Kelihatan Fareez pulang ke rumah Opah bersama beberapa orang lelaki. Aku kira mereka teman Fareez. Fareez menghampiri aku, Mak Jah dan Opah yang sedang enak menyicah pelam di hadapan rumah. Menurut Fareez mereka akan mengubah suai rumah ini menjadi lebih besar dan cantik Lantai simen akan di gantikan dengan lantai mar - mar yang cantik. Semuanya di tanggung oleh Fareez. Opah yang pada mulanya menolak akhirnya menerima niat baik Fareez itu dengan sekuntum senyuman.
"Nampaknya raya tahun ni rumah Hajah Seri, cantiklah!," kata Mak Jah. Opah tersengih - sengih.
"Bila kita nak pulang jumpa Mama abang?," soalanku membuatkan mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
"Sebenarnya, Puan Sri Normah sudah meninggal dunia," . Mak Jah memberikan satu jawapan yang amat memeranjatkan.
"Tidak elok mengaibkan arwah tetapi Fareez kata mayatnya berbau busuk dan liang romanya tdak berhenti mengalirkan darah walaupun dia sudah tidak bernyawa," sambung opah pula. Aku lihat wajah Fareez sugul.
"Abang tidak sanggup tinggal di rumah itu lagi. rumah itu telah abang jual. Kita akan berpindah ke rumah baru tidak lama lagi. Biarkanlah kenangan pahit itu pergi dengan sendiri. Semua hak milik Amy telah abang serahkan pada Opah," terang Fareez. Semua perbualan terhenti di situ. Aku tidak mahu membangkitkannya lagi. Biarlah segalanya berlalu...
Hari ini aku akan ke Pulau Pangkor. Bulan madu kami yang pertama. Fareez mengajakku untuk berbulan madu di luar negara tetapi aku lebih suka untuk berbulan madu di sini sahaja. Jika terjadi apa-apa pada Opah, aku boleh tiba di kampung dengan cepat. Bagiku bulan madu di mana - mana serupa sahaja yang penting cara kita menghabiskan waktu bersama. Aku bersalaman dengan Opah dengan Mak Jah. Aku lihat ada titis air yang mengalir dari dalam kelopak mata Opah. Mungkin dia akan merindui aku. Mak Jah hanya menghantarku dengan senyuman manis, Katanya, doanya sentiasa bersamaku. Aku pergi ke rumah Tina dahulu.
"Kau tolong jagakan Opah dan mama aku ya," pintaku. Tina menepuk - nepuk lenganku.
"Yalah... jangan kau risau. Kau tu jangan lupa aku kat sini," pesannya pula. Aku bersalaman dan terus masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar bulan madu kami ini akan menjadi sebuah kenangan yang terindah.
Aku dan Fareez tiba di jeti tepat pukul 12.30 tengahari. Sebelum feri tiba aku menjamah sedikit makanan yang di bekalkan oleh Opah dan mak Jah. Aku menyuap karipap ke dalam mulut Fareez. Beberapa orang di sebelah kami hanya tersenyum melihat gelagat aku yang melekat dengan Fareez sejak dari tadi.
"Sayang nanti sampai sana kita makan dulu ya. Abang tak nak tengok isteri abang lapar. Ini pun dah macam dinasor dah asyik makan saja. Lapar ya sayang?," kata Fareez sambil memicit mesra hidungku. Aku melentokkan kepalaku di bahunya. Bahagia sungguh rasanya dapat bersama Fareez sebegini.
Tiba sahaja di hotel tempat kami menginap, Fareez mengajakku untuk makan tengahari. Aku makan nasi minyak dan ayam masak merah dan Fareez hanya makan mee goreng.
"Kalau setakat makan mee goreng ni, baik kita makan sahaja di warung kat luar tu," kataku.
"Laratkah berjalan keluar. Tadi pun abang tengok sayang macam dah tak larat. Rasanya semut lagi laju daripada sayang," gurau Fareez. Aku terpaksa berdiam diri. Memang aku sudah tidak larat lagi. Selepas makan aku hanya mahu baring di hotel. Waktu petang nanti baru aku keluar untuk menghirup udara segar Pulau Pangkor. Setelah selesai solat zuhur bersama, aku terlena di ribaan Fareez yang sedang menonton televisyen. Fareez memang tidak suka tidur di siang hari. Aku tidak tahu berapa lama aku tidur. Sedar - sedar sahaja ku lihat Fareez sudah pun selesai mandi.
"Ok sayang, mandi, solat kemudian bersiap - siap ya. Kita nak keluar berjalan- jalan kan," ujar Fareez. Aku hanya menurutinya. Setelah selesai menjalankan apa yang di perintahkan Allah dan suamiku, aku sudah siap untuk keluar. Fareez menarik lembut tanganku. Dia menyuruhku duduk di hujung katil. Fareez membuka almari baju kami dan mengeluarkan sebuah kotak yang agak ekslusif. Di hulurkannya kepadaku. Aku membukanya. Hatiku tersentuh. Walaupun dia belajar dan hidup lama di negara orang kulit putih tetapi dia masih mahu menerapkan nilai - nilai Islam di dalam rumahtangga kami. 6 helai tudung yang cantik ku pegang dan ku belek.
"Pakai ya sayang. Abang suka melihat isteri abang menjadi muslimah yang baik," kata Fareez seraya di kucupnya keningku. Aku memeluknya. Tanda terima kasih. Opah sudah banyak kali menegurku untuk menutup rambutku tetapi aku tidak mengendahkannya. Opah memang pandai menilai orang. Fareez benar - benar suami yang baik di dunia dan di akhirat.
