Monday, 9 April 2012

bab15 (menerjah ke lubuk hati)

   Sudah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan Opah. Aku jarang makan. Badanku mulai susut. Esok hari pernikahanku dengan Dollah. Aku menjadi benci apabila mendengar nama Dollah di sebut di hadapanku. Tina sentiasa berada di sampingku. Mak Jah menenangkanku sepanjang malam. Opah tidak mempedulikanku sejak seminggu yang lalu. Pelamin dan bunga pelamin sudah siap di gubah. Tidak sangka banyak pula duit Opah. Pelamin yang indah tetapi ianya tiada apa - apa makna buatku. Didalam poket baju kurungku tersimpan kunci kereta Fareez. Aku pernah terfikir untuk menghadiahkan kunci kereta itu kepada Fareez di malam perkahwinan kami. Kini segalanya hancur. Aku lihat Dollah di bawah tersengih - sengih memandangku di atas. Aku mencebik dan terus masuk ke dalam bilik. Inai yang ku pakai sangat merah. Hatiku mula benci melihat inai yang merah di jariku.
   "Hei jari! kan aku dah cakap, kalau aku kahwin dengan Fareez, kau jadi merah, kalau dengan orang lain, kau jadilah biru..," rungutku. Tina yang duduk di sebelahku menggeleng - geleng kepala.
   "Ha kau tu Tina!. Dollah tu kan bekas pakwe kau. Kenapa tak kau je kahwin dengan dia," bebelku lagi. Tina hanya membisu. Rasa bersalah pula aku berkata begitu. Mungkin Tina tersinggung. Ah! aku malas nak jaga perasaan orang. Orang lain tidak langsung menjaga perasaanku.
   "Kau boleh tak simpan kunci kereta tu. Entah kunci kereta siapalah yang kau rembat ni," bebel Tina pula. Aku mula rasa sedih. Air mataku mula bergenang. Aku menangis lagi. Seperti biasa aku mengucup kunci kereta itu. Wajah Fareez sentiasa terbayang di mataku.

    Aku sudah siap di dandan. Aku menangis. Kak Sara, juru solek di kampungku memandangku sambil mengerutkan dahi.
    "Kau kenapa Amy?. Kena kahwin paksakah?," soalannya tadi membuatkan hatiku bertambah sayu. Saudara mara semuanya sudah ada. Mereka kelihatan riang. Ketawa dan bergembira. Opah juga begitu. Dia tidak menghiraukan aku langsung. Tok Imam dan Tok kadi sudah sampai di rumahku. Aku hanya mahu duduk di dalam bilik. Tidak mahu mendengar apa - apa. mujurlah bilikku jauh daripada ruang tamu. Aku tekad tidak mahu melihat Dollah sehingga esok hari. Aku tidak mahu memandangnya langsung.. Aku benci lelaki itu!. Tina berlari - lari datang kepadaku.
  "Amy, kau dah jaddi isteri Dollah," kata- kata Tina membuatkan aku membaling bantal ke mukanya.
Aku teringat kembali kertas yang aku tandatangan sebentar tadi. Bukankah bagus kalau aku membuangnya sahaja ke dalam parit. Aku benci bila membayangkan aku menjadi hak Dollah. Semuanya! Pintu bilikku di ketuk. Pengantin lelaki masuk dan menghulurkan salam. Aku menyambutnya dan menciumnya dalam keadaan yang terpaksa. Air mataku menitis. Aku langsung tidak memandang wajahnya.
    "Ha... mari bergambar dekat pelamin," . Tina mencadangkan cadangan paling bodoh dalam hidupnya. Aku benci melihat wajah Dollah. Aku memalingkan wajahku apabila bergambar. Kali ini aku memandang ke arah tingkap. Tidak mahu melekatkan pipiku pada Dollah. Apabila aku memandang ke luar tingkap, aku lihat Dollah tersengih - sengih di bawah. Aku pelik. Habis dengan aku ni siapa? hantu rayakah?. Aku terus memaling ke arah pasanganku dan aku lihat......Fareez!. Aku lihat Fareez ketawa. Dia mencium dahiku. Aku melompat ke arahnya dan memeluk Fareez sekuat hatiku.
"Hai.. apa cucu kamu ni hajah Seri?. Tak senonoh! Peluk laki depan orang!," jerit nenek saudaraku. Aku tidak peduli semua itu. Aku tidak lepaskan pelukanku.
 "Sayang... hari tu cabul abang depan budak, sekarang depan orang tua pula," gurau Fareez. Aku mencubitnya.
  "Amy... jaga sikit perangai!," Opah menggoyang - goyangkan jari telunjuknya. Aku pergi mendapatkan Opah dan memeluknya pula. Aku menciumnya dengan penuh kasih sayang. Aku pergi pula kepada Mak Jah dan memeluknya.
   "kau lah pengantin paling tak senonoh dekat kampung ni," kutuk Tina. Aku hanya tersengih dan pergi mendapatkan Fareez.... suamiku dunia dan akhirat

1 comment:

  1. buat terkejut je.. Best sangat lah cerita ni. Alhamdulillah Fareez & Amy dah jadi suami isteri :D

    ReplyDelete