Aku sedang leka membantu Opah dan Mak Jah memasak di dapur. Aku terdengar bunyi enjin kereta menuju ke arah rumah kami. Setahu aku, Fareez baru sahaja pergi ke pekan untuk mengeluarkan sedikit duit simpanannya. Aku bergegas keluar. Kulihat Farah sudah pun berada di hadapan anjung rumah.
"Kenapa Farah datang sini?," soalan itu yang pertama muncul dari mulutku.
"Saya nak cari Fareez," jawapan yang ringkas. Dia mengipas - ngipas lehernya dengan tangan kanannya. Aku rasa cuaca di kampung tidak sesuai dengannya. Kulitnya jadi kemerah - merahan.
"Anyway, saya datang ni nak jemput awak sekeluarga ke majlis perkahwinan saya dan Fareez," katanya. Aku terduduk. Perasaanku tuhan sahaja yang tahu. Opah mendapatkanku. Diambilnya kad dari tangan Farah.
"Kau pergi sekarang!," jerit Mak Jah dan Farah terus berlalu pergi. Aku koyak kad tersebut. Hatiku hancur. Mengapa Fareez sanggup membuatku begini. Air mataku berjujuran. Tidak dapat di kawal lagi. Opah memelukku. Mak Jah menggosok - gosok bahuku. Mereka juga mungkin terluka sepertiku. Tidak berapa lama kemudian Fareez tiba. Dia kelihatan tertanya - tanya. Dia terpana apabila melihat aku menangis seperti itu. Aku mengambil cebisan kad tadi dan kucampakkan ke kakinya.
Fareez memegang kepalanya. Aku dapat agak dia tahu apa kandungan kad itu.
"Amy tak tahu nak kata apa tapi yang pasti Amy sangat kecewa," kataku sebelum masuk ke dalam bilik. Opah masih tidak bersuara. Dia lebih tenang menghadapi situasi sebegini.
Opah masuk ke dalam bilikku. Mak Jah menunggu di luar bersama Fareez.
"Opah tahu semuanya. fareez dah ceritakan segalanya pada opah. Cuba Amy bawa bertenang. Amy fikir, kalau Fareez cintakan Farah, buat apa dia susah - susah tarik diri dari syarikat kemudian datang kepada Amy?. Dia menghumban dirinya sendiri semata - mata kerana Amy tau," Opah mengusap rambutku. Kemarahanku semakin reda.
"Habis tu... kad tu bagaimana?. Majlis mesti diteruskan," aku memandang Opah.
"Buatlah majlis besar manapun, kalau pengantin lelaki tak datang majlis tetap tak jadikan?," Opah mengenyit mata. Aku mula tersenyum
"Sudah... pergi keluar. Minta maaf pada Fareez. Dia lebih sayangkan kamu lagipun, dia sahaja yang tahan dengan kamu,". Opah mencubit pipiku. Aku bingkas bangun untuk mendapatkan Fareez di ruang tamu. Aku duduk di sebelahnya.
"Abang... maafkan Amy, ya,". aku memegang tangannya.
"Jangan gatal!. Belum nikah jangan pegang - pegang," lantang suara Opah.
"Baiklah.. lain kali percaya pada abang. Dengar dulu penjelasan ya," nasihat Fareez dan aku hanya mengaangguk.
"Anak mama ni cemburu juga orangnya," usik Mak Jah. Opah dan Fareez senyum.
Fareez mendapat panggilan daripada Farah. Puan Sri Norma berada di hospital kerana serangan strok. Dia di serang strok ketika menguruskan pemindahan hakmilik tanah kepunyaanku. Farah kebetulan menemaninya di situ sempat menghantarnya ke hospital. Mahu tidak mahu Fareez terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Fareez kelihatan sedih sekali. Aku menggosok - gosok lengannya. Aku cuba menenangkannya. Opah melarangku ikut bersama. Fareez pulang sendirian.
Aku mendoakan Puan Sri Norma kerana dia adalah insan yang disayangi Fareez. Dia membesarkan Fareez sehingga menjadi seorang pemuda yang baik. Doaku atas jasanya pada Fareez tetapi tidak di atas perbuatannya terhadap ibuku.
No comments:
Post a Comment