Monday, 9 April 2012

bab 16 (menerjah ke lubuk hati)

  Buat pertama kali dalam hidup solatku berimamkan seorang lelaki yang bergelar suami. Aku mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doaku. Aku menghulurkan tangan kepada Fareez setelah selesai berdoa. Ku cium tangannya dan air mataku mengalir. Aku hampir kehilangan insan yang amat aku cintai. Fareez melurut kepalaku. Di cium dahiku dan melemparkan senyuman paling indah buatku.
   "Apa orang kata nanti Opah?," soal Fareez.
   "Biarlah. Kamu berdua sudah sah. Esok pun nak bersanding sahaja. Berdosa kalau Opah pisahkan kamu. Ha.. kalau kamu tak sedap hati, kamu tidur rumah Dollah malam ni. Lagipun dia pelawa benar kamu tadi," panjang lebar Opah memberi cadangan. Fareez mengangguk. Alamak... patutnya dia bersamaku malam ini, Dollah ni sibuk betullah!.
   "Abang pergi dulu ya sayang. Tak manis. Nanti orang kata kita gelojoh. Esok sahaja lagi," Fareez memujukku. Mukaku sudah masam mencuka.
  "Sudah!. Bukan main gatal ya. Opah suruh Fareez duduk terus dengan si Dollah tu baru tahu," marah Opah. Aku menggaru - garu kepalaku walaupun tidak gatal. Mak Jah tersengih - sengih.
  "Gatal!," Mak Jah mencubit perlahan pinggangku. Fareez terus beredar setelah bersalaman dengan Opah dan ahli keluarga yang lain. Aku menghantarnya hingga ke muka pintu.
  "Amboi kau Amy, mentang - mentang dapat suami kacak, macam tak mahu lepas pula," usik sepupu sebelah arwah ayahku, Jamilah.
  "Ye lah, kau ada ke?," soalku kembali. Jamilah memukul lenganku dengan kuat.
  "Kau jangan pukul kuat sangat, esok suami aku tengok lebam - pebam dah tak canti pula," selorohku. Jamilah ketawa berdekah - dekah. Aku di suruh tidur awal kerana tidak mahu aku tidak cukup rehat di hari persandinganku. Aku tidur dengan kunci kereta Fareez dan sampin yang di pakainya tadi. Aku terfikir juga, apa sebenarnya yang terjadi. Lantaklah... yang penting Fareez kini milikku....

    Aku di pakaikan baju kebaya moden. Baju itu kelihatan mahal dan menurut Mak Jah, Fareez menempah baju ini di butik pengantin yang terkenal di Kuala Lumpur. Baju bewarna krim dan emas ini amat padan denganku. Aku rasa cantik sekali. Tentu Fareez kelihatan segak hari ini. Aku tersenyum sendiri. Kompang di palu dan hatiku berdebar - debar. Jangan pengsan kali ini sudah.
Aku turun ke bawah untuk menyambut Fareez yang sememangnya sangat segak. Aku terdengar pujian dari orang kampung tentang kekacakan Fareez. Aku ni bukannya cantik sangat pun. Mesti ramai juga yang mengata. Tina menjadi pengapitku. Aku mendapatkan Fareez dan kami bersanding dengan senyuman yang puas.

   Aku menunggu Fareez di dalam bilik tidur kami yang dihias indah. Fareez masuk dan aku mula rasa malu. Fareez tersenyum. Senyuman yang nakal.
   "Malu pula... bukankah sayang yang tak bagi abang tidur rumah Dollah semalam?,". Fareez mengajukan soalan. Aku hanya diam. Hatiku berdegup kencang.
   "Ini hadiah abang," aku hulurkan kotak hadiah yang agak kecil buatnya. Fareez menyambut hadiah itu dan membukanya. Berderai ketawanya apabila melihat kunci keretanya di dalam kotak itu.
   "Abang tak sangka abang kahwin dengan pencuri kunci kereta," kata Fareez dan mencubit hidungku. Dia memelukku mesra.
   "Terima kasih kerana menjadi suri dalam hidup abang. Kita sama - sama menjaga rumahtangga kita ya. Abang cintakan sayang,". Kata - kata Fareez itu benar - benar membuatkan hatiku tersentuh. Malam ini aku tidur bersama insan istimewa yang sudah menjadi suamiku. Terima kasih Tuhan, menghantarkan Fareez untuk membahagiakan diriku......

No comments:

Post a Comment