"Ala... 6 helai saja. Mana cukup abang. Nak keluar tudung lain, nak cuci pinggan, tudung lain, nak basuh baju tudung lain. Mesti kena banyak tudung. Belilah 40 helai ke?," usikku pula.
"Dalam rumah sayang tak perlulah betudung. Abang pun nak tengok juga isteri abang yang cantik ni seseksi Madonna kat dalam rumah sendiri," jawabnya selamba.
"Gatalnya!," aku mencubit pahanya. Berderai ketawa Fareez pada petang itu. Aku terus menyarung tudung berwarna putih itu dan keluar bersama Fareez.
Fareez memegang erat jari jemariku. Aku melentokkan kepalaku di bahunya. Sesekali Fareez merangkul pinggangku mesra. Kami berjalan di persisiran pantai sambil di pukul bayu yang nyaman sekali. Beberapa orang pelancong asing berpakaian pakaian renang yang agak menjolok mata.
"Kalau Amy pakai macam tu abang marah tak?," dugaku.
"Tak marah tapi abang tinggalkan sahaja sayang di sini. Abang balik terus rumah Opah. Abang mengadu pada Opah yang cucunya ini dah pandai buka sana - sini. Biar Opah tarik telinga sayang macam dia tarik telinga Tina," jawabnya. Aku ketawa. Amboi, mentang - mentanglah Opah sayangkan dia, sikit - sikit nak mengadu.
Sedang aku dan Fareez menunggu makan malam kami di hidangkan, ku lihat beberapa orang gadis di hadapan meja kami tersenyum - senyum ke arah Fareez. Aku yang duduk di hadapan Fareez menoleh beberapa kali apabila melihat Fareez beberapa kali meraut wajahnya dengan tangan. Seolah - olah tidak selesa di usik sebegitu. Gadis sekarang ini bukannya kira. Lelaki sudah berkahwin pun mahu di menguratnya. Aku toleh kebelakang. Kebetulan pula aku lihat gadis berambut perang itu mengenyitkan mata ke arah Fareez. Angin aku serta merta menjadi tidak elok. Aku memandang Fareez pula. Fareez menjungkitkan bahunya. Mujurlah meja itu berbentuk segi empat dan mejanya agak lebar, jadi aku boleh duduk bersebelahan dengan Fareez. Aku mengalihkan kerusiku di sebelah Fareez. Benar - benar dekat dengan Fareez. Ku peluknya lengan Fareez dan ku lentokkan kepalaku ke bahunya walaupun tidak selesa.
"Sayang..... tak perlulah," kata Fareez.
"Tak nak juga. Budak tu nak mengurat abang," rungutku. Kulihat gadis itu mencebik.
"Jangan jadi macam budak - budaklah. Biarkan mereka. yang penting abang milik sayang. Abang tak tergoda pun. Sayang lebih cantik daripada mereka," pujuk Fareez.
"Tak naklah kawan dengan abang,' rengekku.
"Sayang duduk tempat tadi ya. Nama pun candle light dinner tapi sayang duduk sebelah abang. Abang nampak muka gadis tu depan abang, bukannya muka sayang. Dah, sayang duduk di hadapan abang ya" kata Fareez. Aku jadi marah. Aku bangun dan terus menuju ke lif. Aku tiada selera. Aku tersinggung kerana Fareez tidak mahu aku bermanja - manja dengannya di hadapan gadis - gadis itu tadi. Fareez mengejarku dari belakang. Dia sempat mencapai tanganku.
"Sayang..... jangan buat begini ya. Abang sudah lakukan sebaik mungkin untuk bulan madu kita berdua. Takkan sebab gadis - gadis entah dari mana tu sayang nak merajuk dengan abang," pujuk Fareez. Aku sedar ini risiko apabila berkahwin dengan lelaki kaya dan tampan seperti Fareez. Sentiasa menjadi tumpuan. Aku geram. Air mataku menitis.
"Sayang....," Fareez memujukku. Di kesatnya air mataku.
"Abang tak mahu sayang masuk tidur tanpa makan dulu. Abang dah pesan semua makanan kegemaran sayang. Kita makan ya sayang," Fareez terus memujuk. Kasihan pula aku melihat Fareez yang bersungguh - sungguh memujukku.
"Sayang tunggu di sini," arah Fareez dan terus pergi mendapatkan pengurus restoren hotel tempat kami menginap itu. Setelah beberapa minit Fareez datang ke arahku.
"Kita makan di bilik ya sayang. Kita candle light dinner di balkoni,". Fareez merangkul pinggangku dan kami berdua terus menuju ke dalam bilik. Kakitangan restoran masuk dan menyediakan meja yang sungguh indah. Di hiasi dengan bunga segar dengan sebatang lilin. Aku dihidangkan dengan stik daging kambing yang dipenuhi sos cendawan di atasnya. Setelah kakitangan restoran itu beredar aku memeluk Fareez tanda terima kasih dan kami berdua makan sambil berbual mesra.
"Padanlah Opah pesan supaya banyak bersabar dengan sayang," katanya sambil menggeleng - gelengkan kepalanya. Aku menutup mulutku sambil ketawa kecil.
"Mestilah cemburu. Abangkan suami Amy," kataku. Fareez hanya tersenyum dengan kerenah aku yang kadang kala agak melampaui batas.
No comments:
Post a Comment