Monday, 9 April 2012

bab 17 (menerjah ke lubuk hati)

  Aku bangun sebelum subuh. Sesudah mandi aku menyiapkan sarapan. Tina yang tidur di rumahku juga bangun ketika itu.
  "Waaa.... basuh rambut pagi - pagi!. Tak sejuk ke?," Tina ketawa kecil. Mukaku merah padam. Tengoklah nanti Tina, kalau kau kahwin aku hendap bawah rumah kau sampai subuh.
   "Cakap pada aku. Siapa lelaki yang telah menceroboh kawasan larangan kawan aku ni," usiknya lagi. Opah yang ada di situ menarik telinga Tina hingga senget - senget kepalanya.
  "Anak dara apa ni!. Cakap benda - benda begini?. Geli Opah dengar kamu kata begitu pada Amy," bebel Opah. Tina hanya tersengih sambil menggosok - gosok telinga yang sudah pun merah. Aku ketawa. Padan dengan muka kau!. Aku tahu kalau Opah tarik telinga sudah tentu sangat pedih rasanya.
Mak Jah mengangkat ibu jari kepada Tina.
 " Nak rasa ke?," soal Mak Jah pula.
 "Jahh......" Opah mengerutkan dahinya. Opah seorang yang agak konservatif. Dia tidak berfikiran terbuka mngenai hal - hal sebegini.
  "Fareez mana?," bisik Tina.
  "Lambat bangun?. Letih sangat kot hihihii," dia ketawa sendiri. Dia tidak sedar Opah berada betul - betul di belakangnya. Kali ini Opah mencubit punggungnya pula. Terjerit - jerit Tina di buatnya. Mujurlah saudara - mara yang lain sudah pulang. Tinggal kami berlima sahaja di dalam rumah.
  "Fareez sudah ke surau. Bukan macam kamu tu, lambat bangun solat subuh. Sudahlah tidur lasak. Habis muka Mak Jah di tepuknya. Kamu mimpi apa?. Mimpikan Si Dollah tu ya," bebel Opah.
 Tina mencebik. Dia memandang Opah.
  "Ala... Tina ni kecil lagi Opah. Memanglah tidur lasak. Apa pula kaitannya dengan Dollah.Opah ni,"
rajuk Tina. Opah dan kami hanya ketawa besar apabila melihat wajah Tina yang masam mencuka itu.
  "Assalamualaikum semua," Fareez memberi salam dan terus duduk di meja makan bersebelahan dengan Mak Jah.
  "Sungguh berseri muka, pakai krim apa malam tadi?," usik Tina. Fareez hanya senyum. Dia tahu perangai Tina yang suka mengusik itu. Aku menghidangkan nasi lemak buat Fareez. Aku sendukkan makanan ke dalam pinggannya. Aku tuangkan teh ke dalam cawannya. Fareez memandangku dan mengenyitkan matanya. Aku mencubit lengannya manja.
   "Janganlah buat mama begini. Mama ni belum kahwin nanti mama teringin nak kahwin macam mana?. Manja - manja pulak tu . Ni yang buat mama cemburu ni," usik Mak Jah pula. Fareez dan aku tersenyum malu.
   "Sudahlah kamu tu Jah, kamu nak aku kahwinkan kamu dengan bapa Si Dollah tu, Imam Hassan. Dia pun macam berkenan sahaja dengan kamu," kata Opah.
   "Bukankan mama dengan Pak Seman?," kataku pula.
   "Hish... Pak Seman tu laki orang. Kamu nak Mama kena ganyang dengan bini dia?,"kata mak Jah. Aku ingatkan Pak Seman itu duda.
    "Sudah, kalau kamu mahu aku beritahu sahaja pada Imam hassan," cadang Opah. mak jah menjerit. Dia tak mahu di kahwinkan.
    "Ala... malu - malu pula Mak Jah ni. Apa kata kita kahwin sama- sama. Mah Jah dengan bapanya, saya dengan anaknya," Tina terlepas cakap. Dia yang menyedari akan kesilapannya cepat - cepat menuutup mulut.
   "Kau sambung balik dengan Dollah?," soalku.
   "Ya. Hari tu masa abang nak pulang ke KL, motosikal Dollah rosak jadi abang hantarkan Dollah dengan Tina ke rumah mereka. Dollah yang cemburu takut abang memikat Tina, suruh abang hantar Tina dahulu kemudian baru dia," terang Fareez.
   "Sampai hati tak beritahu aku.Yang kau sibuk - sibuk gembira aku kahwin dengan Dollah tu kenapa?," soalku pula. Tina memandang Opah dan fareez.
   "Ini rancangan dua orang ini la. Komplot tak sudah - sudah. Nama laki aku juga jadi mangsa. Nak kahwinkan kau dengan Fareez tapi guna nama Dollah. konon - konon saja nak bagi kejutan pada kau. Kau pun satu, tak baca kertas yang kau tandatangan tu langsung. Bukankah ada nama Fareez dekat situ. belajar sahaja tinggi tapi bodoh juga," kutuknya.
  "Aku belajar seni persembahan, bukaannya guaman lah sayang oiii," jawabku pula.
   "Sudahlah sayang, bila abang boleh makan ni?," soal Fareez sambil menekan - nekan perutnya. Macam lapar sangat sahaja gayanya.
  "Lapar sangatkah?," soalku.
   "Mana tak lapar, malam tadikan berusaha keras. Membajak tanah nak tanam padi," kata Tina. Kali ini Mak Jah dan Opah menarik kedua - dua belah telinganya. Tina terlolong - lolong minta di lepaskan. Fareez ketawa besar.

No comments:

Post a Comment