Aku melipat tudung - tudung yang di hadiahkan Fareez kepadaku semlam dan memasukkannya ke dalam almari pakaian. Citarasa yang baik..
"Nak menyelam?," soal Fareez . Dia duduk bersila menghadapku.
"Tak tahu lah. Macam susah sahaja," elakku pula. Aku memang tidak berminat untuk menyelam.
"Kalau begitu abang pergi menyelam ya. Sayang nak ikut atau dudk di hotel sahaja?," soalnya.
"Pergilah. Amy duduk di sini sahaja. Macam tak sihat pula,". Aku bingkas bangun dan baring di katil. Aku memang rasa letih sekali. Tidak berminat untuk mengekori Fareez kali ini. Fareez bersiap - siap dan mengucup dahiku sebelum pergi. Aku memicit siaran televisyen dan aku tertidur beberapa ketika selepas itu. Aku terbangun dan melihat jarum pendek jam sudah pun menuju ke angka 2. Lama juga aku tidur. Aku mengambil keputusan untuk keluar bersiar - siar di tepi pantai.
Aku berjalan menyusuri pantai sendirian. Mataku melilau - lilau mencari kelibat Fareez. Aku duduk di atas sebiji batu yang besar. Mataku masih lagi melihat kesana - kemari. Untung - untung Fareez akan muncul di hadapanku, fikirku sendirian. Sedang aku leka memerhatikan gelagat kanak - kanak bermain air, mataku tertumpu ke arah seorang dua orang lelaki dan beberapa orang gadis tidak jauh daripadaku. Salah seorang lelaki itu adalah Fareez dan beberapa orang gadis itu agak aku kenali. Ya!. Budak malam tadi. Hatiku menjadi marah. Aku tidak mahu menyerang membuta tuli. Aku mendapatkan Fareez.
"Sayang kata nak tidur?," Fareez mengusap kepalaku. Dia ingat aku anak kucing?.
"Dah lama sangat tidur," jawabku acuh tidak acuh. Gadis berambut perang itu memandang Fareez dan melambaikan tangan. Dia terus pergi dengan sekuntum senyuman. Fareez membalasnya. Aku menepuk perut Fareez.
"Apa dia?," berkerut dahi Fareez.
"Bencilah kalau begini. Baru dua bulan kahwin abang dah gatal nak cari lain," rajukku. Fareez ketawa. Suka benar dia lihat aku marah. Hati aku rasa sakit. Tidak perlulah dia melambai kembali gadis gatal itu. Di hadapanku pula!.
"Nak balik bilik!. Abang jangan ikut. Amy tengah marah ni," aku terus pergi. Aku masih mendengar Fareez ketawa. Dia ingat aku main - main.
Aku membelek - belek akhbar. Tiada yang menarik. Fareez yang sudah masuk ke dalam bilik beberapa minit yang lalu tidak memujukku langsung. Aku agak kecewa. Dia leka melihat rakaman dia menyelam sebentar tadi. Sesekali ku lihat bibirnya mengukir senyum. Aku bergerak perlahan - lahan dan mengintai rakaman video tersebut. Fareez yang menyedarinya terus menutup telefon bimbitnya. Dia menoleh ke arahku dan mengangkat kening. Aku mencebik dan terus duduk di posisi asalku tadi.
"Cantik ikan - ikan tadi sayang," dia bersuara tanpa memandang wajahku.
"Mak ikan yang cantik ke atau ikan betul yang cantik," perliku. Fareez ketawa. Dia ingat aku buat lawakkah?. Aku menggetap bibir.
"Abang,... Amy tak sedap bandanlah. Abang tak payah keluar lagilah ya. Nanti kalau Amy pengsan abang tak ada. Abang kat tengah laut tu. Siapa nak tolong Amy," aku memicit - micit bahunya.
"kata serikandi Perak!," perlinya pula. Aku mencubit bahunya. Kali ini aku tidak akan memujuknya lagi. Aku terus masuk ke dalam bilik mandi. Membersihkan badan lebih bik daripada mengadap Fareez yang menyakitkan hati.
Fareez mengajakku berjalan - jalan di tepi pantai setelah selesai makan malam. Aku hanya membisu. aku tidak banyak bicara. Fareez menggenggam erat jemariku.
"Hai... Abang Fareez!," gadis berambut perang dan beberapa orang temannya menegur Fareez.
"Hai Zana!. Ini isteri abang. Fareez memperkenalkan Zana kepadaku. Aku menghulurkan salam dalam keadaan yang tidak ikhlas. Tak baik betul aku. Zana menyambutnya. Dia memang cantik sebab itu aku cemburu.
'Kak Amy ya. Esok bolehlah makan tengahari bersama," pelawanya. Aku mengangguk. Setelah berbual dengan Fareez, Zana dan teman - temannya berlalu meninggalkan kami. Dadaku berombak - ombak. Aku tidak seperti diriku. Aku keliru.
"Ha... dia bukan nak mengurat abang pun. Dia siap panggil abang lagi," kata Fareez. Sebab panggil abanglah aku rasa dia merbahaya. Aku sedar pandangan matanya lain .
"Baliklah.. Amy tiada mood," kataku. Fareez hanya menurutinya tanpa sebarang bantahan. Tiba di pintu lif aku dapat rasakan badanku seakan - akan melayang. Pandanganku kabur dan aku seolah - olah tidak bermaya. Setelah beberapa saat aku rebah.
"Sayang... sayang," Fareez memanggilku. Aku dapat rasakan kehangatan tangannya menyentuh jari - jemariku. Diusapnya rambutku dengan penuh kasih sayang.
"Kenapa dengan Amy?," soalku lemah. Aku masih tidak berdaya.
"Sayang pengsan," ujarnya . Aku mengangguk. Aku cuba bangun tetapi di halang oleh Fareez.
"Sayang rehat dulu di katil. Kalau nak apa - apa biar abang ambilkan," katanya setelah memberiku beberapa teguk air.
"Amy tak larat. Pening sangat," aduku. Fareez tersenyum lebar,
"Ibu mengandung memang begini," katanya. Mataku terbeliak. Pandai - pandai sahaja dia meneka. Kalau aku mengandung sudah tentu aku muntah - muntah. Ini aku cuma tidak larat . Pandai betul Fareez membuat spekulasi.
"Jangan mengada ya abang. Amy tak larat nak dengar merapu abang ni," kataku.
"Tak adalah.... abang bergurau sahaja. Takkan cepat betul Amy hamil," katanya pula. Aku hanya memandang wajahnya yang setia menemani aku di tepi katil.
Setelah makan beberapa biji ubat yang di berikan doktor semalam aku semakin sihat. Menurut doktor badanku tidak sihat mungkin kerana cuaca yang agak panas dan aku tidak menjaga pemakananku. Fareez berkali - kali mengatakan doktor itu silap. Fareez kata dia yakin bahawa aku hamil. Aku hanya ketawa besar.
No comments:
Post a Comment