Aku duduk termenung di anjung rumah. Memikirkan tentang aku dan Fareez. Tina datang menghampiriku. Kali ini dia hanya berjalan kaki ke rumahku. Mungkin basikalnya rosak. Dia duduk betul - betul bersebelahan denganku.
"Dah la. Aku tahu apa yang kau fikirkan. Ingatkan jantan idamanku itu kan?," Tina berseloroh denganku. Aku tahu dia sudah sedia maklum akan hubunganku dengan Fareez.
"Kau rasa Fareez akan tinggalkan aku atau tidak?,". Aku memandang wajah Tina yang semalin gelap sejak dua menjak ini.
"Dia lelaki yang baik. Tidak mungkin dia boleh tinggalkan perempuan tak betul macam kau ni,". dia menolak bahuku. Macamlah dia tu betul sangat!, rungutku.
"Sabarlah, mak dia kan sakit. Dia jaga mak dia lah tu,". Tina cuba memujukku. Aku hanya mengangguk lemah. mak Jah hanya memandangku dari jauh. Pandangannya sayu. Aku tahu dia dapat rasa kepahitan yang aku lalui sekarang. Setiap malam Mak Jah akan meniupkan kata - kata semangat padaku. Katanya Fareez seorang yang bertanggungjawa dan baik hati. Tidak mungkin dia akan tinggalkan aku begini. Aku hanya membiarkan Mak Jah berkata - kata. Bukankah bagus kalau ibu masih hidup. Tina mengajakku bersiarr - siar. Aku hanya mengikutinya. Aku dan Tina berjalan beriringan melihat keindahan kampung. Tina cuba menghiburkan aku dengan pelbagai cerita. Sebelum senja aku pulang ke rumah. Tina mengambil keputusan untuk bermalam di rumahku. Dia sememangnya sahabat yang baik walaupun kadangkala sikapnya itu amat menyakitkan hati. Sedang aku duduk berbual bersama Tina, Opah dan Mak Jah menghampiri kami berdua. Mak Jah memegang tangan kiriku. Diusapnya jari - jemariku yang semakin kurus ini.
"Mama ada sesuatu untuk di beritahu," kata - katanya membuatkan aku resah. Air mukanya menggambarkan sesuatu yang tidak menggembirakan. Aku dapat meneka ianya mengenai Fareez.
"Fareez mungkin akan berkahwin dengan Farah minggu hadapan,". kali ini kata - kata Mak Jah itu membuatkan aku longlai. Aku terasa lemah sekali. Amat menyakitkan.
"Mana mama tahu?," air mata sudah membasahi pipiku.
"Pak Seman beritahu. Dia telefon tadi," jawab Mak Jah. Dia sendiri kecewa.
"Kenapa Fareez tak beritahu Amy sendiri?," suaraku makin tersekat - sekat. Mereka semua menangis. Aku bagai hilang segalanya. Mengapa Fareez sanggup mengkhianati cinta kami?. Ku pandang wajah opah, Mak Jah dan Tina. Mereka menangis bersamaku. Aku terus masuk ke dalam bilik. Aku menangis sepuas - puasnya. Tina memelukku. Aku menangis sehingga tertidur. Terima kasih Tina kerana sama - sama berkongsi rasa sedihku.
Opah masuk ke dalam bilillu.. Dia memegang pipiku. Di pandangnya mataku yang bengkak akibat menangis dengan banyak malam tadi.
"Opah tahu tidak sepatutnya Opah ajukan soalan ini pada Amy pada waktu sebegini," kata Opah.
"Kelmarin ibu bapa Dollah datang meminang Amy " sambung Opah lagi. Aku memandang wajah Opah. Meminang? Opah tahu hatiku pada siapa. Opah tahu aku masih muda. Baru 24 tahun. Aku masih belum merasai dunia pekerjaan sejak aku tamat pengajianku tahun lepas. Mengapa Opah buat aku begini?
"Opah mahu Amy berkahwin dengan Dollah?," soalku. Aku hanya tunduk. Aku marah tetapi aku rasa Opah berhak membuat sebarang keputusan dalam menentukan jodohku. Aku tidak cintakan Dollah. Aku terpaksa menerima segalanya. Kalau aku membantah sekali pun, aku tidak akan dapat mengingkari permintaan Opah. Opah memang sukakan Dollah sejak aku dari bangku sekolah lagi. Setiap kali aku ke sekolah, Opah akan memberiku 2 bungkus nasi bekal. Satu untukku dan satu lagi untuk Dollah. Ku kira Opah juga sukakan Fareez. Aku mencapai kunci kereta Fareez yang aku curi dulu. Ku cium kunci kereta itu dan air mataku mula mengalir laju. Opah keluar meninggalkanku sendirian. Tina sudah pulang awal pagi tadi. Hanya kunci itu menjadi teman di kala hatiku terasa pedih. Aku langsung tidak keluar makan.
"Boleh mama masuk," pinta Mak Jah dari luar kamarku. Aku membbuka pintu. Ku lihat air mata Mak Jah bergenang.
"Mama tidak boleh buat apa - apa. Itu permintaan Opah Amy. Mama hanya orang luar. Amy akan bernikah minggu hadapan juga. Maafkan mama!," Mak Jah memelukku. Aku sudah kelu. Tiada lagi perkataan yang boleh aku lontarkan. Aku hanya menangis bersama Mak Jah. Hatiku mula merasakan Opah amat kejam buatku tetapi otakku pula berfikir bahawa mungkin Opah buat semua ini demi kebaikkanku.
No comments:
Post a Comment