kaya lah," aku menyampuk. Opah mencubit pahaku. Diketapnya bibir yang sudah berkedut itu.
  "Jangan menyampuk!. Opah hairan bagaimana Fareez boleh terpikat dengan kamu yang macam buduk - budak ni," leter Opah. Fareez ketawa besar. Oh... suka ya aku kena leter. Tunggulah... suatu hari nanti, dia pun akan kena leter.
  "Opah jangan risau. Saya mampu tanganinya. Saya akan berkahwin dengan Amy. Saya akan minta restu daripada mama walau dengan apa cara sekalipun," terang Fareez kepada Opah dan Mak Jah.
Opah mengangguk. Kahwin?. Seronoknya aku mendengar perkataan keramat itu dari mulut Fareez. Aku tidak dapat mengawal bibirku daripada menguntum senyuman. Opah yang menyedarinya mencubitku sekali lagi.
   "Opah ni.... dah nak terkoyak tau. Nanti hantaran kena potong sebab tak cukup kulit," kataku. Mereka semua ketawa. Aku buat lawakkah?. Betullah apa yang aku katakan.

No comments:

Post a Comment